"Lynn, Mummy bagi ni. Suruh Lynn pakai. Mak dan Mummy sibuk menguruskan tetamu. Dia tak sempat nak bagi Lynn." Philip datang membawa kotak, barangkali barang kemas yang tersimpan di dalam.
Aku mengangkat muka memandang wajah tanpa riak, Philip... tiba-tiba bertukar menjadi seperti dahulu. Icy cold.
"Ambik lah. It's yours anyway."
Aku ambil kotak yang dihulurkan oleh Philip. Perlahan aku membuka kotak tersebut, mahu terkeluar biji mata aku... satu set barangan kemas yang begitu indah dan unik rekaannya tersusun kemas di dalam kotak tersebut.
"Err... mana boleh saya mengambil barang kemas ni, Philip. Terlalu mahal untuk aku. You serahkan semula kepada Auntie." Aku menyerahkan semula kotak tersebut kepada Philip.
"Kotak tu kan sudah berada di tangan Lynn... it's belong to you now. I am not going to take it back. Kalau Lynn rasa nak kecilkan hati Mummy, Lynn serahkan sendiri kepada Mummy dan tak payah pakai pun tak apa."
Hishhh! Ni satu lagi species kalau sudah bertukar sejuk dingin, jangan harap boleh makan pujuk. Tapi mana boleh aku lukakan hati Auntie kesayangan aku. Tak sanggup aku hendak menggecilkan hatinya... nope. Asalkan hatinya gembira akan aku turut permintaan yang tak seberapa ini. Pinjam ya, Auntie.
Philip meninggalkan aku bersama kotak barang kemas. Dari jauh aku nampak Stephanie dan Jesselyn menghampiri aku di muka pintu.
"Hahh! Pergi mana? Dari tadi aku tunggu di sini. Sekarang baru nampak batang hidung." Bebel aku kepada Stephanie dan Jesselyn.
"Pergi tengok Daddy. Kesian Daddy, sakit perut macam tu. Tadi, kenapa dengan Philip? Ada apa-apa nak kongsi dengan kami?" Pandai pula Stephanie bertanyakan soalan kepada aku. Aku tanya dia, dia pula tanya aku...
"Tak ada apa-apa la. Ni cepat tolong Lynn, pakai barang kemas ni." Aku hulurkan kotak tersebut kepada mereka.
"Cantik, Lynn. Bila Lynn beli ni?"
Aku tersenyap mencari kata-kata yang sesuai untuk dituturkan. Kalau dipecahkan cerita takut pula mereka kecil hati.
"Set pinjam. Mana la Lynn mampu nak beli benda ni. Kalau Ayah masih ada mesti dia sudah belikan untuk Lynn."
"Aidan tak beli apa-apa untuk, Lynn?" Giliran Jesselyn pula becok mulut mengaitkan nama Aidan pula.
"Malulah nak minta benda macam ni kat dia, Lynn tak biasa." Aku membantah pendapat Jesselyn. Tak hadap sangat dengan barang kemas ni. Tak beli pun tak apa, anyway aku nak kahwin dengan Aidan bukan dengan barang kemas... gerrrrr.
"Lynn... cepat sikit. Pengantin sudah sampai." Suara Mak mencantas perbualan kami bertiga.
"Baik, Mak."
Usai sahaja memakai barang kemas tersebut, kami melangkah ke ruang tamu sambil di perhatikan ratusan jemputan yang hadir pada petang tersebut.
Altar perkahwinan aku berada di luar rumah. Direka indah mengikut tema perkahwinan di dalam taman. Yang mana satu masa dahulu mengikut cerita Mak, di situ tempat Mak dan Ayah kahwin. Dan aku ingin mengulang semula kenangan Mak dan Ayah. Sekurang-kurangnya aku menyimpan satu persamaan kenangan yang sama dengan Ayah.
Genangan di kelopak mata aku hampir berguguran di saat aku mencari, siapakah yang akan memimpin aku ke Altar.
Bayangan wajah Ayah menghampiri lagi... 'Ayah, aku perlukan kehadiranmu saat ini. Sangat-sangat memerlukanmu.'
Kembang kempis perut aku apabila mata bersabung pandang dengan si jejaka tinggi lampai yang mempunyai mata biru. Lembut renungannya menyusup jauh dalam kalbu menghantar satu rasa yang begitu asing bagi aku.
Aku jeling Mak dan Auntie Wiena. Apakah makna ini semua? Kenapa Philip yang harus memimpin aku ke Altar? Aku pandang Mak seketika...
Anggukkan Mak, cukup menghantar makna... betullah Philip yang akan menjalankan tanggungjawab tersebut. Tetapi kenapa aku pula aku harus dibebani rasa serba salah pada saat ini.
"Biarkan aku menemani Lynn sampai ke Altar. Kalau bukan menjadi suami kepada Marcelynda Simai, cukuplah sekadar memimpinmu ke sana sebagai penganti kepada Uncle James." Philip menghulurkan tangannya sambil berbisik lembut mengajak aku melangkah ke Altar di mana Aidan Gibson sedang menunggu aku.
Tanpa berbelah bahagi aku sambut huluran tangan Philip Berkeley. Pertama kali berjalan beriringan dengannya membuatkan aku hilang dalam ilusi diri aku sendiri. Langkah kaki yang disusun seolah-olah sumbang tanpa rentak yang betul.
"Hati-hati." Philip sempat memegang kejap tanganku pada saat aku hampir terjatuh kerana terlalu gugup... Adakah kerana seorang gadis yang akan bergelar sebagai seorang isteri atau gugup disebabkan orang yang menemani perjalanan menuju ke Altar?
Aidan Gibson menyambut kedatangan aku dengan senyuman yang teramat manis sekali. Wajah keterujaan terpamer ketara pada wajahnya.