"Terpulang kepada Lynn untuk menilai semula apa yang telah aku kata. Aku tahu, apa yang aku luahkan seolah-olah tak masuk akal, but that is the truth, Lynn. Aku tak mampu menyembunyikan lagi. And I really don't care apa yang kamu fikir sekarang. Aku cintakan kamu, Lynn... dari dulu lagi semenjak zaman kanak-kanak kita... yup that is the truth. Your dad know about it! You tahukan betapa akrabnya aku dengan Uncle. That is my promise to take care of you, kalau dia sudah tiada."
Betulkah? Apa yang terluah dari mulut Philip... atau aku digula-gulakan dengan kenangan bersama ayah? Aku tahu arwah Ayah memang rapat dengan Philip sehingga pernah mengundang rasa cemburu aku pada zaman kanak-kanak kami. Malah seolah-olah ayah lebih memanjakannya daripada aku. Atau barangkali mereka rapat kerana lelaki atau mungkin kerana umur aku berjarak agak jauh dengan Philip. Lebih kurang 6 tahun.
"Kenapa baru sekarang nak bagi tahu, Philip? Pada saat aku hampir bergelar sebagai seorang isteri... dan kenapa harus menggunakan nama Ayah?" Hati aku diserang perasaan pilu semula, airmata janganlah datang lagi...
Semakin resah perasaan aku apabila Philip menghampiri aku lalu menggengam erat jemari aku. Sekali dua aku melihat anak tekaknya bergerak-gerak. Tangan kanannya sempat mendarat di pipi mulusku, menyapu bening mutiara yang meluncur laju.
"Lynn, tiada guna untuk aku mereka cerita pada saat segenting ini. Apa yang aku luah itulah yang sebenarnya. Aku hanya mencuba, ya... untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Seandainya aku tiada di dalam hatimu, jadi teruskanlah perkahwinan ini... with no regrets, let it go. Demi janji aku kepada Uncle, aku datang. Demi cinta yang wujud dari dulu sehingga sekarang aku merendahkan diriku menagih simpati agar dinilai semula pilihanmu, Lynn."
Turun naik nafas sendat di dada aku, mengumpul tahap kesabaran yang tinggal senipis kulit bawang. Kalau cinta kenapa tak diluahkan dari dulu, punya banyak masa yang terluang. Arghhhh... payah!
"Kamu keluar, Philip! Sebelum aku mengamuk nanti. Fikir guna akal la, Philip... tak pernah dibuat orang la nak batalkan perkahwinan pada hari pernikahan... itu pun tinggal beberapa jam lagi. Tak malu ke buat benda macam ni. Sudah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi." Kasar aku membentak, tidak sependapat dengan akal gila, Philip.
Berlainan pula dengan airmuka yang terlukis di raut wajah kacak Philip Berkeley. Dia masih mampu tersenyum manis setelah menerima maki hamun aku... Senggal!
"Well... sekurang-kurangnya aku sudah mencuba, bukan? Without any regrets... aku respect keputusan kamu, Lynn. In case anything, Lynn boleh cari aku."
Phuhh! Lega, setelah aku hembuskan nafas yang menyesak di dada tadi. Pemergian Philip aku hantar dengan perasaan yang sebu. Sukar untuk diungkap melalui kata-kata...zero total, okay!
"Lynn...." Baru aku hendak mengelamun sebentar memikirkan semula perbincangan di antara aku dan Philip, Emak pula memanggil dari luar bilik pengantin.
"Ada apa, Mak?" Aku bertanya kehairanan apabila terlihat betapa risaunya raut wajah Mak pada saat itu.
Emak merenung aku, entah apa yang bermain difikirannya begitu sukar untuk aku tebak.
"Rasanya Uncle kamu tidak boleh memimpin kamu ke Altar nanti."
Dummpp! Bagaikan dihempap batu besar hati aku bila mendengar khabar yang disampaikan oleh Mak.
"Tapi kenapa, Mak?" Aku amat memerlukan penjelasan yang crystal clear pada waktu ini.
Boleh pula Emak tersenyum lebar dengan kegelisahan aku... ngerr!
"Cantik Anak Mak hari ini. Kalaulah Ayah ada mesti dia bangga mempunyai anak gadis secantik Marcelynda Simai."
Aku menggigit bibir, boleh ke situ pula fikiran Emak. Lain yang aku tanya lain pula yang dijawabnya.
"Mak... Lynn tahu Lynn cantik. Tapi kenapa Uncle tak boleh mengiringi, Lynn? Habis tu siapakah yang nak temankan Lynn nanti?"
Mak ni suka sangat tersenyum, aku sudah rasa sesak nafas semula. Boleh pengsan tahu tak! Mak boleh pula cool gila masa ni.
"Uncle, sakit perut sayang. Lynn jangan risau. Tahu lah Mak nak cari siapa sebagai ganti nanti. Lynn bersiap sedia dahulu."
Tergesa-gesa Mak meninggalkan aku seorang diri di bilik pengantin. Barangkali memikirkan siapakah yang sesuai mengiringi aku nanti. Err... mana pula perginya dua orang pengapit aku? Saat-saat akhir macam ini, Uncle Fabian Freston buat hal pula...
"Lynn... Cantiknya dia! Kan bagus kalau Lynn yang jadi menantu Auntie."
Oh My God! Datang pula Auntie kesayangan aku. Tak putus-putus dari dulu sampai sekarang hendak aku jadi menantunya. Tetapi anak sendiri seperti ais batu! Sejuk sesanggat.
"Biasa-biasa sahaja, Auntie. Hasil sentuhan Steph memang cantik." Aku berbasa-basi dengan Auntie Wiena iaitu kakak kepada Emak. Untuk melayan ayat yang akhir aku tak berani... baru tadi anak terunanya mengajak aku kahwin... Seram aku!
Bagaikan kanak-kanak ribena Auntie Wiena berpusing membelek aku, satu inci pun tak terlepas dari pandangan matanya.
"Err... barang kemas tak pakai ke, Lynn? Mak kamu tak bagi ke? Tak cantik kosong macam ni."
Aduss! Bab ini yang aku lemas sangat, bukannya suka nak pakai barang kemas. Kalau ada pun yang kecil-kecil sahaja.
"Ada, Auntie."
"Mana dia? Bagi Auntie tengok dulu. Takut tak sesuai, hilang pula seri pengantin Lynn nanti."
Aku menurut sahaja arahan Auntie Wiena. Tiba-tiba menjadi pakar kecantikan aku pada ketika ini...hehehe
"Ehhh! Tak sesuai la set ni. Baju pengantin sudah cukup elok mana nak cantik kalau diserasikan dengan set barang kemas ini. Tunggu sekejap, Auntie nak panggil Emak kamu."
Berlari anak, Auntie Wiena mencari Mak. Aku berharap sangat-sangat la Emak tidak bersetuju dengan pendapat Auntie Wiena.
"Sudah ready, Lynn? Sebentar lagi sudah bergelar isteri. Moga berkekalan sampai ke hujung nyawa." Mashitah, sahabat baik aku menghulurkan tangan untuk bersalam. Tenang hatiku apabila terpandang seri muka gadis Melayu yang mengayakan tudung Fareda sempat datang meluangkan masa untuk meraikan hari bahagia aku.
"Amin, Mas. Begitu la hendaknya. Bawa suami dan anak-anak duduk di depan ya, Mas. Buat macam rumah sendiri. Seperti dulu-dulu juga."
Mashitah mengangguk sambil mengulum senyum kepada aku.
"Jaga-jaga malam nanti." Hantu punya kawan, boleh dia berbisik ayat dua kali makna di tepi telinga aku.
Aku menjeling tajam kepada Mashitah. No comment!
"Your face is blushing." Apa lagi sebelum aku buka mulut, Mashitah pantas lari meninggalkan aku terkebil-kebil menahan geram teramat.