Bab 2

755 Words
Tok! Tok! Tok! Bunyi daun pintu di ketuk dari luar mengalih perhatian kami bertiga. Jesselyn melangkah membuka pintu untuk bertanyakan kehendak gerangan yang di depan pintu. "Kenapa Philip?" Sayup-sayup aku mendengar suara Jesse menyoal Philip. Philip adalah Abang kepada Jesselyn dan Stephanie. Merangkap Abang sepupu aku juga. "Boleh saya berbual dengan, Lynn sekejap?" Dari jauh aku mendengar suara Philip ingin berjumpa dengan aku. Aku menoleh ke arah pintu bilik pengantin secara tak langsung menggangu kerja seni yang sedang dilukiskan pada wajah aku oleh Stephanie. "Philip! Tak boleh! Dia sedang disolek sekarang. Nanti kamu datang semula." Bantah Stephanie, mungkin takut kerjanya terganggu. Maklumlah masa pun bukannya banyak mana, sebentar lagi pihak pengantin lelaki akan sampai. Tanpa mempedulikan bantahan dan halangan daripada adik-adiknya, Philip melangkah dengan penuh gaya ke dalam bilik pengantin. Liar matanya menghayati tata rias bilik aku yang ternyata berlainan daripada sebelum ini. "Wow... Cantiknya bilik kamu, Lynn. Bertuahnya Aidan dapat tidur dalam bilik ni nanti." Suara ceria Philip menarik perhatian kami bertiga. 'Apa ke hal si Philip merapu entah apa-apa? Tak pernah pun aku tengok dia nak beramah mesra dengan aku selama ini. Malah selalunya dia bersikap dingin... icy cold!' "Kamu ni kenapa, Philip? Sort circuit?" Stephanie mengajukan soalan berbau sindiran yang mungkin akan menimbulkan sedikit perbalahan di antara mereka nanti. "Kamu buat aje lah kerja kamu tu dulu. Jangan nak menyibuk! Cepat sikit! Saya nak berbual sekejap dengan Lynn." Betulkan telahan aku. Mana mungkin si Philip akan menerima sindiran pedas itu seperti itu sahaja. Itu Philip lah... dari kecil tak akan mengalah kepada kami bertiga. "Kenapa nak jumpa saya, Philip? Dah tu sampai nak berbual dengan saya seorang-seorang pula tu. Kalau ada benda nak cakap... cakaplah sekarang. Kita kongsi cerita di sini." Aku mencadangkan agar Philip berterus terang mengenai niatnya. Lagipun tidak berapa manis pula hendak berbual berdua dengannya pada saat aku hampir bergelar seorang isteri. Tanpa mempedulikan kami bertiga, Philip membelek-belek katil pengantin yang sudah siap dihias dengan cadar warna putih bersih dengan kain yang berjuntaian di atas tiang empat penjuru katil tersebut. "Putih bersih pilihan kamu, Lynn? Penuh simbolik! Warna bilik dan set bilik tidur pun semuanya putih. Superb bilik ini, Lynn! I like this color. How I wish... I am that guy!" Serentak kami menoleh kepada Philip... Ya, di penghujung ayat Philip, mengundang tanda tanya kepada kami bertiga... "Okay, done! Kami keluar dahulu." Stephanie menyudahkan kerja menyolek semula muka aku. Aku dapat agak, bahawa mereka berdua sebetulnya ingin memberi ruang kepada aku dan Philip untuk berbual sekejap. Aku menoleh semula kepada Philip sambil mengoyak senyuman kepadanya. Debaran darah gemuruh di ambang pernikahan belum pun surut, bertambah lagi dengan kehadiran Philip yang tidak dijangka sama sekali. "Ada apa, Philip? Kenapa cakap macam tu, tadi?" Hairan pula aku, kenapa tiba-tiba beriya-iya dia ingin berdua dengan aku. Selalunya dia, berat mulut hendak berbual dengan aku. Semakin tajam pula anak mata Philip merenung aku. Sehinggakan terangkat tinggi bulu roma aku... Ah! Sudah jangan diluahkan apa yang aku teka sekarang. "Lynn, Lynn... dari dulu lagi pun kamu, tak pernah nak tahu apa yang aku rasa dan apa yang aku tanggung selama ini. Tetapi its okay. Jangan dipedulikan sangat dengan perasaan gila aku ini. Apa yang penting kamu bahagia." Aku cuba untuk memutarkan semula kata-kata Philip, mencuba untuk memahami ayat-ayat tersebut. "Tak faham!" Aku meminta pencerahan semula daripada Philip. Kata-katanya agak berbelit sedikit, tidak berani untuk aku mengandaikan sahaja. Aku memerlukan sedikit penjelasan daripadanya. Philip melakarkan senyuman kecil sambil mengeleng kepala. "Marcelynda Simai, sudikah awak menjadi permasuri hati Philip Berkeley?" Tegas pemuda tinggi lampai berkulit putih bersih menyuarakan rasa hatinya pada saat-saat terakhir aku menjadi isteri kepada Aidan Gibson. Gosh! Blur! Blushing... Terkejut besar aku mendengar lamaran maut daripada mulut Philip. Insane! "Are you out of your mind? Mimpi ke? Today is my wedding day, Philip. How could you do that to me?" Aku mengamuk memarahi keceluparan mulut Philip. Bukan lawak okay! Mana boleh dibuat lawak perkara macam ni... Selamba betul pula muka Philip hari ini... Ehh! Betulkah Philip yang berada di depan aku sekarang? Betul ka mamat ais batu ni? Boleh pula dia menjongket-jongketkan keningnya kepada aku ketika saat genting ini. "I'll try my luck, Lynn. You tak kahwin lagi, I nak mencuba biarpun pada saat-saat yang terakhir. Lagipun ini janji aku kepada Uncle, Ayah kamu pada suatu waktu dahulu. I just can't hold it anymore. Not until everything is too late for me to fulfil my promise." 'Too late? Yeah, definitely too late!' Tak pernah dibuat oleh orang yang waras, Pengantin lelaki sudah ada... tiba-tiba Sepupu aku ini nak masuk 'line'. 'Gila ke apa?'
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD