Hatiku Yang Tersentuh

1071 Words
"Ada...... kembali ada.............." mama menjerit dan aku terus berlari menuju ke arah Bryan untuk menyelamatkannya. Aku hilang akal sihat hanya kerana hati ku telah disentuh olahnya.  Aku tidak terfikir, adakah aku akan membantu atau lebih menyulitkan keadaan, yang aku tahu, Bryan harus tahu aku peduli padanya..................    "Bryan........kamu okay" teriakku bila telah hampir ke sininya "Kamu siapa...........menjauh" tegas Bryan, aku terkejut dengan reaksinya. Belum sempat aku berkata sekumpulan lelaki berkemeja putih berlari maju ke arah Bryan. Mata ku membulat, mulut ku terbuka luas oleh kejutan, fikiranku sangat sulit dan kacau.  Apa nasib Bryan, dia seorang diri.  Tanpa berfikir panjang, aku berlari kencang dan berdiri di hadapan Bryan, kedua tangan ku terawang di udara dan dengan yakinnya aku menjerit kuat ke arah lelaki-lelaki itu. "Menjauh, jangan ganggu dia!!!!!!" aku cuba sedaya upaya melindungi Bryan. Sekumpulan lelaki berkemeja putih membuat refomasi kepungan dengan membelakangkan kami. Aku dan Bryan berada di dalamnya. Mereka datang untuk melindunginya, bukan membebankannya. Aku terlalu emosi dan berfikiran cetek. Akhirnya aku malu sendiri. "Kamu....belum tiba Selasa, kamu sudah berhias cantik bertemu aku..........." goda Bryan sambil tersenyum padaku. wajahnya agak kehilangan seri, memucat dan akhirnya terjatuh pengsan di sisiku. "Cik, kami perlu membawa tuan muda pulang.... mohon beri laluan" ucap salah seorang lelaki berkemeja kepada ku.  Bersamaan itu, "Ada, kamu kenapa, siapa dia ini...........?" mama bertanya penuh kuatir "Mari mama, kita akan lewat tiba ke tempat latihan," ucapku bagi menutup leteran mama "Untunglah kamu sedar............." mama mengomel.  Perjalanan yang terhenti dilanjutkan ke tempat tujuan. Masing-masing dengan fikiran sendiri. Aku masih tidak boleh berfikir dengan waras, siapa dia.....? Apa hubungan dengan wanita itu, layakkah aku bersama dengan Bryan.... Fikiran ku kacau, ligat mencari solusi, namun hampa. Setibanya di tempat latihan, aku meneruskan latihan seperti biasa walaupun fokus agak terganggu. Auntie Balkhis terburu pulang sebelum ketibaan kami, ada hal tak terduga berlaku kata teman-teman modelku. Aku meneruskan hariku seperti biasa, seperti hari-hariku yang lain. Hanya fikiranku melayang teringat kejadian di malam itu, tidak bertemu jawapan.                                                                              ------------------------------- Tiba Selasa yang ku tunggu, dia tak kunjung tiba. Mungkinkah belum sedar, belum pulih dari kejadian di malam itu. Aku pun membiarkan masa berlalu pergi dengan begitu saja. Terasa malas memeningkan kepala, lebih baik fokus kepada kuliah dan projek mama yang tersisa beberapa hari lagi...... Aku melangkah malas keluar dari pagar kuliah, berancana ke pusat beli belah mencuci mata. Aku tidak prihatin dengan keadaan sekitar. Ada tiga lelaki berbaju kemeja putih dan berkacamata hitam menghampiriku, jantungku hampir meledak, terkejut yang amat sangat. Dengan kepantasanyang aku ada berpaling untuk maju ke dalam pagar kuliah.  Aku terhalang oleh salah seorang lelaki itu. Rupanya kepantasanku tidak setanding anime Gaban.  "Ada apa, nak menculik aku ? Jangan mimpi....." aku bersuara kuat sambil menghayunkan beg ku ke arah lelaki-lelaki itu. Handphone lelaki itu berbunyi dan aku memerhatinya dengan teliti serta mencari peluang untuk melepaskan diri. Si lelaki menjawab telefon, tetapi mengarahkan skrin telefonnya kepada ku.  "Aku menunggu kamu, mereka ditugaskan menjemput mu....."  Bryan straight to the point, tanpa berbasa basi. Kelihatannya dia di sebuah kamar, masih berbaring. "Kamu bertiga tidak punya mulut, tidak boleh berbicara?" teriak aku kepada mereka dan Bryan di dalam skrin ketawa dengan kelakuan ku. Aku patuh mengikuti mereka ke lokasi Bryan yang tidak aku ketahui di mana. Di tengah perjalanan Aku terlena di dalam kereta.                                                                ----------------------------  "Cik, kita sudah sampai....cik......" si lelaki berkemeja putih tadi mengejutkan aku dari lena yang lelap. Apa,aku terlena, aku merapikan rambut, mengelap bibirku, runsing ada liur semasa terlena. untung saja tiada. terlalu banyak berfikir. Aku mengikut arah yang dibawa oleh si lelaki berkemeja putih itu. Memasuki sebuah pintu dari tempat parking kereta.  Aku  yang masih belum sedar sepenuhnya tidak menghiraukan keadaan sekeliling dan terus membuntuti lelaki itu, risau aku tersesat. "Gadisku yang bodoh......" ucapan yang aku terima bila tiba ke lokasi. Aku "................." "Kemari....." Bryan menarik tanganku ke samping katilnya. Dia memberi isyarat mata kepada ketiga orang suruhannya untuk beredar. Aku mula runsing, apa yang dia mahu dari aku. Banyak kemungkinan boleh berlaku, aku menyumpah di dalam hati. Kenapa aku tertidur sepanjang perjalanan. "Kenapa kau menyelamatkan aku, kau jatuh hati kepada aku?" kata Bryan sambil tersenyum manis, tangannnya membawa tanganku ke kiri dadanya. Aku menunduk kelu, jantung ku tidak keruan bersamaan dengan detak jantung Bryan. Wajahku  memerah hingga ke telinga.   "tok tok tok" aku tersedar, pintu di ketuk dari luar. Bryan masih belim melepaskan tanganku. "Masuk...." Bryan memberi arahan. Seorang wanita menolak troli makanan ke dalam bilik, menghidangkannya di sebuah meja kecil beroda dan menolak ke samping katil. "Tuan muda, makanan sudah siap, saya mohon keluar dulu," wanita itu tunduk hormat dan beredar. "Terima kasih Bik ina" ucap Bryan.  "Mari teman aku makan..... semuanya kegemeran kamu" Bryan memandang lembut ke arah aku. Ya  benar, semua makanan kegemaran aku. Bagaimana dia tahu apa yang aku suka.  "Kamu bekerja keras untuk aku, tapi aku tak selesa, siapa kamu Bryan.........., apa niat kamu dan siapa perempuan yang kamu pertahanakan di malam itu?" Aku berterus terang mengeluarkan isi hatiku. "Kamu cemburu.............."  tuturnya sambil tersenyum dan menyentuh daguku. Dia mengangkat wajahku memandang ke wajahnya.  Wajahnya yang menawan, mencairkan hati para wanita,  sangat sempurna, hampir serupa Si Felix stray kids, gila hati ku kacau.  Wajah Bryan menghampiri wajahku, apa harus ku perbuat, apa niatnya, tapi aku masih terpaku di situ tanpa tindakan, mataku terbelalak namun aku tetap kaku di situ. "Mari kita makan, aku sangat lapar............." dia berbisik lembut ke telinga ku. 'Aduh.....sangat hampir' wajahku memerah hingga ke telinga. Kami makan dengan selera sekali, tidak berbicara hanya fokus makan. Selesai makan Bryan mengarahkan Bik Ina mengemaskan pinggan mangkuk. "Faz, aku mahu ke bilik Qristien" Bryan mengarahkan orangnya melalui interkom di kepala katil tidurnya. Si lelaki berkemeja putih masuk, dia lelaki yang menerima telefon dari Bryan tadi.  "Dia Faz, ketua pengawal peribadi ku, merangkap pembantu kepercayaan ku atau tangan kananku" terang Bryan tanpa di minta. Aku kehairanan, siapa identiti si Bryan ini, sangat hebat...........  Aku merasa seperti semut yang melata, tiada apa-apa dibandingkan dengan Bryan. Faz menolak kerusi roda Bryan, aku berjalan di samping. 'Wait, Bryan di kerusi roda, kenapa aku tidak merespon kepada keadaan ini. So Slow...' "Kenapa dengan kaki mu Bryan.............?" aku bertanya sambil memandang ke kakinya. Bryan tidak menjawab, dia meraih telapak tanganku dan bergandingan ke sebuah bilik. Pintu bilik sahaja menunjukkan kemewahan yang tidak dapat digambarkan. Pintu yang kukuh, ada interkom di sisi pintu, pembuka pintu dihias dengan kepingan bunga keemasan yang mewah dan elegent.  "Tuan Muda datang......" Faz menekan interkom dan beberapa detik kemudian pintu pun terbuka. Mataku terbelalak melihat permandangan di dalam kamar itu............
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD