"Tuan Muda datang......" Faz menekan interkom dan beberapa detik kemudian pintu pun terbuka. Mataku terbelalak melihat permandangan di dalam kamar itu............
Ini kamar atau suite hotel mewah, perhiasan mewah dan kemasan yang memukau ku. Aku melihat seorang gadis terbarind di ranjang. Gadis di malam itu.....
"Ini adik ku, dia menghadapi kesulitan di dalam perkahwinan dan depressi. Aku tidak menyalahkan suaminya atau sesiapa di dalam hal ini. Dia seperti dirimu, menyembunyikan diri sebenar demi cinta yang suci, mahukan lelaki yang menyintainya sepenuh hati........." Bryan berkomentar sedih tentang kisah hidup adik perempuannya.
Qistiena memiliki wajah yang sempurna seperti di lukis seniman agung, sama seperti abangnya, namun terlihat kusut dan pucat. Hatiku bersimpati dan hatiku juga tersentuh...
"Arghh..........apa maksud kamu?" aku baru menghadam kata-kata Bryan barusan tadi. 'Dia seperti dirimu, menyembunyikan diri sebenar demi cinta yang suci, mahukan lelaki yang menyintainya sepenuh hati.' Kata-kata ini terus bergema di fikiranku. Bryan tahu siapa aku sebenarnya.
"Aku kenalan abang mu.......apa perlu aku panggil Kyra atau Ada?" setiap kata terucap dari bibir Bryan mengejutkan aku, sudah berapa lama dia menyelidiki aku. Dia tahu semuanya, aku hampir tidak percaya, ada orang boleh menyelidikiku walaupun rahsia tertutup rapat dan beza watak.
"Bryan, kamu mengenali abangku ..... aku sudah hampir setengah tahun tidak berjumpa dengan abang-abang ku, bila kamu berjumpa dengan mereka, atau kau cuma mengenal seorang sahaja dari abang ku?" aku agak bersemangat bila terkait dengan abang-abang ku.
Mereka sangat sayang dan memanjakan aku dari dulu sehingga aku menjalani kehidupan di kampus mengambil diploma. Abang-abangku bergilir menghantar dan menjemput aku dari kuliah sehingga menjadi satu keributan, berita tergempar, aku simpanan datuk dan artis. Sejak itu, mama memutuskan supaya mereka memerhatikan aku dari kejauhan sahaja.
walaupun berita-berita tersebut tiada apa-apa bagi kami sekeluarga, tapi perniagaan abang sulungku terjejas dan kerjaya abang kedua ku di bidang seni juga terkena impak.
"Model baru meningkat nama memanjat Datuk dan Artis Popular untuk menyinar" tajuk berita ini sehingga kini masih terbayang-bayang. Aku terpaksa berpindah tempat kuliah, menukar identiti di tempat kuliah yang baru dan sejak itu, kami hanya berhimpun jika perlu.
"Ada, aku memilih untuk memanggilmu Ada, mulai sekarang kita adalah pasangan kekasih secara rasmi, kerana Ada telah tahu segala rahsia tentang Bryan sepertimana Bryan mengetahui segala rahsia Ada," Bryan melingkari tangannya di bahu ku....
"Apa ...... mana mungkin, aku belum terima bagaimana rasmi menjadi pasangan kekasih, mama ku belum tahu dan abang-abang ku juga belum tahu" bantah ku dengan gementaran sambil mengelak dari tangan Bryan yang melingkari bahu ku.
"Oo ........" Bryan mengusap wajahnya perlahan dan tersenyum ke arah ku.
"Boleh aku berbicara dengan adik mu ...?" tanya ku ingin tahu.
"Sila lah...."
Aku berjalan menghampiri Qistiena ditemani seorang pembantu rumah yang siap siaga sekiranya ada sebarang kemungkinan.
" Qistiena...... kamu sudah makan ........." tanya ku lembut sambil melutut di sampingnya.
Qistiena berpaling kepada ku, tersenyum dan bersenandung. Dia menghulurkan tangan kepada ku, aku menyambutnya. Kami beriringan ke tingkap kamar, kami memandang permandangan yang indah, bunga-bunga dan air terjun buatan, damai dan tenang.
"Sekarang sudah petang, abang akan pulang sebentar lagi, aku perlu berhias, makanan sudah siap bik ?" tanya Qistiena
"Sudah Puan Muda Qistiena, mari saya bantu merias wajah Puan Muda" balas pembantu
Qistiena tersenyum dan bergerak ke meja rias, pembantu menyisirkan rambutnya, menyanggul rambutnya di atas kepala, meletakkan perhiasan yang cantik bagi merapikan rambut. Pembantu juga mengenakan alat merias wajah kepada Qistiena, dia mejelma menjadi dewi dunia yang sangat cantik dan sempurna. Andai saja dia tidak depressi, pasti seorang yang sangat cantik tidak tertanding.
Aku tertegun di situ, sangat indah ciptaan ini, sayangnya setiap orang ada kelebihan dan kekurangan dan kekurangan Qistiena ada emosinya tidak stabil. Sangat disayangkan.
" Kamu bersiaplah, abang dan kakak ipar keluar dulu ....." ucap Bryan kepada adiknya lembut. Aku bergerak maju ke arah Qistiena dan mengucup keningnya penuh kasih dan mengikuti Bryan keluar dari bilik Qistiena.
"Nanti jumpa lagi ya kakak ipar ....." Qistiena melambai kami yang bergerak pergi.
'Kakak Ipar ...............' aku baru tersedar, kenapa sejak aku mengenal Bryan, otak ku sangat lembab. Lambat menerima sesuatu perkara dan beraksi. Adakah kerana aku cinta kepada Bryan.
-----------------------------
"Bryan, boleh Ada bertanya ......" Aku cuba memancing Bryan supaya menceritakan rahsianya kepada aku, aku mengusap lembut tangannya sambil tersenyum.
"Ada ingin bertanya atau ingin menggoda, gaya Ada begini seakan cuba menggoda Bryan ........" Bryan tersenyum kepada aku, dia memegang kedua tangan ku erat.
"Siapa Bryan dan Qistiena sebenarnya, boleh Ada tahu ......?" tanya aku dengan nada manja, cuba menggoda jawapan dan penerangan yang jujur dari Bryan
"Bryan dan Qistiena telah kehilangan kedua ibu bapa di dalam kemalangan di laut, mayat keduanya tidak pernah di temui. Ketika itu, Bryan berumur 13 tahun dan Qistiena baru 9 tahun. Segala harta kekayaan dan perniagaan kedua ibu bapa diserahkan kepada pentadbir dan kami akan menerima wang belanja setiap bulan, tapi sayangnya............" muka Bryan memerah dan air matanya bergenang.
"Kami telah di khianati oleh pentadbir harta sersebut yang merupakan adik kepada ayah ku, kami berdua dikasari dan di pukul. Duit belanja bulanan di gunakan untuk diri mereka sendiri untuk kesenangan diri meraka. Auntie Rosnah dan Pak cik Roslan adalah pekerja di rumah kami yang paling dipercayai. Mereka melarikan kami berdua keluar dari siksaan, mereka tidak tahan dengan apa yang di tanggung oleh kami. Mama kamu yang membantu menyembunyikan kami, abang kedua mu seumur dengan ku, abang sulung mu tua 5 tahun dari kami dan kamu semasa itu berumur 7 tahun" Bryan mengesat air mata dan cuba tersenyum namun agak pahit.
"Setelah satu bulan bersembunyi di rumah kamu, kami hampir di hidu oleh adik ayah ku. Mama kamu menghantar kami berempat ke Korea, kedua ibu bapa ku memiliki rumah di Korea dan tidak di ketahui umum kecuali orang kepercayaannya sahaja termasuk mama mu. Dua hari sebelum berangkat, peguam keluarga telah berjumpa dengan kami secara sembunyi, semua di atur oleh mama kamu. Di situ kami tahu nilai sebenar harta kedua ibu bapa kami, harta yang di tadbir oleh adik ayahku hanyalah satu perlima dari harta yang ada. Selebihnya adalah di atas nama Auntie Rosnah, Uncle Roslan dan Mama kamu. Kami mencukupi hidup kami dengan sisa harta tersebut dan bangkit kembali" Bryan menghela nafas
"Kini aku kembali mencari orang yang pernah mencium pipi ku 13 tahun yang lalu dan berjanji berkahwin dengan ku bila aku kembali ..........." Bryan mengusap lembut tangan ku sambil tersenyum manis
Aku tiada memori itu di dalam fikiran ku, amat malu jika aku yang berjanji akan berkahwin dengan Bryan dan terlebih malu lagi aku yang mencium pipi nya.
"Mama tahu kamu kembali ...........?" tanya ku, cuba menyembunyikan perasaan tidak keruan ku. Lagi pula mama tidak mengenal Bryan semasa aku cuba membantu nya di malam itu.
"Ya, dia tahu. Dia tidak melarang aku berjumpa dengan mu. tetapi semuanya adalah rahsia. Kak Ain pembantu kamu adalah mata-mata adik ayah ku. Kerana itu aku bersembunyi untuk berjumpa dengan mu Ada....." Bryan terus mengusap lembut tangan ku dan mengucup nya, lama......
Hati ku kacau, aku tidak terbiasa dan tidak terdidik secara barat. Abang-abangku cukup menjaga pergaulan ku dengan lelaki. Aku cuba menarik tangan ku dari kucupan Bryan, reaksi ku di sedari oleh Bryan dan dia mengangkat muka memandang aku.
"Mari ............." Bryan mendorong kerusi roda sambil memegang tangan ku beriringan ke suatu bilik.
Bilik ini sederhana kecil, ada perbagai buku di rak. Ada meja kerja dan sebuah laptop. Dua buah television, satu untuk kamera cctv. Bryan membuka lemari bawah rak buku, di dalamnya terdapat peti besi. Bryan meletakkan kelima jarinya di pintu peti besi dan membuka nya. Bryan mengeluarkan satu kotak baldu berwarna merah. Dia menyerahkan kepada ku.
"Buka .......... ini hadiah perpisahan kamu kepada aku sewaktu itu Ada ........"
Aku "..........."
Aku membuka kotak dan dan di dalamnya ada bunga jejarum yang di bentuk cincin dan di awet dengan baik. Aku terharu dan cuba mengenang kisah lalu. tapi, blank........
"Mari kita makan " ajak Bryan. Mungkin dia kasihan melihat aku hingga mengerutkan muka cuba mengingat kembali.
Kami bergerak menuju ke ruang makan. Semuanya siap terhidang di sana dan kami pun menjamu selera dengan santai. Kerana aku telah terlupakan masa.
------------------------------
"Puan, Ada tak pernah lewat. Ini sudah melebih dari masa dia pulang" rungut Kak Ain , dia sangat runsing, Ada tak pernah pulang lewat. Jika ada sebarang masalah, Ada akan menghubungi dia.
"Tak apa, dia berjumpa teman, dia dah beritahu saya tadi. Tenang aja...." Mama sedia maklum pemergian aku berjumpa dengan Bryan.
"Makanan dah siap .......?" tanya mama
"Dah puan ......" balas Kak Ain
Mereka berdua pun menjamu selera dengan tenang.
--------------------------
"Bryan, dah lewat, aku perlu hadir latihan ..........." ucap ku dengan cemas memandang ke arah Bryan
Bryan masih boleh tersenyum ke arah ku. Aku berusaha memahami keadaan dan mengawal kekalutan yang melanda aku.
"Ada, segarkan diri di kamar kamu ......" Bryan membawa aku ke sebuah kamar yang di sebut kamar kamu, maknanya kamar aku.
Aku masuk ke kamar mewah tersebut, ke bilik air dan menyiram diri ku. Terasa segar. Setelah siap, aku keluar dengan bertuala. Di lemari di penuhi pakaian wanita, saiz ku.....? Kasut, juga saiz ku .......... di meja rias, aku merias ringkas. Pakaianku di pagi hari aku masukkan ke dalam bag sandang ku.
Setelah siap, aku pun keluar dari kamar. Tak tersangka Bryan menunggu ku dengan setia di pintu.
"Faz akan menghantar Ada ke tempat latihan .........." Bryan menundukkan wajahnya sambil bersuara
"Ada .........." panggil Bryan sewaktu aku separuh bergegas ke ruangan parking. Aku berpaling dan melambai kepadanya, aku membuat flying kiss kepada Bryan
"Kamu sangat cantik, aku sayang kamu Ada ............" Bryan melamabai kepada ku sambil tersenyum.
Aku bergegas mengikuti Faz ke ruangan parking kenderaan. Aku melopong lagi kali ini, kenapa tadi aku tidak memerhati semua ini. Aduh....... aku menepuk dahi............