Aku bergegas mengikuti Faz ke ruangan parking kenderaan. Aku melopong lagi kali ini, kenapa tadi aku tidak memerhati semua ini. Aduh....... aku menepuk dahi............
Kesemua kawasan parking di penuhi kereta mewah, sangat indah pemandangan ini. Aku terpukau dengan kepelbagaian kenderaan di situ.
"Cik, kita akan lewat ...... " Faz mengingatkan aku
Aku pu berjalan mengikuti Faz ke sebuah kereta. Bukan kereta yang kami naiki tadi. Kereta ini tertulis 'Grab'. Grab Car, dia menghantar aku guna grab car. Aku menepuk dahi untuk kali kedua.
Faz membuka pintu kereta untuk ku, aku masuk dan membeku di ruangan belakang. Faz memandu keluar dari kawasan rumah tersebut, aku rasa keliru, seolah-oleh filem zorro. Kami keluar dari celahan air terjun dan terus ke jalan utama.
Aku tiba di tempat latihan tepat pada masanya. Aku bergegas masuk dan bertemu mama dan Kak Ain dipintu masuk. Kamimasuk bersama. Kak Ain meleteri ku sepanjang jalan ke ruangan latihan. Aku mengabaikan dia kerana tahu sikap nya kuat berleter.
-----------------------------
"Malam ini adalah latihan terakhir kita, tidak mahu ada apa kesalahan. Harus sempurna, faham semua !!!" tegas Auntie Balkhis kepada model dan pekerja terlibat.
"Faham.........." serentak kami menjawab dan bertepuk tangan menaikkan semangat.
Oleh kerana aku masih terbawa-bawa dengan penceritaan Bryan tadi, aku tidak dapat fokus kepada latihan malam ini. Mama mula resah, rakan model mula merungut dan menunjukkan muka tak berpusa hati kepada aku.
"Rehat sepuluh minit ..........." Auntie Balkhis bersuara, mukanya pun menunjuk rasa tidak puas hati kepada ku.
Aku membisu di pinggiran dan keramaian yang lain bergosip tentang aku yang tiba-tiba hilang arah, sedangkan aku watak utama dan sangat sempurna selama ini.
Mama datang dan menepuk-nepuk bahu ku, tiada kata yang terucap.
"Kita mulakan sekarang .........." laung Auntie Balkhis sambil menepuk tangan
Mama memeluk ku erat, kemudian mengucup keningku sebelum melepaskan aku pergi berlatih. Aku bertambah gusar, apakah yang akan terjadi seterusnya. Aku berusaha menenangkan diri, tapi tidak mungkin.
Aku terlupa membuat pusingan, aku tersalah masuk ke arena peragaan, aku tidak berhenti di tempat yang ditetapkan dan pelbagai lagi kesalahan kecil yang tidak patut aku lakukan.
Semua model terpaksa mengulang kembali pergerakan, dan setiap kali aku membuat kesalahan yang berlainan. Sangat melelahkan semua orang dan aku amat bersalah di dalam hal ini.
Aku berusaha fokus kepada pekerjaan, tetapi otak ku tidak bekerjasama dan lagi lagi aku membuat kesalahan sehingga semua orang menjadi muak dan marah dengan aku malam ini.
Mama juga sudah hilang kesabarannya, kening mama bertaut, raut wajah sudah memerah dan aku tahu mama aku sudah marah.
"Baik, semua bekerja dengan baik malam ini, semua boleh bubar kecuali Ada..." mama ku berteriak tegas
Aku melihat masa, sudah tengah malam.
"Ada, teruskan latihan berdasarkan irama lagu latar semasa pertunjukkan" arah mama kepada ku.
Aku akur pada arahan mama dan meneruskan latihan walaupun aku letih.
"Ready, go......" ucap mama dan aku berjalan seolah memperagakan pakaian rekaan meraka.
"Good........... hampir sempurna. Thats my girl.......... " ucap mama bangga bila aku boleh mengikut pengaturan yang telah mereka rancang.
"Baik, buat lima kali lagi latihan, if sempurna kita boleh bubar seperti yang lain-lain, " ucap mama lagi
"Boleh Ada segarkan diri sebentar, letih........... " rengek ku kepada mama
"Okay, lima belas minit saja ya........." mama bertegas, mungkin mama juga telah letih.
Aku bergegas ke tandas, namun sekilas aku seperti terlihat bayangan seseorang berambut merah. 'Bryan, adakah dia datang mengawasi aku .......' aku berbicara sendiri. Niat ku ke tandas terbantut, aku mengekori bayangan tersebut sehingga ke satu lorong dan aku kehilangan arah. Aku berbalik badan untuk kembali ke tandas. Tanganku diraih seseorang dan aku terheret ke satu sudut. Sudut ini tiada CCTV, walaupun ada, adakah mereka dapat merakam wajah hantu. Aku ketakutan dan mengigil sehingga tidak bersuara sama sekali.
Lembaga itu memeluk ku erat, dia mengucup bibirku yang terketar, lebih kepada hanya meletakkan kulit bibir ke kulit bibir yang lain, tidak beraksi.
"Kawal dirimu, jangan ketahuan tentang kita berdua oleh orang-orang luar selain mama mu......" bisik lembaga itu. Ya benar, itu Bryan. Aku tidak salah meneka. Dia memang memerhatikan aku.
"Bagaimana kau tahu .............?" tanya ku
"Mama mu mengirimkan video latihan mu kepada ku, tenang aja, aku sentiasa di sisi mu" bisik Bryan lagi dan memeluk ku lebih erat. Wajah ku memerah hingga ke telinga.
Walaupun aku tergolong dalam kelompok berfikiran terbuka, tetapi tetap juga malu diperlakukan begini orang seorang lelaki dan ini pertama kali aku dipeluk oleh berlawanan jenis yang bukan ahli keluarga ku.
"Baik, mengerti ..............." balas ku sambil cuba melonggarkan pelukan. Bryan menurut dan menghadiahkan aku satu kucupan di dahi sebelum berpisah.
Aku meneruskan niat ke tandas dan menyegarkan badan. Seterusnya aku bergegas melanjutkan lahitan ku sebanyak lima kali lagi atau berkemungkinan lebih jika mama tidak berpuas hati.
Aku berusaha keras agar tidak terlupa step, untungnya selepas di motivasikan oleh Bryan, aku cemerlang lagi. Namun mama tetap mengarahkan aku berlatih lima pusingan lagi sehingga mereka berpuas hati.
Setelah selesai latihan khas untuk aku seorang, jam menunjukkan tiga pagi. Letih sekali dan mata kuamat berat untuk dibuka tapi, perut ku berbunyi. Pilihan tetap di tangan aku, aku piih untuk lena, ya lena lebih penting dalam hidup ku.
Aku terlena ditepat duduk belakang, mama dan kak Ain berbual di depan, aku sudah ke alam mimpi.
"Ada, bangun ........." aku dikejutkan mama
Tapi bukan di rumah tetapi di sebuah warung, aku malas melayan mama dan lebih cenderung tidur di dalam kereta. Mama meleteri aku kerana lebih memilih tidur dari makan, dia risau jika aku tidak sihat untuk pertunjukan besok.
Dengan malas aku pun menuruti mama ku ke warung, kami memesan mee mamak dan teh tarik tiga set dan menunggu hidangan di hantar.
Aku memerhati sekeliling, dua lelaki ber t-shirt biru gelap tidak jauh dari kami seperti aku kenal, tapi di mana ya........... Aku pelupa sekarang, sedih rasanya
Lelaki yang bersama Faz menjemput aku di kuliah, atau lebih tepat menculik aku ke tuan muda mereka. Mereka seperti tidak mengenal aku dan aku juga mengabaikan kewujudan mereka di sekeliling kami.
Makanan tiba dan kami makan dengan senyap dan pantas. Ya, sangat lapar. Aku ,menghabiskan mee ku dengan sekejap meninggalkan mama dan Kak Ain. Aku terus menghabiskan minuman dan bergegas ke kereta untuk menyambung niatku.
Separuh dari perjalanan ku ke kereta, aku merasa pusing, pening dan mata sangat berat. Aku berpaling ke arah mama dan kak Ain, keduanya telah tertidur di atas meja tidak sedarkan diri. Aku juga tidak dapat menahan rasa kantuk ku yang amat sangat tak rebah di situ....