Separuh dari perjalanan ku ke kereta, aku merasa pusing, pening dan mata sangat berat. Aku berpaling ke arah mama dan kak Ain, keduanya telah tertidur di atas meja tidak sedarkan diri. Aku juga tidak dapat menahan rasa kantuk ku yang amat sangat tak rebah di situ....
--------------------
Bila aku tersedar, kepala terasa sangat berat dan sekitar ku berpusing. Aku cuba untuk bangun, tersentuh sebuah gelas di sisi meja ku.
"Prang......"
"Ada......, baring dulu, kamu belum sepenuhnya sedar...." suara yang ku kenali
"Mama............." aku memanggil
"Ada, kita hampir di culik orang, untung saja ada yang membantu kita, kita bertiga terselamat" ujar mama
Aku mengingat kembali, memang mama dan kak Ain terlebih dulu tidak siuman dari aku, kenapa aku yang terlebih dari mereka. Bagaimana aku boleh berada di rumah. Banyak sebenarnya hendak aku tanya, tapi pening menyerang, aku akur dan berbaring seterusnya memejamkan mata.
Aku tersedar lagi, kali ini kondisi tubuhku agak membaik dan kepala ku tidak lagi berat dan pusing. Aku memerhati sekeliling dan menyedari ia di dalam kamar ku. Jam dinding menunjukkan 3 petang dan aku seharusnya bersedia untuk acara besar malam ini.
"Ada........." panggil mama ku
"Ya mama.........." aku tersedar dari lamunan
"Sebenarnya ada cubaan menculik Ada untuk menggagalkan pertunjukan mama malam ini. Seharusnya Ada membuat pilihan samada tidak hadir atau meneruskan pertunjukan tapi harus berjaga-jaga dengan musuh yang tidak kita kenal......" ungkap mama sambil jarinya mengusap kepala ku.
"Ma...Ada akan teruskan dan berjanji menjaga perlakuan dan tindakan agar tidak masuk perangkap" ujarku yakin
"Baiklah, mama sediakan dua pengawal untuk mengikuti Ada." ungkap mama seraya menepuk tangan. Dua orang lelaki bertubuh sasa, berkacamata hitam dan berbaju t-shirt putih masuk. Sangat familiar.
'Lelaki ini..............mereka orang-orang Bryan, orang yang sama di malam itu' mata tu terbelalak dan mulut terlopong memandang ke arah mereka dan mama sillih berganti. Mama tersenyum dan mengenyit mata kepada ku sebagai isyarat dan tersenyum lalu bergerak keluar.
"Aku ingin bersiap, sila keluar sebentar," arahku kepada kedua-dua lelaki itu. Mereka tanpa kata keluar dari kamar ku. Mereka bisu.......!!!!
-------------------------------
Setelah bersiap ala kadar dengan rias yang simple, aku pun bergerak turun menuju ke lokasi pertunjukan bermula. Aku ditemani Mama dan dua pengawal. Kak Ain tidak bersama, mungkin dia juga tidak sihat setelah apa yang berlaku semalam. Tanpa banya bicara aku pun bergerak bersama-sama.
"Ma.... adakah ada yang berniat jahat ke atas mama atau Ada?" tanya ku
"Belum dapat di tentukan, biar masa yang membuka laluan kepada kebenaran" ucap mama sambil menepuk-nepuk tangan ku.
"Ada, walau apa pun yang terjadi selepas ini, ada harus kuat dan ingat satu perkara, mama dan abang-abang Ada sayang kepada Ada, apa pun yang kami lakukan hanyalah untuk kebaikan Ada" kata-kata mama yang menyebabkan aku was-was
"Ma, tiada apa yang akan berlaku, Ada sayang family Ada" lalu memeluk mama dengan erat. Mama membalas pelukan ku dengan sangat erat. Selepas adengan peluk memeluk berlalu, aku melihat mama menyeka air matanya.
"Ma..........semuanya akan baik-baik saja" ucapku sambil mencium pipi mama.
Terasa perjalanan yang kami tempohi sangat jauh, melintasi PUP yang berlaku tragedi Bryan di pukul, aku memandang sekilas dan serasa seperti Bryan si sana memandang dan melambai ke arah ku. Bila aku sungguh memandang ke sana, hanya bayangan di dalam minda. Aku terpana.
----------------------------------
" U janji dia tak akan ujud lagi............ U janji akan uruskan dia, sekarang bagaimana.......... jangan permainkan cinta I kepada U !!!" marah Allie kepada seseorang.
Kemudian terdengar barangan pecah dan di lempar ke dinding dan lantai. Para pekerja yang menguruskan Allie tidak berani masuk termasuk pengurusnya. Semua berdiri diam di depan pintu bilik. Aku mengabaikan semuanya dan berlalu ke bilik ku.
Aku cuba membuka pintu bilik tetapi terkunci. Untung saja aku datang awal ke lokasi. Aku menuju ke bilik pihak pengurusan untuk mendapatkan bantuan. Setibanya di sana, bilik terkunci dari dalam dan ada tag 'TIDAK BOLEH DI GANGGU'. Aku yang terasa kesal melekapkan telinga ke pintu bilik.
"Datuk Seri, kami mengikut arahan tapi ada yang mengganggu, tak pasti siapa..." satu suara lelaki.
"Kamu tidak menjalankan dengan baik, kamu layak untuk aku simpan lagi?" suara Aunti Balkhis
"Maafkan kami, semua salah kami, kami akan berusaha keras dalam hal ini, beri kami peluang. Lagipun kami telah lama mengikut Datuk Seri..." rayu suara lelaki itu lagi.
Aku malas mendengar lagi dan terus mencari seseorang untuk menolong ku tentang pintu bilik yang berkunci. Untung saja aku bertemu dengan pembantu Auntie Balkhis, dia membantu aku mendapatkan kunci bilik dan menyerahkan kepada ku. Dia juga mengarahkan penggaya dan pekerja-pekerja yang di arahkan untuk mengurusku segera mengikut ku ke bilik. Kami bergegas untuk bersiap sedia agar tidak terlewat.
Aku dibantu oleh pekerja-pekerja cuba membuka pintu bilik namun gagal. Aku hampir putus asa. Aku mula risau, adakah ini petanda nasib malang kepada ku. Jantung ku berdetak kencang, fikiran ku kacau.
"Ada masalah......?" satu suara yang akrab dengan ku terdengar di cuping telinga, aku pun berpaling ke arah suara itu.
Aku: " Abang Rizqie, pintu kamar ku tersekat, tak boleh di buka"
"Oh, mari abang bantu kamu.." ucapnya dan terus mendorong pintu kamarku dengan kuat.
Setelah beberapa kali di dorong keras oleh Rizqie, pintu pun terbuka. Semua orang melopong dengan suasana didalam kamarku. Berantakan.... aku terduduk dan hampir mengangis dengan suasana yang ku lihat di depan mata ku.
"Ada, jangan begini, kami akan kemaskan kamar ini seperti sedianya" pujuk Rizqie sambil mengangkat ku bangun dari duduk ku.
"Jadi harus bagaimana abang.............." ucapku sedih dengan apa yang berlaku.
"Kamu semua bersihkan kamar ini, jadikan seperti semula...." arah Rizqie kepada para pekerja ibunya. Dia memelukku dan membawa ke suatu kamar yang lain, kamar khas untuk dia berehat.
"Adakah aku sangat jahat hingga aku diperlakukan begini...?" ucapku dengan suara yang hampir tidak didengari dan lebih kepada menyesali nasib tidak baik sendiri.
"Kamu terlalu polos, tidak ada kepuraan di dalam dirimu Ada, tak mungkin tiada orang yang membenci dengan sikap baik kamu," ucap Rizqie
"Ada, sebenarnya kita perlu mencapai satu persetujuan di dalam hal pertungangan kita..." ucap Rizqie lagi dan menyebabkan aku terkejut dan berdebar. Kekacauan yang berlaku tadi belum dapat aku hadam, kini hal pertunangan pula di sebut oleh Rizqie. Makin kacau fikiran ku.
"Abang Rizqie, apa sebenarnya yang terjadi, hal pertunangan apa, Ada tidak tahu," bentakku sambil berlari keluar dari kamar Rizqie menuju ke kamar ku. Untung saja kamar ku telah siap dikemaskan.
"Terima kasih semua....." ucapku sambil bertepuk tangan dan tersenyum senang.
"Mari kita mulakan................." sambung ku lagi
Semua orang menyibukkan diri, merias diriku, menyediakan pakaian yang perlu aku peragakan dan lain-lain keperluan yang aku perlukan.
=============================
Para model dan keseluruhan pekerja memberikan usaha mereka seratus peratus untuk malam ini dan aku juga berusaha yang terbaik untuk malam ini. Kesilapan kecil pun akan mencacatkan persembahan.
Tiba pada acara kemuncak, aku menggayakan pakaian mama dengan anggun dan yakin diri mengorak langkah ku ke pentas. Aku cuba menyembunyikan rasa cemasku dan fokus kepada acara. Aku menenangkan diriku sendiri dan terasa detik berlalu terlalu lambat. Sewaktu aku tiba di hujung pentas peragaan, tiba-tiba Rizqie naik ke pentas. Aku masih mengawal emosi dan fokus.
Rizqie melutut di depan ku dan menghulurkan sejambak bunga kepada ku, aku tersenyum tulus dan menyambut jambangan bunga itu tetapi dapat ku lihat wajah Rizqie yang menegang. Namun cuba tersenyum. Rizqie mengeluarkan sebuah kotak dari blazernya. Dia membukanya dan menghalakan kotak itu kepada ku,
"Sudikah kau menjadi tunanganku................?" ungkap Rizqie sambil menunduk. Aku tahu dia tidak ikhlas, mungkin dia ada pilihan yang lain tapi tidak dapat menolak kehendak ibunya. Aku memegang lengan Rizqie dan menarik dia bangun, aku tersenyum ke arahnya. Kemudian aku berbisik kepadanya. Rizqie tersenyum dan memeluk aku. Hadirin semuanya bertepuk tangan dan suasana meriuh. Kami beriringan berjalan ke dalam tempat aku bermula.
Semua para model keluar beriringan dengan aku dan Rizqie. Kesemua kami bertepuk tangan dan diikuti oleh para hadirin. Acara malam ini berakhir dengan jayanya. Aku bersiap untuk pulang rehat tetapi terhalang oleh acara makan selamat untuk semua yang terlibat. Aku mencari mama dan meminta mama menggantikan aku, aku sangat lelah dengan aoa yang terjadi dan ingin berehat awal. Lagipula esok aku ada kuliah. Hari ini sudah ponteng sehari. Mama mengizinkan aku tetapi harus berhati-hati dalam perjalanan. Mama memanggilkan taksi kepada ku.
Aku sampai dirumah dalam tempoh setengah jam kerana jalan tidak sesak di tengah malam. Rumah hanya terpasang satulampu sahaja, tiada kelibat Kak Ain. Mungkin sudah tidur. Malas mempedulikan dia. Aku mencuci wajah dan mandi, terus tidur tanpa keluh kesah lagi akibat keletihan yang teramat sangat.
===============================
Aku dikejutkan oleh deringan jam di sisi katil, terkejut dan berkejaran ke bilik air. Terlewat dan perlu segera bertindak. Lewat lagi ke kuliah, mama berleter, pensyarah berleter..........laju, laju........ Aku berkejaran bersiap dan turun ke bawah.
'Sunyi'