Kami tiba di suatu pergunungan yang sangat indah. Orang-orang di sana semuanya berpakaian sangat indah. Rupa paras mereka baik lelaki atau pun wanita juga sangat indah seperti lukisan. Aku menikmati segalanya di depan mata. Mata ku tertumpu kepada seorang lelaki. Wajahnya persis mama. Mata ku melekat kepada nya hingga leher ku hampir terkehel. Nenek hanya tersenyum memandang ku.
Kami mendarat di sebuah taman. Nenek memegang tangan ku dan membawa ku ke tempat lelaki itu tadi. Kelihatan nya dia sedang merawat seorang lelaki yang di dalam keadaan tidak sedar kan diri. Aku memandang lelaki itu sejenak dan merasakan ada yang tidak kena.
"Nenek, siapa lelaki itu " aku berkata sambil menunjuk ke arah lelaki yang di rawat. Aku merasa sangat akrab dengan lelaki tersebut. Nenek tidak menjawab tetapi tersenyum ke arah ku.
"Kekasih ku, ini cucunda dinda persembahkan kepada kekasih ku" ucap nenek lembut sambil tunduk hormat kepada lelaki yang berwajah persis mama ku. Lelaki yang di panggil kekasih hanya memandang sekilas ke arah kami dan melanjutkan pekerjaan nya merawat lelaki itu.
Reaksi dingin lelaki itu membuatkan aku kesal dan memandang sedih ke arah nenek. Nenek hanya membalas ku dengan senyuman manis. Sungguh kuat hati nenek. Jika aku diperlakukan begini, tidak mungki aku mampu lagi tersenyum semanis itu. Aku dibawa pergi oleh empat orang wanita itu ke kamar khas untuk ku. Di dalam nya sangat indah sepeti sebuah rumah di dalam bilik, cukup lengkap. Kecuali Bryan, dia tiada di sini dengan ku. Aku membaringkan tubuh ku di katil mengenangkan Bryan.
"Tuan puteri, masa untuk santap" aku dikejutkan oleh suara empat orang wanita pengiring. Mereka mengejutkan aku untuk makan tetapi ke empat-empatnya yang bersuara, kenapa tidak seorang sahaja. Tanpa membuang masa aku pun mengikuti mereka ke tempat makan.
Dimeja makan, lelaki dingin itu berada di kerusi utama, nenek di kanan nya. Mereka sangat mesra. Aku tertegun sebentar, tadi dia tidak pedulikan kami tapi kini sangat mesra. Pengiring memaklumkan ke datangan ku dan aku di persilakan duduk di sebelah kiri lelaki dingin itu.
"Apa khabar mama mu?" soal lelaki dingin itu setelah aku duduk.
"Mama koma, sudah lama tidak bangun tetapi kami adik beradik di asuh oleh mama palsu yang di kirimkan oleh Pak Cik Albert" cerita ku kepada mereka. Mereka berdua berpandangan sesama mereka.
"Makanlah selepas itu berehat. Besok dan seterusnya adalah hari yang sangat berat untuk mu" ucap lelaki dingin itu lembut. Sangat berbeza kelakuannya dari petang tadi.
"Dewi ku, adakah makanan ini tidak sesuai dengan selera mu?" soal lelaki dingin itu kepada nenek ku. Sangat lembut dan menggetarkan.
"Kekasih ku, dia adalah satu-satunya anakanda kita, bagaimana tidak merisaukan keadaannya, walaupun Albert itu teman baik nya pasangan ini,tetapi dia pernah menyimpan hati kepada anakanda kita" ucap nenek ku sedih dengan berita yang diterima. Suasana mesra mereka bertukar sedih.
"Dewi ku, izinkan kekasih mu pulang menjenguk anakanda kita di sana. Sudah lama tidak pulang sejak kejadian itu" lelaki dingin itu memohon izin dari nenek sedangkan dia di agungkan oleh nenek di sini. Sepatutnya dia berhak memutuskan apa keputusan yang di ingini nya.
"Sesuai dengan kehendak kekasih ku" ucap nenek sambil tersenyum manis dan menggemgam erat tangan lelaki dingin itu. Suasana makan kembali ceria. Aku hanya fokus makan dan mengabaikan mereka berdua. setelah selesai, aku bangun ingin ke kamar ku semula.
"Puteri kecil ku, boleh kah puteri kecil ku memanggil ku datuk sesuai dengan kedudukan ku sebagai ayah kepada mama mu?" soal lelaki dingin itu. Rupanya dia adalah ayah kepada mama dan datuk ku. wajar saja wajahnya mirip mama.
"Datuk..........." panggil ku dengan lembut. Lelaki dingin itu pun tersenyum manis kepada ku. Dia menggukkan kepala nya kepada ku.
"Berehat lah, besok datuk akan mengunjungi mama mu, seandainya ada izin akan dibawa pulang dan di rawat bersama papa mu di sini" terang datuk kepada ku membuatkan aku terkejut.
"Papa masih hidup, tetapi mama sudah berkahwin dengan Pak Cik Albert" kata ku terkejut.
"Tidak salah sangkaan ku, kecelakaan yang menimpa Agnes dan Andreas pasti ada hubungan dengan Albert" suara kecil datuk yang mengungkap kekesalan di dalam hatinya. Aku terdiam.
Aku bangun dan memberikan hormat kepada kedua datuk dan nenek ku dan mengikuti pengiring wanita itu pulang ke kamar ku. Aku membersihkan diri ku dan berbaring di sofa. Aku memikirkan Bryan, apa yang sedang dia lakukan tanpa aku di sisi. Aku mengambil telefonku dan mendail nombor nya. Ada talian rupanya di sini.
"Ada, kamu okay kah di sana?" soal suara di hujung sana. Bukan kebiasaanya orang menjawab telefon sebegitu. Tiada ucapan selamat atau apa terus menerjah dengan persoalanan.
"Aku okay di sini, kamu dengan siapa sekarang?" soal ku kepadanya.
"Bersama gambar mu di kamar, rindu sangat kepada kamu. Nanti bila pulang kamu jangan berfikir untuk melarikan diri dari ku. Aku akan mengurung mu di kamar tujuh hari tujuh malam" ucap Bryan bernafsu.
"Sudahlah, pergi berehat dan tunggu aku pulang. Bukan sekadar tujuh hari tujuh malam malah satu bulan pun aku tak kisah, asalkan bersama mu Bryan" jawab ku manis. Kedengaran suara ketawa di hujung talian.
"Kamu janji ya ada, aku tunggu" ucap Bryan dan memutuskan talian.
Aku hampir menyesal mengucapkan kata-kata itu. Mana mungkin bersama Bryan selama tujuh hari tujuh malam. Seharian juga aku amat lelah. Aku memarahi mulut ku yang suka sebarangan berjanji manis dengan Bryan.
Dengan kesal aku berdiri dan berjalan ke katil ku. Aku berbaring sambil bermain telefon. Permainan yang aku main ini sudah agak lama aku tidak main. Untuk menghilangkan kebosanan aku bermain dengan permainan itu sehingga mata telelap.
"Pap" telefon jatuh menimpa wajah ku. Sakit teramat. Aku pun meletakkan nya di sisi katil dan meneruskan tidur ku, walaupun wajah ku agak sakit.
====================
Aku terjaga dari tidurku, terasa kepuasan yang amat sangat setelah bangun dari tidur. Aku ke kamar mandi dan membersihkan diri ku lalu berpakaian sesuai dengan latihan yang akan aku jalani sebenar lagi. Sedang menanti empat orang pengiring itu datang menjemput, aku bersantai-santai di atas sofa.
"Tuan puteri, sila lah bersalin persalinan yang di bawa" ucap ke empat-empat orang pegiring. Mereka membuat aku bingung kerna bila bercakap, ke empat-empat bersekali yang berucap. Aku bangun dan menyalin pakaian yang di bawa.
"Sila kan tuan puteri" Ke empat-empat mereka serentak bersuara. Aku tersenyum dan mengikuti mereka ke ruang makan.
"Jemput duduk puteri kecil ku" jemput datuk.
"Terima kasih datuk dan nenek" ucap ku sambil tersenyum kepada mereka.
"Datuk akan pulang menjenguk mama mu. Kamu tenang di sini berlatih dengan nenek mu. Dengan ilmu yang kamu ada dan kesihatan mu yang makin membaik, datuk pasti kamu akan melebihi datuk dan nenek" ucap datuk ku sambil tersenyum kepada ku tetapi sebelah tangannya masih memegang erat tangan nenek ku. Sangat mesra mereka berdua walaupun di usia yang lanjut. Tetapi wajah mereka tetap seperti muda remaja. Aku hanya tersenyum dan kami pun makan dalam suasana yang mesra.
Setelah selesai makan, aku dan nenek mengahantar datuk ke satu pintu gerbang. Datuk memeluk dan mengucup dahi nenek. Kemudian dia melangkah kakinya ke gerbang itu dan menghilang. Kami berdua berjalan menuju ke sebuah bangunan lama.
"Kita akan berlatih di sini, mari masuh" ucap nenek ku. Aku mengikutnya masuk ke dalam bangunan itu. Walaupun di luar agak usang tetapi di dalam keadaannya sangat berbeza. Aku di bawa ke kamar yang sangat unik. Pintu kamar tinggi hingga ke lelangit bangunan. Di kedua belah pintu kamar ada gambar dewi kecil memegang busur panah.
"Aku datang bersama warisan ku, bukakan pintu kamar" seru nenek di hadapan pintu. Dua dewi kecil yang melekat di pintu kamar bergerak dan pintu kamar terbuka. Aku membontoti nenek memasuki ruangan itu.
"Kita akan mulai latihan sekarang" kata nenek tanpa berbasa basi lagi. Aku dengan patuh mengikuti segala arahan yang diberikan oleh nenek. Terakhir sekali nenek memindah kuasa dalaman nya ke tubuhku dengan melekapkan telapak tangannya di belakang tubuh ku. Aku merasai aliran elektrik yang memasuki tubuh ku. Setelah selesai semua, nenek menerangkan secara ringkas dan padat cara aku membangkitkan kuasa dalaman ku dan cara mengawalnya.
Setelah itu kami keluar dari kamar latihan itu. Nenek tunduk memberikan hormat kepada dua Dewi kecil penjaga pintu itu. Aku pun menurut perbuatan nenek, tunduk memberikan hormat ku kepada dua dewi kecil itu.
Kami keluar dari bangunan itu menuju ke ruang makan. Datuk telah siap menunggu kami di meja makan. Kami duduk di tempat masing-masing. Datuk mengesat dahi nenek seolah mengesat peluh sedangkan tiada peluh di situ. wajah nenek memerah dan tertunduk senyum malu seolah gadis remaja sedang bercinta.
Datuk membawa kami ke tempat mula-mula kami bertemu dengannya. Di situ aku melihat satu lagi tubuh di samping papa. Aku berlari ke arah tubuh itu. Mama terbaring di sisi papa. Sangat sedih melihat mereka bertemu di dalam keadaan seperti ini.
"Ada, kemungkinan mama dan papa mu sembuh adalah tinggi. Kamu akan pulang besok ke pangkuan Bryan. Berehatlah setelah dua hari berlatih tanpa henti tentu kamu kelelahan" ucap datuk kepada ku.
"Dua hari............" kata terlontar keluar dari bibir ku tanpa sedar. Kedua datuk dan nenek mengangguk kepada ku dan tersenyum.
Tak berapa lama ke empat-empat pengiring datang menjemput ku. Aku membontoti mereka pulang ke kamar. Hati ku berbunga kerana kedua mama dan papa akan sembuh. Kami dapat berkumpul lagi setelah sekian lama. Aku tertidur di dalam kesenangan.
Terjaga di pagi hari dengan harapan berjumpa dengan mama dan papa dan mengucapkan selamat tinggal kepada datuk dan nenek. Aku agak sedih dan termenung sebentar di katil. Setelah itu aku memandang suasana kamar. Aku terkejut bukan kepalang dengan suasana kamar. Dimana aku.....