Penyesalan

1130 Words
        Tak berapa lama ke empat-empat pengiring datang menjemput ku. Aku membontoti mereka pulang ke kamar. Hati ku berbunga kerana kedua mama dan papa akan sembuh. Kami dapat berkumpul lagi setelah sekian lama. Aku tertidur di dalam kesenangan.         Terjaga di pagi hari dengan harapan berjumpa dengan mama dan papa dan mengucapkan selamat tinggal kepada datuk dan nenek. Aku agak sedih dan termenung sebentar di katil. Setelah itu aku memandang suasana kamar. Aku terkejut bukan kepalang dengan suasana kamar. Dimana aku.....         Pusing fikiran ku, di mana aku. Asing dan tidak pernah ku lihat suasana kamar ini. Aku mula berfikiran buruk dan bayangan perkara buruk bermain di benak ku. Fikiran ku amat kalut sehingga aku lupa untuk bangun dari tempat tidur. Terusan di tempat tidur, berpana dan berfikir. Di dalam kecelaruan aku terdengar bunyi tapak kaki berjalan ke muka pintu kamar. Pintu kamar terbuka dan aku  terkaku di tempat tidur dengan fikiran yang kusut, jantung yang berdegub laju. "Ada.......... sudah bangun ya sayang" suara yang aku kenal dan rindui selama beberapa hari ini. Aku melompat bangun dari tempat tidur dan meluru memeluk tubuh yang aku amat rindui, Bryan. Dia membalas pelukan ku dengan kuat dan dalam menandakan cinta kami yang teguh.         Saat aku mengangkat wajah ku memandang insan yang aku cintai, wajah Bryan berjambang dan tidak terurus serta tidak bermaya seolah-olah telah lama aku tidak melihatnya. Amat lama. "Bryan, kenapa kamu............" kata ku sambil mengusap wajah Bryan yang berantakan. "Terlalu lama dan hampir lelah menunggu mu. Aku tidak menyangka akan bertemu dengan mu lagi" Bryan berkata dan memeluk ku lagi. "Hanya beberapa hari meninggalkan mu, adalah terlalu lelah?" soal ku bercanda. "Hampir lima tahun kamu pergi bersama nenek mu. Aku hampir berfikir kamu tidak akan kembali lagi. Aku lelah menanti mu dan ingin pergi dari dunia ini sehingga nenek dan datuk mu menitipkan kamu kembali setelah itu" terang Bryan terusan memelukku tidak terlepaskan. ".............." Aku                                                 ==================================         Aku membersihkan tubuhku di kamar mandi, setelah itu aku mengenakan sepasang pakaian baru dan sedang bersedia mengubah wajah ku kepada rupa pembantu rumah seperti dahulu aku dihalang oleh Bryan.  "Nenek dan datuk mu telah membawa dia bersama mereka. Kini hanya kamu disampingku. Apa yang terjadi hanya kita bersama menghadapinya. Tapi perlu berhati-hati" terang Bryan tentang situasi yang berlaku ketika ini. Kemudian Bryan masuk ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya dan aku merias ringkas wajah ku.         Tidak lama selepas itu, Bryan pun keluar dari kamar mandi. Dia sudah merapikan wajahnya. Tiada lagi jambang di wajahnya hanya wajah yang tampan. Aku tersenyum kepada nya dan dia membalas dengan kucupan di bibirku. "Telah lama aku nantikan saat ini" Bryan berbisik di telinga ku.          Tanpa segan Bryan melepaskan tuala yang membelit pinggang nya dan aku terpana. Aku telah merias wajah ku dan kini dia ingin bercinta dengan ku. Aku kelu tiada kata tetapi ikut menurut segala kehendak Bryan. Kami berbalas kucupan, berpeluk, menimbal ke atas dan ke bawah sehingga lelah dan Bryan puas. Kami tertidur dengan kelelahan.                                                                 =============================         Perut ku berbunyi kerana terlalu lapar dan mengejutkan aku dari tidur. Di sampingku tiada lagi Bryan, kosong. Aku membalikan badan ingin bangun serentak itu Bryan masuk bersamaan dengan makanan. Aku hanya tersenyum ke arah Bryan dan bangun ke kamar mandi untuk membersihkan wajah ku.  Kemudian keluar untuk makan. "Bagaimana kamu tahu aku lapar?" aku bertanya soalan bodoh.  "Aku sudah lama lapar dan ingin memakan mu" ucap Bryan dengan muka nakal nya. "Hmmmm"  aku hilang kata-kata. "Aku menuntut janji ku kepada mu. Sebulan tidak dapat keluar dari kamar ini" kata Bryan kepada ku.         Perkataan yang aku sesali saat ini. Terasa ingin memutar masa dan menarik balik kata-kata itu detik ini juga. Tapi aku kini terjerat dengan kata-kata ku sendiri. Janji yang tidak aku jangka akan diguna pakai oleh Bryan ke atas ku. Aku pasrah dan terpaksa menerima segalanya kini. "Bagaimana menurut mu keadaan ku setelah sebulan berlalu" aku menggoda Bryan. "Akan mengandungkan anak ku" jawab Bryan sambil menjentik dahi ku. Aku mengaduh kesakitan. Bryan ketawa dengan kelakuan ku.         Sedang kami bercanda ria, telefon Bryan berbunyi. Dia menjawab telefon tetapi berlalu keluar dari kamar meninggalkan aku sendiri. Aku bangun membersihkan diri dan menggantikan pakaian bersih yang lain serta merias ringkas. Selayaknya seorang wanita.                                                 ===========================         Di kamar kerja, Byran sedang membicarakan urusan yang sangat penting dan rasanya dia terpaksa membatalkan niatnya untuk mengurung diri bersama Ada selama sebulan tanpa keluar dari kamar. Urusan yang terpaksa mereka hadapi lebih penting dari hal itu. Kedua-dua abang Ada berada di dalam kesusahan, tidak mungkin dia berpeluk tubuh sahaja.         Bryan berbalik tubuh dan memasuki kamar mereka. Dia melihat Ada menunggunya di sisi katil dan dia tersenyum berjalan ke arah nya. Dia mencium Isterinya yang dirindui selama ini. Kemudian mereka berlanjutan dan mengulangi nya lagi dan lagi sehingga Ada kehilangan tenaganya. Masalah boleh menunggu gilirannya di sudut sana. Dia perlu menghabisi isterinya dulu dan mengenyangkan batin nya.                                             ===========================         Akhirnya Ada terbangun di pagi hari dengan kelelahan dan kelaparan yang amat sangat. Dia bergerak perlahan ke kamar mandi untuk membersihkan diri dan hendak mengisi perutnya kerana sangat lapar. Dia tidak mengamati keadaan kamar dan tidak menyedari Bryan tiada di sisi juga telah terhidang makanan untuknya dan sekeping nota.         Sesudah selesai memcuci diri dan menyalin pakaian, Ada keluar dari kamar mandi. Dia merias wajahnya dan melihat hidangan yang ada di meja. Terdapat sekeping nota di samping gelas. Ada memerhatikan nota itu dan tidak tergerak mengambil untuk membaca nota itu kerana makanan lebih menggoda diri nya pada saat ini.         Andainya Ada membaca nota itu sekarang, dia tidak akan selera lagi untuk menjamah makanan di hadapan nya dan berlari ke arah abang-abang nya serta suami tercinta. Mereka bertiga adalah lelaki penting di dalam hidup nya, kini sedang berdepan dengan mara bahaya demi menyelamatkan sebuah nyawa yang hadir atas cinta ibu bapa nya dan di bawa ke dunia yang kejam ini.         Setelah Ada selesai makan dia bersenang-senang di sofa dan terlupa pada nota yang di tinggalkan oleh Bryan kepada diri nya. Mungkin kerana kekenyangan dan terlalu letih dikerjakan oleh Bryan, Ada terlena di sofa. Lena dengan asyik.         Di dalam lena nya Ada terlihat anak yang sangat manis memandang ke arah diri nya seolah memohon bantuan. Kemudian dia mendengar nama nya di panggil dengan keras oleh seseorang. Dia berpaling dan melihat ketiga-tiga orang lelaki yang terpenting di dalam hidupnya berlumuran darah dan memandang ke arah nya juga seolah memohon bantuan. Ada merasa seperti tiada udara untuk bernafas, dia berusaha untuk mengapai anak itu kemudian ketiga-tiga lelaki itu tapi tidak berdaya. Dia mengejar mereka namun mereka kini semakin jauh meninggalkan dirinya.         Ada terbangun dengan sangat lelah, peluh bercucuran di seluruh tubuhnya dan dia seperti berlari di kejar anjing gila di jalanan. Ada menyeka peluh nya dan berjalan ke meja yang tertinggal sisa makanan dan sebuah nota. Setelah melihat nota itu. Mata Ada membulat, dunia berpusing dan dia hampir pengsan dengan pesananan itu. Ada menyesal kerana mengaabaikan nota itu.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD