Kekasih, aku datang

1565 Words
          Tidak semena, kerongkong ku  terasa sangat sakit, badan ku memanas, kepala ku sepertinya hampir pecah. Aku menggeletak di atas lantai seperti ikan yang tiada air, menunggu sakarat berkunjung sedangkan Anastasia hanya diam di situ tidak membantu.          Aku mengutuk Anastasia di dalam hati untuk kedua kalinya kerana dia tidak membantu  ku. Aku juga mengutuk diriku di dalam hati ku kerana sangat gelojoh dan terikut-ikut kata hati ku yang sombong. Namun semuanya sudah tidak memberi erti lagi sekarang. Badan ku sangat panas, kepala ku seperti ingin meletup tidak dapat di tahan-tahan dan seluruh pakaian ku basah oleh peluh ku yang turun bak gerimis. Mata ku tetap tertuju kepada Anastasia, dia tetap diam di situ, dingin dan aku hilang kesedaran.                                                         ====================================         Aku dengan perlahan-lahan membuka mataku, Anastasia tetap diam disitu dan perempuan goth itu sedang memegang pergelangan tanganku memeriksa denyut nadi. Aku agak terkejut setelah memandang nya, namun aku tersenyum ke arahnya. "Kini tingkat ilmu kamu melebihi dari Tok Betty tetapi tidak melebihi Tok Abby. Gunakan sebaiknya kerna menggunakannya di jalan yang salah, hukumannya kamu sendiri tahu dan aku tidak akan terheret ke dalamnya setelah aku beri peringatan kepada kamu saat ini" ucap perempuan goth itu kepada ku. "Terima kasih" ucap ku kepadanya. Aku melihat kulit ku bersinar-sinar bak mutiara yang berkilauan.  Dalaman ku terasa sangat bersemangat dan sangat bertenaga. "Kakak ipar, kamu bagaimana?" soal ku kepada Anastasia. "Tidak ada apa...." ucapnya tetap tanpa ekpresi muka. "Dia telah memakannya tetapi ubatnya adalah tidak sekuat ubat mu. Tingkat ilmu dia hanya hampir kepada Tok Betty kerana dia tidak mahu melebihi kamu di dalam hal ini. Itu janjinya kepada perguruan dan kamu harus menjaganya dengan baik" terang perempuan goth itu. Aku amat berterima kasih kepada mereka berdua. Aku memeluk perempuan goth itu dengan mendadak dan dia dengan susah payah mengeluarkan dirinya dari pelukan ku. Aku mencium pipinya dan dia menolak ku dengan kasar. Aku ketawa dengan tindakan perempuan goth itu dan Anastasia tersenyum memandang kami. "Kamu gila" kata perempuan goth itu kepada ku dan berlalu pergi. Aku dan Anastasia ketawa senang. "Mari kita laksanakan misi menyelamat. Aku akan berjaga di sini, kamu bertafakur dan pindahkan rohmu ke tempat mereka disembunyikan dan selamatkan mereka dari sana" arah Anastasia "Tapi bagaimana aku membawa mereka keluar dari sana?" soal ku kembali. "Aku akan membantu kamu dengan menyalurkan tenaga dalam dan berjaga di sini supaya kamu tidak di ganggu, jika terjadi apa-apa di sana aku dengan cepat dapat menarik roh mu kembali kerana kita hanya boleh terpisah dari tubuh kita hanya dalam tempoh lapan jam. Di sana nanti jika kamu mahu Bryan atau Faz tahu kehadiran kamu, sentuh di tengah-tengah dahi mereka dan mereka akan nampak kamu. Kamu boleh memasuki tubuh seseorang yang tengah tidur dalam tempoh satu jam kamu harus keluar semula atau akan kekal di dalamnya untuk selamanya. Tetapi, ingatlah untuk berhati-hati kerana kamu perlu hadir ke hari perkahwinan aku dengan abang mu" terang Anastasia dan ayat yang terakhir itu betul-betul menyentuh hati ku. "Baiklah kakak ipar" ucap ku sambil menganguk dan tersenyum kepada Anastasia.         Anastasia bergerak ke belakang ku dan duduk bersila di situ. Dia meletakkan kedua telapak tangannya di belakang badan ku, terasa seperti satu aliran letrik yang rendah memasuki badan ku. "Mulakan" arah Anastasia kepada ku supaya aku tidak membuang-buang waktu yang ada.         Aku pun mula bertafakur dan memberikan sepenuhnya fokus ku kepada misi kami untuk menyelamatkan Faz dan Bryan. Di dalam beberapa detik, aku sudah berada di awangan. Aku melihat diriku sendiri dan Anastasia yang meluruskan tangannya ke belakangku menyalurkan tenaga kepada ku. aku terharu. Tapi aku harus bergegas ke tempat Faz dan Bryan di kurung. Aku menetapkan fokus diriku dengan menyebut nama Faz serta membayangkan wajahnya. Kenapa Faz dahulu bukan Bryan, entahlah.         Dengan sekelip mata aku berada di satu lorong yang samar-samar, lembab dan berbau. Udara di sini sangat pengap dan aku menjadi runsing dengan situasi Faz dan Bryan. Aku buru-buru menyusuri laluan itu dan bertemu dengan satu tempat kurungan, di dalamnya Faz sedang berbaring dengan kakinya dibengkokkan serta lutut diletakkan di dadanya dan kedua tanganya memeluk kakinya seperti bayi di dalam kandungan. Aku menggunakan pacaindera khasku untuk memastikan itu benar-benar Faz dan ya benar itu Faz. Tidak jauh dari situ aku melihat seorang penjaga yang sedang nenyak tidur, aku mengambil kunci dari kantungnya dan meletakkan di sisi Faz. Aku meletakkan jari telunjukku di tengah-tengah dahi Faz dan Faz seakan terkejut melihat aku berlutut di sebelahnya. Aku memberikan isyarat tangan supaya dia tidak membuat bunyi. Untung saja Faz faham dengan isyarat ku dan dia pun mengambil kunci dan membuka kunci tempat kurungannya.  "Sebaiknya kamu memasuki tubuh pengawal itu untuk sementara bagi mengelakkan aku di tangkap semula" saran Faz kepada aku dan aku akur dengan arahannya. Aku memasuki badan pengawal berbadan gendut itu dan menggerakkan tubuhnya ke arah Faz.          Faz berjalan di hadapan dan aku di tubuh pengawal gendut itu mengikutinya di belakang seperti tawanan di bawa pengawal. Faz membuka jalan kepada ku ke tingkat atas, di sini pengawal diletakkan mengikut posisi pintu. Setiap pintu di jaga oleh pengawal di kiri dan kanan pintu. "Bawa tahanan kemana" tanya seorang pengawal kepada ku. Aku tertegun di situ. "Aku ingin berjumpa dengan ketua kamu, dia berjanji kepada ku dan aku datang menuntutnya sekarang kerana harinya telah tiba" ucap Faz kepada pengawal itu. "Betul?" soal pengawal itu kepada ku. Dengan spontan aku pun mengangguk tanpa kata. "Tunggu di sofa dalam sehingga puan besar selesai urusannya dengan tahanan itu. Rasanya mengambil masa yang lama dan jangan cuba-cuba untuk larikan diri" pengawal itu memberi amaran kepada Faz "Aku akan mengawal di sampingnya" ucap ku kepada mereka. Nasib baik suaraku juga mengikut suara lelaki itu, jika tidak agak ganjil lelaki bertubuh gendut bersuara wanita. Aku dan Faz memasuki pintu itu dan duduk di sofa yang ada. Hanya dua sofa yang ada, aku di tubuh pengawal gendut itu mengambil satu dan Faz mengambil satu. Dalam lima minit, rohku keluar semula dari tubuh pengawal gendut itu. Faz mengarahkan aku memasuki bilik yang ada di hadapan kami dan aku akur.         Di dalamnya, aku melihat sesuatu yang jijik dan aku menahan muntah. Simpatiku kepada Bryan berlebihan lagi menenggelamkan rasa mual ku. Ada palsu sedang menggoda nafsu lelaki ku dengan aksi jijik perempuan bermain cinta bersama dua lelaki. Erangan dan desahan mereka berdua memenuhi ruang dan menaikkan api nafsu. Bryan di ikat tanganya di katil, kedua belah tangannya. Ada yang palsu itu hanya berpakaian dalam sahaja di atas tubuh Bryan yang hanya berseluar dalam. Mata Bryan dipejamkan, seolah-olah dia menikmati apa yang dilakukan oleh Ada palsu itu kepadanya. "Kau tidak mahu menyerah ya. Jangan salahkan aku, ini botol kedua untuk meningkatkan gairah kamu" Ada paslu mengambil sebotol ubat dari laci di sebelah katil, dia membuka botol dan memicit mulut Bryan, Bryan berusaha dengan payah untuk mengelak dari meminum ubat itu. Aku tidak tahu harus bagaimana bertingkah, jika aku membantu di saat ini kehadiran aku akan terbongkar lalu bagaimana harus aku perbuat.         Di saat genting itu, aku menarik kayu kaki katil di hujung kaki Ada palsu itu. Katil itu roboh dan Ada palsu itu terlentang ke belakang. Kepalanya terhantuk ke lantai dan pengsan. Aku melepaskan ikatan tangan Bryan di kedua-dua belah. Dia berpeluh dengan sangat banyak. Aku menyentuh tengah-tengah dahi Bryan dan dia tesenyum kepada ku.  "Aku melihat kamu kekasih ku" ucap Bryan seolah berbisik kepada ku. Aku yang terkejut dengan kata-kata Bryan.          Aku memasuki tubuh Ada palsu itu dan mengarahkan mereka berhenti dari melakukan adegan cinta tiga segi mereka dan menghalau mereka keluar. Mereka tersentak tetapi seolah-olah hilang arah dan tidak berada di alam nyata. Mereka tetap meneruskan aktivit mereka. "Mereka telah diberi ubat. Cepat berpakaian, kita keluar dari sini segera" bisik Bryan kepada ku dan aku bergegas mengutip pakaian yang bertaburan di lantai. Bryan telah siap berpakaian tetapi tubuhnya masih berpeluh dan gelisah. Aku memapahnya keluar dari kamar yang penuh desahan bernafsu itu.         Faz bingkas bangun setelah melihat kami datang. Dia membantu memapah Bryan dan aku mendahului mereka membuka pintu serta memberi arahan kepada pengawal untuk menyediakan kenderaan kepada  mereka berdua.  Untung saja mereka tidak mengesyaki apa-apa dan mengikut arahanku dengan patuh. Setelah memberikan arahan kepada mereka dan melihat kenderaan yang dipandu oleh Faz keluar dari pintu pagar istana lama ini, aku bergegas masuk ke kamar. Aku membuka pakaian meninggalkan pakaian dalam dan duduk di atas riba pengawal gendut itu serta memeluk lehernya. Setelah itu, rohku keluar dari tubuh kotor Ada palsu itu dan dengan sekejap aku telah kembali ke tubuh ku. Mataku terbuka luas dan nafasku kencang seolah baru lepas di kejar oleh anjing. Aku mengatur semula pernafasankum begitu juga Anastasia.                                                                     =============================         Kami berdua tiba di kediaman Bryan dan melihat kenderaan yang tadi mereka gunakan untuk keluar dari istana lama itu telah di parking di luar rumah dengan kunci dibiar di dalamnya. Aku dan Anastasia bergegas masuk ke dalam rumah.  Sunyi...........         Aku dan Anastasia berpandangan, Anastasia menggunakan pacaindera khasnya untuk scan suasana rumah itu. Dia kemudiannya menganggat ibu jari menandakan keadaan terkawal. Kami berdua berjalan beriringan menuju ke kamar masing-masing. Kami benar-benar keletihan.         Setibanya di kamarku, aku membersihkan badanku, menukar pakaian ku kepada singlet dan seluar pendek. Aku terus terlena di atas katil dengan menyelimuti kain selimut ku.         Di tengah malam, aku terjaga kerana terdengar seolah-olah ada gerakan di dalam kamarku. Aku berbalik badan dan terkejut dengan satu lembaga hitam yang sedang bergerak ke arah ku. Belum sempat aku bertindak, lembaga hitam itu telah menimpa tubuhku dan mendaratkan ciuman di bibirku. Aku melawan dengan sekerasnya tetapi kedua tanganku di pegang erat ke atas. Aku tidak dapat bergerak.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD