Mencari Yang Hilang

1209 Words
         Sekali lagi aku bermeditasi untuk melihat situasi Bryan, malangnya aku melihat Bryan terikat di suatu tempat yang gelap bersama-sama Faz, satu kejutan untuk aku. Siapa yang aku kahwini semalam dan bermesra dengan aku pada hari sebelumnya. Aku ketepikan persoalanan itu, aku cuba memastikan lokasi kurungan tersebut  namun tidak berdaya.         Ini semua satu perangkap, adakah abang-abangku tahu tentang ini semua. Aku berusaha sekali lagi untuk memusatkan fikiran ku dan bermeditasi mencari loaksi Bryan dan Faz dikurung tetapi apa yang kulihat sangat membuat aku meriding dan mahu muntah.         Berdasarkan pemandangan yang menjijikan itu, firasatku menyatakan mereka di kurung di pusat pelacuran. AKu melihat pelbagai ragam manusia dan pelbagai gaya mereka melalakukan itu tanpa rasa malu. Aku terganggu dan tidak lagi boleh fokus mencari lokasi itu. Aku membuka mata dan bergegas ke kamar mandi untuk muntah. Habis semua isi perutku aku keluarkan, aku keletihan hingga tidak mampu berdiri. Untung saja Anastasia datang ke kamarkan dan melihat keadaan ku dia memapah aku ke katil. "Pemerhatianku menyatakan Bryan diculik semalam sewaktu dia memasukki kamar mu dan Faz diculik kelmarin semasa dibawa masuk ke bilik perempuan hilang akal itu. Faz yang kelmarin adalah Faz yang palsu, tetapi kenapa kita tidak dapat mengesannya. Makanya, Bryan dan Faz yang menuju ke tempat perguruan kita hanyalah tipu helah semata" ucap Anastasia menyebabkan aku terkejut.          Bagaimana keadaan aku semalam terjadi, bagaimana Bryan diculik di depan mata kami begitu juga Faz. Kenapa kami tidak sedar sedangkan sekiranya sesuatu yang tidak benar, kami berdua akan mempunyai firasat untuk itu. "Kenapa kita tidak tahu?" soal ku. "Mereka mempunyai penyamaran apungan dimana aura orang yang mereka samari tidak dapat di sedari oleh orang sekeliling walaupun mempunyai ilmu penyamaran tingkat sepuluh. Mereka ini telah diberi penyamaran oleh wanita yang menyambut kita di pintu masuk tempat perguruan Tok Betty" terang Anastasia. "Lalu, bagaimana harus kita lakukan" aku runsing, fikiran kacau. Aku mundar mandir di dalam kamar dan ini mengganggu pemikiran Anastasia. Dia mendengus dengan perlakuan ku dan menarik dia untuk pening bersama-sama aku. "Kakak ipar, tolong lah aku" kata ku kepada Anastasia membuatkan dia membulatkan matanya kepadaku. Anastasia "............" "Kamu kan lebih lama di tempat perguruan, kamu tahu ilmu penyamaran apungan? Kamu tahu bagaimana hendak mengesan mereka yang membuat penyamaran? " tanya ku kepada Anastasia sambil menggoncang tubuhnya. Anastasia tersenyum sambil mengangkat jari ibunya. Mungkin goncangan aku menyebabkan sel-sel otak Anastasia berhubung. Aku sangat bangga. "Mari........." Anastasia menarik tanganku untuk keluar dari kamar dan kami bergegas keluar dari kediaman Bryan. Kami menggunakan khidmat teksi bagi mengelakkan mata-mata pengintip. Teksi berhenti di destinasi yang di beritahu oleh Anastasia. "Jom...." Anastasia menarik tanganku ke satu tempat. Zoo. "Santai melihat haiwan?" tanya ku kepada Anastasia. Dia hanya melirik ku dan tersenyum.          Aku tetap membontoti Anastasia di dalam zoo. Dia bergerak sangat pantas sepertinya terbang di awangan. Aku pun, melajukan langkah ku membontotinya agar tidak kehilangan jejak. Setiba di satu kawasan kandang singa, langkah Anastasia terhenti dan aku yang kurang berjaga-jaga melanggarnya. Kami berdua melekat di pagar dinding kandang singa tersebut. Anastasia segera mendorong aku dan dengan pantas menghindari pagar dinding singa itu. Singa jantan yang menerkam kami hampa, dalam perbezaan setengah minit Anastasia selamat dari menjadi mangsa singa itu. Aku mengurut dada lega, begitu juga orang ramai yang ada di situ. "Sini bukan tempat bermain, kamu berdua memang cari mati ya?" marah penjaga kandang Singa itu kepada kami berdua. Aku dan Anastasia memohon maaf dan bergegas pergi dari situ dan masih lagi terdengar bebelan penjaga kandang singat tersebut. Dia risau kerana singar itu masih baru di sini. Singa masih lagi liar dan berkemungkinan akan mencederakan pengunjung di dalam keadaan seperti tadi jika tidak cepat-cepat menghindar.  "Mari kita keluar dari sini' ucap Anastasia dan mengheret tangan ku ke suatu kedai makan. Dia suka makanan cina dan kami makan di sebuah kedai makan yang tidak jauh dari zoo. "Tokey, dua mee rebus omelette tadak telur, satu bilik vip, dua minuman empat botol" ucap Anastasi kepada seorang tua yang menjaga kaunter kedai. "Baik cik muda, sila ke kamar lima di hujung" ucap lelaki itu.         Aku mengikuti langkah Anastasia. Tiada kamar lima seperti yang dinyatakan oleh lelaki tua itu, hanya sebuah pintu kamar yang tidak bernombor di situ. Kami membukanya dan masuk,  hanya ruangan yang boleh memuatkan empat ke lima orang dewasa secara berdiri, apa yang vip.Tapi persoalan itu tidak sempat aku persoalkan kepada Anastasia, Dinding di belakang kami terbuka dan Anastasia mengajak aku masuk ke ruangan itu. Aku melopong melihat suasan kamar itu, sangat vip. Untung saja persoalanan tadi aku hanya tertinggal di kerongkong tidak dikeluarkan, rasanya aku pasti amat malu jika soalan itu aku utarakan, "Mari ........." Anastasia menarik tanganku mengajak aku duduk di meja yang disediakan. Hidangan telah siap disediakan untuk kami berdua. Sedang kami menikmati makanan yang terhidang, seorang wanita yang berfesyen goth masuk dengan komputer ribanya. Rambut yang didendan rapat hingga ke kulit kepala, lipstick hitam, bercelak, memakai rantai anjing di leher dan pewarna kuku hitam. Aku agak seram dengan sekilas permandangan mata ku melihat wanita goth ini. "Kemarilah, ini adalah pertukaranya" Anastasia menyeluk bag silangnya dan mengeluarkan segenggam rambut singa jantan dari dalam bar tersebut. Mata ku membulat terkejut dengan apa yang aku lihat. "Terima kasih kerana membantu memudahkan aku" ucap Anastasia kepadaku sambil memasukkan sekelul paha ayam panggang ke dalam pinggan nasi ku. Aku "Oh...."         Aku meneruskan aktiviti makan ku dan mengabaikan mereka berdua yang sedang berbual. Aku sangat lapar kerana semalaman tidak makan sehingga ke tengahari barulah makan. Terasa syurga dunia boleh makan makanan yang enak-enak seperti ini. Perempuan goth itu memberikan tiga botol kecil cecair kepada Anastasia dan dia tidak meletakkan di dalam bag galasnya, malah memberikan kepada aku dua dari botol tersebut kepada ku. Aku membisu dan terus makan. "Setelah kenyang, kamu minum dia ubat itu. Satu ubat untuk mengawal kuasa dalaman kamu dari terpengaruh dengan racun-racun musuh, ia akan terpancar keluar dengan kehendak kamu sahaja. Satu lagi untuk meningkatkan tingkat ilmu kita serta membantu supaya kita dapat mengesan penyamaran apungan serta mengelabui musuh agar tidak dapat mengesan penyamaran kita dan yang paling penting, kita dapat mengalih roh kita ke tempat yang kita kehendaki tanpa dapat di kesan oleh orang sekeliling kecuali kita yang berkehendak orang itu tahu kehadiran kita. Kedua-dua ubat ini sangat kuat, adakah kamu mampu untuk menahannya, semuanya bergantung kepada diri kamu" penerangan Anastasia yang panjang lebar membuatkan aku terlebih teruja untuk minum kedua ubat itu dan mengalaminya sendiri.         Aku terus menelan habis dua botol cecair ubat tersebut tanpa ragu, malahan melirik kepada Anastasia dengan senyuman kerana dia masih belum berniat untuk minum ubatnya. Aku bersangaka bahawa dia penakut dan tidak berani mengambil risiko. Aku mengutuk tindakan Anastasia di dalam hati ku.         Tidak semena, kerongkong ku  terasa sangat sakit, badan ku memanas, kepala ku sepertinya hampir pecah. Aku menggeletak di atas lantai seperti ikan yang tiada air, menunggu sakarat berkunjung sedangkan Anastasia hanya diam di situ tidak membantu.          Aku mengutuk Anastasia di dalam hati untuk kedua kalinya kerana dia tidak membantu  ku. Aku juga mengutuk diriku di dalam hati ku kerana sangat gelojoh dan terikut-ikut kata hati ku yang sombong. Namun semuanya sudah tidak memberi erti lagi sekarang. Badan ku sangat panas, kepala ku seperti ingin meletup tidak dapat di tahan-tahan dan seluruh pakaian ku basah oleh peluh ku yang turun bak gerimis. Mata ku tetap tertuju kepada Anastasia, dia tetap diam di situ, dingin dan aku hilang kesedaran.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD