Kami bergegas turun ke bawah dan menuju ke kereta. Tetapi kali ini Bryan yang memandu dan Faz di kerusi penumpang di depan dan kami berdua di belakang. Aku tersenyum dan menyandarkan badan serta memejamkan mata. Aku mendengar Faz membebel kepada Bryan, dia kini lebih kepada barang pertukaran oleh Bryan kepada musuh dan tidak dihargai oleh majikannya di atas kesetiaan yang di berikan selama ini. Aku akhirnya terlelap di dalam bebelan Faz dan bermimpi indah.
"Ada" namaku di panggil dan badan ku digerakkan oleh Anastasia. Aku tersenyum ke arahnya, fikiranku mulai berada di dalam dunia yang nyata. Anastasia tersenyum ke arahku dan Faz ketawa dengan penuh suka manakala muka Bryan merah hingga ke telinga namun membisu seribu kata. Aku terpana dengan suasana di dalam kereta. Apa yang salah dengan aku, aku berdengkur atau air liur ku meleleh.
"Eloklah kamu berdua cepat disatukan, jangan terjadi sesuatu diluar jangka. Aku tak sanggup nanti diterkam oleh singa betina itu, aku lelah. Sangat lelah dengan nafsu serakahnya" Faz bersuara denga nada agak kesal, dia tuju kepada aku dan meratapi nasibnya.
"Bagaimana dia boleh menjadi aku dan apa yang terjadi kepada Rizqie. Bukankah ibunya meminta aku bertunangan dengan dia?" soalku kehairanan kerana aku dan Rizqie berpura-pura bertunangan bagi mengabui mata ibu Rizqie.
"Setelah kamu menghilang selama tiga bulan, Rizqie telah melamar Allie dan mereka berkahwin selepas itu. Ada palsu muncul pada hari perkahwinan mereka dan berpura-pura meratapi perkahwinan itu, wanita itu di dorong kepada Bryan untuk menjadi pengintip" terang Faz.
"Aku tak menyangka dia akan jatuh cinta pada Faz yang kaku dan dingin, jika ada peluang pasti menggoda Faz menaiki katilnya" ujar Bryan.
"Semuanya salah tuan muda kerana enggan melayannya di ranjang. Dia sepi dan kesunyian. Saya hanyalah suruhan yang teraniaya" ucap Faz sambil menitiskan air mata. Ini benar-benar seperti dia yang dirugikan sedangkan di dalam hal ini aku merasa dia beruntung.
"Faz pasti amat tersiksa kan........." kata ku kepada Faz sambil tersenyum kepada nya
"Puan muda mengejek aku, sekurang-kurangnya aku tidak menyatakan keinginan aku di dalam mimpi, memanggil nama dengan keinginan" Faz membalas perkataan ku dengan memulangkan paku keras kepada ku.
"Apa...." kata ku terkejut dan di ikuti oleh derai ketawa Faz dan Anastasia.
"Sudah kamu semua, kita sudah sampai ke destinasi" ujar Bryan kepada kami. Kami bergegas turun, Faz bergerak seiringan dengan Bryan dan kami berdua membontoti mereka berdua masuk ke bangunan tersebut.
Di dalamnya, kedua abangku telah lama menunggu. Rupanya mereka sedang menunggu kedatangan kami ke sini untuk urusan pernikahan aku dan Bryan. Aku amat terkejut. Mereka mengatur segala sesuatu dengan teratur dan penuh rahsia. Akut tertanya-tanya apakah status Ada palsu dengan Bryan kerana ia mengakui dirinya sebagai Puan Muda.
Sesudah selesai urusan, kami bergegas ke perjamuan sempena pernikahan kami. Hanya jamuan keluarga untuk kami. Di sini aku berjumpa dengan Qristiena, senyuman manis menghiasi wajahnya. Sangat manis dan menawan. Kami berpelukan kerana sudah lama tidak bertemu. Kini dia sedang hamilkan anak abang long ku dan hal ini perlu dirahsiakan dari orang luar kerana ada orang-orang tertentu yang mengetahui kelebihannya akan mengambil peluang menculik anak mereka. Aku tumpang gembira juga bersimpati kepada nasih anak saudara ku yang bakal lahir itu.
Setelah selesai perjamuan itu, kami bergegas pulang ke kediaman Bryan. Di sana menunggu wanita hilang akal itu dengan wajah mencuka. Apa lagi yang tidak puas dihatinya aku kuatir dan pusing. Belum sempat kami keluar dari kereta, Ada plasu membuka pintu kereta di sebelah pemandu dan mengheret Faz keluar dari kereta. Faz tidak sempat membantah diheret terus oleh perempuan hilang akal itu ke kamar nya di tingkat satu. Aku dan Anastasia menggilangkan kepala kami dengan perlakuan perempuan hilang akal itu. Kami bersimpati kepada Faz.
Aku dan Anastasia bergerak masuk ke kamar kami di tingakat dua untuk berehat. Bryan juga ke kamarnya dan aku pasti dia akan menunggu aku di kamar ku. Sikapnya yang mengabaikan Ada palsu itu menarik perhatian seluruh karyawan Bryan tetapi tiada yang berani bersuara.
Setiba ku dikamar, tetapi tiada kelibat Bryan di situ, Aku agak kesal kerana tebakan ku tidak berlaku. Aku membersihkan badan dan meratapi nasibku sebagai pengantin baru yang di abaikan suami. Aku terlena di sofa semasa menonton television dan terlepas makan malam. Tapi aku tidak sedar yang aku juga terlepas sesuatu yang mengubah suasana di pagi esok harinya.
=============================
Setelah aku terjaga dari tidur, aku merasa kelelahan yang amat. Aku sedari aku bukan di kamar ku. Aku di kamarnya Bryan, apakah yang berlaku kepadaku semalaman. Apa yang Bryan lakukan kepada ku sewaktu aku tidak sedar. Aku mendengar bunyi air dari kamar mandi. Aku menggerakkan badan ku untuk bangun tetapi tanganku di ikat di kepala katil. Aku mula sangsi, aku sebenarnya dilemparkan kepada siapa, aku mula risau. Adakah aku telah dijual kepada orang luar pada malam pernikahan ku.....
Aku meletakan kepala ku ke bantal dan memejamkan mata. Pintu Kamar mandi dibuka seseorang dan aku masih diam berpura-pura di situ.
"Ada, kamu sudah bangun" suara Anastasia, bukan Bryan. Aku membuka mataku
"Kenapa kamu?" soal ku
"Kamu tidak dapat dikenadalikan pada malam tadi. Bryan telah ke tempat perlatihan kita untuk mengambil penawar untuk kamu. Aku merasakan perempuan hilang akal itu telah tahu jejak kita. Identiti kita telah terbongkar" kata Anastasia kepadaku
"Siapa dalangnya?" Soalku lagi, yang tahu tentang kami hanya sedikit. Selain ahli keluargaku, Faz dan Bryan, siapa lagi yang tahu.Aku mula pusing memikirkan indentiti kami yang terbongkar.
"Apa yang aku lakukan semalam?" soalku
"Sebaiknya kau lihat CCTV, lebih mengesankan dari diceritakan" ucap Anastasia kepada ku. Dia melepaskan ikatan tangan ku dan kami membuka laptop untuk mengulang lihat rakaman cctv apa yang aku lakukan semalam. Aku tertegun di situ memandang permandangan yang aku sendiri tidak menyangka itu adalah aku. Adakah abang-abangku juga mempunyai kuasa seperti aku, sesuatu yang tersembunyi.
"Bersihkan dirimu dulu, kita perlu keluar dari sini segera sebelum ada yang menyedari kita di kamar Bryan" Anastasia memujuk ku perlahan sambil mengusap rambutku, selayaknya seorang kakak yang mengasihi adik. Aku mengikuti arahanya dan bergegas mencuci diri dan merias wajahku selayaknya sebagai seorang pembantu. Kami bergerak melalui laluan rahsia menuju ke kamar ku di tingkat dua. Setelah itu, Anastasia pun keluar dari kamar ku ke kamar miliknya sendiri.
Aku bertafakur di atas katil ku sendiri dan memusatkan segala pemikiran ke arah satu tujuan.Tidak lama kemudian muncul wajah-wajah yang cuba mencelakai aku pada malam tadi. Tetapi amat disayangi,orang itu adalah orang aku percayai dan pengkhianatan yang dia lakukan kepada aku amat sukar untuk aku maafkan. Aku cuba memusatkan lagi pemikiranku kerana aku merasa was-was dengan bayangan yang aku terima. Ternyata benar apa yang aku sangka. 'Orang itu' bukan lah seperti yang kami sangka. Aku tersedar dari tafakurku dan aku merasa amat lelah. Namun aku tidak mengalah, aku cuba menghubungi Pak Cik Albert melalui telepati, aku berusaha keras untuk meraih perhatian Pak Cik Albert.
"Ada, kamu di dalam perhatian mereka sekarang. Perkara yang berlaku kepada kamu semalam adalah kerana kamu diberi racun yang menyebabkan kuasa dalaman kamu bangkit. Ingat kembali ramuan air rendaman yang kamu harus sediakan jika keracunan seperti ini. Aku tidak boleh membantu mu sekarang kerana kita kini di dalam pemerhatian orang-orang. Kamu harus bersedia setiap waktu dan selamaktkan anaku Faz dari kururngan mereka" kata-kata Pak Cik Albert bergema di dalam kepalaku.
"Faz anak Pak Cik Albert, dia di kurung?" persoalanan itu bermain-main di fikiranku. Jadi, siapakah yang mengikuti kami sepanjang masa. Aku mula merisaukan keadaan Bryan yang berada bersama dengan Faz palsu itu.
Sekali lagi aku bermeditasi untuk melihat situasi Bryan, malangnya aku melihat Bryan terikat di suatu tempat yang gelap bersama-sama Faz, satu kejutan untuk aku. Siapa yang aku kahwini semalam dan bermesra dengan aku pada hari sebelumnya. Aku ketepikan persoalanan itu, aku cuba memastikan lokasi kurungan tersebut namun tidak berdaya.
Ini semua satu perangkap, adakah abang-abangku tahu tentang ini semua. Aku berusaha sekali lagi untuk memusatkan fikiran ku dan bermeditasi mencari loaksi Bryan dan Faz dikurung tetapi apa yang kulihat sangat membuat aku meriding dan mahu muntah.