Addrin : “Ibu jangan lupa, Uncle James tu kata dia tunggu kita beli bola untuk dapat discount”. “Emma, lepas tengok wayang kita singgah Adidas kejap” Addrin mengingatkan, ketika Kamelia menyerahkan tiket wayang pada Pekerja GSC sambil memandang Emma yang sedang mengganding tangan Addra.
Addra : “Uncle yang nak bagi discount Adidas tu handsome. Emma tau tak, dia kata, dia tunggu kita datang”. Mulut kecil Addra berkata sambil menganggukkan kepalanya kepada Emma.
Emma : “Sejak bila pulak kau kenal Uncle Handsome Adidas ni hah?” tanya Emma padaku.
Kamelia : “Sejak Addrin hilang dari McD pukul dua belas tadi” jawabku tanpa semangat.
Emma : “Addra, memang betul tag brand aku bagi pada Ibu korang. MJ spesis terancam!.Dah dua tahun ko bercerai, takkan ko tak move-on lagi” sambil memandang kepada ku dengan santai mengunyah popcorn. “Ni ada Uncle Handsome Adidas, ko tak nak try?”
Aku memandang Emma dengan jelingan. Sambil menarik tangan anak-anak, aku berjalan menuju ke bilik yang tertera nombornya di tiket wayang dengan cepat.
Aku tinggalkan Emma dengan ketawa terkekehnya di belakang kami. Rasaku semenjak Emma mengandung, kelakuannya menyakat kehidupan ku semakin ketara.
Tiba-tiba terdengar jeritan Addra kepada Emma : “Emma, mulai hari ini nama Ibu – Jane. Marry Jane!”
Emma : “O.M.G – Mel… seriously?. Aku tak sabar nak tau ni”
Emma mempercepatkan Langkah menyaingi aku dan anak-anak.
Kamelia : “Jangan busy body sangat. Aku terpaksa guna nama tu!” Tingkahku dengan geram sambil memandang Addra.
Emma : “So what happened?”. “Menyesal aku datang lambat, kalau tak mesti aku dapat tengok Drama Korea”. Kata Emma sambil memegang lenganku dan menatap kemuka ku dengan penuh pertanyaan.
Kamelia : “Takde maknanya Drama Korea. Kita tengok wayang dulu. Nanti aku cerita”
Selesai menonton wayang, Kamelia, Emma, Addrin & Addra terus menuju ke outlet Adidas. Sesampainya di kaunter, Kamelia berkata pada salah seorang pekerja Adidas.
Kamelia : “Hi, saya nak jumpa Encik James Alexander”
Staff Adidas : “Boleh tahu nama Puan. Kejap ya saya inform Bos” gadis tersebut menekan telephone didepannya.
Kamelia : “Saya Jane. Marry Jane” kataku sambil melemparkan senyuman.
Staff Adidas : “Bos, kawan Bos Namanya Marry Jane dah sampai”
Disebelah Kamelia, Emma menahan ketawa sambil berbisik “Wow! Si-James ni rupanya Bos kat sini. Minta discount lebih sikit. Aku boleh beli kasut untuk Jai sekali.”
Addra duduk sambil makan popcorn. Manakala Addrin terpegun melihat bola-bola yang berada dalam bekas display yang besar diruangan tengah Adidas bersebelah kasut-kasut bola yang terpamer.
Tak lama James keluar bertemu mereka berempat. Kamelia memperkenalkan Emma kepada James. Mereka berbual singkat dan James kemudiannya melayan Addrin untuk memilih bola. Addra masih terus memakan popcorn sambil menyanyi riang “You’re my Hunny Bun, Sugar Bun, Yippie Yippie Yup…”
Kamelia & Emma mula bergosip. Semenjak Kamelia bertukar kerja, hanya hari Sabtu sahaja mereka berdua dapat berjumpa untuk meluah rasa dan berbagi cerita.
Emma : “Not bad. Mamat ni orang mana Mel?” Tanya Emma penasaran.
Kamelia : “Ntah, aku pun tak tanya. Aku teka dia orang Sabah.Tapi mamat ni takde slang Sabahan.” Aku memandang kearah James yang melayani Addrin. “Tak kisahlah orang mana.. janji manusia.” Tambahku.
Emma : “Aku pun agak dia orang Sabah. Tak pun orang Sarawak.” Katanya sambil berfikir. “Serious banyak tatoo kat tangan dia.” Kali ini mata Emma terarah tepat ke lengan James. “Kalau kita tak jumpa dia dalam Adidas ni, mesti aku ingat dia Ah-Long”.
Kamelia memandang Emma sambil menjerit kecil “Siotlah ko!”.
Berderai ketawa mereka berdua dan sedikit kuat membuatkan James penasaran memandang kearah mereka. Tanpa diduga, Pandangan Kamelia bertemu dengan Mata James dan secara tiba-tiba hati Kamelia berdesir. Oh tidak! Hati Kamelia berdetak.
Kamelia sebenarnya terkesima dengan perlakuan James melayan Addrin memilih bola. Semenjak bercerai dari Rizman, dia menjauhkan diri dari lelaki yang cuba mendekatkan diri padanya.
Ada juga tiga orang lelaki yang sempat hadir dalam hidup Kamelia. Namun dia menolak mereka kerana jelas sekali mereka Cuma menginginkan dirinya, tapi tidak anak-anaknya.
Kesemua lelaki yang hadir dalam hidup Kamelia gagal untuk memenangi hati Addrin anak lelaki Kamelia. Berbeza dengan Addra yang cepat mesra dengan sesiapa sahaja.
Addrin sangat memilih dan over-protective terhadap setiap lelaki yang Kamelia kenalkan padanya. Hanya kawan-kawan rapat lelaki Kamelia sahaja yang Addrin selesa bersama.
Disebabkan itu, Kamelia malas untuk memikirkan pasangan hidup demi Addrin agar kasih sayang darinya tidak terganggu dengan kehadiran orang lain dalam hidup Kamelia.
Addrin selesai memilih bola. James kemudian beralih kepada Addra sambil membawa beberapa sandal untuk dipakaikan dan dibantu Staff Adidas.
Sementara di kerusi sebelah sana, Emma dan Kamelia sedang berbual mesra. Ada ketika mereka ketawa, kemudian riak muka serious kemudian ketawa lagi. Ah! Perempuan.
James memandang kearah mereka dan mengernyit sambil berkata dalam hati “Perempuan & Gosip berpisah tiada.”
James : “Addra suka sandal yang mana? Nak warna Pink atau Turqousie?”
Addra : “Nak warna Turqousie. Addra tak suka pink. Ibu kata pink tu warna perempuan lemah!”
James terpana dengan kata-kata Addra. Entah apa lagi yang telah diajarkan oleh Ibu Addra pada gadis kecil ini.
Addrin & Addra berlari riang kearah Kamelia. Kamelia terburu-buru berdiri menuju ke kaunter. Namun Staff Adidas tersebut mengatakan bola Addrin & sandal Addra telah dibayar oleh James.
Kamelia : “James, maaf I tak boleh terima pemberian ni. Tadi you kata nak bagi discount” kata Kamelia cemas.
James : “It’s OK Jane. I yang nak belanja dan hadiahkan pada Addrin & Addra. Anggaplah ni pemberian ikhlas dari kawan baru you”. James senyum selesai kata-katanya.
Kamelia : “Nope. I tak boleh terima macam ni.” Ucapku kesal. “Lets make a deal. I belanja you dinner.” Kataku membuat tawaran kepada James. “OK?” Tanyaku meminta agar James bersetuju.
James : “Let me see my schedule untuk malam ni. Kejap” kataku sambil meninggalkan Kamelia terpaku di depan kaunter. James memasuki pintu dibalik kaunter menuju ke bilik peribadinya.
Emma : “Mel, aku tak boleh join ko dinner. Serious. Aku nak ambil Jai balik kerja pukul 7pm kejap lagi. By the way, inilah kesempatannya mengenali hati budi Uncle Handsome Adidas!”
Di penghujung kata-kata Emma itu, aku mencubit lengannya dengan wajah menjuih. James kembali. Kali ini raut mukanya sedikit muram.
James :
“Apologies. I can’t join you guys for dinner. I kena pergi airport untuk jemput my mom”
“But… you boleh balas hadiah I dengan dua perkara”
“No 1 – I perlukan your HP number”
“No 2 – I nak tahu apa makna MJ Spesis Terancam?”