bc

TAKDIR ITU BUKAN MILIK KITA

book_age16+
7
FOLLOW
1K
READ
independent
dare to love and hate
tragedy
comedy
sweet
humorous
love at the first sight
like
intro-logo
Blurb

Jika takdir menyebabkan kita jatuh cinta, maka takdir jugalah yang telah memisahkan kita - Kamelia.

Hinakah menjadi Ibu Tunggal a.k.a JANDA?

Diusia 27 tahun Kamelia telah menyandang status "Mak Janda" dengan anak dua. Kamelia tidak menangis lagi. Dia pasrah dengan kehidupannya setelah kecurangan Rizman. Perkahwinan 8 tahun itu akhirnya gagal jua.

Siapa sangka takdir mempertemukan Kamelia dengan James Alexander. Lelaki yang tangan kirinya penuh tatoo dan tiada agama itu berjaya membuatkan Kamelia kembali jatuh cinta.

JAMES ALEXANDER - lelaki keturunan Kadazan yang telah lama menetap di Kuala Lumpur semenjak kecil itu tidak pernah ketandusan cinta wanita. Dengan wajah tampan, wanita bersilih ganti membuang diri mereka dalam dakapan James.

KAMELIA - jika pernah merasa disakiti akibat kecurangan Rizman, kenapa membuka hati untuk lelaki seperti James?

TETAPI adakah perjalanan cinta Kamelia bersama James akan berjalan lancar?

.

BAGAIMANA dengan penerimaan anak-anak Kamelia pada James?

.

APAKAH perbezaan agama antara Kamelia & James akan mengundang masalah antara keduanya?

Jika Kamelia bercerai dengan Rizman kerana kecurangan dan orang ketiga, MAMPUKAH dia bertahan dengan James yang nyatanya merupakan "lelaki buruan wanita"

Siapa Marry Jane sebenarnya?

Kamelia tahu. Dia cukup tahu risiko membiarkan James menyusup masuk kedalam hati dan hidupnya. Dia cuma ingin merasakan lagi bagaimana perasaan cinta dan merindui.

Dan... dia membuka hatinya pada lelaki berjenama "Lacoste" seperti James.

--------------------

chap-preview
Free preview
Takdir di McD
Sabtu. Setiap hari itu tiba, Kamelia akan membawa dua anaknya bersantai ke MidValley. Samada makan di McD atau menonton wayang bersama di GSC.   Itu adalah rutin Kamelia. Yang nyata rutin itu dia jalani dengan Bahagia tanpa sosok seorang lelaki disampingnya sebagai suami ataupun ayah pada anak-anaknya.   Diusia dua puluh tujuh tahun, Kamelia kini bergelar “Marry Jane” atau gelaran sebenarnya “Mak Janda” jolokan yang diberikan Emma, bff-nya.   Mata Kamelia liar kesana-sini bila menyedari kelibat anak lelaki sulungnya Addrin hilang. Dengan tergopoh gapah, dia mencari meja kosong sambil menata tray berisi order McD sementara tangan kirinya memegang erat tangan kecil anak perempuannya Addra.   McD berhadapan GSC Midvalley tengahari itu terlalu ramai manusia. Meja restoran penuh. Untung saja Kamelia terlihat seorang lelaki dilengan kirinya penuh tatoo makan sendiri.   “Encik, maaf. Ada orang?” tanya Kamelia pada lelaki tersebut.  Lelaki itu menggeleng dan dengan senyuman dia berkata “Takde orang. Duduklah”   Dengan pantas Kamelia meletakkan tray-nya. “Encik, tolong tengokkan anak saya kejap. Sebab anak saya lagi sorang hilang”. Sesantai itu Kamelia mendudukkan Addra dikerusi, kemudian bergegas pergi mencari Addrin.   Lelaki itu bernama James. Dengan perasaan terkejut dia melihat Kamelia pergi dan memandang Addra.   “Hi Unce.” Senyum Addra menampakkan lesung pipitnya yang comel. “Uncle makan sorang je?” tanya Addra. Ternyata gadis kecil itu tidak takut orang dan peramah.   James tersenyum. “Hi cute. Nama awak siapa?”   “Addra. Umur saya 4 tahun. Ibu kawan dengan Uncle ke?” Addra Kembali berkata sambil memasukkan fries kemulut kecilnya.   James mengangguk kecil. Sejujurnya dia clueless. Tindakan wanita tadi yang bergegas pergi dengan meninggalkan anaknya membuatkan James rasa marah dan geram.   Pertama – Wanita itu meninggalkan anak gadis kecilnya dengan orang asing. Kedua – Wanita itu telah pergi tanpa meninggalkan contact number dan tanpa memberi tahu kearah mana dia mahu mencari anaknya seorang lagi.   Sesi perbualan antara James & Addra sangat mengasyikkan. Ternyata pada umur 4 tahun perkataan-perkataan yang keluar dari mulut Addra membuatkan James rasa ingin mengetahui diri Ibu Addra.   James : “Papa Addra tak ikut sekali makan McD?”   Addra : “Addra memang takde Papa. Ayah Addra dah pergi" jawabnya dengan suara lemah.   James : Seketika James terkejut dan bertanya “Papa Addra dah meninggal? Jadi sekarang Addra ada Ayah tiri?”   Addra : Sambil membulatkan matanya, si comel Addra mengomel. “Uncle ni mesti tak sekolah. Addra kata, Addra takde Papa sebab Addra Cuma ada Ayah. Addrin & Addra panggil Ayah. Papa tu suami Emma. Addrin & Addra  panggil suami Emma – Papa”   James : “ooo…” sambil mengangguk kecil. “Kenapa Ayah Addra tak ikut makan McD?” tanya James lagi.   Addra : Sambil berfikir dan membuka bekas Mc Chicken, sikecil Addra berkata :“Ayah tak tinggal dengan kita semua.  Addra tinggal dengan Ibu dengan Abang Addrin je kat rumah. Ayah tinggal dengan Aunty.”   Senyap.   James memandang Addra makan. Sejujurnya James tidak suka kanak-kanak yang bukan ahli keluarganya. Tapi Addra berjaya memancing dirinya untuk berbual bersama. James jadi penasaran kerana kata-kata santai dari Addra.   Addra : “Kenapa Uncle makan sorang-sorang? Sebab Aunty dah ikut dengan Uncle lain ke?”   Pertanyaan Addra buat James makin terkejut. S**lnya memang itulah kenyataan yang sedang James hadapi.   James : “Hisshhh, budak-budak mana tahu masalah orang dewasa. Uncle kerja. Sekarang Uncle rehat. Sebab tu Uncle makan sorang-sorang”.   Addra : “Ibu pun selalu makan sorang-sorang masa lunch kat office. Emma kata sebab Ibu spesis terancam. Sebab Ibu tu ada tag brand MJ”    James : Sambil berkerut kening James cuba memahami maksud perkataan Addra.“Tag Brand MJ tu apa?”   Addra : “Ala.. macam tag brand Adidas baju Uncle ni, macam tag brand Levis, tag brand handbag Ibu pakai tu… hurmm.. tag brand-lah. Entahlah apa-apa brand pun Addra tak kisah. Emma kata Tag Brand Ibu Special”   Addra sambung lagi dengan membuatkan perasaan James terkejut. “Ibu Addra memang special, sebab Ibu tak pernah nangis siang-siang. Tapi Ibu selalu nangis malam-malam masa Addra tidur. Tapi Addra tak tidur lagi, Addra dengar.”   Ah! Addra. Si kecil ini terlalu memancing keinginannya untuk mengetahui lebih lanjut cerita kehidupan Ibu Addra.   Dari Kejauhan James lihat Kamelia sedang berlari-lari kecil bersama anak lelakinya. James mengerling jam ditangan kirinya. Hampir 10 minit Kamelia pergi.   Kamelia : “Encik, Maaf sangat. Maaf ya. Saya dah menyusahkan Encik jaga anak saya” ucap Kamelia dengan penuh kekesalan.   James : “No worries. Tapi perbuatan you ni bahaya sangat. Berani-berani je you tinggalkan anak gadis you dengan orang yang you tak kenal”. James mengerling ke muka Kamelia. Ada bekas tangisan di pipi dan mata Kamelia yang merah.   Kamelia : “Maaf sekali lagi. Tapi saya yakin, Encik orang baik.”   Kata-kata jujur Kamelia membuatkan James luluh seketika. James membiarkan Kamelia melayan anak-anaknya makan sambil memerhatikan mereka bertiga   James masih lagi memikirkan kata-kata Addra – “Tag Brand MJ”. Ingin sekali dia bertanya pada wanita dua anak didepannya sekarang. James : “You all nak tengok wayang ke?” pertanyaan James dibalas anggukkan dari Kamelia. “By the way, Nama I, James. Kita belum berkenalan lagi.” sambil menghulurkan tangan kepada Kamelia.   Kamelia : “Nama saya Jane. Singkatan untuk Marry Jane”  Kamelia jawab sambil tangannya menyambut huluran tangan James. Addra menunjukkan muka terkejut. Tiba-tiba Addra bersuara “Hah! Jane? Nama ibu Jane?” Addrin pun tiba-tiba berdiri dan bertanya “Sejak bila nama Ibu jadi Jane?”   James memandang Kamelia, Addrin &  Addra berulang kali seolah meminta jawapan.   Kamelia : “Maaf, itu nama panggilan saya dari kawan-kawan. Nick Name.” jelas Kamelia dan tersipu memandang James sejurus membelalakkan matanya pada Addrin & Addra.   James : “Its ok. I’ve gotta go. Saya dah nak masuk kerja balik” “Jaga anak you baik-baik. I tengok mereka berdua ni bijak”   Kamelia : “Terima Kasih sekali lagi Encik. By the way, Encik kerja dimana?”   James : “I kerja kat Adidas. In case you nak beli any item dalam Adidas dekat floor ni, I boleh bagi you discount. Just mention you kawan pada James Alexander.”   Addrin : “Ibu, Abang nak beli Bola Adidas. Nanti Uncle ni boleh bagi discount kan?” Addrin merayu sambil memandang James.   James : “Lepas tengok wayang, datang Adidas dengan Ibu. Uncle tunggu ya”  James mengelus kepala Addrin dan terus pergi.   Kamelia terpempan. Dia belum mengatakan dirinya setuju untuk membelikan bola buat Addrin. Sejurus James pergi, Kamelia mengeluh kesal dengan anak-anaknya.   Addra : “Ibu… kenapa Ibu pandang Uncle tu macam marah je? Addra sukalah kat Uncle tu. Dia handsome.” “Kalau Ibu tak suka kat Uncle tu, Addra nak suruh Uncle tu jadi boyfriend Addra”   Kamelia mendadak pening. Mulut Addra kali ini wajib kena cellotape.   Kamelia : “Dah cepat makan. Emma dah tunggu kita dekat depan pintu masuk wayang”.

editor-pick
Dreame-Editor's pick

bc

Sister Complex

read
29.0K
bc

Fifty Shades of Handerson

read
26.1K
bc

Dear Calon Imamku

read
14.9K

Scan code to download app

download_iosApp Store
google icon
Google Play
Facebook