Hi semua.
Pertama, terima kasih kerana telah support dengan membaca Novel tulisan Tante Mel.
Novel-novel tulisan Tante Mel sejujurnya diilhamkan dari pengalaman sendiri, pengalaman sahabat dan juga pemerhatian kisah kehidupan orang lain.
Semoga melalui penulisan yang menjadi cerita di dalam novel-novel ini akan memberikan sedikit panduan kehidupan dan juga Ilmu buat anda semua.
Salam Hormat.
#tantemel
Follow FB Page : @melati.melzaura
Perempuan Liar itu aku. Delaila akur ketentuan takdir hidupnya.
Tidak pantas untuk dicintai apalagi untuk punya perasaan menyintai seorang lelaki.
"Apa perempuan liar seperti kau ada perasaan? Hah!" dengkus Ilham sambil mencengkam bahu Delaila dengan kuat.
"Kau berhak melabelkan aku dengan apa sahaja yang kau mahu. Cuma satu pesanku, jangan sesekali kau kesal dengan perbuatanmu hari ini"
"Ya! aku perempuan liar. Ya! aku pembawa virus HIV. Tapi aku tidak pernah kesal dengan takdir hidup aku. Aku cuma kesal kerana telah bertemu dengan kau, lelaki yang mempunyai hati palsu".
Aku perempuan liar. Dan akan ku pastikan, lelaki seperti kau Ilham akan memandang aku seperti bidadari ketika kejayaan kehidupan telah aku takluki.
Delaila menguatkan azam kehidupannya. Memburu cita-cita yang tertunda. Mengejar kehidupan yang penuh tipu daya dan berisi kesenangan materialistik dunia.
Apakah Delaila akan berjaya mengubah nasibnya?
Mampukah dia memadam kehidupan silam sebagai perempuan liar yang nyatanya telah melekat teguh dalam fikiran Ilham dan masyarakat?
Jika takdir menyebabkan kita jatuh cinta, maka takdir jugalah yang telah memisahkan kita - Kamelia.
Hinakah menjadi Ibu Tunggal a.k.a JANDA?
Diusia 27 tahun Kamelia telah menyandang status "Mak Janda" dengan anak dua. Kamelia tidak menangis lagi. Dia pasrah dengan kehidupannya setelah kecurangan Rizman. Perkahwinan 8 tahun itu akhirnya gagal jua.
Siapa sangka takdir mempertemukan Kamelia dengan James Alexander. Lelaki yang tangan kirinya penuh tatoo dan tiada agama itu berjaya membuatkan Kamelia kembali jatuh cinta.
JAMES ALEXANDER - lelaki keturunan Kadazan yang telah lama menetap di Kuala Lumpur semenjak kecil itu tidak pernah ketandusan cinta wanita. Dengan wajah tampan, wanita bersilih ganti membuang diri mereka dalam dakapan James.
KAMELIA - jika pernah merasa disakiti akibat kecurangan Rizman, kenapa membuka hati untuk lelaki seperti James?
TETAPI adakah perjalanan cinta Kamelia bersama James akan berjalan lancar?
.
BAGAIMANA dengan penerimaan anak-anak Kamelia pada James?
.
APAKAH perbezaan agama antara Kamelia & James akan mengundang masalah antara keduanya?
Jika Kamelia bercerai dengan Rizman kerana kecurangan dan orang ketiga, MAMPUKAH dia bertahan dengan James yang nyatanya merupakan "lelaki buruan wanita"
Siapa Marry Jane sebenarnya?
Kamelia tahu. Dia cukup tahu risiko membiarkan James menyusup masuk kedalam hati dan hidupnya. Dia cuma ingin merasakan lagi bagaimana perasaan cinta dan merindui.
Dan... dia membuka hatinya pada lelaki berjenama "Lacoste" seperti James.
--------------------
Maya yang bodoh kerana mempercayai bahawa sang suami akan setia dan sentiasa menyintai sehingga ke hujung nyawa.
"Kita adalah dua hati yang disatukan atas nama cinta. Dan yakinlah hubungan suami isteri antara kita adalah lambang cinta yang tulus". Itu kata Megat pada hari pernikahan mereka.
Dunia yang penuh dengan tipu daya. Meskipun akad nikah dan taklik telah dilaksanakan sempurna, sebagai seorang suami, Megat lupa tanggungjawabnya pada Maya.
Cinta itu sebenarnya penuh dengan kepalsuan bila ternyata Megat cuma menginginkan Maya sebagai boneka agar orang-orang melihat dia mempunyai isteri yang bijak, berkarisma dan paling penting penurut serta setia.
Takdir akhirnya mempertemukan Maya dengan Herman di Bandung, Indonesia.
Meskipun tahu wanita yang dikejarnya sedang hamil, namun jatuh cinta pada pandangan pertama membuatkan Herman nekad untuk mengejar cinta Maya sehingga ke Malaysia.
Namun perjuangan Herman penuh dugaan. Dia dijodohkan oleh ibunya.
Maya melalui proses kehamilan tanpa suaminya Megat disisi.
"Apa aku bisa menjadi tempat untuk kau sandarkan harapan?" tanya Herman sewaktu menemani Maya menemui Doktor ketika usia kandungannya 08 bulan.
"Aku ingin menjadi Ayah pada anakmu. InsyaAllah, aku akan cuba menjadi Ayah dan suami yang baik buat kalian berdua" janji Herman.
BAGAIMANA cerita perjuangan Herman untuk mendapatkan cinta Maya?
APAKAH Maya akan menyambut cinta Herman setelah mengetahui tentang Tatiana yang dijodohkan dengan lelaki itu?
"Cinta. Kenapa kau harus hadir lagi? Kenapa ketika aku telah membuka hati, namun akhirnya kecewa yang akan aku dapati." Maya menangis hiba.
Megat masih dengan egonya. Dia yang curang tetapi akhirnya Maya yang dituduh nusyuz.
SIAPA yang akan Maya pilih?
Bertahan dengan Megat atau menyambut cinta Herman?