Neraka Cinta

1007 Words
Hati Kamelia lega mendengar James tak dapat makan malam bersama. Sebenarnya dia malas untuk berjumpa orang baru dalam hidupnya terutama lelaki.  Namun ayat terakhir dari James benar-benar membuatkan dia tersentak.   Kamelia : “Oh my!” Sambil menepuk kepalanya dan terus menjerit nama Addra dan memandangnya dengan geram.   Kedengaran ketawa Emma menggila disebelahnya.   Emma : “James, jangan minta jawapan pada soalan No 2”  “Kita jumpa lain kali waktu Addrin & Addra takde ya!”   “Gimme your HP.” Seenaknya Emma meminta HP James dan memasukkan nombor HP ku dan membuatkan aku lebih kesal lagi adalah NAMA yang disimpan disitu “Marry Jane Spesis Terancam”.   Brengsek Emma.   Aku memandang Emma dengan perasaan geram. Emma membalasku dengan senyum menggoda dan mengangkat bahunya sambil menyerahkan Kembali HP James.   James memandang padaku dan tersenyum. Terlihat dua lesung pipit dipipi lelaki itu persis senyuman Addra.   Kami berpisah setelah itu. Emma menuju ke tempat kerja Jai di Sheraton Hotel Kuala Lumpur. Aku dan anak-anak terus pulang kerumah setelah tapau makanan dari foodcourt Midvalley.   Seminggu telah berlalu. Kerana kesibukkan di office akibat partipication tender untuk Petronas, Kamelia terlupa sama sekali dengan peristiwa Sabtu sebelumnya bersama James.   Hujung minggu kali ini, Addrin & Addra akan menghabiskan hujung minggu bersama keluarga Rizman. Petang Jumaat bekas ayah mertuanya telah datang menjemput anak-anaknya.   Jumaat kali ini Kamelia terasa sepi. Entah kenapa setelah seminggu kepenatan menguruskan tender di pejabatnya, dia terlalu ingin memeluk Addrin & Addra.    Jam 7pm dia sampai kerumah yang suram dan sepi kerana tiada kedengaran  suara Addrin & Addra. Kamelia mengambil selimut anak-anaknya. Dia memeluk selimut kecil aanak-anaknya dengan penuh perasaan kasih sayang. “Ibu tunggu kalian pulang Ahad ini ya!” pujuk Kamelia pada dirinya sendiri.   Kamelia memandang keseluruhan biliknya. Kemudian dia keluar memandang setiap penjuru apartment kos sederhana yang disewanya seluas 800 kaki persegi itu.   Di rumah inilah dia bahagia walau apartmentnya kecil. Cukup buat dia bertiga. Setiap malam sebelum tidur, dia akan bercerita dengan anak-anaknya. Bercerita tentang impian & harapan. Bercerita tentang masa depan mereka bertiga.   Bersama Rizman dahulu mereka tinggal di rumah teres dua tingkat berlokasi di Subang Jaya. Sebulan sebelum Rizman menjatuhkan talak satu kepadanya, Kamelia keluar dari rumah kelamin mereka bersama anak-anak.    Kejadian s*al itu terjadi ketika Kamelia, Addrin & Addra sepatutnya bermalam di rumah Ayah Kamelia di Bangi.   Namun disebabkan beberapa ahli keluarga ayahnya dari Johor datang mendadak dan ingin menumpang bermalam, maka Kamelia mengalah untuk pulang kerumahnya malam itu.   Malam itu kerana penat memasak untuk keluarga besar ayahnya dan perjalanan pulang dari Bangi ke Subang Jaya mengambil masa satu jam, Kamelia kepenatan dan rebah tidur bersama anak-anaknya dibilik mereka.   Sewaktu jam 4am, dia terbangun kerana haus. Ketika hendak turun dari tangga, dia terdengar suara perempuan berisik dari bilik tidur utama, tepatnya bilik dia dan Rizman.   Mungkin merasakan dia mamai, jadi dia terus turun ke dapur untuk minum tanpa memperdulikan bunyi berisik tadi. Fikirnya dia masih mengantuk dan berhalunisasi.   Malangnya ketika dia melewati depan biliknya menuju kebilik anak-anak, suara perempuan & lelaki berisik berbunyi terlalu kuat.   Dia menguak daun pintu bilik yang tidak tertutup rapat.   Matanya terbelalak saat melihat Rizman & seorang wanita tanpa seurat benang diatas katil kelamin mereka.   Subuh itu dia bertekad, dia dan anak-anak harus keluar dari rumah yang telah menjadi neraka padanya.   Kamelia terkenang kisah dulu. Kisah sewaktu umurnya 20 tahun & Rizman 23 tahun. Kisah pertemuan mereka. Kisah percintaan mereka. Kisah suka duka mereka.   Awal pertemuan mereka berdua, Kamelia hanya seorang Kerani di syarikat kecil kontraktor kelas F. Manakala Rizman seorang juruteknik di sebuah syarikat telekomunikasi.   Kamelia mempunyai cita-cita untuk mengubah masa depannya. Justeru itu selepas habis kerja, dia menghadiri kelas malam di kolej swasta dalam jurusan Administrative & Secretarial Practise.   Meskipun keputusan SPMnya bagus, Kamelia menolak untuk melanjutkan pelajaran kerana dia tahu ayahnya tidak mampu dari segi kewangan.   Berkat usaha Kamelia, akhirnya dia berjaya menjawat jawatan Junior Secretary di salah sebuah syarikat oil & gas yang menjadi pembekal kepada syarikat Minyak Negara – Petronas.   Begitu juga dengan rezeki Rizman, setelah mereka berdua menikah dalam usia muda, 3 bulan selepas pernikahan, Rizman ditawarkan menjadi Supervisor.   Kata-kata Rizman masih lagi terngiang-ngiang diingatannya.   “Lia, I nak kahwin dengan you. I nak jaga you dengan cara yang Halal. I nak jadi suami you dunia dan akhirat”.   Ternyata kata-kata itu hanya sebuah kepalsuan.   Pernikahan antara Rizman & Kamelia sangat sederhana. Pernikahan itu dibuat dirumah keluarga Kamelia dan hanya dihadiri oleh keluarga terapat mereka sahaja.   Itupun kerana Ayah Kamelia yang menginginkan sebegitu kerana bagi beliau, duit tidak pelru dibazirkan untuk acara yang megah. Cukup hanya Ijab Kabul dan Mas Kahwin serta sepasang telekung & sebuah Al-Quran.   Ayah Kamelia seorang yang sederhana dalam pelbagai hal. Meskipun kehidupan mereka telah mula baik setelah keempat-empat anaknya bekerja, Ayah Kamelia tetap menjalani kehidupan yang serba jimat dan sederhana.   Yang ditekankan dan harapan Ayah Kamelia  dalam kehidupan rumahtangga antara Rizman & Kamelia adalah solat dan mengikuti ajaran Islam sebenarnya dalam menyemai kasih sayang suami isteri.   Malangnya, sepanjang perkahwinan Rizman & Kamelia, tidak pernah sekalipun mereka solat bersama. Apantah lagi Rizman menjadi Imam bagi diri Kamelia dan Anak-anak mereka.   Enam bulan selepas pernikahan mereka, Kamelia mengandung anak pertama mereka – Addrin. Ketika itu Kamelia & Rizman menyewa apartment sederhana dua bilik di Subang Jaya. Kehidupan mereka sederhana dan Bahagia.   Setiap hari Rizman akan menghantar Kamelia ke stesyen bas jam 6.30am dan menemaninya sehingga bas tiba. Begitu juga bila hari petang, Rizman akan setia menunggunya di stesyen bas yang sama jam tujuh petang.   Kenderaan mereka cuma sebuah motorsikal Honda EX5.   Rezeki mereka berdua semakin baik, ketika kandungan Kamelia berusia empat bulan, Rizman dinaikkan pangkat sebagai Executive. Dan mendadak pada kandungan Kamelia berusia lima bulan, Rizman membeli kereta.   Selepas kenaikkan pangkat, Rizman mula berubah. Ketika kandungan Kamelia berusia tujuh bulan, Rizman sudah mula balik lewat pagi dan dalam keadaan mabuk.   Tiada lagi waktu pagi Rizman yang akan menghantar Kamelia di stesyen bas dan tiada lagi bayangan Rizman menunggu Kamelia pulang kerja jam tujuh petang.   Dan bermula itulah Kamelia terbiasa sendiri dan berdikari. Dan bermula itulah Kamelia semakin menyedari bahawa kehidupannya sebagai isteri kepada Rizman adalah dalam neraka cinta.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD