Tidak sedikit pun kepayahan dalam kehidupan rumahtangganya, Kamelia ceritakan pada keluarganya. Dia pendamkan sendiri sehingga perlakuan Rizman terbongkar setelah terserempak dengan Kamal, adik lelaki Kamelia di Hard Rock Café.
Ketika pertama kali Rizman pulang dalam keadaan mabuk, Kamelia menangis semahu-mahunya dengan mendengar perkataan Rizman.
Rizman :
“Aku benci kau. Aku benci keluarga kau. Kenapa keluarga kau miskin hah!.”
“Hey Lia, kau tau tak impian aku sebenarnya nak kahwin dengan sempurna.”
“Bukan kahwin koboi macam ayah kau nak!” bentak Rizman sambil mejambak rambut Kamelia.
Tidak dengan itu, Rizman mula menampar muka Kamelia dan menendang kakinya.
Dia menjerit kesakitan. Dia menahan perutnya dari tendangan kaki Rizman.
Kamelia :
“B, kenapa you jadi macam ni. Apa salah I?”
“B, ingat B, sedar B, I mengandung anak you B”
Isak Kamelia sambil berlutut mendakap kaki Rizman.Rizman menendang lagi Kamelia dengan kasar.
Rizman :
“Hey Lia, aku jijik nak tidur dengan kau. Aku benci tengok badan kau. Perempuan kat luar sana boleh puaskan aku. Kenapa aku mesti balik rumah sial ni untuk tengok kau hah!”
Dengus Rizman kasar.
Kamelia :
“B, kita nikah atas nama cinta. Kita nikah sebab nak halalkan perhubungan kita.”
“B, I mengandungkan anak pertama kita kerana I cinta kat U”
Kamelia cuba berpaut pada tangan Rizman. Namun Rizman menghempas tangannya.
Rizman :
“Kau dengar sini baik-baik Lia, Aku Rizman kahwin dengan kau sebab aku tak nak perempuan murahan jadi isteri aku.”
“Aku kahwin dengan kau sebab Aku boleh bangga dengan kawan-kawan aku yang kau tu masih ada dara. Dan aku lelaki pertama yang tidur dengan kau”
Rizman ketawa. Kemudian Dia mendengus dengan menyebut “Bodoh” berkali-kali.
“Lagi satu kau ingat ni… Cinta? Kau nak cinta? Cinta aku pada kau sama macam bilik air dalam rumah ni. Najis. Kau tau. Untuk aku make love dengan perempuan kat luar sana aku tak perlukan cinta.”
“Perempuan kat luar sana lebih hebat layan aku, dari layanan kau yang kaku!”
Ayat-ayat yang keluar dari mulut Rizman bagaikan petir menyambar dada Kamelia.
Bermula sejak itu, Kamelia pasrah dengan hidupnya. Dia hidup dengan kekerasan Rizman.
Kehadiran Addrin membuat Kamelia jadi kuat tapi takut untuk keluar dari perkahwinan toksiknya. Siapa sangka Kamelia yang hebat dalam pekerjaanya sebenarnya menderita jiwa.
Bagi Kamelia, dia rela Rizman bertukar ganti perempuan dan pulang mabuk setiap hari. Asalkan dia masih berstatus isteri. Dia terlalu takut dengan gelaran Janda. Kerana itu Kamelia bertahan dalam perkahwinan neraka cinta ini sehingga kelahiran Addra.
Kamelia masih ingat ketika Rizman mencampakkan duit seribu ringgit kemukanya ketika Kamelia memberitahu Rizman bahawa dia mengandungkan anak kedua mereka ketika kandungannya tiga bulan.
Ucapan s*al Rizman padanya “Gugurkan! Aku tak yakin itu anakku”.
Pada usia Addrin dua tahun, Kamelia mengandungkan Addra dan mereka sekeluarga telah mula menyewa rumah teres dua tingkat. Kata Rizman, dia malu dengan kawan-kawan sepejabat jika mereka tahu dia masih tinggal di apartment biasa sedangkan jawatan dan gajinya tinggi.
Dan bermula episode pilu lagi dalam hidup Kamelia, ketika kandungannya sembilan bulan, Ayah Kamelia Kembali menemui penciptaNYA.
Melahirkan Addrin, ada Ibu Kamelia, Rizman dan bekas ibu mertuanya menunggu. Mungkin itu adalah anak pertama dan Rizman tahu Kamelia mengandungkan anak lelaki zuriatnya, maka kelahiran Addrin dinantikan dengan meriah. Kehadiran Addrin menjadikan Rizman seakan bertaubat. Namun Impian Kamelia pudar kerana perubahan dan kegembiraan Rizman hanya terjadi dalam waktu seminggu sahaja. Kemudian Rizman kembali menjadi dirinya – Lelaki Haram Jadah!
Melahirkan Addra, Kamelia hanya sendiri. Ibu Kamelia pulang kerahmatullah pada usia Addrin genap setahun. Tiada siapa menunggu kelahiran Addra dihospital. Kamelia berjuang sendiri ketika melahirkan Addra.
Lebih merasa sayu, Kamelia meminta Doktor agar dapat mengiqamatkan Addra.
Addra lahir tengah malam jam 12.45am.
Semenjak petang Kamelia masuk ke hospital, dia cuba menghubungi Rizman berkali-kali. Namun hampa. Semua mesej Kamelia tidak dibaca.
Kamelia bersyukur kerana dia sempat menghantar Addrin ke rumah mertuanya sebelum bergegas ke hospital dengan menaiki teksi yang sama.
Setelah dua hari melahirkan Addra, bayang Rizman masih tiada. Demi tidak menyusahkan sesiapa, Kamelia menguruskan dirinya sendiri untuk discharge dari hospital.
Rezeki Kamelia dan Addra, ada seorang Nurse yang kebetulan baru habis shift dan tinggal berdekatan rumah Kamelia membantu menghantarnya.
Nurse :
“Bahaya tau awak balik sendiri dengan baby baru lahir dua hari” katanya sambil memandu.
Kamelia :
“Maafkan saya Nurse, suami saya outstation jadinya dia tak boleh balik. Saya yatim piaitu, keluarga suami semuanya di Johor”. Kamelia terpaksa menipu.
Sesampainya dirumah, Kamelia menghubungi mertuanya memberitahu dia telah selamat pulang. Disebabkan mertuanya tinggal di Gombak, perjalanan makan masa hampir sejam untuk mertuanya datang ke Subang Jaya, Kamelia memutuskan untuk membiarkan Addrin tinggal dahulu dirumah mertuanya.
Jangan ditanya kenapa mertuanya juga tidak datang melihat Kamelia di hospital. Kamelia juga tidak mempunyai jawapan. Yang Kamelia tahu, Rizman pasti menceritakan perkara yang buruk-buruk kepada keluarganya sehinggakan sepanjang mengandungkan Addra keluarga Rizman bersikap dingin terhadapnya.
Hari ke-sepuluh Kamelia menjalani pantang sendiri dirumah bersama Addra – bayi kecilnya yang merah. Rizman masih belum pulang.
Sepanjang tempoh berpantang, sesekali Bos tempat kerjanya – Encik Jazman akan menelefon bertanya khabar dan juga mendapatkan sedikit info pekerjaan yang dibuat oleh Kamelia.
Jawatan Kamelia kini diganti oleh pekerja baru untuk dua bulan. Namanya Emma.
Akhirnya Emma inilah yang menjadi teman baik Kamelia dari tempoh berpantang Kamelia sehingga kini.
Sepanjang tempoh berpantang juga, Kamal adik lelaki Kamelia berulang alik kerumahnya menghantar makanan dan keperluan asas buat kakak dan anak saudaranya.
Kamal sebetulnya kesal dengan Kamelia yang mempertahankan Rizman dan rumahtangganya.
Berulang kali Kamal memberikan dorongan pada Kamelia untuk memohon cerai dari Rizman. Adik lelakinya itu memberikan keyakinan bahawa kehidupan Kamelia akan Bahagia tanpa Rizman sebagai suami.
Namun Kamelia masih berkeras untuk mempertahankan rumahtangganya dengan alasan, “Kakak taknak anak-anak kakak dicemuh orang sebab Ibu dia adalah seorang JANDA!”.
Dalam keluarga Kamelia, hanya Kamal yang mengetahui perangai syaitan Rizman. Tetapi Kamal tidak mengetahui bahawa Kamelia juga didera secara fizikal.
Hari kesembilanbelas, Rizman tiba-tiba pulang. Dia langsung tidak memperdulikan Addra.
Tiada sifat belas kasihan, Rizman mengarahkan Kamelia untuk masak jam 3 pagi dengan alasan dia lapar.
Tanpa membantah, Kamelia mula memasak sambal tumis, memotong timun, dan membuatkan telur goreng kicap untuk Rizman.
Untung Rizman tidak memilih. Satu kebaikkan RIzman, dia makan apa sahaja, asalkan kenyang. Selesai makan, Rizman mula memarahi Kamelia ketika masuk kedalam bilik mereka.
Rizman :
“Hey Lia, bau apa ni?. S*al betul. Aku rasa nak muntah!”
“Aku penat balik sebab nak berehat tidur. Tapi bau har*m j*dah dalam bilik ni buat aku naik darah tengok muka kau dan anak kau”.
Dengan cepat Rizman membuka almari mengambil beberapa helai bajunya dan dimasukkan kedalam luggage.
Rizman :
“Aku takkan balik sampai bau busuk jamu ni hilang dalam rumah ni”
“Jangan cari aku.”
“Aku akan balik ke rumah Lisa. Sampai aku rasa nak jumpa kau, baru aku balik sini”
Rizman keluar dari rumah mereka. Kedengaran enjin kereta bergema dan dengan perlahan bunyi kereta kian hilang dari pendengaran Kamelia.
Kamelia memeluk Addra. Tangis Kamelia semakin kuat.
Addra, Ibu janji sayang, Ibu tak akan tinggalkan Addra dan Abang Addrin.
Ibu janji!