Kini Kamelia membenarkan kata-kata yang pernah dibacanya :
"Perempuan diuji ketika lelaki tidak mempunyai apa-apa,
Lelaki diuji saat dia mempunyai segalanya."
Sepanjang ketiadaan diri Rizman dari rumah mereka, Kamelia tidak membiarkan dirinya larut dalam kesedihan. Malah dia ingat sentiasa pesan Nurse yang kini menjadi salah seorang sahabatnya.
Nurse yang membantu menghantar Kamelia pulang setelah dua hari kelahiran Addra, namanya Maya. Melalui Maya jugalah Kamelia mendapat dorongan semangat dan bantuan perubatan semasa dalam tempoh berpantang.
Pesan Maya, Ibu yang dalam tempoh berpantang tidak boleh terlalu bersedih. Ditakuti akan mengalami “Depresi” & “Bentan” yang boleh mengakibatkan sakit jiwa.
Pesan Maya lagi, orang luar hanya boleh memberikan moral support, tetapi diri Kamelia sendiri yang perlu teguh dan melawan segala kekecewaan dari menguasai fikiran dan jiwa. Ya! Hanya dirinya sendiri yang perlu berusaha.
Genap 50 hari, dan tinggal 10 hari lagi tamat waktu tempoh berpantang bagi Kamelia. Selepas itu Kamelia akan Kembali bekerja. Emma datang untuk pertama kali kerumahnya membawa beberapa vitamin kesihatan dan hamper barangan bayi bersama Bos mereka, Encik Jazman dan tiga orang lagi kawan sepejabat.
Kedatangan mereka membuatkan hati Kamelia gembira. Namun kegembiraan Kamelia hari itu pudar tidak bertahan lama. Malam itu Rizman pulang. Dia pulang dengan menuntut tubuh Kamelia melayaninya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.
Kamelia :
“Please B. I belum bersedia” mohon ku pada Rizman yang semakin kelihatan seperti syaitan ketika merentap bajuku dengan kasar dan menolak diriku keatas katil.
Rizman :
“Aku nak hak aku. Dengan Kau aku bebas untuk buat apa saja dan cara apa saja aku nak. Kewajiban kau adalah melayan suami".
“Kau tak payah nangis-nangislah!. Aku suami kau. Aku berhak atas badan kau bila-bila aku nak!” bentak Rizman sambil mencengkam tangan Kamelia yang meronta-ronta di atas katil mereka.
Untung sahaja Baby Addra tidak bangun malam itu. Baby Addra ternyata memahami kesulitan dan kepayahan Kamelia. Sepanjang tempoh hamil dan tempoh berpantang, Addra baik-baik sahaja. Tidak menyusahkan sama sekali.
Neraka Cinta. Kamelia semakin muak dengan kehidupan dalam rumahtangganya. Atas bantuan Maya, setelah kembali bekerja, Kamelia mendapatkan bantuan Pakar Psikitari. Dia mula yakin dengan perasaan & fikiran dalam dirinya untuk mengakhiri perkahwinan toksik antara dia dan Rizman. Perkahwinan yang dia kira cuma berlandaskan nafsu semata.
-----------------------*
Jumaat - Jam 8pm Kamelia mula menekan remote TV mencari movie atau drama untuk ditonton dari rangkaian Netflix. Ketika ketiadaan Addrin dan Addra selalunya Kamelia akan menonton drama korea. Lagi-lagi kalau heronya Si-Lee Dong Wook atau Lee Min Ho. Kedua-kedua pelakon leżaki kegemaran Kamelia itu mampu untuk membuatkan dia senyum-senyum menggeletis sambil memeluk bantal.
Tidak lama HP Kamelia berbunyi notifikasi dari w******p yang masuk.
Kamelia menekan dan melihat nombor yang tidak dikenali & kemudian tersenyum sendiri selepas menyedari empunya mesej tersebut.
“Hi Jane. Dinner yang you janjikan Sabtu lepas masih valid lagi?”
“Apa khabar Addrin & Addra?”
“Missing them dearly.”
Kamelia – 08.10pm
“Still valid. Both of them sihat. Cuma Addrin & Addra tiada weekend ni.”
Balas ku pendek.
James – 08.11pm
“Entah kenapa, I rasa lapar sekarang & teringin you belanja.”
“Maybe cacing dalam perut I rindu nak tengok mata bulat you (especially masa you marah Addrin & Addra).” Diakhir mesej James terpapar emoticons tangan maaf & muka terbalik.
Kamelia – 08.12pm
Aku cuma menghantar link youtube : Bruno Mars – Lazy
James – 08.13pm
Aku tergelak ketika menekan link youtube kiriman Kamelia. Wanita ini nampaknya unik dari kebanyakkan wanita yang aku jumpa. 99% mereka yang aku pernah dating, membosankan.
James membalas dengan kiriman link youtube : Akon – Lonely
Dan juga pertanyaan “Please Jane, teman I dinner. Bolehkan?”
Kamelia – 08.14pm
Aku ketawa terkekeh ketika membuka balasan pesanan James.
“So you nak dinner kat mana?” tanyaku.
James – 08.15pm
“Kita jumpa di Restoran Arab Al-Rawsha dekat bulatan Kg Pandan, ok?”
“Send location you, nanti I jemput”.
Kamelia – 08.16pm
“Ok takde hal. Tak perlu jemput. I naik grab je. Pukul 09.00pm I sampai” balasku.
James – 08.17pm
“Cepatnya. Bukan perempuan perlu siap untuk makeup selalunya satu jam?”
Kamelia – 08.18pm
“Perempuan rumah agam perlukan satu jam. Tapi I spesis perempuan underground. So I tak perlukan makeup, bulu mata palsu mahupun blusher yang macam kena penampar kat pipi”
“See you soon Bro!”
James – 08.19pm
What? Dia panggil aku Bro!
Lokasi rumah James yang memakan masa hanya 10 minit ke restoran itu membuatkan James sampai lebih awal. Tepat jam 08.50pm James tiba. Entah kenapa, perasaan James malam ini keresahan menunggu Kamelia. Keresahan James seakan menanti keputusan SPM. Keresahan James boleh dibayangkan bagai anak teruna yang berdebar-debar menanti Tok Mudim tiba. Panik dan meresahkan.
Argh S*al! James memaki dirinya sendiri. Ini bukan kali pertama dia melakukan dating dengan wanita. Entah berapa ramai dalam listnya terdahulu. Kebanyakkannya wanita cantik dari kalangan model, insta famous, wanita-wanita yang dia temui di kelab malam atau dating arrangement yang dibuat oleh Mommy-nya atau rakan-rakannya.
Tapi untuk dating kali ini bersama wanita bernama Jane yang dia baru kenal itu, ada rasa berbeza. Rasa untuk mengetahui dan mengenali. Rasa untuk James menjadi Peter Parker (Spiderman) menyelamatkan Marry Jane.
Untung sabut mungkin menjadi Peter Parker. Kalau tak beruntung, boleh juga jadi Peter Pan & The Lost Boys, pujuk hati James. Dia tersenyum sendiri.
“Hi Bro, lama ke you tunggu” suara Jane menerjah di gegendang telinganya ketika James mengelamun. Jane terus mengambil posisi duduk di kerusi berhadapan James.
James memandang kearah Jane, dia tersenyum senang melihat penampilan Jane yang santai dengan kemeja putih longgar, jeans biru dan kasut putih sarung berlogo Penguin. Rambut Jean yang hitam beralun lebat diikat kebelakang, menampakkan leher putihnya yang jinjang. Bibir Jane dilapisi warna lipstick nude. Dan James memerhatikan ada earring stud di telinga atas sebelah kiri wanita itu. "Sesuatu juga minah ni" kata James dalam hati.
Jane hadir tanpa handbeg brand mewah. Yang ada di bahunya cuma tote bag dengan gambar anak kucing yang comel. Sosok Jane malam itu tidak ubah seperti gadis lepasan kolej. James pasti tertipu jika dia tidak bertemu dengan anak-anak Kamelia.
James teringat akan wanita-wanita yang pernah keluar dengannya. Pakaian mereka pastinya sexy, high heels tak kurang 5 inci. Bersandangkan handbag berjenama mewah. Jika diingatkan kembali, James tersenyum sinis. Betapa wanita-wanita itu semuanya tak pernah kurang dengan eyeshadow yang bewarna-warni, pipi dipoles blusher dan bulu mata lembu yang hampir menutupi mata asli. Belum lagi dengan wangian yang menusuk pernafasan yang boleh dikatakan macam "mandi perfume" sebaldi.
Berlainan dengan Jane wanita yang akan makan malam bersamanya ini.
Wanita ini benar-benar menarik! James semakin tidak sabar untuk mengenali Jane dengan lebih dekat.
"Ternyata ada apa denganmu?" gumam James dałam hati.