Ternyata warna pakaian James juga sama seperti Jane. Tshirt putih leher bulat, jeans biru dan kasut Adidas putih. Seperti takdir tertulis dengan janji untuk pertemuan dua hati.
James :
“Jane, you hacked my brainwave. Baju kita sama, seluar kita sama, kasut kita sama” senyum James memandang pada Kamelia.
Kamelia :
“Sorry bro, ni memang warna uniform yang I suka pakai. Santai” balasku sambil melemparkan senyuman padanya.
“So, you nak order apa? Portion kat sini besar. I tak makan banyak. Kita share ya!”
Aku membuat tawaran pada James.
James :
“You diet ke? I tak faham kenapa semua perempuan konon-konon diet tapi sebenarnya dia kelaparan. Pernah sekali I dating dengan sorang awek, dia kata dia tak makan malam, alih-alih perut dia berbunyi satu restoran” ejek James menatap ke muka Kamelia.
Kamelia :
“Hello Bro, I tak perlu jadi macam awek tu. Seriously I dah kenyang. Kalau perut I bunyi, I janji I akan dinner dengan you straight seminggu. Promise!” Sambil menghulurkan jari kelingkingnya pada James untuk melakukan “Pinky Promise” yang selalu dibuat bersama Addrin & Addra.
Setelah pesanan mereka sampai, Kamelia mengambil sedikit nasi dari pinggan James. Jika James kelihatan seperti gentleman makan menggunakan sudu dan garfu, Kamelia dengan selambanya makan menggunakan tangan.
James memesan Jus Buah sementara Kamelia memesan Teh Arab tanpa gula.
Sepanjang menikmati makan malam, mereka berbual mengenai pekerjaan mereka, apa yang dilakukan dalam kehidupan mereka seharian dan sedikit latar belakang keluarga.
James mengerling Kamelia beberapa kali ketika mereka makan. Bagi diri James, sosok Kamelia yang dikenali sebagai Jane itu sangat unik. Tidak hipokrit. Jane menjadi dirinya sendiri. Ketawa lepas dan tidak segan berdebat jika kata-kata James tidak dapat diterima olehnya.
Perbualan antara Kamelia dan James banyak menyentuh kisah Addrin dan Addra. James sangat menikmati masanya bersama Kamelia. Cerita-cerita lucu Kamelia yang banyak membuatnya tertawa. Malah sikap santai Kamelia membuat hatinya tertawan.
James :
“Maaf Jane, dah berapa lama sebenarnya you bercerai?” tanyaku sambil melihat Kamelia yang tersenyum.
“Its ok kalau you taknak jawab. Sorry Jane, I lancang tanya you perkara ni” aku memohon maaf padanya.
Dengan santai Kamelia menjawab :
“I bercerai waktu Addra dua tahun”
“By the way, Nama I sebenarnya Kamelia. But I prefer to be known as Jane – to be precise, Marry Jane”
James :
“Indah nama you. Kenapa kena guna nama Jane?” tanya James penasaran sambil meletakkan sudu dan garfunya selesai semua nasi di pinggannya habis.
Kamelia :
“It’s for me to know and for you to find out” jawab ku sambil berdiri dan menuju kearah sinki untuk membasuh tangan.
Ku tinggalkan James yang masih termanggu dengan kata-kataku. Aku ketawa geli hati melihat perlakuan James yang termenung meletakkan tangan kanannya di dagu sambil melihat kedatangan ku kemeja kami di restoran arab itu.
Demi tidak membiarkan James terus berfikir berkenaan nama Jane yang aku gunakan, aku membuka beberapa topik agar kami berdua berbual bagi memeriahkan suasana.
Ternyata banyak persamaan antara aku dan James. Kami meminati Fast & Furious. Mencintai haiwan bernama Kucing. Meminati pelakon barat seperti Will Smith (Bad Boys), Jason Statham (The Transporter), Tim Robbins & Mogan Freeman (The Shawshank Redemption), Geena Davis (Long Kiss Goodnight), Meg Ryan (French Kiss), Julia Roberts & Richard Gere (Pretty Women), Reeese Whiterspoon (Sweet Home Alabama) & Yang paling penting Kami berdua meminati pelakon korea yang sama – Lee Dong Wook (Drama Life).
Malah perbualan kami banyak berkisar genre filem-filem yang kami minati. Aku rasa gembira kerana James juga punya banyak topik dan idea dalam perbualan kami. Jadi aku tidak merasa canggung sama sekali. Terasa kami berdua telah berkenalan lama seperti teman sekolah menengah.
James merupakan anak bongsu dari tiga beradik yang semuanya lelaki. Keluarga James berasal dari Keningau Sabah dan menetap di Ampang semenjak tahun 1970-an. Keluarga James sebenarnya orang sederhana. Cuma tuah menyebelahi abang sulung James dalam perniagaan sehingga membolehkan mereka mempunyai beberapa perniagaan dalam import eksport bahan makanan dan perniagaan dalam bidang peralatan sukan.
Kamelia pula merupakan anak sulung dari empat beradik. Kamelia merupakan anak perempuan tunggal. Arwah Ayah Kamelia aslinya berasal dari berketurunan Etnik Sunda dari Bandung Indonesia. Pada tahun 1980, Arwah Ayah Kamelia datang ke Malaysia dan bertemu jodoh dengan Arwah Ibunya yang memang tinggal di Bangi. Kamelia kini bekerja sebagai Senior Admin Executive di syarikat oil & gas yang menjadi pembekal bahan kimia kepada syarikat gergasi minyak negara, iaitu Petronas.
Sedar tak sedar, mereka telah berbual sehingga jam 12 malam. Salah seorang pelayan restoran telah datang mengingatkan operasi restoran yang akan tutup pada jam 12.30 malam.
James tidak mahu menamatkan sesi pertemuannya dengan Kamelia. James masih ingin bersama Kamelia. Dengan ragu-ragu di bertanya pada Kamelia :
“Jane, you suka tengok live band? Antara Hard Rock Café dan Crossroad kat Concorde Hotel, you prefer yang mana?”
(Please say you wanna go Jane… please….) bisik James dalam hatinya.
“Sorry Bro, I tak minat. Kalau nak main eight ball pool, I minat” jawab Kamelia.
Bingo! James tersenyum puas, kerana dia tahu kemana tujuannya selepas ini bersama Kamelia a.k.a Marry Jane yang semakin kelihatan cute di mata lelakinya.
James :
“Deal. Kita pergi sekarang” sambil terus berdiri dan berjalan menuju ke kaunter bayaran.
“Jane, I lupa nak bagitau you. Kereta I buruk. You ok ke naik kereta buruk?” pancing James untuk melihat reaksi Kamelia ketika menuju ke tempat parking di bahagian belakang restoran.
Kamelia :
“No prob. Asalkan kereta.” Jawabku ringkas.
James menuju ke kereta bewarna purple manggis dan membuka pintu untuk Kamelia dan sejurus Kamelia duduk, James menarik tali pinggang keledar dan memasangkan untuk Kamelia. Kedekatan muka mereka berdua menyebabkan jantung Kamelia berdetak kencang, sekencang larian dirinya masa kecil yang ketahuan mencuri buah rambutan rumah jiran.
Kamelia terpempan dengan perlakuan James. Setelah itu James menutup pintu dan kemudian membuka masuk di pintu pemandu dan mula menghidupkan enjin kereta.
Kamelia memandang James dengan penuh tanda tanya dan berkata :
“Kereta you buruk sebab Namanya Proton Wira kan?” kataku menyindir dan menambah lagi
“Tapi hebat juga Wira 1.5 Auto ni sebab guna seat Recaro”
James :
“Kereta I ni boleh diumpamakan bak – luar rumah flat DBKL, tapi dalam condo KLCC”
Sepanjang perjalanan mereka berbual lagi. Tapi kali ini berkenaan kereta dan enjin kereta.
James sangat ingin meluangkan masa bersama dengan Kamelia. Wanita disebelahnya ini benar-benar unik. Dalam perbualan mereka berdua, ternyata Kamelia sentiasa ada “element of surprise” pada pandangan James.
Entah tiba-tiba Kamelia bertanya kepada James :
“Apa agama you James?”
“I freethinker, I tak percaya tuhan” jawab James jujur.