Marry Jane Limited Edition

1106 Words
“Tapi kadang-kadang I ikut my mom pergi gereja di Ampang. Selain dari jadi driver my mom secara paksa, I juga akan jadi barang pameran my mom kepada kawan-kawan dia untuk sesi kenal mengenal buat arrangement blind date” jelas James sambil ketawa.   “That means Bro, you sebenarnya bujang tak laku sampai your mom terpaksa jadikan you barang pameran” Kamelia balas sambil ketawa kuat. Tak lama mereka berdua sampai di Brewball Midvalley.  Kehadiran mereka disambut oleh Tony (pemilik) dan tiga lagi teman James iaitu Brian, Fahrin dan Dave.   “Hai, Saya Kamelia. You guys can call me -Mel” Kamelia memperkenalkan dirinya.   Meskipun baru berkenalan dengan kawan-kawan James, ternyata mereka boleh “click” dengan Kamelia kerana skill bermain eight ball pool yang dia miliki sehinggakan James juga kagum terpukau. Malah James kalah beberapa kali dengan Kamelia.   Baik Tony, Brian, Dave & Fahrin semuanya cepat mesra dengan Kamelia. Mungkin perwatakan Kamelia yang santai dan tidak menggedik menggoda seperti awek-awek yang pernah James kenalkan pada mereka.    “Bro, awek lu bawa hari ni serious Hot Chick!” – Fahim bisik padaku. Tanpa perlu berpakaian seksi, sosok Kamelia dan perlakuannya memang terlihat seksi dimata lelakiku. Apantah lagi lelaki-lelaki lain yang sesekali menoleh melihat Kamelia beraksi hebat dimeja pool itu.   “Bro, please don’t sleep with her. I wanna see her next time” – kali ini Dave pula berbisik padaku. Kerana rakan-rakan ku amat tahu, tiada kali kedua pertemuan dengan mana-mana perempuan yang telah aku tiduri. Prinsip aku, jika pertama kali berjumpa kau bisa menyerahkan tubuhmu untuk aku nikmati, bermakna kau tidak menghargai diri dan maruahmu sendiri. Bagaimana aku bisa menjadikan kau sebagai isteri untuk masa hadapan dan menjaga maruah aku sebagai suami!   “James, is she your new collection?” – tanya Brian dengan wajah yang penuh teruja dan kagum ketika melihat Kamelia sedang fokus kearah bola putih untuk menyudahkan permainan dengan aim yang tepat keatas bola hitam untuk menyudahi game sekaligus memenangi    “Nope Bro. She’s gonna be my Angel Bro” Jawab James menatap kemuka Brian dengan senyuman.   “Leng chai, I like her. She’s so damn hot with her own style” – bisik Tony sambil menyodorkan tin coke kepada James.   “Yehaaa yippie yippie yup” kedengaran jeritan comel Kamelia selepas dengan mudahnya memasukkan bola bewarna hitam itu. Brian menunjukkan two thumbs up kepada Kamelia.   Malah dengan bangganya Kamelia berjalan kearah James dan berdiri berselisih bahu dengan James yang tingginya lebih 10cm dari Kamelia.   Tanpa James duga, dengan muka dan bibir yang menggoda Kamelia berkata “I am to sexy for Ball No 8”.   “Holy Cow Jane. Jangan sesekali you buat suara dan muka menggoda macam tu lagi pada I” dan disambut dengan gelak tawa keriuhan oleh James dan rakan-rakannya.   James bangga dengan Kamelia. Yang pasti James inginkan sesuatu yang lebih dari hubungan sebatas sahabat dengan Kamelia. “You gonna be my girl Jane. My girl” – desis hati lelakinya.   Selesai sesi permainan mereka tamat kerana operasi pusat hiburan wajib ditutup pukul 3am, James mengajak teman-temannya untuk singgah minum di salah sebuah restoran mamak berdekatan Desa Pandan memandangkan kesemua mereka tinggal di Ampang, Jalan U-Thant dan Wangsa Maju.   Namun Kamelia terlalu mengantuk untuk menyertai James. Rutin Kamelia selalunya akan tidur paling lewat jam 11 pm. Tiada pilihan, James harus menghantar Kamelia pulang dahulu sebelum menyertai yang lain.   James : “Thanks Jane. I appreciate your time with me very much” kataku sambil memandang kearah Kamelia yang matanya semakin kuyu.   “I curious nak tahu, berapa banyak nama yang you ada sebenarnya?”   Kamelia : “ha ha ha… I ada 3 nama. Lia – panggilan dari family, Mel – panggilan dari kawan-kawan & Jane – nama yang I perkenalkan pertama kalinya pada you Bro!” Terang Kamelia sambil ketawa kecil.   Kamelia menguap lagi dan memandang James yang sedang memandu dengan berkata : “I serious mengantuk. Kalau I terlelap, nanti dah sampai kejutkan tau” ucapku sambil memejamkan mata.   James : “Am I the one and only call you by the name of Jane?” tanya James.   Kamelia mengangguk dengan matanya terpejam dan tidak lama kemudian dia tertidur bersandarkan kepalanya ke cermin disisi. James tersenyum lebar. Dan senyuman itu pasti berlanjutan menceriakan hari-hari dalam kehidupan yang mendatang.  ---------------- Akibat bergadang lewat malam bersama James dan teman-temannya, Kamelia bangun keisangan. Itupun kerana bunyi bising dari HP-nya. Ketika HP berbunyi tidak berhenti-henti, dia mula meraih HP dari atas meja tepi katil membuka mata untuk melihat nama pemanggil.   Kamelia : “Hmmm… nak apa beb?” jawabku dengan suara mengantuk.   Emma : “Ko baru bangun? Ajaib ni. Selalunya pukul 10am hari Ahad ni ko dah macam cacing kepanasan sampai rumah mak aku”    Kamelia : “Aku ngantuk harini. Malam tadi aku join James and the gang main pool kat Brewball Midvalley” jelasku sambil bangun dan duduk dibirai katil.   Emma : “Ko bangun sekarang!” aku memberi arahan.  “Harini Dea bertunang. Jangan kata kat aku yang ko lupa” nada suaraku mulai tinggi.   Kamelia : “Ya ampun… beb serious aku lupa” ucapku tergopoh gapah mencari tuala dan mula masuk ke bilik air. Hari ini aku dah janji untuk membantu Emma dalam persiapan adiknya yang bakal bertunang selepas Zuhur.   “Lagi sejam aku sampai rumah mak ko. Sorry Beb.”   Kerana lambat dan aku sebenarnya malas untuk memandu, aku memesan Grab Transport untuk kerumah Mak Emma di Wangsa Maju. Perjalanan dari rumah ku cuma mengambil masa tiga puluh minit sahaja.   Aku mengenakan baju kurung cotton warna cream dengan corak bunga-bunga kecil warna pink dan biru lembut. Mengikat rambut ku dengan tocang ekor kuda. Dan dipenghujungnya aku ikatkan reben bewarna biru laut.    Sesampainya dirumah Mak Emma, aku menerima w******p dari James. “Cepat bersiap. I jemput you untuk Brunch harini. I sampai lagi 15 minit”. Mesej James yang kubaca terdengar seperti arahan bunyinya. Aku senyum tipis dan membalas.   “Sorry Bro. I kat rumah Mak Emma sekarang ni. Pukul 2pm nanti adik bongsu Emma bertunang”. “I jemput you nanti. Let me know pukul berapa you nak balik. I’ll be waiting for your call Sunshine” mesej James membuatkan aku semakin tersenyum seperti kerang rebus.   Melihatkan aku yang asyik tersenyum, Emma tiba-tiba bersuara “Hei Marry Jane, ko mesej Peter Parker tu, bagitau dia aku jemput dia datang makan pukul 3.30pm nanti”.   Mesej Kamelia kepada James : “Bro, Emma jemput you datang sini pukul 3.30pm. I share location.” “Pakai baju lengan Panjang tau!.”    Aku tidak mahu seni tatoo tangan James menjadi agenda Utama dibualkan oleh tetamu yang berada di rumah Mak Emma nanti.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD