Majlis Pertunangan Dea adik bongsu Emma berlangsung dengan meriah dan sederhana.
Masalahnya hari ini, selepas Majlis sarung cincin diadakan secara tiba-tiba makcik sebelah rombongan lelaki menunjuk diriku sambil berseloroh kuat mengatakan diriku akan dipinang juga. Sambil becok mulutnya ingin menggandingkan aku dengan salah seorang tetamu lelaki seakan seumur denganku yang berada disitu. Dengan wajah kaget aku memandang makcik tersebut. Perasaan panik menerpa membuatkan aku gugup seketika.
Mukaku merah menahan malu. Nasibku baik kerana ada Roy salah seorang sahabat kami yang tanpa basa-basi menjawab “Mel ni nampak macam budak Intern, tapi anak dah dua ya for your information” sambil ketawa memegang bahuku dan mencondongkan badanku kearah keluarga rombongan lelaki.
Jika kami berkumpul di rumah Mak Emma, keadaan rumah tersebut pasti riuh rendah dengan suara kami berlima especially Roy & Zack. Aku mengenali Roy, Zack & Kris melalui Emma kerana mereka telah bersahabat semenjak dari zaman sekolah.
Dekorasi pelamin yang sweet & simple diserikan dengan warna-warna bunga pastel digubah oleh tangan seni Roy dan Zack. Sememangnya mereka berdua merupakan “interior designer” dengan sentuhan yang kreatif manakala Kris bertugas manatarias Dea. Hasil makeup Kris memang wow! Terlihat Dea cantik dengan aplikasi makeup yang minimal.
Mengambil kesempatan itu juga, aku dan Emma dimakeupkan oleh Kris. Untung kami mempunyai sahabat yang sentiasa ada untuk membantu disaat suka dan duka.
Keluarga rombongan lelaki mula pulang. Kesempatan yang ada itu kami ambil untuk berbual dan usik mengusik antara kami berlima disertai suami Emma, Jai.
Sesekali aku mengerling jam yang kian menunjukkan ke 3.30pm. Namun bayangan James masih belum kelihatan. Sejujurnya aku begitu mengharap kedatangan James.
200 meter dari khemah yang kami duduk kelihatan James berjalan menuju kearah kami.
Dengan jeritan Zack yang terpegun melihat James, membuatkan aku tersenyum melihat Peter Park jelmaan itu sampai.
“O.M.G – mamat tu serious macam rupa Dimas Anggara!”
“Mak tak bernafas nyah! Oh please gimme oxygen. Oxygen…” sambil Zack mengipas muka dengan tangannya dengan rupa yang birah. Cis kek betul perlakuan Zack dimataku.
“Hah! Siapa Nyah? O.M.G Google cepat…. Cepat…” suara Kris membuatkan aku, Emma, Roy mengambil HP masing-masing untuk mendapatkan khidmat Pakcik Google menaipkan nama Dimas Anggara.
“Hello… korang boleh simpan keghairahan korang yang menggeletis tu ya.” Senyum Emma sambil menambah lagi “Mamat tu datang sini demi Emm Jay (MJ) a.k.a Mak Janda depan korang ni” sambil memuncungkan mulutnya kearahku.
“Seriouslah!” Zack, Kris & Roy serentak mengucapkan kalimat itu dan memandang kepadaku dengan jaw dropped.
“Hi Jane. Hi Emma and all” sapa James sejurus tiba dihadapanku.
“Jane! Siapa?” serentak Zack, Kris & Roy bertanya sambil memandang ku dan Emma berkali-kali. Tanpa diduga Jai berkata sambil ketawa “Your truly EMm Jay is Marry Jane a.k.a Mel”.
Aku memperkenalkan James kepada rakan-rakanku. Dengan keperibadian James yang ramah, dia kelihatan selesa berbual dengan Jai, Zack, Roy, Kris dan Emma. Perbualan mereka dengan perkataan-perkataan tiada filter sama sekali membuatkan aku tertawa mendengar. Aku mencuri-curi pandang wajah James. Dalam hatiku mengiakan kata Kris tadi “He is so drop dead gorgeous!”.
“Marry Jane, boleh tak kitorang pinjam Peter Parker you next Saturday untuk fashion show?” tanya Kris kepada ku sambil bergelayut manja di lengan James.
“Sorry Kris, next Saturday I nak bawa Jane, Addrin & Addra dinner dengan my family” jawab James jujur sambil memandang kepada ku.
Kamelia memandang James dengan perasaan terkejut.
“Well… well, Apakah? Adakah? Mungkinkah?” Emma mula mendekapkan tangan dan bergaya seperti Maleficient menghadiahkan senyum sinis kepada Kamelia.
“I masih belum dapat info details kenapa nama Kamelia jadi Marry Jane. You janji nak bagitau masa Addrin & Addra takde” James memandang Emma dan meminta jawapan darinya.
“Oh No!” jerit Kamelia sambil membekap mulut Emma.
Jai tiba-tiba mencelah “Relax la Mel.. kata jiwa sado tak kisah dengan nama MJ tu”
“Marry Jane tu maksudnya Mak Janda” tambah Jai lagi.
Sesantai itu Jai berkata kepada James.Dan aku membelalakkan mata kepada Jai tanda protes. Diikuti dengan gelak ketawa dan hilaian seperti Mak Lampir dari suara Emma, Zack, Roy dan Kris.
Sialan korang. Kenapa hari ni asyik aku je yang jadi bahan, dari makcik rombongan lelaki sehingga sekarang.
Yang membuatkan aku terkesima dan hampir pitam adalah dengan kata-kata yang keluar dari mulut James ketika itu.
“Its ok dengan title MJ. Sejak semalam, I seriously jatuh cinta dengan seorang wanita yang Namanya Jane, Mel dan Lia which is equal to one special person – KAMELIA”
Secepat kilat aku membalas “You tau tak, kata-kata you ni, orang Indonesia kata – GOMBAL”.
Berderai lagi gelak ketawa dari kawan-kawanku yang ternyata gembira dengan kehadiran lelaki bernama James kedalam hidupku.
Dengan konyol Emma tiba-tiba bersuara "For your info, Marry Jane you ni hampir di pinang orang tadi. Kalau tak nak hilang Marry Jane Limited Edition ni, baik you cepat-cepat hantar rombongan meminang".
Kamelia yang kebetulan sedang minum, tersedak ketika Emma menghabiskan ayatnya.
Brengsek Emma!
Muka Kamelia merah tersipu-sipu menahan malu dan pada masa yang sama dia menjeling kearah Emma. Geramnya pada Emma semakin membara. Emma betul-betul mengambil kesempatan dengan mengusik untuk menjodohkan James dengan dirinya.
James senyum sambil menyodorkan tisu kepada Kamelia.
"Jangan risau. I akan pastikan rombongan meminang kerumah Jane dengan secepatnya. Kalau boleh esok, dengan segera I aturkan rombongan meminang tu. Lebih cepat, lebih bagus." ucap James sambal mengernyitkan matanya pada Jane.