Semenjak kejadian Ahad lepas, aku dan James sering berbalas w******p.
Hari ini, hari Rabu aku pulang awal. Tepat jam 05.30pm aku keluar dari office memandangkan semua kerja selesai dengan jayanya.
Rumah penjaga Addrin dan Addra terletak di tingkat dua manakala rumah kami di tingkat empat paling atas di apartment Desa Pandan ini. Aku bersyukur kerana mendapat khidmat Kak Zie sebagai penjaga buat Addrin dan Addra. Kak Zie yang sangat memahami keadaanku sebagai Ibu tunggal yang kadang kala perlu kerja overtime jika syarikat mengambil bahagian dalam tender submission.
Disebabkan rumah kami merupakan apartment tanpa kemudahan lif, aku lebih selesa ke pejabat menggunakan flat shoe. Memudahkan pergerakkan ku menaiki tangga setiap hari.
Usai kami anak-beranak solat maghrib, kedengaran loceng rumah berbunyi. Selalunya aku tiada tetamu yang akan hadir dari Isnin hingga Khamis. Kecuali adik-adikku ingin datang dan pasti mereka akan menghubungiku terlebih dahulu. Setiap hari Jumaat, kebiasannya yang hadir kerumahku, selalunya Emma dan Jai.
Addrin dan Addra buru-buru berlari untuk membuka pintu sementara aku masih dalam bilik membuka telekung. Terdengar suara Addrin dan Addra menjerit gembira. Aku tertanya sendiri siapa yang datang. Pintu bilik ku buka dan aku lihat dia disitu sedang memeluk Addrin dan Addra.
“James? Macam mana you tahu rumah I?” tanya ku kaget. Seingatku, dua kali James menghantarku pulang, James cuma menghantarku dibawah blok apartment sahaja. Malah aku tidak pernah mengatakan no rumah dan tingkat berapa rumah kami.
“It’s for me to know and for you to find out” jawab James. Terdengar seakan dejavu perkataan itu padaku. Dia berkata lagi dengan santainya padaku “Rindu yang membawa I kerumah U, Sayang”.
Otakku seakan bengong untuk mencerna ayat-ayat James. Aku langsung tersedar ketika Addrin merengek kelaparan. Sementara Addra seperti biasa dengan perangai mengada-ngadanya berada dalam dukungan James.
James membawa bersamanya Ayam Goreng McD dan buah-buahan yang diletakkan diatas meja makan kecil kami. Kebetulan juga aku sempat memasak spaghetti carbonara untuk anak-anakku. Aku mula menyiapkan hidangan di atas meja makan yang cukup sesuai untuk kami berempat.
Selesai makan malam, Addrin membawa bola yang dibeli tempohari menghampiri James.
“Uncle, boleh tak hari Sabtu ni kita main bola dekat taman?” binar mata Addrin meminta persetujuan dari James.
“Boleh. Kita picnic sekali kat Taman Tasik Perdana. Suruh Ibu buat Sandwich”. Aku ternganga mendengar jawapan James kepada Addrin.
Serentak dengan itu jeritan keriangan Addrin dan Addra bergema. Airmataku mengalir secara tiba-tiba. Andai itu kata-kata dari mulut Rizman, pasti anak-anak akan lebih bahagia. Ah! mengingati Rizman, hatiku tiba-tiba menjadi nanar.
Jam menunjukkan 10.00pm ketika Addrin dan Addra telah tertidur disofa dengan kedua kepala anak-anak itu di pangkuan James.
Dari meja makan, Kamelia melihat tangan James sedang mengelus kepala anak-anaknya yang sedang terlena dipangkuan James dengan penuh kasih sayang.
Kelemahan utama Kamelia adalah anak-anaknya. Perlakuan James sebegitu telah meluluhkan hati wanita sekaligus jiwa keibuan Kamelia. Ingin saja dia memeluk James tanpa rasa malu. Namun itu memang kedengaran konyol jika Kamelia berbuat seperti itu. Seolah merendahkan maruah dirinya yang telah dilabel sebagai Mak Janda oleh masyarakat.
“Bro, kita pindahkan Addrin dan Addra ke bilik mereka ya. Since you kat sini, kita kena discuss pasal dinner dengan your mom, Sabtu ni” aku berjalan kearahnya sambil mengambil Addra dan terus menggendongnya menuju ke bilik anak-anak.
Aku dan James kembali ke sofa. Demi menjaga jarak dan sebenarnya aku yang panik dengan perasaan ku sendiri ketika memandang wajah James, aku duduk dipenghujung sofa sebelah kiri. Manakala James di penghujung sofa bertentanganku.
“I tahu perhubungan kita ni terlalu laju macam kereta racing di track F1” James berkata sambil menggenggam kedua tangannya dan memandang kemuka ku dengan wajah yang meminta pengertian.
“Sebenarnya I dah bincang dengan abang I nombor dua. Namanya Jeremy. Dia yang sarankan I bawa you serta anak-anak untuk diperkenalkan pada Mommy. Kata Jeremy, perhubungan I dan you akan aman bahagia jika dapat restu awal dari Mommy” tambahnya lagi dan cuba meyakinkanku dengan lebih dalam lagi.
“I takut. Jujur I takut” jawabku sambil menghela nafas.
“Kenapa mesti takut? sedangkan you belum lagi beri peluang pada Mommy I untuk mengenali you. Trust me, Mommy I adalah wanita yang penuh dengan pengertian.” James cuba meyakinkan aku sambil merapatkan dirinya dan kemudian menggenggam tanganku dan tiba-tiba mencium kedua tanganku.
Jangan tanya perasaan aku ketika itu. Kadar keupayaan jantungku seakan jatuh bagaikan terjunamnya roller coaster dari sisi atas rel dan menggelongsor mengikuti kelajuan yang bisa melumpuhkan saraf-saraf urat yang mengalirkan darah.
“Jane, I tak pernah serious untuk mengenali wanita seperti I tergila-gila nak mengenali you. Maybe sebab Addra yang memulakan. You tau tak, masa Addra kata pada I yang you selalu menangis malam-malam masa anak-anak tidur, I terus rasa nak tahu pasal you. I nak mengenali diri you. I nak tahu semua tentang you.” Ucap James bersungguh-sungguh. Tatapan mata lelaki itu menjadi punca utama jantungku semakin laju berdegup. Ucapannya juga telah membuatkan hati perempuanku tiba-tiba sayu.
Argh! Airmataku tumpah lagi. Tangan James menyeka airmata yang semakin melaju keluar mengalir deras ke pipiku. Dengan perlahan-lahan dia merapatkan badanku kepadanya dan membuatkan tangisanku semakin menggila ketika mukaku rebah di bahu sasa lelaki itu.
“Beri I masa James. Selepas I dan anak-anak jumpa your mom, kita discuss lagi jauh mana perhubungan I dan you akan berjalan.” Mohon ku. Kali ini aku menatap wajah James dalam-dalam. Benar, hubungan kami terlalu singkat malah baru memasuki minggu kedua.
Pertemuan tak dijangka antara kami telah ditakdirkan terjadi di McD ketika Addrin hilang. Seminggu setelah itu, kami meluangkan masa makan malam bersama dan aku berkenalan dengan teman-teman James. Begitu juga keesokan harinya, James datang ke rumah Mak Emma dan mula berkenalan dengan teman-temanku juga.
Malah, anak lelakiku Addrin yang selalunya tidak mesra dengan mana-mana lelaki yang cuba hadir dalam hidup ku, dengan rela hati Addrin sangat mesra bila berada disisi James. Aku sejujurnya menyenangi kehadiran James dalam kehidupan kami. Satu perkara yang membuatkan hati ku cair adalah perlakuannya yang sangat “Bapakable” terhadap anak-anakku.
Sebelum pulang sempat James membahaskan panggilan aku kepadanya.
“Jane, mulai saat ini, tolong singkirkan panggilan BRO untuk diri I.”
“I lebih rela jika you guna panggilan nickname Honey, Sayang, atau panggilan Cinta macam Emma panggil hubby dia” pinta James tanpa malu kepada ku.
Ketika mendengar kata-kata James aku sedang minum. Tak semena-mena, aku tersedak.
Aku memandang muka James sambil membuat muka bengong dengan satu perkataan yang keluar dari mulutku “Seriously?”.
Memikirkan kata-kata James dan perlakuannya tadi, membuatkan aku tidak dapat tidur lena. Memang konyol rasanya bila tiba-tiba aku tersenyum-senyum sendiri sambil memeluk bantal mengingati wajah James dan senyuman lelaki berlesung pipit yang bisa membuatku kelihatan seperti budak perempuan sekolah menengah yang mengenyam dengan perasaan yang tak tentu arah setelah dapat surat dari secret admire.
Bengong dah otak kau ni Kamelia.