Sebagaimana janji James pada Addrin, Sabtu pagi itu James datang menjemput aku, Addrin dan Addra sekitar pukul 7.30am. Pesan James sehari sebelumnya agar aku membawa 3 pasang baju persalinan untuk anak-anak dan baju untuk ku juga kerana kita tidak akan kembali kerumah setelah habis piknik. James juga meminta agar aku menyiapkan baju mandi anak-anak kerana katanya selepas melayani Addrin bermain bola, dia akan membawa kami ke kolam renang di taman KLCC untuk mandi manda.
Rencana kami hari ini adalah ke Tasik Perdana untuk piknik. Ada taman dan playground yang sesuai untuk anak-anak. James yang mencadangkan agar piknik disitu dan kemungkinan kami akan berada seharian untuk melayani anak-anak beraktiviti.
Aku menyediakan meehoon goreng permintaan Addra dan sandwich eggmayo crabstick kesukaan Addrin untuk bekalan kami. Juga satu thermos kecil teh tarik. Kata James, peralatan seperti pinggan dan cawan akan dia sediakan dan bawa.
Dalam perjalanan tidak sampai lima minit, James menepuk dahinya dan membuat muka cuak, katanya kita akan singgah di rumahnya dahulu kerana dia terlupa untuk memberi kucingnya “Sunny & Luna” makanan.
Aku yang lungu itu sempat merasakan kasihan pada kucing-kucing James yang tiada makanan jika ditinggalkan seharian. Namun aku kehairanan juga kerana sikap James yang tiba-tiba tersenyum-senyum melihat gelagat aku yang panik kerana mengingatkan kucing-kucingnya yang pasti sedang kelaparan.
Sepanjang perjalanan, Addrin dan Addra bernyanyi riang sambil bertepuk tangan. Sesekali aku mengerling James yang sedang memandu. Ada perasaan yang aneh aku rasakan. Entah mungkin rasa panik untuk bertemu Mommy James malam nanti. Atau mungkin perasaan ketika kereta James menyusuri jalan kearah penempatan kondominium mewah yang berlokasi hanya sepuluh minit dari kediaman kami.
Kamelia :
"Eh! you tinggal dekat sini ke?" tanyaku sewaktu kereta James mula memasuki guard house dan menggeserkan access card untuk membuka pole barrier bagi membenarkan kereta masuk kekawasan parking kondominium tersebut.
James :
"Alah.. I sewa bilik je dengan kawan I. Sebab dia tinggal sorang. Dia takut. So I teman dia. Bayar sewa pun tak mahal" jawab James dan mengernyitkan sebelah matanya padaku.
Kamelia :
"Bagusnya kawan you tu. Lagipun betul juga eh, rumah luas-luas tapi tinggal sorang. Kalau malam-malam, bahaya." kataku sambil menggidikkan badan membayangkan muka Mbak Suzanna dalam cerita Sundal Bolong.
James : "Apa yang bahaya?" tanyaku kerana terkejut melihat badan Kamelia tiba-tiba menggeletik sambil membuat muka ketakutan.
Kamelia : "Yelah, duduk sorang-sorang. Tiba-tiba ada Ju-On.. Hishhhh ngeri" kataku sambil meraup muka.
James : "You ni... banyak sangat pengaruh movie" katanya sambil memicit pangkal hidungku. "Ok jom turun teman I naik atas. Kita jumpa Sunny & Luna." James memberhentikan enjin kereta mengajak Kamelia, Addrin & Addra turun dari kereta untuk kerumahnya.
Kamelia melihat kagum dengan tingkat kawalan keselamatan kodominium tempat tinggal James. Dari tempat parking untuk menuju ke ruangan lif, perlu memasuki sebuah pintu yang perlu menggunakan access card. Tetamu yang tiada access card tidak dibenarkan masuk melainkan diiringi oleh tuan rumah yang tinggal didalam kondominium tersebut. Malah, kawalan keselamatan bermula dari pintu masuk utama didepan guard house. Tetamu hendaklah mendaftar dahulu dan perlu melalui imbasan muka sebelum dibenarkan kereta mereka masuk ke tempat parking.
Hinggakan masuk kedalam lif juga perlukan access card untuk membenarkan tetamu menuju ke tingkat rumah yang didiami oleh penghuni.
Kamelia :
"James, kawalan keselamatan rumah you ni canggih. Tapi I rasa macam kat penjara. Seriously macam dałam drama penjara kat United State tu.." kataku sambil tergelak kecil dań menggelengkan kepala. Beginilah kehidupan orang kaya agaknya. Kawalan keselamatan yang ketat sangat merimaskan.
James :
"Hei.. mestilah kena ada kawalan keselamatan yang ketat sebab I tinggal kat sini. Bahaya pada I. You kena tahu sesuatu, bahawa I adalah - Lelaki Buruan Wanita. Bukan Lelaki buruan polis". Tingkat ke-poyo-an diri James ini memang tahap dewa. Mendengarkan kata-kata itu boleh buat darah turun dari hidung laju-laju.
Aku membuat mimik muka tidak rela. Addrin dan Addra pun ketawa mendengarkan kata-kata James.
Addra:
"Uncle, kenapa uncle kata uncle lelaki buruan wanita? Uncle ni playboy ke?" tanya Addra seperti biasa dengan mulut kecilnya yang sentiasa tiada insuran.
James :
"Eh! manada. Uncle bukan playboy tau. Tak baik Addra kata macam tu. Uncle ni lelaki yang setia. Cuma sebab uncle ni comel, cute dan handsome. Sebab tu uncle nak sure Ibu jadi bodyguard uncle supaya takde perempuan-perempuan kurang kasih sayang nak tangkap uncle" jawab James dengan senyum nakalnya.
Addrin :
"Nanti bila abang besar, abang pun rasa abang akan jadi macam uncle. Ibu selalu kata muka abang handsome kan? Sebab tu abang akan jadi Lelaki buruan wanita sama macam Uncle James" kata Addrin sambil mengangguk-anggukan kepalanya.
Kamelia :
"OK... stop dengan buruan-buruan ni. Ibu rasa nak pitam tau" kataku mengejek sambil memandang muka James bergilir-gilir dengan Addrin.
Sampai didepan pintu sebuah unit kondo, James menekan loceng. Tindakannya membuatkan aku bertanya "Kenapa tekan bell? bukan ni rumah you ke?".
"Kita singgah rumah abang I kejap." jawab James sambil menarik bahuku merapatkan kesebelah dirinya.
Pintu rumah dibuka dan kedengaran sorakan riang tiga orang kanak-kanak menjerit "Yeayyy! Uncle James dah sampai".
Dibelakang anak-anak itu terlihat seorang wanita dengan tudung labuh tersenyum dan berjalan menuju kepintu menyambut kedatangan kami. Aku memandang James kehairanan. James tersenyum dan mula menuntun tangan Addra dan Addrin masuk kedalam rumah.
James : "Jane, kenalkan ini my sis-in-law, Mbak Donna."
Kamelia :
"Assalamualaikum. Nama saya sebenarnya Kamelia." ucapku memperkenalkan diri. Aku menghulurkan tangan bersalaman dengan Mbak Donna. Begitu juga anak-anak saling bersalaman.
Donna : "Wassalamualaikum sayang. Ayoh masuk. Udah sarapan?" aku menyambut huluran tangan Kamelia dan mempelawanya masuk.
James : "Belum. Aku udah lapar Mbak. Cacing dalam perutku sedang jaipong. Jeremy mana?" tanya James sejurus melabuhkan dirinya ke sofa berwarna kuning air keluaran produk Ikea itu.
Donna : "Ih.. aku nggak nanya sama kamu. Gih sana. Jeremy ke pasar. Sebentar lagi pulang". Bukan namanya Donna dan James jika bertemu sering kelihatan seperti Tom & Jerry.
Anak-anak Mbak Donna kelihatannya sangat ramah. Terlihat Addrin dan Addra mula membuka diri untuk berbual mesra. Mereka berlima mula bermain bersama. Anak perempuan Mbak Donna memberikan buku bergambar Barbie kepada Addra. Sementara anak-anak lelaki Mbak Donna mula mengeluarkan koleksi LEGO mereka untuk bermain bersama Addrin.
Sementara aku membantu Mbak Donna didapur menguruskan pinggan dan cawan untuk disusun ke meja makan, James kemudiannya memberitahu untuk turun sebentar ke bawah parking kereta untuk mengambil barang-barang kami dan bekalan yang dimasak oleh ku.
Kata James, hari ini aktiviti anak-anak akan diadakan di kolam renang dan bermain di playground dibawah.
Kata James lagi, hari ini Mbak Donna akan memberikan tips-tips bagaimana untuk mengambil hati bakal mertua iaitu Mommy James kerana Mbak Donna merupakan menantu kesayangan keluarga itu.
Jeremy pulang dengan barang-barang belian dari pasar. Aku diperkenalkan oleh Mbak Donna kepadanya. Ternyata abang keduanya James ini peramah juga. Diluar jangkaan fikiran ku, bahawa abang kedua James ini adalah seorang muslim.
James tiba dan terus menuju ke dapur untuk bertemu dengan Jeremy. Kedua-dua adik beradik itu kelihatan berpelukkan mesra. Kamelia pasti hubungan kekeluargaan antara mereka sangat rapat.
Addrin : "Uncle James, tadi kata nak bagi kucing uncle James makan. Mana kucing-kucing tu?" tanya Addrin sambil liar matanya mencari-cari kelibat kucing didalam rumah itu.
Donna :
“James nggak punya kucing kok. Ngurusin diri sendiri aja nggak bisa. Apalagi mau ngurusin kucing”.
James :
“Mbak Donna omongnya biar yang bagus-bagus ke Mel tentang aku ya. Kalau aku nggak pantes ngurusin diri, nggak mungkin kan aku kelihatan keren banget deh. Maunya aku itu supaya Mbak Donna mendukung aku. Maunya aku agar Mel klepek-klepek terus jatuh cinta ke aku. Aku ini adik iparmu Mbak. Promosi aku deh agar cepet laku.”
Donna :
“Emangnya harus segitu?” tanya Mbak Donna dengan ekspresi muka yang tidak rela.
“Mas, aku fikir adikmu ini sedang terdesak kalinya. Terdesak mendapatkan cinta. Ih… emang gitu kok kalau udah lama jomblo” sambil mencebir Mbak Donna meminta Jeremy mengambilkan pinggan dihadapannya untuk diisikan Meehoon goreng masakanku.