I hate him-Viviana

2100 Words
Sejak kejadian semalam,aku semakin tak sabar nak settlekan kerja-kerja yang akan aku tinggalkan sementara untuk honeymoon. Tersenyum aku bila teringat kan wajah malu Vivi selepas digomol aku sebelum tidur.Merah wajahnya membuatkan aku semakin geram.Comel sangat.Terpaksa aku tidur dibilik sendiri,kalau tak habis Viviana aku baham. Kalau dengan dia,dengar bunyi nafas Vivi pun aku boleh horny.Apalagi kalau dada montoknya bersatu dengan dada sasaku, berlapik pun boleh buat aku hilang arah.Apalagi skin to skin,memang aku tak boleh kawal diri la ceritanya. Sempat aku buat love bite di dadanya.Tanda dia milik aku hehe. Setelah siap berpakain,wajah pertama yang ingin aku lihat adalah Vivi.Pintu biliknya aku buka,kelihatan dia sedang mengelap rambut basahnya. "Morning baby.."Sapaku.Senyuman manis aku berikan. "Morning.."Balasnya sambil tersenyum,cute. Pinggangnya aku paut menyatukan tubuh kami. "Saya pergi office kejap,balik saya nanti kita terus pergi okay.."Bibirnya aku pandang lalu aku kucup 3 saat. "Awak pergi office kejap je kan?"Tanyanya. "Em hemm.."Balasku sambil mengangguk kecil."Why?" "Saya nak ikut boleh...Please...."Dia memelukku,dagunya dia sandarkan di dadaku sambil mendongak.Mata dia kedipkan beberapa kali.Tak pasal-pasal cancel pergi office ni nanti."Please Izzrie..."Tak cukup buat muka comel dia jongketkan kaki untuk mencium lembut bibirku. Ok...Aku betul-betul tak tahan.Tangan kananku naik menahan belakang kepalanya,tangan kiri pula memaut pinggang Viviana.Kucupannya aku balas rakus,padan la kan.Siapa suruh goda aku. Aku ingatkan dia menolak,rupanya dia balas rakus juga.I like,tersenyum aku didalam kucupan hangat pagi ini.Good morning kisses. Bunyi ciuman kami memenuhi ruang bilik Vivi.Beberapa minit kemudian,Vivi melepaskan tautan kami.Nafas dia cari. "Your so hot baby.."ujarku sambil tersenyum.Bibirnya yang basah akibat ciuman kami tadi aku pandang sekilas. "I want that kiss every day, every morning.Got it?"Pintaku sambil ibu jari aku elus dibibir seksi itu. Dia hanya mengangguk malu.Oh that blushing face.,...... "Kalau nak ikut jom...Pergi siap..Saya tunggu kat bawah kay..."Takut aku berlama-lama di sini.Takut dari good morning kiss jadi morning exercise pula. "Okay..thank you.."excited dia tertawa kecil.Happy sangatkan.Tubuh aku kembali dia peluk erat. "Oh God...Baby please don't tease me..Tak pasal-pasal kita honeymoon kat rumah ni je.."Tubuhku dia lepaskan. "Dah..Awak turunla dulu,saya nak tukar baju.."Amboi,tadi peluk sekarang dia tolak tubuh aku.Tapi aku turutkan juga. ================================== Setelah badan Izzrie berjaya ku tolak keluar,aku pergi ke arah almari.Baju-baju didalam sana aku belek-belek. "Hmmm nak pakai baju apa ekk?"Haaa...Tadi Izzrie pakai baju warna soft blue,laju jariku mencari warna itu.Hahh dah jumpa,blouse berwarna yang sama seperti kemeja kerja Izzrie.Blouse sedikit longgar aku padankan dengan seluar jeans. Setelah berpuas hati dengan penampilanku,aku turun Menemui Izzrie. Ketika di dalam kereta aku bertanya pada Izz sesuatu yang sudah lama aku ingin tanyakan. "Izz..."Seruku lembut,yela orang tu tengah memandukan. "Hmm.."Balasnya tanpa mengalihkan pandangan dari jalan raya. "Kenapa awak selalu panggil saya baby?"Soalku. Kelihatan dia tersenyum.Matanya tetap fokus ke depan. "Because your my girl..My baby girl.."Aku dia pandang sekejap.Kalau lama-lama memang tempah tiket neraka betul. "Errk..."Aku tak tahu nak balas apa. "Here,give me your hand.."Tangannya dia angkat dan dia buka untuk aku letak disitu.Tanganku aku letakkan di atas tangannya.Dia genggam,kemudian dia bawa kebibirnya.Lembut dan basah belakang tanganku terkena bibirnya.Buat jantung ku berlumba-lumba nak keluar.Aku hanya perhatikan perbuatannya.Mukaku yang panas aku abaikan.  "See..Is this not enough to call you my baby..Tangan kecik,badan kecik pendek pulak tu...."Tangan kami dia awang-awangkan di udara. Japp,dia cakap aku pendek...AKU PENDEK!!!aku taula aku tinggi 152 je.."Awak cakap saya pendek ke Izzrie?"Jauh bunyi suaraku. "Ehh no..Baby awak dah salah anggap dah ni...baby..."Tangan aku rampas kasar.Pandangan aku hala ke luar tingkap. Cepat-cepat Izzrie mencari tempat sesuai untuk berhentikan keretanya. "Baby..Bukan tu maksud saya.."Tangannya cuba mencapai tanganku.Tapi aku elak.Terdengar keluhan dari mulutnya.Macam sedang berhadapan masalah besar je. "Dah tu apa?Saya paling tak suka orang cakap saya pendek tau..Kalau boleh pun saya tak nak pendek macam ni,saya nak tinggi macam orang lain jugak.."Errr i pun tak suka orang cakap i pendek huhu.. "Tapi saya suka.. Izzrie Mickhael suka Viviana Camelia yang tak cukup tinggi.."Sweet,lawak pun ada,nak tergelak aku.Tambah lagi dengan senyuman yang dia berikan sangat menawan. Aku terdiam,panas hatiku tadi kini terpadam sedikit.Pandai pulak dia pujuk ye... "Baby please don't mad at me..."Pintanya lembut.Badanya sudah dia pusing ke arahku.Tangan kanannya meraih tengkukku,dia tarik dan bibir kami bersatu.Setelah beberapa saat dia lepaskan,mata kami bertembung. "Saya paling benci orang cakap saya pendek tau..."Ujarku. "Tau,but please be yourself.I love who you are.Saya lagi suka orang macam awak ni..Saya boleh buat suka hati saya tanpa awak boleh balas.."Jelasnya dengan senyuman misteri. Taula badan besar berganda dari aku. "Please jangan berubah walau apa pun yang terjadi.Sentiasa jadi diri awak yang ini Vivi."Lirih suaranya.Tersentuh hati aku dibuatnya.Apa sebenarnya maksud dia? Sayu pandangan matanya menusuk jauh kedalam hati aku.Tak tahan dengan pandangan Izzrie, Lengannya aku goncang bagi menyedarkan dia dari terus hanyut memandangku.Dahla berhenti tepi jalan lagi,bahaya. "Izz dahla tu..Lambat dah ni.Pukul berapa awak sampai office nanti."Ujarku menunduk.Izzrie tersedar tapi tak terus mengalihkan badannya,daguku dia angkat untuk aku memandangnya."Dah tak merajuk ke?"Soalnya tersenyum. "Bila masa pulak saya merajuk?"Tak mainla merajuk umur dah tengah hari ni. "Ermmm tamat sudah misi memujuk baby girl saya.."Katanya sambil mengeliat. "Okay let's go baby..."penuh semangat dia memasukkan gear.Tersenyum aku melihat telatahnya.Sepanjang perjalanan menuju ke pejabat,tangan kiri Izzrie langsung tak lepaskan tanganku. Sampai je di bangunan milik Izzrie,dia meletakkan kereta di kawasan VIP. "Izzrie boleh tak saya pergi beli air kat situ,nanti saya cari awak boleh?"Tanyaku sambil menunjuk ke Coffee shop yang ada disebelah kiri bangunan. "Okay baby..Jangan lama tau..Ni kunci kereta,kunci nanti k.."Dahiku dia kucup sekejap sebelum menyerahkan kunci keretanya. Aku mengangguk. Setelah memerhatikan Izzrie masuk ke dalam bangunan yang menempatkan pejabatnya,aku bergerak menuju ke coffee shop yang ku tunjuk tadi.Melenggang aku berjalan menuju ke kaunter hendak memesan minuman,tapi langkahku di halang seseorang.. "Ooiii mak cik..."Aku melihat manusia yang kurang masin di depanku.Enak je mulut dia panggil aku mak cik ehh..Dahla bercekik pinggang lagak macam ibu tiri je. "Ye..."Aku yang masih bersabar menyahut dengan innocent nya. "Ooii Vi..Kau lupa aku ke?Ni Ninala.."Nina?Nina mana pulak ni? "Errkk..Nina.." "Yela aku Nina..Amboi mentang-mentang kerja dengan lelaki kaya terus kau lupa bff kau ye.."Dia bff aku?Mungkin kot.Tapi aku rasa selesa pulak dengan dia.Walaupun cara dia cakap macam samseng tak jadi. Aku hanya mampu tersengih.Benda baik ni.Boleh aku korek pasal diri aku kat dia.. "Aku chat kau,kau langsung tak reply..Phone kau mana?"Tanyanya.Masih bersuara nyaring seperti tadi di tengah-tengah kedai. "Ni..."Aku menunjuk telepon yang ada di tangan kananku. "Ehh kenapa tangan kau weii..."Tanya Nina setelah melihat tangan ku yang masih berbalut. "Nina jom kita oder dulu..Lepas tu aku cerita okay.."Nina bersetuju.. Setelah air yang kami pesan sampai Nina terus bertanya tentangku."Kau pergi mana hah..Aku whatapp kau langsut tak respon.?"Tak menyabar jugak minah ni. Aku mula bercerita dari hari yang aku sedar kat hospital hingga sekarang.Semua aku cerita tak tinggal satu pun.Raut wajah Nina berubah-ubah mendengar luahanku.Ada kalanya simpati,geram,sedih. "Nina,aku minta maaf tau,bukan aku sombong tak tegur kau tadi.Tapi aku betul-betul tak ingat.Kau tau tak hidup aku kelam sangat.Wajah ibu aku pun aku lupa Nina.."Luahku bersama air mata yang mengalir. Tanganku yang berada diatas meja dia genggam,menyalurkan semangat. "Tak pe Vi..Aku faham..Aku minta maaf tau tegur kau macam tu tadi."Katanya serba salah. "Tak pe..Kau pun tak sengajakan.."Balasku. "Kau dengan Tuan Monster gila kau macam mana?"Tanya Nina. "Tuan monster gila?Siapa tu?"Tanyaku dengan dahi berkerut. "Ohh lupa kau hilang ingatan..Tuan Izzrie la..Dia takde nak ugut bunuh kau dah ke?"Terasa kena hempap je muka aku bila dengar dia cakap macam tu. "Kau kan kerja kat rumah dia..Dia tak de dera kau lagi ke?"Tu dia.. "Nina boleh tak kau cerita semua yang kau tau pasal aku dulu?"Kemudian Nina bercerita dari mula aku kena heret dari rumah ibu sebab abah punya hutang hingga aku lost kontak dengan dia.Mungkin sebab aku koma hari tu. Rupanya aku hanyalah hamba Izzrie.Tapi kenapa dia nak kahwini aku?Kenapa aku rasa layanan dia kat aku betul-betul macam suami layan isteri,walaupun kami belum bersetubuh seperti suami isteri yang lain. Nina tak tahu lagi yang aku dah kahwin dengan Izz."Nina,kau tau tak...Aku dah jadi isteri Izzrie..Baru 2 hari,semalam aku nikah."Besar 0 mulut Nina mendengar pernyataanku. "Beb kau biar betul...?"Nak je aku sumbat cawan mulut manusia sekor ni.Suara kalah komandan askar.Mata-mata yang memandang kami dia hiraukan. "Errk Nina,kau ada tak simpan gambar ibu aku?Tengok..Betapa jahatnya aku,wajah ibu aku pun aku lupa.."Sedih aku,selama ni tak de sorang pun nak beritahu aku benda yang patut aku tahu.Sekarang Ninala harapan aku. "Kau ingat password ig dan sss kau?Kalau tak kau tengok sss aku.."Dia memberitahuku nama facebooknya. Aku memulai misi mencari indentiti diriku.Aku membandingkan pakaian yang aku pakai sekarang dan yang ada dalam gambar di f*******: sangat berbeza. Seingatku masa aku keluar hospital dulu baju yang ada di dalam almari semuanya ada tanda harga,menandakan baju itu belum pernah dipakai.Dahla harga bukan biasa-biasa,paling murah yang aku jumpa rm250. Maksudnya sebelum itu,aku ada baju yang lain.Tapi mana perginya.?Kalau aku tanya Izzrie belum tentu dia akan jawab,sebab sebelum ni aku tanya dia berjuta kali pun berbagai cara dia mengelak. "Ehh Nina,rumah aku kat mana erk?Aku nak jumpa ibu aku.."Tanyaku. "A'aa la..aku pun lama tak jumpa ibu dan adik kau..Nanti kalau kau balik dari honeymoon aku bawa kau pergi rumah ibu kau okay."Adik?Aku ada adik. "Okay..."Mungkin ini yang aku tunggu-tunggu masa kat hopital haritu,yang buatkan dada aku sesak menunggu tapi tak tiba-tiba.Ibu. "Ohhh ini la orang gaji yang tak sedar diri tu.."Terputus perbualan kami bila disapa seorang gadis seksi dengan cara terhormat.Aku mendongak memandang perempuan yang berdiri bersebelahan meja kami.Sinis senyuman dia lemparkan.Aku yang kurang faham hanya berdiam diri. "Tengok pakaian kau sekarang ni,aku dapat agak berapa kali semalam kau bagi Izz badan kau."Tersentak aku mendengar kata-kata nya.Jadi dia maksudkan akula tu. Aku tak tahu nak bertindak macam mana. "Hehh perempuan,kalau kau tak tahu apa-apa baik kau diam.."Terkejut aku dengan tindakan Nina.Bahu perempuan seksi tadi dia tolak.Aku turut berdiri,tangan kiriku memegang lengan Nina yang disebelah meja. "Apa yang aku tak tau.. Izzrie tu aku punya.Dia sah-sah pakai kau je.Dah habis madu kau nanti dia buangla..."Bergetar badanku mendengar kata-kata itu.Marah.Tapi aku tak mampu luahkan,hanya mampu aku pendam. "Kalu ye pun,apa masalah dengan kau.Dia dah kahwin kot dengan Izzrie kau tu.."Ujar Nina dengan suara yang sememangnya lantang. Jelas terkejut wajah yang cantik bersolek tebal itu. "Kau tau kenapa dia nak kahwin dengan kau?Sebab dia nak anak,dia tak suruh aku mengandung takut badan aku rosak.Dah kau beranak nanti kau akan kena buangla..."Terduduk aku.Air mata yang aku tahan akhirnya mengalir. "Blah la kau perempuan..!"Halau Nina.Perempuan tadi tersenyum sinis,megah dengan kemenangannya. Itu ke sebab Izz nak sangat kahwin dengan aku,sampai-sampai tak nak tunggu lama-lama.Belakangku digosok Nina perlahan menenangkan aku.Aku tahan esakanku. "Nina..Aku tak tau nak buat apa..."Kataku dalam esak. "Tabah beb..Aku tak tau kau nak kahwin..Kalau aku tau aku jadi pembangkang utama.Tapi aku serius tak tau Vi.."Makin kuat esakanku.Manusia kiri kanan aku dah tak peduli.Nina memelukku erat,memberikan aku kekuatan. Setelah 5 minit menangis,aku merasa sedikit lega.Nina tak putus-putus memberikan ku kata-kata semangat.Aku mengelap sisa air mata.Tak boleh jadi ni,aku kena dengar penjelasan Izzrie,betul kata Nina.Dengar kedua belah pihak,kalau tak menang perempuan tu nanti. Setelah itu Nina meminta diri.Katanya dia kerja,tapi beli sarapan kejap.Bukan setakat kejap dah Nina,lebih sejam dah kitorang duduk berbual. Aku berjalan ingin memasuki bangunan pejabat Izzrie,sampai je kat kaunter pertanyaan ,aku terus bertanya aras mana pejabat Izzrie.Setelah mendapat Information aku terus mencari lift,butang 30 aku tekan. Sampai je tingkat 30,aku tergamam melihat betapa cantiknya dekorasi ruang luar pejabat ni.Melambangkan Izzrie betul,tegap,gagah,serius dengan warna hitam dan biru gelap. Disitu terdapat meja yang aku kira secretari dia punya,Seorang perempuan yang aku kira baya Izzrie sedang duduk menaip sesuatu di komputer.Dia tak perasankan kehadiranku sehinggala aku menegurnya."Ye dik..Boleh akak bantu?"Sapanya dengan ramah tersenyum manis. "Errk boleh saya tau office Izz ehh Tuan Izzrie mana?"Tanyaku. "Cik ada buat appointment?"Soalnya sambil memandangku. "Err tak de kak,sebab tadi dia suruh saya cari dia kat pejabat..Tu yang saya cari dia tu.."Berkerut dahi wanita cantik didepanku. "Saya isteri dia,Viviana.."Raut wajah terkejut pekerja Izzrie dapat aku kesan.Gelabah dia."Err...Habis tu yang kat......"Seperti ingin mengatakan sesuatu tapi cepat-cepat dia tutup mulutnya dengan kedua tapak tangan. Aku yang sudah dapat mengagak apa yang ingin dia katakan tak menunggu ayat seterusnya dari dia.Terus kaki aku bawa melangkah mencari bilik pejabat Izzrie.Setelah aku jumpa,tanpa ketukan pintu terus aku selak.Hampir-hampir pitam aku melihat dua manusia sedang enak berciuman didalam sana. Izzrie sedang duduk di hujung meja kerja dengan kedua tangannya sedang memeluk pinggang seorang wanita,yang perempuan tu pula berdiri dicelah kangkang Izzrie.Dengan bajunya yang bertali halus terselak sebelah. Amboi...Orang terjah pun diorang tak perasan kan.Sedang asyik dua pasang manusia itu berkucupan,kunci yang Izzrie bagi padaku tadi aku baling kuat ke arah mereka,gemerincing bunyinya terkena meja kaca. Mungkin terkejut mendengar itu,ciuman mereka terhenti,membulat mata Izzrie melihatku sedang menahan marah di depan pintu.Laju tubuh wanita didalam pelukannya dia tolak.Ohhh ni perempuan kat Coffee shop tadi ni. "Baby.. Listen to me...."Malas aku nak mendengar apa-apa,terus aku berlari menuju ke arah lift tadi. Meluat aku melihat senyuman perempuan tu.Bahagia kan Izzrie,kahwin dengan aku semata nak anak je.Tapi bercinta dengan orang lain.Terasa hangat kolam mataku. Aku benci kau Izzrie!
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD