I hate myself-Izzrie

2062 Words
Sakit hatiku melihat air mata Viviana mengalir disebabkan aku.Dia aku kejar tapi tak sempat bila pintu lift sudah tertutup.Sempat aku menangkap raut wajahnya memandang ku penuh benci tadi.No Viviana tak boleh Bencikan aku..Rambut aku ramas kuat.Aku kembali kedalam pejabat untuk mengutip kunci yang Vivi lempar tadi. Sampai di dalam pejabat mataku melihat Erica yang masih berdiri di sana dengan baju yang dia lorotkan tadi belum dia kemaskan. Dia berjalan ke arahku ingin memelukku,tapi aku elak.Dia merengus kasar. "Arrgghhh..!"Meja aku tumbuh.Aku marah,tapi tak tau nak marah siapa.Sekali lagi aku buat Vivi kecewa denganku.Macam mana aku boleh tertunduk pada godaan Erica.Tanganku yang berdarah aku abaikan."Izz calm down,tengok tangan you dah berdarah.."Tegur Erica sambil mengambil tanganku.Tisu dia capai,belum sempat luka itu dia lap tanganku sudah aku tarik kasar.Erica diam. "Izz betul ke you dah kahwin dengan budak tu?" "Viviana,nama dia Viviana."Ujarku tanpa nada. "I don't care..Izz macam mana you boleh kahwin dengan dia..Bukan dia orang gaji kat rumah you ke?"Ujarnya lagi,tangannya naik ke bahuku lalu dia elus lembut disitu. "Erica get out.."Halau ku."Jangan jumpa i lagi lepas ni."Sambungku lagi. "No i can't..I dah addicted to you, don't you know that?"Balasnya meninggi. "Apa kurang i Izz..I pandai layan you,sebab tu you tak beli perempuan lain dah kan.."Betul apa yang Erica kata.Selepas aku jumpa dia aku dah tak langgan perempuan lain dah. "Heii Erica,kau taukan aku beli kau,tapi kau masih tanya apa kurang kau?"Tubuhnya aku tolak menjauh dariku. "I benci perempuan tu.Sebelum you jumpa dia you tak macam ni pun kan.Hebat sangat ke dia Izzrie?Apa yang dia buat saya tak boleh buat?"Suaranya semakin meninggi. Kunci yang tadinya di atas lantai aku capai.Telepon yang berada diatas meja aku ambil.Tanpa pedulikan Erica,aku terus turun ingin mengejar Vivi. Panggilan Erica aku abaikan.Tak sedar dirikan. ================================= Aku harus pergi mana ni?Aku langsung tak tahu jalan mana yang harus aku tuju.Kepala yang berdenyut aku ramas kuat.Aku cuba mencari ubat didalam handbag,tapi tak jumpa. Tanganku tercapai telepon,terus ideaku datang Nina.... Nombor Nina aku cari,nasib baik aku sempat save nombor Nina tadi.Kalau tak aku tak tau nak cari siapa sekarang.Apabila panggilanku terjawab terus aku hamburkan tangisanku.Bertanya kehairanan Nina disebelah sana. "Nina tolong aku..."Kataku dalam esakan. "Ya Allah Vivi,kau kenapa ni?"Tanyanya risau. "Nina,aku kat belakang Coffee shop tadi.Aku takut Izzrie jumpa aku.Aku tak tahu nak pergi mana Nina..Aku tak ingat.."Jelasku meleret. "Okay-okay..Kau tunggu aku kat situ.Aku ambik kau k.Jangan pergi mana-mana tau.."Setelah aku mengiyakan,talian diputuskan. 5 minit menunggu, akhirnya Nina muncul termegah-megah.Nasib baik pejabat Nina sebelah bangunan ni je. "Jom masuk kereta aku.."Katanya sambil menarik lenganku.Aku hanya menurut. Didalam kereta,Nina hanya membiarkan aku menangis.Bahu ku dia gosok-gosok. Setelah tangisan ku reda,tisu yang ada di dashboard dia capai lalu suakan padaku."Cuba kau cerita kat aku Vi..Apa yang terjadi.."Dia memulakan bicara. "Kat office Izzrie tadi,aku nampak perempuan yang kat coffee shop tadi berpeluk,berkiss dengan Izzrie.."Kedengaran keluahan keras Nina. "Aku baru jadi bini dia 2 hari je Nina..2 hari dia dah buat benda tak baik belakang aku.."Luahku. "Nina bawak aku lari please..."Lengan Nina aku goncang. "Ehhh takkan aku nak culik bini orang.."Laju Nina menjawab."Takkan kau tak nak tolong aku Nina,dahla semua orang tak nak jujur dengan aku,termasuk abah aku.Takkan kau pun sama jugak..."Sungguh aku berharap. "At least hantar aku jumpa ibu.. please..."Aku cuba memujuk lagi. "Okay Okay,jum balik rumah ibu kau."selesai berkata,kereta Nina pandu. Sampai di halaman sebuah rumah yang kelihatan agak usang,enjin kereta Nina matikan."Kau ingat tak..Tu rumah kau.."Mataku melihat ke arah yang ditunjukkan tangan Nina.Sangat jauh beza dengan istana Izzrie. Perlahan-lahan langkah aku bawa menuju ke arah rumah itu.Sampai didepan pintu aku memanggil ibu. "Ibu...Ibu..."Tapi tiada sahutan.Pintu pun seperti lama sudah tak dibuka.Mana orang ni.... "Ibu...."Kini giliran Nina pula memanggil.Melihatkan tiada sesiapa yang menyahut.Nina pergi menjenguk ke rumah jiran,dia memberi salam dan bertanya dimana tuan rumah.Apabila jiran melihat ku,dia menegurku "Ehh Vivi,lama tak nampak kamu,sejak ibu dan adik kamu meninggal.."Hahh gelap pandangan mataku.Laju Nina memegang badanku dari terjatuh."Mak cik,Vivi hilang ingatan mak cik.Dia mungkin tak ingat mak cik.."Terang Nina. "La ye ke..Patut lama tak nampak.Mak cik dengar jugak kamu koma dulu.Tapi tak sangka kau hilang ingatan."Ujar mak cik itu. "Mak cik boleh tak cerita kat Vivi apa yang jadi?Vivi betul-betul tak ingat apa-apa,jadi Vivi teringin nak tau sebab apa ibu dan adik Vivi meninggal."Tanyaku setelah aku rasa stabil. "Ehh boleh,masukla rumah mak cik dulu.Panas ni."Kami membontoti mak cik tadi. Tersedu-sedu aku menangis bila mendengar cerita mak Kiah,Mak Kiah ada masa tahlil ibu dan adik.Katanya abah dah menikah dengan perempuan simpanannya ketika ibu masih hidup.Tak sampai sebulan abah dah ganti ibu.Dan perempuan tu hanya tua 4 tahun dariku. Kata Mak Kiah lagi,abah terima banyak duit dari lelaki yang nak mengahwini aku sebelum terjadinya kemalangan tu.Kalau dari cerita Nina di kedai kopi pagi tadi lelaki tu adalah Izzrie. Penumbuk aku genggam kuat.Cerita Nina abah berhutang dengan Izzrie,tapi sekarang abah jual aku.Abah dan Izzrie sama.Seorang tamak,seorang salah guna kekayaan. Aku benci diorang.Sungguh aku benci. =========================== Merata sudah aku cari Vivi,tapi tak jumpa.Lebih 20 minit sudah aku berkeliling dikawasan bangunanku.Tak mungkin dia boleh pergi jauh,diakan tak ingat apa-apa. Max aku hubungi untuk membantuku mencari Vivi Sekali lagi aku merasa sangat-sangat menyesal.Benda yang sama berulang.Nombor Vivi aku dail lagi,tak terkira sudah nombor gadis itu aku dail,langsung tak berjawab dan yang paling best sekarang nombor itu sudah masuk mail box. Tayar kereta aku sepak kuat.Sakit kakiku tak memberi kesan padaku. Me:'baby please answer the phone...'butang send aku sentuh.Berharap Viviana akan mbaca textku. "Baby......"Tiada siapa mendengar seruanku,yang ada hanyala kereta-kereta yang pemiliknya sedang berkerja. ============================ "Vi,kau ikut aku balikla..Takde orang pun kat rumah tu.."Kami masih berada di rumah Mak Kiah saat ini."Sebenarnya Mak Kiah ada simpan kunci rumah kamu kalau kamu nak masuk sekejap.Ayah kamu minta tolong Mak Kiah bersihkan rumah tu sekali sekala."Jelas mak Kiah. "Mak Kiah...Boleh Vivi tinggal situ tak? Sekurang-kurangnya malam ni.." "Ehh apa pulak tak bolehnya..Rumah kamu tu..Jap,Mak Kiah ambik kunci dulu."Sementara Mak Kiah mengambil kunci,aku dan Nina menunggu dia luar rumah Mak Kiah.Setelah mendapat kunci,aku membuka pintu rumah dengan tak sabar. Sebak dadaku melihat,keadaan dalam rumah itu.Tersusun,kemas.Tenang jiwaku berada didalam rumah ini.Walaupun ingatanku tak ada tentang rumah dan ibu,aku merasa aku dekat dengan ibu.Bingkai gambar yang terlekat di dinding aku pandang sayu.Gambar keluarga diambil bila aku tak ingat,tapi gambarku disitu seperti masih remaja. Jatuh air mataku bila terpandang wajah ayu ibu.Lembut je air mukanya.Mata ku alih ke gambar adik,kembali teresak-esak aku. Nina hanya mampu menggosok belakang ku tanpa bersuara. "Vi..Dahla tu.Nanti kita ziarah kubur ibu dan adik k.."Pujuk Nina lembut. "Nina,aku nak tidur sini..Kau balik la dulu ye.."Kataku sambil memandang nya.Kabur pandanganku dek air mata.Entah berapa banyak sudah air mataku mengalir hari ini "Aku minta maaf tau,kacau kau kerja hari ni.."Ucapku lagi. "Eee kau ni.Aku dah la lama tak jumpa kau,tak tau pun kisah kau,kau minta maaf pulak kat aku..Macam aku bukan bff kau pulak.."Balas Nina berjauh hati. Aku tersenyum kecil,terhibur jugak aku sekurang-kurangnya.Nasib baik aku terjumpa Nina hari ni. =============================== Kiri kanan depan belakang pejabat tempat aku berjalan,aku buntu.Tak tahu nak cari Vivi kat mana.Tak mungkin ingatan nya kembali dalam waktu terdekat ni.Ke mana arah dia tuju aku tak tahu Macam mana kalau dia kena culik,atau orang buat macam kat mall dulu...Aarrrghhh.Telepon yang ada dalam genggaman aku campak ke atas sofa.Bukan sekarang masanya untuk musnahkan telepon.Mana tau tiba-tiba Vivi call minta tolong kan. Max aku arahkan mencari sampai jumpa.Kalau tak aku bunuh dia. "Max try detect location dia."Tak sempat Max memberi reaksi, panggilan aku matikan. Ring ring "Tuan, telepon dia padam,tak dapat dete......."Isshhhh rambut yang sudah serabai aku ramas kuat. "Vivi...Where are you baby.."Terduduk membongkok aku di sofa.Kedua tangan ku bawa menongkat kening. Dah pukul 3 dah,dah makan ke tidak dia..Makan ubat pun belum. Baik aku balik rumah dulu.Mana tau dia dah balik,tapi tak de orang perasan kan.Ayat penyedap perasaan. Laju kaki aku melangkah keluar,kehairanan staff-staff ku melihat keadaanku sekarang.Pandangan mereka aku abaikan. ============================== Habis ruang rumah kecil itu aku keliling,tiba di depan bilik berlangsir warna biru aku berhenti,langsir itu aku sentuh.Tubuh aku bawa masuk,keliling aku perhatikan kemas je.Mesti ni bilik ibu,ditengah-tengah bilik itu terdapat katil queen yang sudah usang sedikit tilamnya.Almari sederhana kecil,warnanya sudah pudar. Almari itu aku selak, menampakkan baju-baju berlipat kemas.Sekali lagi menitik air mataku,ingin sekali aku mengingati ibu.Sehelai baju berwarna biru aku ambil,aku bawa ke dadaku.Aku peluk fabrik yang masih wangi itu erat."Ibu......."Rintihku. "Maafkan Vivi ibu.Tak sengaja Vivi lupa Ibu."Terasa bahuku disentuh lembut,aku tahu itu Nina. "Vi,tabah okay..."Wajah simpati Nina aku pandang."Kau betul ke nak tidur sini?Aku tak dapat temankan kau tau.Kau taukan abah aku tu garang mengalahkan harimau lapar.."Tergelak aku mendengar ucapannya."Aku tak ingatla.."Balasku."Lagipun kau tak perlu temankan aku..Aku okay.."Jelasku lagi.Tak nak dia rasa terbeban. "Sebab kau tak ingat apa-apa la yang buat aku risau ni..Kalau kau sihat macam dulu aku tak kisah sangat..Kau ikut aku balikla okay?"Aku menggeleng. "Nina...Aku rindu ibu aku..Dahla aku lupa semua tentang dia,biarla aku sendiri dulu melepas rindu aku pada dia..Ye..,"Kedengaran keluhan dari Nina. "Hmmm okla.Nanti aku pesan kat Mak Kiah tolong tengok-tengokkan kau.."¹Katanya prihatin. "Ye la..." "Aku balik dulu tau..Telepon jangan off..Nanti susah aku nak tau keadaan kau."Sebelum bangun,sempat Nina memelukku erat. Setelah pemergian Nina,aku berbaring di atas tilam ibu,bila mengingatkan cerita dari Nina dan Mak Kiah,betapa ibu menderita bersama abah.Mengenangkan itu,perasaan sebak kembali menghambat hatiku.Aku rasa bahagia dan mewah berada di rumah besar Izzrie,selama berapa bulan ni tanpa ingat akan kesusahan kami sekeluarga. Sedang aku termenung memikirkan banyak hal,terasa perutku berkeroncong.Baru aku ingat aku tak makan lagi sejak pagi.Langkah kaki aku bawa ke arah ruang tamu,dimana aku meletakkan hanbagku tadi.Telepon aku capai,sengaja aku off supaya tiada panggilan dari Izzrie. Setelah telepon aku hidup,jam aku cari dah pukul 6 petang dah pun.Berderet bunyi noti dan mesej, kebanyakan dari Izzrie.Dan selebihnya dari ayah.Mungkin Izz yang suruh abah cari aku kot. Applikasi foodpanda aku cari,setelah ditemui aku memesan makanan untuk mengalas perut.Sementara menunggu pesananku sampai,aku berjalan ke dapur dan duduk di meja makan kecil.Aku memerhati sekeliling,bersih dan kemas susun atur dapur ibu.Mesti ibu seorang yang rajin ni,kalau tak takkanla Mak Kiah nak puji ibu. Aku memejam mata cuba mengingat kenanganku bersama ibu.Semakin aku cuba semakin berdenyut kepalaku.Ubat aku tak ada.Botol air aku capai lalu aku minum bagi mengurangkan rasa sakit,tapi tak berkurang pun.Malah semakin kuat denyutannya,kening aku urut-urut.Kepala aku tepuk menggunakan telapak tangan melawan rasa sakit. Aku betul-betul tak tahan hingga mengerang kesakitan.Terjatuh ke lantai badanku akibat dari aku meringkuk.Tanganku menarik rambut kuat."Arrghh.." Honn dari luar rumah kedengaran sayup di pendengaranku. ======================= Habis satu rumah aku geledah,namun bayang Vivi tiada.Semua orang dirumah menjadi mangsa amarahku.Selepas aku puas melepaskan marah,bilik tidur Vivi aku tuju.Aroma bilik itu membuat aku merindui Vivi.Baunya aku hirup panjang. Telepon aku belek,nama Vivi aku cuba dail.Teruja aku bila panggilan aku di angkat,tapi suara lelaki yang kedengaran.Panas hatiku memudar bila dia memberitahu Viviana pengsan.Setelah mendapat maklumat dari lelaki itu,nombor doktor peribadiku aku dail dan memberikan alamat padanya. Kereta aku pandu laju ke rumah Viviana,macam mana dia boleh sampai ke situ?Dia dah ingat ke?Berbagai soalan yang timbul di benakku. Sampai di kawasan rumah itu, cepat-cepat aku keluar dari kereta.Kelihatan sebuah kereta milik doktor Hafiz ,rakan sekuliah ku ketika belajar di luar negara merangkap doktor peribadiku dan sebuah motorsikal foodpanda. Ketika aku tiba di depan pintu rumah,sedikit lega hatiku bila ada seorang wanita bersama seorang lelaki dengan seragam foodpanda dan Hafiz.Kelihatan Mak cik itu sedang memangku kepala Vivi yang sedang terbaring tak sedarkan diri. Setelah diperiksa Hafiz,dan Vivi hanya mengalami sakit kepala akibat memaksa dirinya mengingat sesuatu.Kesakitan itu akan berulang jika otaknya bekerja keras.Aku sedikit lega bila mengetahui Viviana okay. Sempat Mak Kiah memperkenalkan diri dan bercerita tentang Viviana yang ditemui pengsan olehnya.Nasib baikla abang foodpanda membunyikan hon berkali-kali untuk memanggil Vivi,tapi tak de respon. Bila Mak Kiah mendengar hon itu,dia keluar dari rumahnya dan cuba menjenguk Vivi,bila tiada sahutan dia membuka pintu dan mencari kelibat Vivi.Mak Kiah buntu dan tak tahu nak buat apa cuba meminta bantuan abang foodpanda,kebetulan semasa aku call Vivi dia masuk lalu menjawab panggilan ku. "Kalau tak de anak tu Mak Kiah betul-betul tak tahu nak buat apa.."Ucap Mak Kiah.Aku bersalaman dengan abang foodpanda dan mengucapkan terima kasih. "Mak Kiah,saya akan bawa Vivi balik..Terima kasih ye dah bantu dia tadi."Mak Kiah berkerut mendengar perkataan ku. "Sama-sama..Tapi apa hubungan anak ni dengan Vivi?Kalau pasal ayah Vivi tolong jangan seksa Vivi sekali nak.Kesian ke dia..Arwah mak dia baik sangat dengan Mak Kiah,sebab tu Mak Kiah ambil berat pasal Vivi..Mohon anak faham maksud Mak Kiah ye.."Panjang ucapan Mak Kiah."Ye Mak Kiah..Saya faham..Vivi isteri saya yang sah Mak Kiah,jadi dia tanggungjawab saya." "Laaa ye ke..Vivi tak cerita pulak kat Mak Kiah tadi.."Selepas sesi beramah-mesra,aku meminta diri.Vivi yang belum sedarkan diri aku gendong dan dibawa menuju ke kereta.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD