"I'm sorry"

1346 Words
Berat sungguh rasa kepalaku,terasa sekali denyutan nya.Mendesis menahan sakit.Tepi kepala aku tekan dengan kedua tapak tangan kiri dan kanan."Baby bangun..."Ahh menyemak je..Ehh jap.... Mata aku buka,terduduk aku akibat terkejut.Denyutan kepala aku tahan,membulat mataku melihat Izzrie berdiri disebelah katil dengan gelas dan bekas ubat ditangannya.Wajahnya aku pandang sekilas,pakej dengan jelingan aku bagi.Padan muka.Kehadiran Izzrie aku abaikan,sekeliling bilik aku pandang.Berbeza dari bilik Izzrie dan bilikku,ehh pembetulan bilik tumpanganku. "Saya kat mana ni?"Tanyaku lebih kepada diri sendiri."Kita kat rumah mama saya.."Tak tanya pun. "Macam mana saya boleh ada kat sini?Bukan saya kat rumah ibu saya ke?" "Baby,semalam awak tak sedarkan diri so sa..........."Belum habis ayat dia tuturkan sudah aku potong. "Awak peduli apa saya pengsan ke tak?Apa hak awak bawak saya keluar dari rumah ibu saya?"Terpempan Izzrie mendengar suaraku yang tinggi. "Awak isteri saya Viviana.."Balasnya lembut.Eleh ingat kelembutan dia tu boleh cairkan aku ke..Betul jugak,lupa yang aku dah kahwin. "Huh awak kahwin dengan saya cuma nak anak je kan..Lepas awak dah dapat anak,awak akan ceraikan saya lepas tu pergi kat girlfriend awak tu kan..Ehhh awak kaya kot,tak perlu guna perempuan pun bolehla dapat anak."Fuhhh. "Vivi..Calm down please..."Eeee dasar b@b!,dia suruh aku calm. "Kenapa,tak betul ke apa saya cakap?Kenapa saya yang jadi mangsa awak Izzrie..Ohh silap TUANNN IZZRIE.."Nafas aku tarik seketika sebelum menyambung.Sengaja aku seru tuann panjang-panjang.Dia kelihatan sudah bercekik pinggang menahan sabar. "Ohh ya,sayakan orang miskin.Ada bapak pulak berhutang dengan TUANN,jadi anak dia jual sebab tak mampu nak bayar hutang woww.Hebat orang bernama TUAN IZZRIE."sarkastik sekali aku berkata. "Vivi you should stop or......"Lagi,aku overtake ayat dia. "Or apa?Buatla Tuan Izzrie,lagi cepat saya beranak lagi cepat saya bebas dari awak..!" "Saya hidup dengan awak pun tak guna la,lebih baik mati dari hidup dengan manusia kejam macam awak!"Terlari pitching aku,hampir perit rasanya kerongkong aku.Tapi aku puas. Izzrie dari bercekik pinggang kini kepalanya dia picit.Dia sakit kepala mungkin,ehh kepala aku lagi sakitla aku tahan je denyutan nya ni. "Viviana Camelia i said stop.."Tegas nadanya tapi lembut.Wajah dia aku pandang.Kalau boleh keluar api dari mata aku memang dah hangus dah Izzrie aku pandang."Dari mana awak dengar soal anak ni ha?"Kali ini dia pula bersuara,tapi tak kasar dan nyaring seperti suaraku. "Awak peduli apa..Awak sepatutnya lebih tau..!"Tak kuasa aku nak mendongak memandang dia aku berdiri di atas tilam dengan lututku (korang fahamkan..)itu pun belum sama tinggi dengan dia.Aahh aku tak kisah,asal dia tak nampak aku lemah sudah! Izzrie masih berdiri di tempat tadi,kalau tadi sebelah tangannya mengurut kening kini kembali di pinggang."Cepatla Izzrie,tabur benih awak tu kat saya.Saya tak nak hidup dengan awak lama-lama."Nada ku menurun,serak suaraku menahan air mata. "Kalau itu yang awak nak Vivi,saya takkan bagi.Saya akan bagi kalau apa yang awak fikirkan tentang saya sekarang ni berubah."Semakin marah rasanya aku.Bukan jr aku marah dengan ayat yang dia ucapkan,tapi marah juga dengan kelembutan suaranya. Bantal aku capai lalu aku baling kuat padanya,saat tubuhku bergerak kuat ketika nak membaling bantal pada Izzrie,denyutan di kepalaku amat terasa.Terlepas bantal itu dari tangan, automatik tanganku memegang kepalaku.Tersujud aku menahan sakit. "Baby makan ubat dulu okay.."Dalam sakit kepala aku geleng."Vivi please,saya tak tahan tengok awak macam ni."Aku bangkit duduk perlahan,mataku berair memandang wajah nya."Kepala saya sakit sebab awakla.''Keras suaraku walaupun tertahan-tahan. "Okay sebab saya..Sebab tu saya nak awak makan ubat dulu.Nanti boleh sambung marah saya balik."Biar betul dia ni. Dia mengambil 2 biji ubat dan segelas air lalu disuakan padaku.Wajahnya aku jeling tajam sebelun ubat dan air aku rampas kuat sampaikan air tumpah sedikit di atas cadar tilam.I don't care.selepas air habis ku minum gelas kosong aku kembalikan padanya,nak sangatkan jadi bibik aku. Aku kembali berbaring sambil menutup mata menahan sakit.Sedang aku merangka ayat untuk aku hambur pada Izzrie,tak tersedar aku sudah terlena.Lena dalam amarah. ============================ Wajah lena Viviana aku pandang.Marah sungguh dia padaku,memang patut pun dia marah.Kalau dia ingat hal dulu tentu berganda-ganda marahnya. Kedengaran dengkuran halus dari bibirnya.Mesti kesan ubat tadi."Dah tidur baby i ni.."Kepalanya aku elus sebelum dahinya aku kucup lama. Tergelak aku melihat telatahnya tadi,sedar diri pendek katil tempat dia berdiri.Nak je aku gelak tapi takut Vivi bertambah marah.Yang sekarang pun aku tak mampu lagi nak pujuk.Aku tahan jela. Nampak badan je kecik,bila dah marah mengalahkan gergasi??‍♀️.Silap haribulan gergasi pun takut.Tapi comel sekali lagi tersenyum aku dibuatnya. "Hmm nanti sambung marah i balik okay..."Hidungnya pula aku cuit lembut dengan hujung telunjuk. =============================== Satu hari aku berkurung di dalam bilik,aku belum tau pun aku kat mana.Makanan yang orang gaji Izzrie hantar pun aku tak jamah.Mogok besar-besaran aku. Batang hidung Izz aku tak nampak dah lepas aku maki dia pagi tadi,padanla kan.Dia ingat aku tunggul tak reti nak marah. Tapi sekarang aku rasa menyesal sebab mogok.Perut aku dah nyanyi dangdut remix ala-ala tik tok dah,dan cacing pun menari-nari ??‍♀️. Aku berkira-kira sama ada nak keluar ke tak?Keluar la kot kan,keluar senyap-senyap tak de orang tau pun. Aku pun apa lagi,keluar dari bilik dan ingin menuju ke dapur.Sampai je aku di tingkat bawah terpegun aku melihat betapa cantiknya rumah ini.Semuanya berdindingkan kaca lut sinar, dan serba putih.Sofa putih, kabinet television putih ahhh kiranya 100% putihla. Pemandangan diluar pula di sebelah kiriku penuh pokok yang menghijau sangat mengindahkan suasana.Di sebelah kanan pemandangan laut,sangat cantik.Perutku yang lapar aku lupakan,kaki aku laju aku bawa mencari pintu keluar.Yela confuse kan,,Tak pernah lagi datang sini,dahla semua cermin. Setelah pintu aku temui,arah pantai aku tuju.Kaki aku main-mainkan di gigi air,tenang hatiku terkena kesejukan air laut ini.Sedang aku seronok menjadi budak tadika terlebih usia,deheman seseorang mengganggu keseronokanku. Wajah aku palingkan mencari orang itu,kelihatan Izz berjalan ke arahku dengan kedua tangan disaku seluar pijamanya,berbaju t putih sedikit ketat menampakkan puting seksi dia.Rambut yang berterbangan ditiup bayu pantai membuat dia kelihatan seperti model kacak.Tapi itu tak cukup membuat hati aku sejuk,malah kedatangannya membuatkan mood bahagia aku tadi padam. Terus terhenti perbuatan bermain airku tadi.Statik aku berdiri hanya memandang wajahnya.Dalam benakku ingin aku menarik rambutnya.Asal wajah dia aku pandang,teringat aku bagaimana dia memeluk dan mencium wanita lain eeeuuwww.Ditambah lagi dia merahsiakan soal kematian ibu dan adikku.Dan lagi...membuat aku terikat dengan dia. Nafasku yang tadi normal kini turun naik laju.Penumbuk aku genggam kuat.Izzrie hanya memandangku dengan muka tak bersalah dia.Tepat Izzrie berada di depanku dia berhenti,mata dia tak alihkan dari memandangku. "Baby......."Kriukkk,bijak betul perut aku berbunyi time ini.See perut aku pun tak sanggup dengar suara kaula.Perut aku pandang dan aku pegang dengan kedua tapak tanganku.Izz mengetap bibir,kepala ditoleh ke sebelah kiri,dapat aku tangkap dia menyembunyikan senyuman.Happy sangat ke aku lapar,suka sangatkan aku menderita. Tanpa memperdulikan dia,aku melangkah masuk kedalam rumah.Tujuan pertamaku adalah DAPUR. Sampai je di dapur,2 orang wanita yang aku tak kenal sedang memasak aku hiraukan.Peti sejuk besar aku buka,mencari sesuatu yang instant boleh di makan.Mataku terpandang kan bread,tapi untuk inti aku tak jumpa.Aahhh bread pun breadla kan.Sebungkus roti itu aku bawa ke meja makan,aku mulai mengunyah sekeping,2 keping dan hampir ke 3 keping aku dihentikan oleh seorang lelaki lembut terpelanting roti aku entah kemana,terjerit kecil aku melihat dia menjerit.Mungkin melihat aku terperanjat olehnya,mana tak nye bagila salam dulu. Bungkusan roti tadi dia ambil sambil membebel entah apa,dasar p..... Lelaki itu aku telek atas bawah,berseragam macam chef la serba putih. "Puan Vivi,saya Adam chef Adam.Tuan Izz bawa saya datang sini nak menjamu tuan puteri yang sedang merajuk..."Dengan gaya dan suara sengau dia memperkenalkan diri. "Puan Vivi tak baik untuk kesihatan tau kalau skip makan..Dengar cerita Puan tak makan dari semalam,sekarang dah nak malam balik puan masih berpuasa,tak nak buka lagi ke?"Ada cili tak?Rasa macam nak tumbuk cili dalam mulut dia ni je.Dia apa tau,aku tengah marahkan wajibla tak makan. Kecik besar kecik besar je aku tengok chef yang sedikit berisi didepan ku ketika ini. "Pak cik pernah rasa kena telan ke?Kalau belum lagi baik diam."Aku yang sememangnya tak de mood melampiaskan marahku pada chef Adam. "Puan Vivi,saya ada makanan sedap dan sihat untuk Puan Vivi tunggu."Berlenggang-lenggok dia berjalan. ============================ Aku hanya mampu melihat Vivi dari jauh je.Teringat semasa di pantai tadi,lucu tapi comel keletah dia. Seksa sungguh rasa nya apabila Vivi langsung tak nak berbual denganku.Semasa dia bersama Adam di meja makan tadi,elok je dia bersuara.Tapi bila aku sampai,makanan yang tak sampai separuh dia jamah dia tinggalkan.Aku dia jeling tajam.Aku lagi rela dia maki aku dari dia terus berdiam diri seperti ini.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD