"Kiss me baby''

1143 Words
Aku tak faham dengan perangai Tuan Izzrie ni,berapa hari sejak aku balik dari rumah ibu Tuan Izzrie minta aku temankan dia makan.Bukan untuk hari itu aje.. Perlu temankan dia tiap hari katanya kecuali breakfast,sebab perlu cepat-cepat pergi kerja.. Dia tak nak makan sorang-sorang,habis tu selama ni ada orang temankan dia ke puffff. Seperti sekarang elok je aku duduk disampingnya sambil menjamu selera,bagaikan 'isteri' imaginary Tuan Izzrie.Mimpila nak jadi isteri dia,aku ni macam telur dihujung tanduk.Bila-bila masa je dia boleh bunuh aku. Ini semua abah punya pasal.Sebab dia saya seperti banduan didalam penjara.Sebab dia saya sentiasa didalam ketakutan.Bukan tu aje,tubuh aku juga disentuh sesuka hati oleh lelaki yang bukan suami aku.Hidup aku jadi macam ni semua sebab abah. Terasa seperti pingganku ditarik oleh Tuan Izzrie menjauh dari tanganku. ''Kau buat ape?''Soalnya Aku tersedar dari lamunanku ''Tengah makan Tuan.''Jawabku dengan suara serak. ''makan?''Perlinya sambil jari menyentuh pipiku. ''Kau makan ke nangis?"Soalnya. Makin deras air mataku mengalir,tapi cuba ku tahan.Ku kesat kasar supaya cepat-cepat berhenti. Aku berdehem menahan tangisan. "Eherm sorry Tuan.."Dengan suara tertahan-tahan aku bersuara. Sesaat kemudian kerusi yangku duduki ditarik merapat kearahnya. "Hey look at me baby..''seraya itu daguku dipaut lembut."Why?"Lembut suaranya membuat air mataku kembali bertakung. "Want to share with me?"Soalnya tanpa mengalihkan langsung pandangan matanya padaku. Aku hanya menggeleng."Do you miss your mum?"Aku hanya mampu menggangguk. "Come."katanya sambil menarikku kedalam pelukan.Hangat..Itu yangku rasakan kini.Aku selesa dalam pelukan Tuan Izzrie,hangat seperti pelukan ibu.Teringat ibu air mataku kembali mengalir,pelukan Tuan Izz ku balas.Semakin kuat tangisanku semakin kuat pelukanku pada tubuhnya.Ahh cengeng sekali aku. Sepuluh minit berlalu,tangisanku sudah reda.Barulah aku berasa malu pada Tuan Izzrie betapa congeknya aku..Anak sapala yang congek ni... Tangan Tuan Izz setia menggosok belakang badanku.Dia hanya mendiamkan diri membiarkan aku menangis tanpa berniat memujukku.Mungkin bagi peluang aku melepaskan rasa hati kot. Setelah habis aku berdrama,tubuhku tarik menjauhi Tuan Izzrie."Dah habis?"Soalnya sambil tersenyum. "Sorry Tuan.."Ucapku serba-salah,yela dah orang tu sedap-sedap makan aku buat drama free pulak. Ohhh malunya aku.Kulit mukaku terasa panas yang amat.Nak rendam muka dalam periuk sup Mak Mah boleh tak? Mungkin melihatkan wajah merahku dan hanya membatukan diri,Tuan Izz menegur "Hey..No need to be shy,if you have something to share,just say it.I'm here for you baby."Ujarnya lembut. Aku terharu dengan ucapannya,tapi aku cepat-cepat sedar,dia bukan siapa-siapa Vivi.Bagaikan langit disore hari,berwarna biru sebiru hatiku (nyanyi ke tu hehe gurau) Bagaikan langit dan bumi bezanya aku dan Tuan Izzrie. "Kau dengar tak?"Mungkin melihat takde respon dariku dia bertanya.Aku mengangguk lagi. "Jawab guna mulut,sebelum mulut kau aku kerjakan."Ujarnya mengugut ??‍♀️ dasar. "Dengar Tuan,saya faham...."Jawabku sarkastik. "Dah sambung makan,aku ni lapar.Layan kau berlakon tadi buat aku makin lapar.."Ujarnya.Perli nampak.. "Sebelum kau aku makan baik kau makan."Sambungnya lagi..Errrhhh macam la aku suruh kau layan lakonan aku. "Saya takde minta pun Tuan layan lakonan saya.."Sejurus itu mulutku tutup dengan kedua tangan.Aish terlepas pulak.Habisla...... "Memang kau tak minta,dah kau nangis depan aku kau nak aku buat ape?"Ehhh ingatkan marah. "Boleh je kan Tuan halau.."Jawabku sedikit berani.. "Kau ingat aku robot ke takde perasaan?"Ujarnya tak nak mengalah. "Dah tu tak payah merungutla Tuan..Orang kalau ikhlas takkan merungut tau.."Lawanku lagi.Ehh berani betul aku.. Selepas itu tiada lagi sahutan dari mulut seksinya.Hanya deheman kedengaran.Lantas fokus pada makanan didalam pinggannya. Aku tersenyum bangga,hah dapat jugak kalahkan dia.Walaupun dalam keadaan takut-takut berani ?. ============================ Dalam geram aku pada Vivi sebab berani menjawab kata-kataku sebentar tadi,terbit rasa happy sebab dia dah mula nak bercakap denganku lebih banyak dari biasa..One step closer..Tak apa Izzrie slow-slow ..Pujuk hatiku. Aku tak tau apa yang buat dia menangis,apa yang aku tau hati aku sangat sakit melihat air matanya.Melihat wajah sedihnya seketika tadi.Apa yang dia fikirkan,apa yang buat dia sedih hmmm. Dari balkoni bilik tidurku,aku melihat kemesraan Vivi dan Max ditaman bawah sana.Aku tak tahu kenapa hatiku sakit menyaksikan kemesraan mereka.Kalau dengan aku ,jangankan nak ketawa seperti sekarang senyum manis pun Vivi susah.Bersama Max boleh bergurau lagi buat mataku berbulu je. Tak dapat menahan diri aku segera mendail nombor Max ditelepon ''suruh Vivi naik sekarang.''Sehabis itu panggilan terus aku padam. ===================================== Aku melangkah perlahan memanjat anak tangga satu persatu,sambil otak mengingat samada aku ada buat salah atau tidak.Tapi agak mustahil,setahu ku aku sangat-sangat behave.Dan tempatku kebanyakan berada didapur bersama Mak Mah.Yes Mak Mah dah kembali empat hari yang lepas. Pintu bilik Tuan Izzrie ku ketuk perlahan,sejurus selepas itu,kedengaran suara keras dari dalam menyuruh masuk. Kakiku heret berat ketika melangkah masuk.Gentar yang ada ku cuba lawan.Ku pujuk hati supaya berani.Wajah ku angkat mencari wajah Tuan Izzrie,dia berdiri di sebelah katil dengan kedua tangan dipinggang.Renungannya tajam. Aku telan air liur,kesat berpasir rasanya.''Tuan nak apa-apa ke?''Tanyaku sambil meramas tepi baju. ''Come..''jawabnya pendek. Aku rasa aku dah cukup dekat rasanya..Dia nak aku dekat macam mana lagi.. Aku melangkah setapak lagi.Dia menjilat bibir bawah sambil meraup rambut kebelakang dengan tangan kanan yang masih setia dipinggang.Seperti menahan marah.Apa salah aku ? Mungkin melihat aku masih statik ditempat aku sekarang,dia melangkah ke arahku rapat.Aku mendongak memandangnya menanti apa yang bakal dia lakukan. ''Eerrrr Tuann..''setelah menanti beberapa saat,tapi tak ada tanda-tanda Tuan Izzrie nak buka mulut pun untuk bersuara. Dia berdehem seperti tersedar dari lamunan. ''kiss me..''ujarnya seraya menarik pinggangku merapat ke tubuhnya..Eeeerrk biar betul. ''Huh..?''Itu je yang mampu ku katakan. ''Tck'' Dia mendecit seraya mendongakkan daguku supaya memandangnya. ''Kiss me baby.''katanya dengan mata kuyu, nafasnya juga kedengaran berat. Belum sempat aku menjawab bibirku sudah diragut.Nafasku dicuri lembut.Urutan bibirnya pada bibirku kali ini terasa sangat membuai.Tidak lagi rakus seperti sebelumnya,tidak lagi kasar tapi sangat lembut.Serasa dia ingin menyampaikan padaku apa yang ada dihatinya. Aku kalah terus menyerah dengan membuka ruang untuk lidah Tuan Izzrie meneroka lebih dalam lagi. Melihatkan aku semakin terbuai,Tuan Izzrie sengaja memberhentikan ciuman lantas menarik bibirnya menjauh dari bibirku.Mataku dia renung lembut. Melihatkan aku sedikit kecewa Tuan Izz menarik senyum senget. Sekali lagi dia berikan bibirnya padaku,sekali lagi bila aku sudah hanyut dia kembali menarik bibirnya. Aku mendengus halus.Kedengaran ketawa kecil tapi kedengaran ikhlas dipendengaranku,aku melihat wajahnya..Kacaknya dia bila tertawa seperti ini.Tuan Izzrie lantas memelukku lembut lalu dahiku dikucup hangat.Awww romantik rasanya.Kalaulah dia boyfriend aku ahakks,dalam mimpi Vivi. ''Itu denda sebab lambat tiga saat masuk bilik aku..''Pulak...... ''Apa yang kau dan Max ketawa, senyum-senyumkan kat taman tadi?''Soalnya. ''Errr sebab........'' ''Aku akan denda kau sebab tu.''keningku berkerut,kepalaku sengetkan sedikit..Kepelikan dengan 'BOSS' yang tersangatla pelik ??‍♀️. ''Kau perempuan aku..Senyum,ketawa kau semua untuk aku.''Ujarnya sambil mengelilingi aku.Dengan tangan bercekak pinggang,hahh dasar bos betul. ''Faham..''Aku mengangguk.Langkahnya juga turut berhenti dihadapanku.Daguku sekali lagi dipaut didongakkan memandangnya.''Kau hak milik aku,hanya aku berhak atas kau,got it?'' serentak itu bibirku dikucup sekilas tanpa sempat aku membalas apa-apa pun.Tuan Izzrie menjauh dariku lalu melangkah mengambil kotnya yang terdampar diatas tilam. ''Pukul tiga nanti Max akan ambil kau.Aku nak bawa kau pergi satu tempat..''Seraya itu dia terus melangkah keluar dari bilik.Aku yang masih berdiri,menarik dan menghembuskan nafas bagi menenangkan diri.Selepas merasa sedikit tenang aku juga mengikuti jejak Tuan Izzrie. Aku jadi berdebar bila memikirkan kemana dia nak membawa aku.Tempat dia nak bunuh aku ke?Dia nak seksa aku ke?
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD