Erica

1340 Words
Sengaja aku mendera dia dengan ciuman aku tadi,aaa..Sepertinya bukan dia je yang terdera...Dengan aku sekalilah,nak je aku buat lebih dari kissing.Sapa suruhkan...Kalau dengan aku muka dia macam nampak hantu je memanjang.Tapi kalau dengan Mak Mah dan orang-orang aku yang lain bukan main lagi,boleh bergurau-senda.Boleh gelak-gelak. Apa yang aku perhatikan dengan personality Viviana ialah suka usik orang terutama Max dan Zaza,dua orang tu selalu mangsa usikannya.Telatah itu yang buat aku senyum sendiri.Macam mana aku tau,of coursela dari cctv yang terpasang dirumah ☺️. Tapi dengan aku.....hmmmm.Mungkin cara kami berjumpa tu salah.Aku teringin nak berbual dengan dia macam dia berbual dengan lelaki yang menjemputnya dari tempat kerjanya dulu,mesra semacam.Nak bergurau dengan dia macam dia bergurau bersama Max.Nak buat dia tergelak tersenyum macam dia bersama orang lain. Sabar Izzrie pujuk hatiku sendiri.One day,I'll make sure she will be mine... Ahhh tak sabar menunggu pukul tiga nanti.... ======================================= Aku meramas tanganku sendiri,berjalan kehulu-kehilir sambil mata sesekali memerhati jam besar didinding dapur.Lima puluh minit je lagi nak pukul tiga.Awal-awal lagi sudahku khabarkan pada kak Zaza,kalau aku tak balik-balik selepas keluar berjumpa Tuan Izzrie,"Kak Za tolong Vi ehh,kalau lepas ni Vi tak balik-balik dah tolong beri ibu Vi surat dalam bilik Vi ye...Tolong Vi ye Kak Zaza.."Ujarku dengan muka minta belas. "Takkan la sampai macam tu sekali Tuan buat Vivi..Setahu akakla,Tuan takla kejam macam tu.."Terang Kak Zaza sambil memujukku. "Please Kak Za..Ini permintaan terakhir Vivi k...."Sayu aku berkata... "Tckk yela-yela.."Balas Kak Zaza. Ketika ini hanya Kak Zaza yang kuberitahu soal Tuan Izzrie yang hendak membunuhku.Mula-mula sukar untuk Kak Zaza percaya,tapi setelah ku yakinkan dengan bersungguh-sungguh barulah Kak Zaza percaya. Lima belas minit kemudian Alan datang untuk menjemputku,bos sudah menunggu katanya.Seram sejuk rasa tubuhku.Dari saat aku memasuki kereta yang dipandu Alan,hatiku tak putus-putus berdoa..Memohon keampunan kiranya tanpa atau tersengaja membuat orang sakit hati denganku..???? Semakin jauh kereta meninggalkan rumah,semakin kuat debaran didadaku.Janganla aku diseksa ya Allah... Tak sampai lima belas minit kemudian,Alan memberhentikan keretanya didepan sebuah bangunan yang gah.A mall? Aku yang agak keliru hanya mengikuti langkah Alan.Rupanya Mall ni bersambung dengan hotel,hmm senang untuk orang kaya-kaya.Lepas penat shoping boleh rehat kat bilik hotel ye tak... Tiga minit aku mombontoti Alan,akhirnya dia berhenti di sofa kulit tempat menunggu di lobi hotel.Kelihatan Tuan Izzrie sedang membelakangi kami duduk bersantai-santai dengan kaki kanannya dilipat ke lutut kiri.Kedua tangan direhatkan di penyandar sofa,hmmn tipikal bos. Setelah sedar akan kehadiran kami dia bingkas berdiri lantas memandangku tanpa berbicara.Dia pandang aku atas bawah sepertinya meneliti pemakaianku.Aku hanya mengenakan blouse putih takla longgar sangat,bersama jeans biru tua. Aahhh dia malu kot.Aku bezakan diriku dengan dirinya,seperti korea dan Malaysia jauhnya. "Max kau boleh balik terus,nanti aku balik sendiri.Tak perlu pergi office dah.."Arahnya pada Alan..Alan mengangguk dan berlalu meninggalkan kami. Awkwardnya.. "So here we are...Ini hukuman untuk kau..."Ujarnya sambil tersenyum menyenget..Suka sangat senyum senget macam tu,senget betul-betul mulut tu baru tau. Aku semakin keliru tapi tak mampu buat apa-apa pun kecuali mengangguk. Tanganku dia heret memasuki dari sebuah kedai ke sebuah lagi kedai pakaian,yang pasti harganya jauh lebih mahal dari gajiku. Setelah agak lama dan penat menunggu aku bersuara.. "Tuan,Tuan buat apa kat sini?"Tanyaku sambil mendongak memandang Tuan Izzrie. Dah sejam lebih kot kehulu-kehilir tapi tetap keluar kedai dengan tangan kosong. "Main bola...."Jawabnya sambil memutarkan bebola mata.Ehh juling baru tau. "Hehe sangat lawak Tuan.."Kataku sambil menutup mulut dengan sebelah tangan. Dia mendengus kecil lalu berlalu membelek helaian baju-baju yang tergantung disitu satu-persatu.Setelah mendapat apa yang dicari,baju itu dia hulurkan padaku untuk dicuba "try.." Arahnya.. Tak sempat aku nak bertanya baju-baju ni untuk apa pada Tuan Izz,kedengaran suara perempuan memanggil namanya.Awww so seksi..  "Izz...you buat apa kat sini?"Soalnya sambil mengelus lembut bahu Tuan Izzrie.Aku dipandang sekilas. "Erica.."Serunya.. Ohh Erica..girlfriend dia kot kataku didalam hati.Aku tak tau nak buat apa hanya memerhatikan mereka berdua. Tangan Erica yang tadinya hanya dibahu kini mengusap dada Tuan Izzrie.Tuan Izzrie pula mula merangkul pinggang Erica..Tak semena-mena Tuan Izz menarik pinggang Erica terus menciumnya...DIDEPANKU!! Takde kemaluan betul diorang ni..Sales girls yang melayani aku dan Tuan Izzrie sebentar tadi mengundur apabila terlihat kemesraan pasangan sejoli didepanku ini.. Aku yang merasa kulit mukaku seperti dipanggang di atas api, buat-buat berdehem bagi menyedarkan makluk yang tengah hanyut beromen di depanku. Mungkin tersedarkan yang aku adalah makluk hidup,Tuan Izzrie mleraikan tautan bibir keduanya.Kelihatan seperti Erica tak puas hati padaku,lalu aku dijeling."Izz jom teman i kejap..I rindu you,lama dah tak bersama you.."Ujar Erica menempel-nempel ditubuh Tuan Izz.Mungkin dia jenis yang tergesel-gesel bila bersuara fikirku.. Tuan Izz menyuruhnya pergi dulu dan meminta tempahkan bilik untuk mereka berdua.Erica berlalu tapi sempat dia menjelingku,ehhh mata tu..... "Kau pergi try baju-baju ni dulu.Aku pergi kejap je.Tunggu aku kat sini,jangan pergi mana-mana.Kalau aku balik sini kau takde siap kau...Faham.."Arahnya terus berlalu pergi. Aku,apalagi...Mencuba baju yang dia pilih satu-persatu. Setelah habis kesembilan baju-baju tadi ku cuba,aku berjalan disekitar kedai tersebut.Membelek dress-dress disitu.Bagiku semuanya menarik,tapi bila dibelek tanda harganya hampir-hampir pitam aku bila terlihat harganya RM8590!Berapa bulan gaji aku baru boleh beli baju seharga itu. Habis sudah sebuah kedai itu ku jelajahi,kiri kanan depan belakang,dari baju pindah ke handbag beralih pulak ke heels. Kenapa aku tak keluar?Tak dengar ke tadi dia ugut apa? Tuan Izzrie yang katanya tak lama sudah berjam-jam. Dari pukul lima sampaila sekarang dah nak pukul sepuluh dah,kebanyakan kedai-kedai disekitar tempatku sekarang sudah ada yang tutup.Pekerja kedai pun sudah berkemas-kemas nak tutup. "Cik maafkan kami ye,kami dah nak tutup.."Ujar sales girls yang bersamaku tadi.Pandangannya padaku lebih kepada simpati. Aku berjalan keluar dan duduk di salah satu bangku diluar kedai itu.Terasa kakiku sangat penat.Ku urut-urut betisku bagi melegakan kepenatan. Keadaan yang tadinya terang kini semakin suram. Seorang sekuriti sedang berjalan terpandang aku terus memintaku keluar."Cik,cik tak boleh duduk kat sini.Pintu utama dah nak dikunci,nasib baik saya terjumpa cik,kalau tak cik dah tak boleh keluar.." Terpaksalah aku melangkah keluar bangunan.Aku mengeluh...Dalam kepalaku terfikir nak je aku call Atan.Seram pulak aku sorang-sorang kat luar macam ni.Kalau hantu okay lagi...Kalau manusia macam mana.Kalau kena bunuh macam mana..Kalau kena rogol lepas tu mengandung anak perogol macam mana..Aahhh Tuan Izzrie ni... Ahhh susah-susah call jela Tuan Izzrie kan..Sling bag di badanku seluk.Seluk punya seluk terjumpa telepon,rasa hatiku kembali bersemangat.Telepon ku tekan-tekan tapi tak bernyala,ahhhh sudah.Masa ni jugakla dia nak habis bateri.Dahla power bankku dah rosak belum ku ganti lagi. Telepon ku genggam kuat bagi melepas perasaan yang bercampur-baur.Aku berharap sekarang aku boleh bertukar menjadi medusa,boleh aku kerjakan Tuan Izz cukup-cukup tanpa rasa takut. Aku terduduk ditangga pintu masuk utama mall ini.Aku menarik nafas yang rasanya tersekat di dada.Kenapalah nasib aku malang sampai macam ni sekali.Keluhan ku lepaskan perlahan. Terkenangkan aku masa masih belum mengenali Tuan Izzrie,betapa bahagianya aku.Walaupun tak kaya-raya,hidupku tak adala menyedihkan sampai macam ni. Entah-entah ini denda yang Tuan Izzrie sebut-sebutkan tu.Nafas ku hela lagi..Inilah denda tu. Terasa dingin tubuh ditiup angin malam,aku gosok-gosok lenganku bagi mengurangkan kesejukkan.Ibu...Rintih hatiku..Kalau dirumah ibu saat ini mesti aku hangat. Aku jadi sebak.Sesak dadaku menahan rasa.Kenapa Tuan Izz seksa aku macam ni. Sedang aku leka melayan perasaan,aku didatangi dua orang lelaki yang kukira mabuk bila terhidu bau yang menusuk hidung.Sangat memualkan. "Hai adik cantik...Tunggu abang ke..."Kata salah seorang sambil ketawa.Lelaki yang seorang lagi cuba menyentuh tanganku tapi ku tepis. "Pergilah.."Jeritku."Wow..Ganas..Abang suka adik ganas-ganas aauummm hahahaha"Seraya itu kedua lenganku dipegang kuat.Aku meronta sambil mulut menjerit meminta tolong.Aku merayu supaya dilepaskan,tetapi rayuanku dibalas dengan tawa mereka. Aku sangat-sangat ketakutan.Aku berdoa didalam hati semoga ada orang yang lalu di situ..Aku mohon....Penglihatanku kabur kerana air mata yang mula membasahi pipi. Terasa tangan-tangan kedua lelaki itu meraba seluruh tubuhku.Aku meraung merayu-rayu meminta mereka mengasihaniku,tapi hampa.Mereka kini betul-betul bernafsu. Aku kuatkan diri untuk melepaskan tubuhku dari tangan-tangan lelaki mabuk ini,salah seorang dari mereka aku sepak celah kangkangnya menggunakan lututku.Dan yang seorang lagi ku gigit tangannya sekuat hati.Terlepas dari mereka aku cuba berlari,tapi disebabkan kakiku yang sudah lemah,tak sampai beberapa langkah,terasa rambutku ditarik kebelakang.Terjerit aku sebab terkejut dan sakit. Perutku terasa ditumbuk,rambutku digenggam kuat,pipiku pula terasa ditampar.Berpinar pandanganku,mungkin masih berasa marah atas tindakanku tadi perutku kembali menjadi mangsa sepakan,sakit.Sakit sangat.Aku rasa aku dah tak mampu bertahan.Pandanganku mula kabur,aku cuba kedip-kedipkan mata supaya penglihatan kembali terang namun sia-sia,ototku mulai melemah.Aku masih berasa yang tangan lelaki-lelaki tadi masih berada dibadanku,tapi aku dah tak mampu berbuat apa-apa. Aku menyerah.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD