PERTEMUAN ANTARA INTAN DAN FAIQ
"Harini ibu nak bawa adik pergi jalan-jalan.Dah lama sangat ibu and papa tak bawa adik jalan-jalan."Ucap Puan Mazenah sambil mengerling ke arah anak perempuanya. "almaklumlah, orang dah besar kan then tak habis dengan mat-mat korea tu. macam laa dorang nak kat adik" Tambahnya lagi sambil tergelak kecil melihatkan putrinya agak masam mencuka apabila diusik ibunya.Intan yang sedari tadi asyik memerhati bandaraya Kuala Lumpur terus membuka mulut " biarlah ibu..ibu taktahu jiwa remaja macam adik.Mat Korea tu handsome,putih pastu nampak macam baik je.sweet lagi.Tak macam orang melayu pandai bagi ayat manis je!"getus intan tanda memprotes kata-kata ibunya tadi.Tidak sanggup bila ada yang mengatai 'Mat Korea'nya.Tuan Hardy yang sedari dari tadi melihat tingkah dua beranak itu lalu menyampuk"Adik tahu dari mana orang melayu tahu bagi ayat manis je. papa ni ada ke nak bagi janji palsu je kat ibu ?takde kan.. makin sayang ada laa kat ibu awak yang sorang ni".Lantas dikerling isteri disebelah kemudian kembali menghadap stereng untuk memandu."Kenapa?Ada lagi ke ibu lain?"Jawab Puan Mazenah sambil mendengus."Eh awak ni..kesitu pula..takde maknanya saya nak pasang lain. Awak pun saya dah penat nak jaga"Sambil terkekek-kekek Tuan Hardy gelakkan isterinya."Ohh penat.. Dulu masa bercinta bukan main sampai kita tak tegur dia seminggu pun dah jadi macam orang tak siuman."Tuan Hardy membulatkan matanya apabila mendengar kata-kata isterinya.
Dari situlah,babak yang membuatkan Intan tersenyum gembira melihatkan ibubapanya yang bahagia bersama.Didalam hatinya juga turut merasa bersyukur kepada Allah kerana diberikan keluarga yang bahagia.
Setelah beberapa minit perjalanan, akhirnya mereka sampai di restoran yang ingin dituju.Perlahan-lahan Intan keluar dari perut kereta Honda City milik bapanya. "laaa...takkan nak jalan-jalan sini je.bukan ada apa yang menarik pun lagipun adik dah kenyang laa"rengek Intan seperti anak kecil. "Dah siapa cakap papa dengan ibu ajak adik datang sini nak makan.papa and ibu je yang nak makan,adik tengok je lah . kan adik dah kenyang"Usik Tuan Hardy."elehh.. kalau tahu adik tak ikut.baik keluar dengan zack lagi best".Jawab Intan dalam keadaan merajuk sambil menguis kakinya pada jalan."alaa merajuk pulak dia. Papa gurau je laa dah lama papa tak gurau dengan adik.Dah besar dah anak papa tak lama nak jadi isteri orang dah".Intan merasa kerongkongnya bagai tercekik sesuatu namun perlahan-lahan dia senyum kearah papanya tanda kurang mengerti. Intan yang tadi dipeluk bahu oleh papanya kini dipegang pergelangan tangan oleh ibunya lalu mereka berjalan beriringan memasuki restoran tersebut.
Intan memerhati sekeliling dan ternampak dua pasangan yang sedang melambai kearah ibubanya.Dia jugak terpandang seorang lelaki yang juga turut tersenyum kearah mereka.'Siapa pula Papa dan ibu nak jumpa ni'.bisik intan didalam hati."Assalamualaikum..dah lama ke tunggu? Aku ingat kau tak datang ".Tuan Hardy menegur syed Kamarul,rakan lamanya. "Waalaikumsalam..tak lama mana pun. kami pun baru je sampai lagipun mana boleh tak jumpa kita kan dah janji" sambil ketawa keduanya.Selesai sesi salam bersalaman,semua duduk dan sedia untuk membuat pesanan."Faiq..taknak tegur ke anak pakcik?"Tuan hardy memulakan bicaranya.Faiq tersenyum malu lalu mengerling sekilas kearah intan yang sedang menggigit bibir memandang papanya.yang pastinya dia tidak selesa dengan soalan papanya."Apa papa ni..malu laa adik.. macam nak buat sesi perkenalan pulak.."Intan menegur sambil tersengih sumbing kearah papanya.'Aik Intan ni..takkan dia taktahu yang kita ni bakal dijodohkan.so memang perlu ada sesi suai kenal la'.Bicara Faiq didalam hati.Mendengarkan apa yang dijawab Intan terus keluar ketawa dari ibubapanya serta Syed Kamarul dan isterinya.Intan mengerutkan dahi tanda kehairanan'aku salah cakap ke? apa yang kelakarnya..'ngomel intan sendirian.
Pesanan yang dipesan sebentar tadi telahpun sampai dan mereka mula menyantap sambil menyambung perbualan mereka.Sedang Intan leka menghirup minumannya,tanpa sedar ada sepasang mata sedang memerhati tingkah laku Intan dan Intan sendiri menyedarinya.Kemudian Intan pura-pura batuk kerana agak tidak selesa apabila diperhatikan.Lantas,Faiq segera mengalihkan pandangannya kearah jalanraya.'Apasal mamat ni asyik duk perhati je aku..ada apa-apa ke kat muka aku'.Fikir Intan.'Cantiknya bakal Isteri aku..dengan mata sepet dah gaya macam cina.Pipi pun agak chubby tapi kurus je.Comel lah dia ni'Faiq tak habis-habis memuji Intan dalam diam. "Kenapa Intan ? Tersedak ke " Puan mazenah agak cemas melihat putrinya. "Takde apalah bu.. tersedak sikit je ni. ada orang sebut nama intan kot takpun ada orang duk pandang intan"jawab Intan berbaur sindiran sambil memandang Faiq. 'Dia perasan ke aku pandang dia' Faiq termalu sendiri.
Setelah beberapa jam berlalu, masing-masing akhirnya beranjak untuk pulang.Sebelum pulang,sempat Faiq menegur Intan saat mereka beriringan keluar dari restoran."Kalau jadi orang,jangan nak perasan sangat..takde orang nak pandang.. awak tu muka tak lawa pun macam cinapek".Faiq tersengih lalu meninggalkan Intan yang tercengang dengan apa yang baru didengarnya.Intan mengepal jarinya menahan geram lalu terus berjalan menuju ibubanya.Faiq kelihatan sangat mesra dan ramah apabila bersama ibubanya.'huff.. belagak suci depan orangtua!'tempik Intan dalam hati.Selesai bersalaman dengan Syed Kamarul dan isterinya sambil melemparkan senyumannya,Intan meminta izin untuk masuk kedalam kereta terlebih dahulu.'Kalau aku tak lawa buat apa pandang sampai macam tu. eishhh geli aku!'ngomel intan sendirian menahan geram.Dia menyedari Faiq memandangnya tidak berkedip saat dia sedang bersalaman dengan ibubapanya.
Saat kereta Tuan Hardy mula bergerak sempat Faiq menjerit kearah Intan"muka tu jangan laa masam sangat nanti kena jual".Intan mengetuk-ngetuk kusyen kereta kerana terlalu geram dengan faiq. sepanjang perjalanan Intan hanya berdiam diri dibelakang membuang pandangan kearah jalanraya masih memikirkan apa yang dikatakan Faiq tadi.perasaannya cukup geram dengan lelaki itu sehingga tidak sedar mereka sudahpun sampai diperkarangan rumah mereka.
Setelah selesai solat berjemaah,Intan meminta izin untuk kebiliknya.Dia merebahkan badannya keatas katil lalu mengambil telefon pintar miliknya.setelah dua tiga ketip,terpapar nama 'zack' dilayar skrin telefonnya.Nik Izattie asyikin sahabat karibnya sejak dari baru bangku sekolah lagi. Lama dia menunggu panggilannya disambut "hello zack!aku ada story ni.."adu Intan. "Ada apa cik nurul Intan Amara..Aku setia mendengar."sambut zack."kau tahu tak?"tanya intan dan belum sempat intan bercakap zack menjawab"taktahu pun"zack mengekek ketawa dihujung talian."dah aku tak cerita lagi mana kau nak tahu nya. macam ni,siang tadi kan aku ikut papa ngan ibu aku keluar dah dorang ajak pergi jalan.atlast,jumpa kawan lama dia dan kawan papa aku pulak bawak anak dia.."ujar intan."Dan semestinya anak dia tu lelaki kan? macam mana handsome tak ?"terbeliak biji mata intan mendengar soalan zack."haih.. kau tahu macam mana? eishhh kau ni.. anak dia tu betul-betul buat aku menyampah tau. sakit hati aku."luah intan."hehehehe.. aku tahu sangat laa .. biasa macam tu laa .dah kau pompuan mestilah pakcik tu bawak anak lelaki.. hahahahaa.. apasal pulak dengan laki tu? apa yang dia dah buat ?"tanya zack dengan penuh rasa tidak sabar.."tak..macam ni.. aku geram sangat dengan laki tu nama dia faiq.Ada ke patut dia cakap aku ni tak lawa..Eeee.. aku rasa nak tumbuk je muka dia." Makin bertambah kuat ketawa Zack yang dari tadi tergelak dengan cerita sahabatnya."weii..aku serious ni..aku bengang betul dengan mamat ni" marah intan tanda tidak puas hati apabila mendengar zack yang tidak berhenti ketawakannya."haa okay okay..aku tak gelak dah.habis cerita kau kalini betul betul buat aku pecah perut.tak pernah lagi orang kutuk kau dah la depan muka. weh serious lawak. kalau aku ada time tu maybe aku orang first yang gelak.mesti rasa tercabar kan?"zack cuba menghentikan tawanya."mana aku tak tercabar.Pantang betholl aku kalau orang kutuk aku macam tu.Dah muka ala Korea ni boleh pulak dia condemn muka aku."Sempat Intan bergurau walau dalam geram."HAHAHAHAHAA..mesti dia handsome kan sebab tu dia boleh kutuk kau macam tu"tebak zack."Pada aku tak langsung.Handsome Lee Min Ho aku lagi"Protes Intan sambil memikirkan wajah Faiq yang langsung dia tidak ambil peduli sewaktu perjumpaan siang tadi."Okay lah.. Esok jumpa tempat biasa. kalau face to face lagi syok cerita kan"Ujar Intan."SANGAT!okay goodnight honey"jawab zack."goodnight dear"balas Intan seraya mematikan telefonnya.Lega hatinya dapat mengadu rasa tak puas hatinya kepada sahabatnya.Mereka berdua terlalu rapat sehingga apa jua masalah mereka pasti dikongsi bersama sehinggakan ada juga yang menggelarkan mereka kembar lain mak ayah.Intan berguling-guling kekiri kanan sebelum dia akhirnya tidur. begitulah tabiatnya dari kecil selepas kehilangan 'teddybear' kesayanganya.