FIRST DATE

3015 Words
TOK!TOK!TOK "Adik..bangun dik.. dah subuh ni nanti terlepas pulak."Puan Mazenah mengetuk pintu bilik Intan sebelum masuk kedalam untuk memastikan anaknya bangun dari tidurnya.Puan Mazenah menepuk-nepuk bahu anaknya lembut.Intan menggosok matanya lalu perlahan-lahan bangun dari pembaringannya,sempat juga dia menghadiahkan kucupan mesra dipipi ibunya sebelum beranjak dari katil untuk kebilik mandi. Setelah selesai solat subuh Intan mengambil telefon pintarnya dan mencari nombor zack."Hello zack..dah bangun belum?cepatlah siap kang lambat pulak nak jogging ni. aku dah settle semua dah ni tunggu nak gerak pergi rumah kau je."Intan kejutkan Zack yang baru saja ingin menelefonnya."ermmm.. aku baru nak call kau..haa cepat laa aku tunggu kau".Intan mematikan panggilan dan terus bingkas bangun untuk bersiap berjoging. Sampai di garaj kereta,Intan menghidupkan skuter kecil miliknya dan bergerak ke rumah Zack yang tidak jauh dari rumahnya hanya melalui beberapa buah rumah."Assalamualaikum Zack .."Jerit Intan sambil memicit butang loceng ditepi pagar.Mendengar Intan memanggilnya,Zack terkocoh-kocoh turun anak tangga ."Ishhh.. selalu lambat. aku ingatkan dah menunggu dekat luar dah."bebel Intan melihat Zack yang terkial-kial untuk menghidupkan skuternya."Sorry laa wei..aku tidur lambat la semalam."Ujar Zack separuh memujuk."hellooo... bukan harini je kau lambat okay..kau tak perasan eh"Intan mencerlung mata kearah Zack yang tersengih sumbing kearahnya."Baik Tuan Puteri Intan Payung jantung pisang.. Ampunkan Patik beribu-ribu ampun." Zack merapatkan kedua belah tangannya menghadap Intan.Intan yang tadinya agak bengang dengan Zack tergelak dengan perlakuan Zack. Zack senyum melihat Intan tidak lagi masam mencuka."Dah la jom la gerak..kang lambat pulak balik".Tanpa berlengah mereka bergerak meninggalkan rumah Zack untuk ke taman reakreasi berdekatan rumah mereka. Sesampainya disana,masing-masing fokus mengunci skuter mereka.Bimbang kalau-kalau skuter kesayangan mereka dicuri.Almaklumlah kebelakangan ini kes mencuri sudah seperti menjadi kebiasaan kawasan itu pantang leka pasti akan ada sahaja kes kecurian.Usai mengunci Intan menyanggul rambutnya manakala Zack memilih untuk mengikat sahaja rambutnya. Kemudian mereka berjalan ke sebuah pokok yang agak rendang daunnya untuk membuat sesi panaskan badan.Setelah itu,mereka perlahan-lahan memulakan larian kecil dari satu tempat ke satu tempat hinggalah sampai di pertengahan jalan,sedang asyik mereka bersembang tiba-tiba Intan terlanggar seseorang dihadapannya lalu terjelepok jatuh.Zack menjerit kecil memanggil Intan yang sedang mengaduh kesakitan sambil menyapu-nyapu pasir dan sedikit rumput kering yang melekat diseluar Intan.Perlahan-lahan Intan bangun dibantu oleh Zack dan terus menempelak lelaki yang berada betul-betul dihadapannya yang sedari tadi kaku melihat Intan jatuh."Hoi!! kau apesal berenti tengah jalan.Tak nampak ke aku duk berjogging ha".Lelaki yang tinggi dihadapannya hanya diam menelan butir-butir yang keluar dari mulut Intan.Kemudian, Intan cuba mengamati setiap sudut wajah lelaki itu kemudian dia menepuk dahinya"ouhh kau rupanya..kau nak apa sampai sini kau datang."marah Intan menyedarkan Faiq yang sedang rasa serba salah kerana membuat Intan jatuh."Kau tak puashati apa lagi dengan aku faiq sampai kat sini pun kau nak cari pasal ha ?"mendengar Intan menyebut nama lelaki itu membuat Zack bersuara"Ouhhh ini ke anak kawan papa kau ara?".Sambil tersengih kearah Faiq,Zack menghulurkan tangannya untuk berjabat salam dengan Faiq."Hai..saya zack.. i mean zetty kawan baik dunia akhirat Ara". Intan disebelah hanya menjeling kearah Zack yang tidak berhenti menatap Faiq.'Haisshhh zack ni mula la tu nak merenyam ha'gumam Intan sendirian."Hai..saya Faiq.. Tapi Ara tu siapa ye ?"tanya Faiq ingin tahu.Belum sempat dijawab Intan menarik lengan Zack"Takde siapa-siapa!jom laa zack kang lambat balik bising pulak ibu aku ha"Intan mengajak Zack untuk sambung lariannya."girls..may i join you both ?"pinta Faiq sambil tersenyum membuat Zack cair dengan pujukan Faiq."boleh faiq.."laju Zack menjawab sambil membalas senyuman Faiq.'ha.. elok sangat sekor kucing betina sekor lagi kucing jantan..haih berbulu mata aku tengok'bisik Intan geram. Sepanjang mereka berjoging,Faiq dan Zack rancak bersembang dibelakang seperti sudah lama kenal dan yang pastinya Intan langsung tidak mendengar apa yang mereka cakapkan hanya terdengar suara gelak tawa mereka sahaja yang jelas dan Intan jugak tiada timbul rasa minat untuk mengetahuinya kerana geram terhadap Faiq masih berbaki membuatkan Intan lebih malas untuk kenal lebih rapat dengan yang namanya Syed Faiq Nadim.'Haihhh .. nyampah pulak aku nengok dorang nih!'marah Intan.Meluat melihat gelagat Zack yang sepertinya ingin menyendeng lebih rapat kearah Faiq.Bukannya dia cemburu tapi dia tahu sahabatnya sudah pun mempunyai pasangan,Dani."Zack..jom lah balik.. aku dah panas ni.."Intan berhenti dari lariannya sambil mengipas-ngipas mukanya yang agak merah padam."haiiii.. dah jealous ke tengok aku dengan Faiq .. sweet tak kitorang?"jawab Zack sambil menjeling sekilas kearah Intan dan menyambung semula perbualan hangat mereka"Helllooo.. kau dah salah orang ni..aku nak jealous tengok korang berdua.. lamberttttt lag! setakat kau dengan mamat ni apalah sangat.. sikit pun aku tak heran tau.."gelak intan sambil mencebir bibir kearah Zack. Faiq yang tadinya tersenyum saat Zack mengusik Intan terus mati senyumnya apabila mendengar jawapan Intan.'Apahal pulak mamat ni tadi beria tersengih-sengih time zack usik aku' desis Intan dalam hati." wehhh dia bukan mamat laa.. his name is FAIQ".Zack menyedari perubahan diwajah Faiq terus bersuara."Ada aku kesah nama dia apa?tak mati pun kan kalau taktahu nama dia .. alahhh"jawab Intan dengan nada yang mendatar sambil membuang pandang kearah orang-orang sekeliling.'Hambikkk kau! rasakan apa yang aku rasa.kau ingat aku heran sangat dengan kau.. haritu bukan main cakap aku macam-macam'bisik Intan sambil tersenyum puas kerana dapat kenakan lelaki itu."Takpe laa zetty..saya balik dulu ye lagipun saya nak ke office pulak kejap lagi" Faiq pamit untuk pulang.Agak terasa dengan apa yang Intan hamburkan."Haaa elok sangatlah tu...Kitorang pun dah nak balik ha.. lagi lama kau kat sini lagi panas aku rasa"pekik Intan sambil memerhatikan Faiq yang perlahan bergerak dari situ."Hoii senget!apehal kau ni.. kesian aku tengok si Faiq tu.Kot ye pun kau marahkan dia jangan laa cakap sampai macam tu..kang marah-marah nanti jadi sayang baru kau tahu.."ejek Zack sambil mengekek ketawa."Kau tu yang pehal nak bersayang bagai..takde maknanya.. dah jom balik". Sesampainya dirumah Intan terus meluru kedalam bilik dan mengintai kejalan dibalik tirai dibalkoni biliknya.haih...rasanya macam ada yang mengikut aku tadi..haihhh perasaan aku kot'cakap intan sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.Akhirnya Intan berjalan menuju kekatil kemudian merebahkan badannya."bertuah punya budak... bangun mandi.. elok sangat macam tu.baru balik jogging dengan badan berpeluh pastu baring atas tilam"baru sahaja Intan ingin berguling tiba-tiba terdengar bebelan Puan Mazenah.Cepat-cepat Intan bangun dan berlari masuk kebilik mandi. malas berlama nanti makin panjang bebelan ibunya. Lama Intan berendam didalam tab mandi.Sekejap tersenyum sorang sekejap mengomel memikirkan kejadian di taman tadi."HAHAHAHHAHA padan muka kau faiq.. baru kau tahu kalau aku ni tak boleh dibuat main . depan parents aku,kau boleh la nak belagak"ketawa Intan sendirian tanpa memikirkan perasaan Faiq waktu itu.TOK!TOK!TOK!! ketukan bertalu-talu dipintu bilik mandinya membuatkan Intan sedikit terkejut kerana terlalu ralit dengan melayan perasaan sendiri."Ara...kau kat dalam ke?aku ada benda nak mintak tolong kau ni..cepatlah sikit mandi..aku nak ke butik pulak ni.."rayu Zack.'Haihhh pompuan nih.spoil betul la..aku baru nak layan perasaan tetiba je datang kacau.aku dah laa tengah happy ni'Intan mendengus geram lalu dia bangun dan membilas badannya.Selang beberapa minit Intan keluar dari bilik mandinya dengan memakai pijama yang tersangkut di belakang pintu."Haaa ada apa yang penting sangat sampai tak boleh nak 'w******p' je aku"Tanya Intan."takde apa yang penting sangat pun tapi aku nak mintak tolong kau ni..Esok kan cuti.boleh tak kau temankan aku date dengan Faiq.pleaseeeee...aku takut Dani nampak kalau aku keluar berdua je dengan dia.kau tahu kan Dani macam mana. lagipun KL ni bukan besar mana pun"pujuk Zack sambil mengelus-elus tangan Intan.berharap Intan termakan pujuknya.Terbeliak mata Intan mendengar apa yang baru Zack cakapkan.Terasa kelat airliur yang ditelannya."Kau biar betul.. baru pagi tadi jumpa dah nak date bagai..ayat apa haa yang Faiq guna bagi kau ni..kau tu dah ada boyfriend laaa zack.kang tak pasal aku dimarah sekali ngan boyfriend sakai kau tu.. lagipun kau yang nak dating apa kena mengena dengan aku nya?"tanya Intan tidak puas hati."macam ni..kalau kau teman aku nanti,Takde laa Dani syak apa-apa..Kalau dia tanya aku cakap la tu boyfriend kau"sambil membuat muka kesian memujuk Intan masih mengharap Intan berjaya dipujuk."laaa taknak laa aku ..aku dah laa anti betul dengan mamat tu..nyampah"Intan menggeleng-geleng kepala tanda tidak setuju."please ara please..tolonglah aku kali ni..kau tak kesian ke kat aku..aku ni dah la takde kawan lain dah..harapkan kau je sahabat baik aku dunia akhirat.. hisk hisk.."pujuk Zack sambil berpura-pura menangis.'haihhh kesian pulak aku tengok dia ni sampai merayu macam ni..entah apa lah si mamat tu ayatkan sampai cair macam ni jadinya'fikir Intan sambil menggigit bibir."haa ye laa.. aku tolong..tapi kali ni je tau..lepas ni pandai-pandai kau lah..kita nak pergi dengan apa? pukul berapa gerak ?"akhirnya Intan mengalah membuat Zack tersenyum simpul."thanks babe.esok kita gerak pukul 2 and of course Faiq laa datang pickup.okay darling i pulang dulu ya.."belum sempat Intan menjawab Zack sudah lesap dari pandangan.Kemudian Intan bingkas bangun bersiap untuk ketempat kerja pula. keesokannya,hari yang paling membuat intan malas untuk bersiap sudah tiba. hari untuk melihat dua ekor kucing merenyam.Intan membelek-belek pakaian dalam almari"nak pakai baju apa eh?"puas intan berfikir untuk mengenakan pakaian apa."lantaklah pakai apapun. bukan aku yang nak dating..aku ni watak tambahan je dalam cerita cinta dorang"akhirnya Intan siap mengenakan dress labuh separa betis dan rambutnya dibiarkan lepas.mencalit sedikit liptint dan juga blusher agar tidak nampak terlalu sederhana."Okay settle".Segera Intan mengambil beg sandangnya dan menuruni anak tangga menunggu Zack yang masih belum sampai."sebabtu aku malas nak berjanji dengan zack ni..selalu lambat..ni dah 2.10pm dah"bentak Intan sambil memicit butang remote televisyen."Assalamualaikum ibu..Ara mana?"tanya Zack kepada Puan Mazenah"Ada tu.. duk tengok tv.. menunggu zetty laa.kata nak keluar jalan.."Zack hanya senyum kemudian berjalan kearah Intan. "aku ingat tak jadi pergi"mendatar suara Intan."alaaa sorry laa..aku mestilah kena pakai cantik cantik.. nak dating dengan orang handsome kan.."intan hanya mencebik bibir mendengar penjelasan Zack.Selesai bersalaman dengan Puan Mazenah,Intan dan Zack beriringan keluar rumah lalu menaiki kereta honda HRV milik Faiq.Zack duduk dibahagian penumpang bersebelahan Faiq.Manakala Intan dibahagian belakang. Sepanjang perjalanan Intan merasakan dirinya diperhatikan oleh faiq melalui cermin pandang belakang.Lantas Intan pura pura batuk supaya Faiq tersedar dan mengalihkan pandangannya.Intan beralih tempat kesebelah setentang Zack tidak mahu Faiq curi-curi pandang.'lega aku.nak apa entah mamat ni asyik pandang-pandang aku' bisik hati Intan. Setibanya mereka di MidValley Mall Zack tak berhenti berkepit dengan Faiq layak pasangan bercinta.Sedangkan Intan mundar mandir sendirian hanya mengikut mereka.Akhirnya mereka memutuskan untuk menonton wayang dan pastinya kisah tentang 'horror'.'kenapa lah dorang ni bila cerita macam ni. aku dah laa tak suka cerita macam ni.Zack pun satu bukan dia taktahu aku tak suka cerita seram ni'marah Intan.Apakan daya ingin menolak tiketnya sudah dibeli.mereka bertiga mula bergerak masuk ke dalam 'hall' yang disediakan."Okay..dah jumpa"Faiq bersuara. Zack menyuruh Intan masuk dahulu kerana dia ingin duduk ditengah antara intan dan Faiq.Mereka menikmati ceritanya sambil mengunyah popcorn sekali sekali Zack mempelawa Intan namun ditolak keran dia sedang takut . yang diinginkan hanya tangan Intan untuk menutup mata.Saat pertengahan cerita,Zack minta izin untuk ketandas. Intan hanya menganguk sambil menutup kedua matanya.Bimbang kalau2 hantu keluar saat dia membuka mata.Tidak lama kemudian dia merasa ada seseorang kembali duduk ditempat Zack."haa ada pun. lama betul kau kat tandas.aku takut lah tengok cerita ni"Intan kembali menarik tangan yang disangkakan tangan Zack.Sedang asyik menonton tiba-tiba scene yang mengejutkan keluar .Intan menjerit kecil sambil kuat mencengkam tangan itu.Kemudian Intan berasa sedikit pelik kerana Zack hanya diam saat Intan mencengkam tangannya."Kenapa kau diam je Zack? Kau okay ke tak?sorry laa kuat sangat aku pegang ..aku takutlaaa .. kau pun sa"belum sempat Intan menghabiskan ayatnya Intan menjerit perlahan lantas melempar tangan yang dari tadi dipegangnya."Kau ??kenapa kau duk tempat zack?zack mana?"bertubi-tubi soalan dilemparkan kearah Faiq."Shhh.. pelan sikit Intan.. nanti semua orang tengok.Zetty terpaksa balik ada hal katanya. saya nak bagitahu awak tapi "belum sempat Faiq habiskan ayatnya Intan terlebih dulu menjawab."Habistu kenapa kau duduk tempat Zack?kau nak ambik kesempatan kan!"marah Intan."Amboii sedap mulut kau cakap.kau nak ke aku ambik kesempatan.aku atau kau yang ambik kesempatan .aku nak bagitahu tadi tapi kau yang tarik tangan aku tutup mata kau.sampai sakit tangan aku.aku pun biarkan je laa kesian pulak aku tengok takut semacam je"Ujar Faiq sambil tersengih sumbing."haishhh.. dah jom laa balik. aku datang sini nak temankan korang.dah Zack balik better aku balik jugak"tambah intan lagi."sabarlah sikit.. habiskan cerita ni dulu.then baru kita balik okay. bazir laa cerita belum habis dah nak balik"pujuk Faiq dengan suara yang agak hambar.'haihh mamat ni. boleh pulak macamtu. ni nak date dengan zack ke dengan aku'bisik Intan. Usai menonton wayang,beria Intan mengajak Faiq pulang.Tidak mahu berlama apalagi bila berdua dengan Faiq sahaja."kejap laa Intan..saya lapar ni dari pagi tak makan excited nak date ngan dengan awak..opsss dengan zetty..saya janji lepas kita makan saya hantar awak balik okay" Intan menjongket keningnya pelik.'kejap aku kau kejap saya awak'intan memandang Faiq dengan rasa kesian ."haa baiklah tapi jangan nak lama-lama.bosanlah menhadap muka kau je"walaupun Faiq agak kecewa dengan jawapan Intan tapi dia tetap tersenyum sekurangnya Intan mahu makan bersamanya.Mereka memilih untuk makan di Mcdonald . Faiq memesan set burger dan Intan hanya memesan bubur dan mineral.paling risau kalau badannya naik gara-gara makanan 'fastfood'.Faiq hanya menggelengkan kepala melihat Intan betul-betul menjaga pemakanannya.'dah kecik makan bubur je..nak kecik mana lagi entah'umpat Faiq dalam hati sambil tersenyum melihat Intan.Kemudian mereka mula bergerak mencari tempat yang tidak ramai orang.Bagi Intan dia tidak mahu ada yang nampak dia dan Faiq risau orang beranggapan mereka sedang bercinta.Bagi Faiq pula dia hanya ingin bersendirian bersama Intan supaya dapat meneliti segenap wajah Intan dengan tenang."kau ni nak makan aku ke nak makan burger tu?dari tadi asyik duk pandang-pandang"tegur Intan"eh perasan pulak budak ni.saya tengok pompuan yang belakang awak tu..lawa pulak.ke awak nak saya makan awak?HAHAHAHAHAHA"usik Faiq.Intan hanya mencebirkan bibirnya tanda geram.malas nak bergaduh mulut lagi . dia ingin cepat habiskan makanan dan pulang . Setelah selesai habiskan makanan,mereka beriringan keluar ingin menuju ke lot parking.Dan tidak sengaja Intan ternampak bekas kekasihnya duhulu.Tidak semena-mena Intan terus menarik lengan Faiq dan berjalan bersebelahan bekas kekasihnya,Hans.Hans hanya memandang Intan seperti ingin mengatakan sesuatu sehingga perempuan disebelahnya tidak diendahkan.Intan hanya berpura-pura bahagia disamping Faiq.Faiq kaku melihat tindakan spontan Intan dan hanya mengikut sahaja sambil tersenyum bahagia.Sampai sahaja diparking kereta,Intan segera melepaskan tangan Faiq."Sorry Faiq..aku terpaksa buat macam tu.Aku nak tunjukkan dekat seseorang kalau aku boleh bahagia..Aku bukan nak ambil kesempatan" Lirih suara Intan seperti menahan sebak.Faiq menjadi bingung melihat Intan yang sedang menunduk."its okay Intan..tak usah dilayan perasaan tu.walaupun saya taktahu apa apa tentang awak dan dia yang pastinya dia adalah lelaki yang bodoh and i bet dia menyesal sebab lepaskan awak..percayalah" Suara Faiq kedengaran agak serius tapi cukup membuat Intan rasa tenang."hmmm.. kau tahu tak dekat mana tempat best buat aku rasa tenang bila tengok pemandangan situ"tanya Intan."Ada.dekat masjid"Faiq cuba untuk berjenaka untuk menenangkan hati Intan."HAHAHA kelakar sangat!"intan menjeling Faiq.Tidak tahu kenapa Intan mula timbul rasa selesa bila berada disamping Faiq."kalau kau taknak bawak aku its okay. hantar je aku balik"Intan bersuara separuh merajuk."alololoo.. touching pulak. lembik!"usik Faiq lagi."apa kau cakap ??? lembik?"Intan mengepal tangannya."Hahahahahaha.. okay tak. jom kita pergi. sebelum tu kita ke masjid sekejap saya nak solat maghrib"intan hanya menurut. kemudian mereka bergerak menuju ketempat yang ingin dituju. "Tempat apa ni? waaaaa lawanya.. selama aku duk KL tak pernah sampai pun aku kat sini..."Jerit Intan girang."inilah tempat saya biasa lepak bila nak bersendirian .. tenangkan tengok cahaya-cahaya lampu dari semua bangunan tu . nampak kecil je KLCC dari sini kan" mereka menikmati pemandangan diatas bukit ampang pada malam itu."macammana?? dah lega sikit ke perasaan tu?"tanya Faiq yang dari tadi memerhati Intan sedang tersenyum melihat pemandangan itu."Entahlah..yang pasti aku rasa happy sangat kau bawakkan aku kesini. actually kau ni just nice but sometimes JERK!"saja intan mengeraskan sedikit perkataan itu ingin mengusik Faiq."apa awak cakap??JERK??it is too much intan"Faiq tersenyum nakal yang dibuat-buat melihat Intan sambil menunjukkan rupa lelaki gatal. Dia mendekatkan mukanya kearah intan.Tanpa menunggu lama,intan menolak badan Faiq.Faiq mengekek ketawa tidak tahan melihat rupa intan dalam keadaan cemas."kau dah kenapa faiq??dah miang ke? kau fikir kelakar ke macam tu??dah la aku nak balik!"bentak intan."rilek laaa ..awak takut ke..saya gurau je laa intan"Faiq cuba memujuk."im serious right now!aku kata aku nak balik!hantar aku sekarang!"ajak intan tegas.geram dengan tindakan faiq sebentar tadi.Faiq mengeluh kesal.Dia hanya ingin bergurau dengan intan tapi sangkaan meleset.dia hanya membuat intan bertambah marah. Sepanjang perjalanan intan hanya mematungkan dirinya membuang pandangan kosong diluar tingkap.Faiq bertambah gelisah melihat intan hanya berdiam diri."Intan saya minta maaf sangat-sangat.niat saya hanya nak bergurau je. takde niat pun untuk apa-apakan awak intan"rayu Faiq."pandang depan Faiq! aku nak balik dengan selamat.lelaki semua sama.pantang berdua mulalah nak tunjuk kejantanannya.Tak boleh ke kawal sikit nafsu. Aku benci lah lelaki semu tak guna!" tempik intan.Tersentak Faiq dengan kata-kata Intan membuatkan Faiq berhentikan keretanya disisi jalan."kau nak buat apa pulak ni faiq???"tanya intan sedikit takut.ada getaran dalam nada suaranya.Faiq tunduk, sempat dia menghela nafas beratnya"intan.. saya taktahu apa yang awak fikirkan sekarang ni.. tapi saya nak awak tahu saya takde terlintas sedikit pun dengan apa yang awak fikir ..saya hanya ingin bergurau tapi tak sangka boleh terlebih dalam bergurau.." sayu suara Faiq.tak sangka intan samakan dia dengan lelaki lain."CUKUP!aku taknak dengar apapun.i just wanna back home!"intan kembali berpaling keluar tingkap malas berfikir lagi.yang dia mahu hanya ingin cepat pulang.'kenapa lelaki semua sama je?susah sangat ke nak kawal nafsu yang satu tu..' rintih hati intan dan saat itu juga dia terkenangkan saat bersama bekas teman lelakinya yang pernah cuba untuk merogolnya saat mereka keluar berdua beberapa tahun lepas.Lelaki yang dicintai selama 5tahun cuba meragut kesucian yang selama ini dijaga dengan baik.Waktu itu Hans ingin memperkosanya didalam kereta sempat intan menumbuk muka Hans dengan sepenuh tenaga dan segera dia berusaha melarikan diri.Pada hari itu, seharian intan berada dirumah Zack menceritakan semua yang terjadi sambil menangis teresak-esak.untung waktu itu parents Zack bercuti keluar negara.Jam 12.30pm baru intan pulang dari rumah Zack kerana risau ibubapanya melihat keadaannya waktu itu.Keesokannya jugak Puan mazenah menanyakan anaknya kerana seharian menunggu intan pulang.intan cuma senyum dan memberitahu bahawanya dia berada dirumah zack menemani zack kerana ibubapa zack sedang bercuti.Puan Mazenah juga menanya mengapa matanya bengkak seperti orang menangis dalam jangka yang lama.intan hanya memberitahu ibunya bahwa dia telahpun berpisah dengan hans.ibunya hanya mengangguk tanda faham tidak lagi menanya kerana takut menambah rasa luka dihati anaknya. "Intan.. dah sampai rumah awak"teguran Faiq mematikan lamunan intan pantas diseka airmata yang dia sendiri. tidak menyedari bila menitis."Awak menangis intan?saya minta maaf intan .ikhlas saya betul-betul minta maaf gurau kasar dengan awak tadi..saya"belum sempat Faiq habiskan pantas intan menjawab"takde apa laa faiq..bukan salah kau pun.aku je yang touching lebih.thanks sebab bawak aku pergi tempat tadi"intan tersenyum hambar melihat Faiq dan terus keluar dari kereta lalu meninggalkan faiq yang masih terpinga-pinga."intan apa masalah awak sebenarnya.. Awak buat saya ingin tahu lebih pasal awak!" bicara Faiq sendirian kemudian mula bergerak setelah melihat intan tidak lagi kelihatan.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD