"Babah..umie.. Faiq nak pernikahan antara intan dan faiq dilangsungkan dengan segera boleh tak.."pinta Faiq membuatkan ibubapanya terkejut dan saling berpandangan kemudian masing tersenyum antara satu sama lain"haiii ..dah kenapa kami tiba-tiba nak cepatkan?dah tak sabar ke nak jaga anak orang..tak menyabar ye kamu lepas dah kenal dia"Usik Syed Kamarul membuat Faiq tunduk malu.Mati akal dibuatnya."Sabarlah Faiq..nanti umie cuba berbincang dengan parents intan..sebab kamu pun tahu yang intan taktahu lagi soal ni..kita taktahu lagi bagaimana penerimaan intan"Akhirnya Syarifah hayati melontarkan pendapatnya.'Betul juga apa yang umie cakap..nak ke intan terima aku?takpe..aku akan usaha juga untuk dapatkan hati dia..'Bisik hati Faiq."Walaupun perkahwinan ini ditetapkan oleh kami..Kamu perlu juga buat istikarah.minta petunjuk supaya intan dapat menerima kamu..Semuanya kan atas kehendak Allah..kalau betul kamu ikhlas dengan intan,insyaallah semuanya dipermudahkan"tambah syarifah hayati lagi. "Baiklah umie..saya dengar apa yang umie sampaikan dan saya akan cuba juga untuk ambil hati intan..saya dah mula rasa selesa dengan intan sebab intan ni lain sangat..tak macam perempuan-perempuan yang pernah kenal..semuanya nak dilaburkan duit"balas Faiq.Ibubapanya hanya tersenyum melihat anak sulungnya yang bersungguh-sungguh ingin memperisterikan Intan dan bersyukur anaknya menerima perjodohan ini."Babah.. umie.. Faiq nak keatas dulu ye.. nak mandi,solat lepastu nak rehat laa .. letih pulak badan ni"Sambil tersenyum Faiq bingkas berdiri dan mula berjalan.Baru beberapa langkah Syed Kamarul tiba-tiba bersuara"Harini seharian babah tak nampak kamu..kamu ni kerja kerja jugak..kesihatan pun kena jaga.lagipun harini kan hari minggu bukan hari bekerja"Syed Kamarul menggelengkan kepalanya memikirkan anaknya yang terlalu sibuk bekerja sampai kadang-kadang tiada masa untuk diri sendiri. "Takde laa bah..Faiq keluar dengan Intan seharian..seronok sangat dapat keluar jalan dengan dia rasa hilang kejap stress kerja.. hehehee..tapi tu laa Faiq tak sengaja tersakitkan hati dia tadi"Faiq tunduk kesal.Hajat untuk naik keatas juga terbantut."kenapa faiq?apa yang kamu dah buat dengan intan??"tanya Syed Kamarul sedikit risau.Agak curiga kerana sebentar tadi Faiq beria-ria meminta untuk dipercepatkan pernikahannya.Bimbang kalau kalau anaknya melakukan sesuatu yang boleh memalukan keluarga."takde apapun bah..Faiq just bergurau dengan intan tadi tak sangka pula dia berkecil hati dengan gurauan saya..dia balik tadi pun macam nak marah lagi je"Ujar Faiq tenang.Syed Kamarul menggosok dadanya lega kerana sangkaannya meleset."ouhhhh.. babah ingatkan ada apa laa..risau juga kamu tu lelaki intan tu perempuan..dah kalau keluar berdua mesti ada yang ketiga.syaitan menghasut"Faiq hanya tersenyum mendengar apa yang babahnya luah dan secara tiba-tiba teringatkan zetty yang menjadi orang ketiga."takpe laa bah.. dah pukul berapa dah haa.. saya keatas dulu lah ye"Akhirnya Faiq terus melangkah menaiki anak tangga dan terus menghilang dibalik pintu.
Seperti biasa sebelum tidur,Intan berguling-guling diatas katil sambil memeluk teddybear yang dihadiahkan Hans dahulu.Dia masih menyimpan semua barang-barang yang diberikan oleh Hans. Baginya biarlah barang-barang itu menjadi kenangan yang menandakan dia pernah menyayangi lelaki tersebut.TOK!TOK!TOK!! ketukan pintu mematikan lamunan intan. "Adik.. mari turun makan.. kak salmah dah siapkan makan malam" Ajak Puan Mazenah. "Takpelah bu.. adik kenyang lagi haa makan masa keluar dengan Faiq...ehh zetty .." Tanpa diduga intan terlepas cakap"Haaa ... tak payah nak sorok-sorok laa dengan ibu..ibu dah dengar lagipun ibu dah tahu .. Awal-awal lagi dah Faiq datang rumah mintak izin dengan ibu"Intan terkejut mendengar apa yang diberitahu Ibunya."Takde laa bu.. adik teman zetty je laa tadi..dia nak date dengan Faiq bukan adik tapi tetiba dia kena balik sebab ada kerja katanya"jawab intan sambil tersenyum memandang ibunya."Takpe laa sayang..ibu suka tengok anak ibu happy macam ni..ibu taknak tengok dah anak ibu sedih-sedih macam dulu.."Keruh riak wajah Puan Mazenah lantas dipeluk erat oleh intan " ibu jangan laa diingatkan lagi kisah dulu.. adik okay je .. selagi ibu dan papa ada dengan adik..adik sayang sangat korang.. adik taknak kahwin .. adik nak jaga ibu dengan papa sampai tua"pujuk intan sambil menahan rasa sebak didada.Tidak sanggup rasanya kehilangan kedua orangtuanya. Kemesraaan dua beranak itu diperhatikan oleh Tuan Hardy.perlahan Tuan hardy berdehem mengejutkan mereka"sudah-sudah laa tu.. kita makan dulu lah..papa dah lapar dari tadi menunggu kamu berdua"Ajak Tuan Hardy. Kemudian Puan Mazenah berjalan keluar dari bilik intan sempat dia tanya semula anaknya"adik betul taknak makan ke ??nanti lapar kamu turun laa ye"Intan hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
"Hello zack...Kau kemana je tadi?sampai hati kau tinggalkan aku berdua dengan faiq kan.."marah intan dan sangat jelas mendatar suaranya."sorry ara..aku terpaksa pergi butik tadi..urgent.client aku ada datang..padahal aku dah cakap aku takde kat butik harini" jawab zack cuba mencari alasan."hmmm.. kau tahu tak.. aku jumpa hans tadi..dia jalan sebelah aku.. aku perasan dia nampak..dia dengan perempuan laa zack..girlfriend baru dia kot.."intan memulakan ceritanya."dahtu ?jantan tu nampak ke kau dengan faiq jalan berdua?"tanya zack agak terkejut."mestilah dia nampak senget..dah lalu sebelah aku kot. tapi tulaa aku pun taktahu kenapa spontan aku tarik lengan faiq.kuat pulak tu aku genggam sampai berbekas merah merah lengan dia"tambah intan lagi sambil gelak teringatkan kejadian tadi."Suka sangat gaya kau.ni aku dapat agak confirm jantan tu frust teruk tengok kau dengan faiq yang jauh lagi handsome dari dia"zack juga ikut ketawa memikirkan reaksi hans.tapi dalam masa yang sama dia bersyukur atleast dapat juga intan tunjukkan kebahagiaannya didepan lelaki yang pernah membuat sahabatnya bersedih selama dua tahun kebelakang."Woi zack..kau ada lagi ke tu?asal diam..tidur ke?" sergah intan mematikan lamunan Zack."Eh taklah .. aku ada je ni.tapi kau okay ke intan?"tanya zack membuatkan intan mengerutkan dahi kehairanan"apehal pulak dah tanya aku okay ke tak.. kau yang tetiba diam. aku of course okay je kalau tak takkan aku bergelak ketawa macam ni.. im never better zack. aku dah malas dah fikir benda-benda bodoh yang pernah aku lalui dulu.Untuk apa aku fikirkan jantan macam tu..kau takyah risau ye sayang..ni esok kau kerja tak?"intan sengaja mengalih topik. " mestilah kerja tapi macam biasa laa sekejap je aku kat sana haa .. takde apa jugak nak dibuat kat sana.. kenapa? nak ajak aku keluar ke?"tanya zack."amboii kau .. ajak keluar lepastu tinggal aku kan..taknak laa aku.esok kita lunch kat tempat biasa nak tak?"Ajak Intan." alaaa .. sorry laa babe..tadi aku urgent kena balik kalau tak takkan laa aku nak tinggalkan kau sorang-sorang. okay esok kita lunch sama sama okay"pujuk zack."haa urgent sangat sampai tak sempat nak bagitahu aku sendiri kan .. haihhh.."marah intan."hahahaha kepala aku ni duk teringatkan dia je tu yang aku bagitahu dia je..sorry.."zack mengekek ketawa saja ingin mengusik intan."ouhhh.. duk teringat dia..kau taktahu apa dia cuba buat kat aku tadi..aku takut gila tadi sampai aku tolak macam tu je badan dia..agak kuat jugak laa.."adu intan sedikit geram.Terkejut Zack bukan kepalang kerana perancangannya tidak seperti itu.timbul rasa serba salah dihati zack"kenapa? apa yang dia dah buat kat kau ara... aku mintak maaf sangat..aku bodoh tinggalkan kau ..tak sepatutnya aku percayakan dia..aku tak sangka dia pun macam hans."ada kelainan dalam nada suara zack."babe..chill laa .. aku okay je laa.. takde apapun jadi.. dia just nak bergurau dengan aku tadi..tapi aku ni terlebih touching pulak..aku tahu niat dia nak gurau je..kesian juga aku tengok dia bersungguh-sungguh minta maaf."ada tawa dihujung talian menandakan intan dalam keadaan baik baik saja.Lega sedikit hati zack.Kerana dari sejak pertemuan dia dan Faiq,Faiq sudahpun menceritakan tentang perjodohan antara dia dan intan tapi faiq mintak zack mendiamkan sahaja kerana Faiq cuba ingin menambat sendiri hati intan. Dan pertemuan mereka siang tadi juga telah diatur supaya zack meninggalkan mereka berdua dipertengahan cerita.cerita seram itu juga sengaja dipilih zack kerana dia tahu seberapa penakutnya intan itu.Tapi sebaliknya pula yang terjadi.Tidak disangka Faiq telah lari dari perancangan mereka."hellooo zack.. kau ni kenapa..asyik-asyik terdiam.kau ada masalah ke dengan dani ? kalau ada ceritalah kat aku..aku sedia mendengar"tanya intan pelik kerana sedari tadi zack hanya mendiamkan diri."eh takde apa.. aku dengan dani okay je lah..so esok confirm eh tempat biasa?"tanya zack saja menukar topik."of course laa confirm.. janji tak lambat dah laa"ujar intan"okay mam..janji".setelah panggilan dimatikan,segera zack menelefon Faiq ingin tahu apa yang terjadi siang tadi.selang dua tiga kali berdering Faiq menjawab"hellooo"belum sempat faiq bercakap zack terus memarahi Faiq"hello faiq.apa awak dah buat dekat ara??saya tak sangka eh awak macam tu..awak tahu tak kalau apa-apa yang terjadi pada ara..saya lah paling rasa bersalah dengan ara..saya dah tolong awak,macam ni awak buat!"tempelak zack dengan nafas turun naik tanda geram."hmmm.. saya minta maaf zetty.. saya tak sengaja ..niat saya just nak bergurau dengan dia.. kalau perlu berlutut minta maaf dekat intan saya berlutut zetty.."kedengaran lirih suara Faiq membuatkan zack jadi serba salah.lama mereka mendiamkan diri.Akhirnya Faiq bersuara"saya harap saya dapat jumpa intan esok..saya betul betul nak minta maaf dengan dia.saya bersalah terlebih dalam bergurau.tak terlintas langsung dalam fikiran untuk buat sesuatu yang tak senonoh dengan orang yang saya suka"Faiq jujur membuatkan zack sedikit percaya dengannya."baiklah..esok saya nak awak minta maaf sungguh depan dia.. tak sanggup saya tengok dia sedih cukuplah apa yang hans pernah buat dulu..eh.. takde apa lah.. lupakan apa saya cakap tadi."zack menepuk-nepuk dahinya apabila dia teringat yang dia terlepas cakap.'hans pernah buat dulu ? hans buat apa???'tanya Faiq dalam hati..ingin sekali dia bertanya tapi dibiarkan sahaja soalan itu bermain dalam kepalanya.mungkin saja dirahsiakan."hmmm zetty..if you dont mind.. can i ask you something?"tanya Faiq lembut.'aduh..masak aku..kenapalah bodoh sangat kau ni zack.. selalu nak terlepas cakap..aduhh macam mana ni'bentak zack memarahi dirinya sendiri"ye ada faiq.. awak nak tanya apa.. tapi tak boleh lama sangat ni.. kejap lagi boyfriend saya nak call.."zack cuba cari alasan."ouhhh yeke?kalau macam tu takpelah.. kita jumpa esok je laa.assalamualaikum"jawab faiq hampa."okay..waalaikumsalam"laju jari zack menamatkan panggilan.Sementara Faiq terbaring sambil meletakkan lengan didahi gaya sedang memikirkan sesuatu"haisshhhh intan..apa yang terjadi antara awak dan hans dulu?awak pernah terlanjurkah dengannya..saya harap apa yang saya fikir ni jauh menyimpang..ya allah berikanlah aku petunjuk..sekiranya benar,engkau kuatkanlah hati aku untuk menerimanya seadanya."bicara faiq sendirian.Dan malam itu Faiq terlelap dalam keadaan sedang berfikir.