Seperti pagi biasanya setelah selesai mandi serta solat subuh Intan bersiap untuk ketempat kerja.Intan menilik sedikit wajahnya kemudian menggalas beg kerjanya dan menuruni anak tangga untuk kedapur. Didapur terlihat Puan Mazenah sedang membantu Kak Salmah menyediakan sarapan pagi"ada apa-apa yang boleh intan bantu?"pelawa intan."takde apa dah nak dibuat..cik intan tunggu je dekat depan ye..puan pun boleh laa tunggu didepan.semua dah siap ni"kak salmah meminta dua beranak itu untuk kedepan lalu intan mengangguk dan menarik lengan ibunya perlahan berjalan menuju ke ruang makan.Sempat Intan memanggil papanya untuk bersama-sama bersarapan sebelum berangkat ketempat kerja."Adik..ibu dan papa ada benda nak tanya adik.. ibu harap adik bertenang dulu ye.."bicara Puan mazenah memulakan perbualan mereka tetapi membuatkan intan tiba-tiba rasa berdebar"ada apa bu.."jawab intan sedikit ketar sambil menyendukkan bihun goreng untuk ibubapanya.dia lebih memilih roti hiris bersama jem."macam ni...ibu taktahu apa penerimaan adik kalau ibu cakap ni..tapi ibu perlu cakap juga..ibu dan papa buat semua ini hanya demi kebaikan kamu..sebab ibu dan papa yakin ini yang terbaik.."mendengar sahaja apa yang Puan Mazenah sampaikan membuatkan intan berhenti dari mengunyah ingin memahami setiap patah kata."kenapa ibu..papa.. ada apa-apa yang adik taktahu ke?jangan buat adik berdebar macam ni please"pinta intan sedikit gugup."hmmm macam ni.. sebelum tu ibu nak adik tahu kami sayang kamu dan apapun keputusan adik kami terima.actually,ibu dan papa nak jodohkan kamu dan faiq anak uncle kamarul" luah Puan mazenah sambil mengelus-elus jari jemari intan dan memandang intan dengan penuh pengharapan.Lama intan mendiamkan diri memikirkan apa yang baru sahaja didengarnya terasa ada seketul batu besar yang menindih kepalanya . berat sekali untuk dia menerimanya kerana terlalu benci untuk bercinta apatah lagi untuk berkahwin dengan seseorang yang dia tidak kenali.Benar ibubapanya meminta untuk membuat keputusan tetapi dari apa yang dilihat sepertinya mereka terlalu mengharapkan perjodohan ini."hmmm.. entah laa ibu..pa..adik buntu.adik taktahu nak bagi keputusan macam mana.adik belum bersedia..adik tak pernah kenal faiq tu siapa dan orangnya bagaimana..dan lagi satu,adik tak boleh berkahwin dengan orang yang adik tak pernah cinta"agak tegas nada suara intan.ada bulir bening dikelopak matanya. Seboleh-bolehnya dia menahan rasa sebaknya."adik..cinta kan boleh dipupuk..tak semestinya perlu bercinta dahulu baru dibolehkan berkahwin..adik fikirkanlah ..ibu dengan papa tunggu apa aje keputusan adik..kalau betul adik tak dapat terima faiq.. ibu dan papa redha mungkin adik lebih tahu apa yang terbaik untuk adik.."kedengaran hiba suara Puan Mazenah.Tuan Hardy yang tadinya hanya mendiamkan diri mendengar ister dan anaknya berbual kini dia menyampuk"takpe laa na...biarkan adik fikir dulu..yang nak berkahwin bukan kita.. kita sebagai parents perlu bagi semangat apa jua keputusan dia..jangan disebabkan keputusan kita,anak kita yang susah"mendengar pertuturan lembut Tuan Hardy, intan tersenyum memandang papanya.Tapi tetap saja kelat untuk ditelan.Intan menghela nafas perlahan kemudian bingkas bangun menyalami kedua ibubapanya untuk berangkat ketempat kerja."ibu..pa..adik ketempat kerja dulu ye"lalu diambil beg sandangnya dan berlalu meninggalkan perkarangan rumahnya.
Sepanjang perjalanan Intan hanya menangis memikirkan tentang perjodohannya dan Faiq.Pada awalnya dia ingin ketempat kerja tapi buat masa sekarang dia hanya perlukan teman untuk meluahkan perasaan.Intan telah memohon 'emergency leave' selama seminggu setelah menelefon Zack untuk berjumpa di Taman Tasik Titiwangsa.Laju Intan memandu menuju ketempat yang ingin dituju .Tidak sabar ingin bertemu Zack berharap dapat meluahkan rasa yang membelenggu.
Sampai sahaja ditaman,Intan segera keluar dan berjalan dibawah pohon-pohon sebelum akhirnya duduk disatu tempat yang tidak dipenuhi orang ramai.Selang beberapa minit Intan menunggu,Zack pun tiba.Tanpa berbasa basi lagi langsung Zack menarik lengan Intan"Kau kenapa Ara?Apa yang jadi kat kau..dah berapa lama kau menangis ni.." Risau Zack terhadap Intan setelah melihat Intan seperti orang hilang arah .Kemudian intan menarik tubuh Zack dan menangis semahu-mahunya.Zack menggosok perlahan-lahan belakang Intan agar dapat menenangkannya."Kau kenapa Ara..apa yang jadi kat kau.. cubalaa cerita kat aku ..siapa tahu aku boleh tolong kau.."Intan kemudian melepaskan pelukannya.Tangisan yang tadinya kuat kini semakin perlahan dan intan menyeka airmatanya."hmmm ..parents aku.. mintak aku kahwin dengan faiq..kau tahu kan rasa benci aku kat lelaki macammana..macam mana aku nak terima faiq?aku kan tak kenal dia dan aku pun takde rasa cinta sikit pun kat dia.."rintih intan yang tersedu-sedan menahan tangis.Perlahan Zack menghela nafas. Dari awal dia sudah tahu pasti perkara ini akan berlaku.Rasa sedih melihat intan yang terpaksa akur akan keputusan ibubapanya seperti diluah mati emak,ditelan mati bapak begitulah yang dirasakan intan saat ini."Hmmm kau banyakkan bersabar Ara..Aku tahu susah untuk kau terima kenyataan ini..Tapi aku yakin parents kau buat keputusan macam ni hanya untuk kebaikan kau..mak ayah mana yang nak lihat anaknya menderita kan..aku nak cakap lebih pun susah sebab aku tak duduk tempat kau dan aku taktahu apa yang kau rasa"Zack cuba untuk menenangkan perasaan Intan sambil tersenyum melihatnya."Aku taktahu apa keputusan yang bakal aku buat zack..samada buat parents aku happy atau sebaliknya..entahlah zack.sungguh aku betul-betul buntu"pandang intan kearah zack dengan tatapan seperti orang sedang bercelaru fikiran.Kemudian mereka menghadap kearah tasik yang terbentang cuba menghirup udara agar dapat melegakan sedikit kegusaran dihati"Thanks zack..aku rasa sedikit lega lepas luahkan kat kau.."Intan mengelus tangan zack seraya memberikan sepotong senyuman.Zack juga turut membalas dan menangguk perlahan.
Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan deringan telefon Zack"Hellooo .. ada apa Faiq.."zack menjawab panggilan."hah??tak boleh .. saya ada hal dengan Ara ni..okay laa bye"terus zack mematikan panggilannya."Siapa call kau ? ada hal ke .. kalau ada hal kau pergilaa..aku minta maaf ganggu waktu kau"Intan merasa serba salah kerana sudah agak lama mereka disitu meluah rasa."eh takde apalaaa .. kau ni macam tak biasa kan dengan aku.. siapa lagi nak call aku kalau bukan your future husband..sibuk duk tanya kau kat mana laa?buat apa..haihhhh..."jawapan zack itu membuatkan intan terbeliak mata kemudian ditampar lengan Zack."Hahahhahaa ala sorry laa sayang.. aku gurau je laa..aku taknak tengok kau sedih-sedih dah..senyum laa sikit"zack memeluk intan yang tadi berpaling darinya. Kemudian Intan memusingkan badannya menghadap zack"jom pergi lunch .. this time my treat..aku nak kau happy-happy..kau cakap nak makan apa"ajak zack kebetulan dia agak lapar kerana tidak sempat sarapan pagi tadi."ikut kau laa mana-mana je..lagipun kau nak belanja tak kena time..kau fikir aku masih ada selera nak makan.."ujar intan."haa..thats why aku ajak time sekarang..kau mesti tengah tak selera makan kan..so confirm kau akan makan sikit je..HAHAHAHAHA"balas zack sambil gelak jahat."kau ni betul laa kedekut..taik hidung masin!"Intan juga turut ketawa.Kemudian mereka bergerak menuju ke salah satu restoran yang lumayan terkenal diKuala Lumpur.
Sesampainya direstoran tersebut,mereka memilih tempat yang agak tertutup sedikit supaya mudah untuk mereka bersembang atau bergelak ketawa.Intan hanya memesan jus oren kerana selera makannya sudah putus manakala Zack memesan air laici dan beberapa jenis menu makanan.sedang mereka menunggu pesanan mereka sampai tiba-tiba datang seseorang yang sangat intan tidak ingin berjumpa saat ini.Terkejut mereka berdua dengan kehadiran Faiq."Kau???kau kenapa datang sini ??zack .. kau ajak dia eh?"marah intan."tak..tak..jangan marah zetty..dia tak salah..saya sendiri yang datang..kebetulan saya lalu tadi ternampak kereta awak dan zetty so saya singgah ke sini"ujar Faiq selamba.intan mencebirkan bibir tanda meluat'eleh..alasan kau!'marah intan dalam hati."dah alang-alang dah sampai ni..duduk je lah..takkan nak halau pulak kan ara..hehehehe"pelawa zack.intan hanya menjeling kearah zack dan faiq."awak menangis ke intan?nampak lain sangat rupa awak sekarang..mata tu dah bengkak-bengkak"tanya faiq tidak puashati."tak payah sibuk lah!!bukan urusan kau pun."bentak intan.Faiq tertunduk hampa mendengar jawapan intan."faiq..awak nak minum apa?boleh laa nak order"pelawa zack sengaja ingin menghilangkan suasana hambar disitu."takpelaa zetty..saya tak dahaga pun..kan saya dah cakap tadi saya kebetulan lalu sebab tu singgah.."balas faiq."awak duk depan intan laa biar saya duk sebelah intan okay"zack senyum kearah faiq.'Hoi minah!kau tahu kan aku tengah taknak jumpa mamat ni sekarang..aduh kacau betul!"merengus intan sendirian sambil kakinya ligat mencari kaki zack."ADUH!!"tiba-tiba Faiq mengaduh menahan kesakitan sambil meraba-raba kakinya.Tatkala itu intan yang sedang mencuka menahan ketawa dari meledak apabila melihat reaksi Faiq.'Alamak.. macammana laa boleh pulak terpijak kaki dia..Hahaha PADAN MUKA!puas hati aku'intan tersenyum sumbing sambil mengalih pandangannya kearah jalanraya.Zack yang baru sahaja ingin melabuhkan punggungnya setelah menukar tempat dengan Faiq terus memandang Faiq termasuk orang yang berdekatan mereka. "Faiq..are you okay?kenapa menjerit...buat malu je orang tengok"tanya zack sambil tergelak kecil."takde apa.. just tersepak kerusi haa..keras pulak kerusi ni"Ujar Faiq sambil menjeling sekilas kearah Intan."dah yang ni dah kenapa senyum sorang-sorang?apahal laa korang berdua ni.. sorang mangaduh sakit yang sorang lagi senyum sorang-sorang ..elok sangat"teguran zack terus mematikan senyuman intan dan perlahan dia berdehem."aku senyum sebab tengok ada pakcik tu terlanggar tiang.kau tu lambat lagi ke nak habiskan makanan tu..aku dah rimas laa duk sini.terasa panas pula"intan membuka mulut malu apabila ditegur zack."alahhh..panas atas dunia apa lah sangat.."ejek Faiq"Helloooo.. am i talking to you mister??"intan menjeling."haaa sudah..sudah. haihhh baik takyah buka mulut laa korang ni..kalau buka mulut je confirm nak gaduh..nanti berjodoh baru tahu"giliran zack pula menyakat menghentikan pertelingkahan antara intan dan Faiq."Zack! stop talking nonsense okay.i really dont like it!"marah intan.Faiq hanya ketawa bersama zack melihat intan yang sudah merah padan menahan marah."dah laa weh..aku nak balik! enjoy your lunch!"bingkas intan bangun ingin berlalu pergi,sakit hati apabila ditertawakan. Baru sahaja intan ingin melangkah pergi,Faiq segera meraih pergelangan tangan intan membuatkan intan berdiri betul-betul menghadap Faiq."Eh apa ni?tarik-tarik tangan orang pulak!!jangan nak melebih-lebih eh."bentak Intan sambil terkial-kial mencuba menarik lengannya kembali.Faiq yang tidak menyangka boleh sedekat itu dengan intan segera melepaskannya perlahan-lahan."im so sorry intan..sit please.i need to talk with you.thats why im here looking for you"rayu Faiq ikhlas.Mendengarkan itu,perlahan intan melabuhkan punggungnya kembali disebelah zack."first of all,saya betul-betul nak minta maaf pasal kejadian lepas yang terjadi ..i really didnt meant it.trust me"bersungguh-sungguh faiq meminta maaf,intan hanya mendengar apa yang dikatakan."saya nak awak maafkan saya before we get married.i need make this thing clear"datar suara faiq.intan terkejut bukan kepalang"So you know everything??kau betul-betul kurang ajar kan..kau mainkan perasaan kawan aku lepas kau dah date dengan dia!"Tempik intan melepaskan amarahnya dan tanpa disedari jatuh setitis airmata dipipi Intan.Tangan Faiq terketar-ketar melihatkan itu ingin sahaja dia mengusap dan menyeka airmata dipipi mulus itu.Zack yang baru sahaja menghabiskan makanannya tiba-tiba bersuara"Ara.. actually aku dah tahu dah pasal ni..he told me everything on our first met masa kita pergi jogging haritu"Luah Zack sedikit serba salah.Intan menyembamkan mukanya diatas meja beralaskan lengannya.Terasa seperti ada seketul batu yang besar menghempap diatas kepalanya.Dadanya terasa bagai disiat-siat. Susah untuk dia terima apa yang baru didengarnya.kemudian intan mengangkat mukanya yang sudah basah dengan airmata. "ohhhh jadi both of you tahu soal ini!good teamwork.HAHAHAHAHAA padan muka aku kan.aku taktahu apa salah aku pada korang sampai aku ditipu dalam diam.no wonder aku mintak pendapat kau,kau seolah berharap aku terima je"intan ketawa dalam tangis."Ara...aku minta maaf sangat.aku takde niat untuk tipu kau..percayalah aku.aku sayang kau..kita berkawan dah lama ara..takkan aku tergamak nak sakitkan hati kau"zack menangis sambil cuba untuk memeluk intan tapi kuat ditolak intan."you asked your forgiveness.yeah!aku maafkan kau sebab kau sahabat dunia akhirat aku!kan??"intan tersenyum sinis memandang zack."Intan..thats not her faults..semua yang jadi ni punca dari saya..and today i want you to know everything and things clear..just forgive her please.dia cuma tolong saya untuk saya rapat dengan awak"baru sahaja Faiq ingin menyambung ayatnya pantas intan menjawab"Enough!!!i dont want hear anything anymore from both of you!just leave me alone!"tempik intan lalu meninggalkan zack dalam keadaan menangis teresak-esak dan Faiq yang berusaha mengejarnya.
Sepanjang dalam kereta Intan tidak henti-henti menangis.Dia sudah tidak peduli dengan rupanya tika itu.Dia tidak pernah menyangka sahabat baiknya sanggup menipunya.Waktu berjalan sangat cepat dan intan tidak tahu kemana arah ingin dituju kemudian dia teringatkan atuk dan opahnya dikampung.Tanpa berlengah lagi dia terus memecutkan keretanya menuju ke Kampung Morten,Melaka tempat yang dahulunya pernah dia tinggal bersama atuk dan opahnya.
TOK!TOK!TOK!
"Assalamualaikum Atuk..Opah..intan ni.."
sayup-sayup suara intan dari luar rumah. "waalaikumsalam..siapa tu.."sahut Opah Indah seraya membuka pintu.terkejut Opahnya melihat cucu kesayangannya sudah tercegat didepan pintu.Tanpa berlengah, Intan menyalami tangan Opahnya kemudian memeluk cium tubuh tua itu."laaa kamu intan..datang sorang je ke?yang lain mana? ibu papa kamu mana?"tanya opah sambil matanya melilau mencari-cari kalau-kalau orang yang disebutkan itu ada."takde opah.. intan balik sorang je ni..rindu sangat nak jumpa opah dengan atuk..lama sangat dah tak balik sini..asyik opah atuk je datang kl" jawab intan kemudian beriringan masuk kedalam rumah."siapa yang datang malam-malam ni indah"tanya atuk."cucu kita laa atuknya..ni haa ..katanya rindu entah ye entah tidak ha"jawab opah sambil tersenyum simpul.intan menghulurkan tangan menyalami atuknya dan dicium pipi atuknya. "laa intan rupanya.. datang sorang je ke ?" atuknya kembali bertanya."ye atuk .. sorang je .yang lain sibuk bekerja susah nak cuti. itu yang intan datang sorang ni"jawab intan lalu melabuhkan punggungnya disofa."hmmm yelah.nak tunggu tak sibuk bila lah agaknya.. susah betul nak jumpa anak-anak cucu sekarang"keluh atuk Jamal mengingatkan anak-anaknya."hmm jangan laa sedih-sedih atuk.. ni intan dah ada kan ..macam tak suka je intan balik"usik intan."apa pulak tak suka nya.. atuk suka laa.. bahagia sangat atuk kalau cucu ingatkan atuk dan opah dikampung ni..ni kamu cuti berapa lama. alang-alang balik ni duduk laa lama sikit"tanya opah indah."intan cuti seminggu.hari jumaat intan balik laa KL"tersenyum Atuk dan Opahnya mendengar intan duduk dikampung agak lama."takpe lah..pergi lah nak mandi dulu lepastu berehat..kalau nak makan opah nak panaskan kejap makanan tu haa"pelawa Opah .Baru sahaja Opah ingin berdiri terus intan menarik opahnya menyuruh untuk kembali duduk."takpelah opah..intan dah kenyang laa opah.. intan nak mandi pastu nak solat kemudian nak rehat..penat dah drive dari KL"ujar intan lembut. Opah hanya mengangguk kemudian intan terus pamit untuk kebilik yang pernah didiami dahulu.Biliknya masih sama tiada sedikit pun yang berubah.pakaiannya juga masih tidak terusik didalam almari.intan hanya tersenyum memikirkan kalau Atuk dan Opahnya begitu menyayanginya.
Azan Subuh pagi itu cukup kuat mengejutkan intan dari mimpinya.Dia sendiri tidak sedar bila dia tertidur semalam.Dia cuma ingat yang dia sempat solat istikarah sebelum akhirnya dia tertidur.Perlahan-lahan intan menggosok matanya kemudian bingkas bangun mengambil tuala dan berjalan menuju bilik mandi.Setelah selesai mandi dan solat,Intan kemudian keluar untuk kedapur ingin membantu Opahnya menyediakan sarapan pagi.Hajatnya ingin membantu terbantut apabila melihat semuanya sudah tersedia diatas meja hanya menunggu untuk dipanggil sahaja."Opah baru saja nak panggil kamu ajak makan.kamu dah turun ni eloklah makan sekali" ajak Opah.Intan yang dari semalam tidak menjamah sedikit makanan pun seperti orang kelaparan melihat makanan diatas meja makan.Lalu dia menyendukkan nasi goreng kedalam pinggan dan dihulurkan kepada atuk dan opahnya sebelum diletakkan untuknya.Tanpa menunggu lama, Intan mengunyah nasi"ummm.. sedapnya nasi goreng opah...tiptop rasa dia.rindu sangat nak makan masakan opah tau"intan tidak habis-habis memuji masakan opahnya.Atuk dan Opah hanya tersenyum melihat gelagat intan."sedap apanya intan.. biasa je tu..tak sama macam makanan yang ada diKL tu ... sebut je nak makan apa mesti dapat."perli Opahnya."memanglah kat sana sebut je nak makan macam-macam ada tapi masakan Opah takde kat sana.Tak sama macam yang Opah buatkan"giliran intan pula menyakat Opahnya.Mereka ketawa kegirangan"Intan.. Opah nak tanya ni.Kamu jangan marah pula"pertanyaan Opahnya itu membuatkan intan serta merta berhenti makan."ye opah..tanyalah .."Intan cuba beranikan diri sambil tersenyum."takdelaa.. semalam ibu kamu ada telefon opah tanya kamu ada kat sini tak..opah nak suruh dengan kamu tapi kamu dah tidur.ibu papa kamu taktahu ke kamu kesini?"tanya opah. "emmm.. sebenarnya ibu dan papa taktahu pun intan kesini..intan diam-diam je datang sini sebab niat nak tenangkan hati dan fikiran"Intan mengeluh sambil menguis-nguis nasi didalam pinggan."sebesar mana pun masalah kamu nak,intan tak boleh buat macam tu..kalau terjadi apa-ap dekat kamu.. keluarga kamu juga yang susah.. intan tak kesian ke kat ibu dan papa cari kamu bagai nak gila. kamu kan perempuan..Opah tak marah kamu..Opah lagi senang kalau kamu datang kemari.tapi biar ibu papa tahu ye nak"lembut Opah indah bicara menasihati cucu kesayangannya.Intan hanya tersenyum kelat sambil mengangguk "Sudahlah Opahnya..kan ada yang tak termakan nasi tu..dari tadi duk kuis-kuis nasi tu..lagipun dah selamat dah ha cucu kita ni"Atuk mencelah agar Opahnya berhentikan bebelannya.Intan hanya tersenyum melihat Opahnya menarik muka masam."Takpelah Opah..intan minta maaf ye.. kejap lagi intan call ibu okay mam!"jawab intan sambil mengangkat tabik kearah Opahnya ingin mengambil hati.Berderai ketawa ketiga-tiganya.Selesai makan Intan menyuci pinggan mangkuk.Awalnya Opah ingin membantu namun telah dihalang oleh intan. Intan meminta Opahnya kedepan sahaja.
Usai mengemas,intan masuk kebilik mendapatkan telefonnya.Banyak panggilan dan pesanan w******p yang tak dilihat dari semalam.Ada dari zack dan juga nombor yang tidak dikenali.langsung tidak dihiraukan kemudian dia membuat panggilan.Selang beberapa saat,panggilannya disambut oleh Kak Salmah.Intan meminta untuk memanggil ibunya"Hello assalamualaikum bu.. adik minta maaf bu..Adik kat kampung ni.."intan memulakan perbualannya."waalaikumsalam adik.. kenapa adik baru call ibu.. adik tahu tak ibu papa risau sangat. along dan angah pun tak habis-habis tanya adik pergi mana.. adik tak kesian ibu ke? adik nak ibu mati mengejut ke"lirih suara Puan Mazenah dihujung talian."ibu jangan laa cakap macamtu..adik tak sempat nak bagitahu ibu.. adik drive semalam sampai je kampung penat badan .. dah siap bersih badan semalam adik terus tidur"intan terangkan satu persatu kepada ibunya. rasa bersalah menapak dalam hati apabila mendengar adik suara tangis ibunya."adik kalau tak dapat terima perjodohan adik dengan faiq..ibu terima ..nanti ibu bagitahu uncle kamarul kalau adik taknak terima ye sayang .. cepatlah balik..ibu tunggu adik..semua tunggu adik kat rumah ni."Suara esakan Puan Mazenah makin kuat kedengaran."Ibu janganlah macam ni.. adik minta maaf sangat ibu adik buat ibu risau ..adik buat semua risau..adik balik kampung sebab adik rasa rindu kat Opah dan atuk.dah lama sangat tak balik..Pasal kahwin tu,Ibu teruskan je lah.Adik terima ni sebagai takdir adik..mungkin dia jodoh adik.apa yang ibu pa rasa terbaik untuk adik maknanya baiklah untuk adik"panjang intan luahkan rasanya dengan airmata yang bergenang dikelopak matanya.suaranya juga sudah kedengaran lain tapi sebolehnya dia cuba untuk ketawa supaya tidak menambahkan rasa risau dihati ibunya."betul adik balik kampung sebab rindu?adik tak payah tipu ibu..ibu tahu anak ibu macammana..kalau adik rasa terpaksa takpe ibu boleh batalkan je semuanya.ibu taknak tengok anak ibu sedih sebab terpaksa terima perjodohan dari ibu dan papa"ujar Puan mazenah perlahan.Suara esakan yang tadinya kuat kini tidak lagi kedengaran."takpe bu.adik ikhlas adik cuba terima faiq sebagai takdir adik.adik tahu ini yang terbaik.Adik juga yakin Allah bagi sesuatu tu sesuai dengan kita.jadi adik kena yakinlah dengan perancangan Allah.kan bu?"intan gelak hambar ingin membuatkan ibunya merasa lega dengan jawapannya. "Baiklah kalau macam tu keputusan adik..nanti ibu akan usulkan kat papa..terima kasih adik .terima kasih sangat sayang"Ucap Puan Mazenah sambil tersenyum senang."baik bu..mungkin ambil masa sikit untuk adik terima Faiq dalam life adik..takpe laa bu..Opah dan Atuk dah panggil tu dari tadi tak keluar-keluar lagi dari rumah"pinta Intan."Baiklah sayang..cepat-cepatlah balik ye sayang.."Akhirnya panggilan dimatikan.Jauh Intan termenung merenung telefonnya sebelum akhirnya dia keluar untuk membantu atuk dan Opahnya di kebun belakang rumah.
Pejam celik pejam celik sudah hari keempat Intan dikampung.Dia sendiri tidak menyedari masa berjalan begitu pantas.Tidak puas lagi rasanya menghabiskan waktunya dikampung.Rasa tenang dalam hatinya perlahan-lahan timbul. Mungkin dengan merelakan sesuatu itu membuatkannya rasa tenang.Intan juga sudah berbaik dengan Zack setelah dua hari duduk dikampung.Zack tidak jemu-jemu menelefonnya memohon maaf diatas apa yang terjadi.Dia juga tidak habis-habis meminta Intan untuk pulang ke Kuala Lumpur.Dia terlalu rindukan sahabatnya yang saban hari tidak kunjung pulang dan juga rasa bersalahnya terhadap Intan sangat membelenggu dirinya.Intan menghela nafas panjang sambil tersenyum melihat pemandangan indah dikampung.Begitu tenang dan damai tanpa bunyi bising kenderaan seperti diKuala Lumpur.Tiba-tiba dia teringatkan sahabat baiknya,Umairah. sewaktu zaman kecilnya dari sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara sehinggalah Sekolah Menengah Ghafar Baba.Umairahlah yang sentiasa bersamanya.Mereka sudah lama tidak berhubung setelah ibubapa Intan kembali mengambil Intan untuk dibawa ke Kuala Lumpur.Terngiang-ngiang pesanan Umairah kepadanya apabila pulang kekampung untuk datang menjenguknya.Intan menuruni pangkin yang dibuat atuknya dan kemudian memanggil Opahnya"Opah..Intan nak ke rumah Irah kejap ye..Dah lama sangat tak jumpa dia..Apa khabar agaknya dia sekarang ye.."Terjerit-jerit intan meminta izin Opahnya.Opahnya terkedu mendengar hanya membiarkannya kemudian mengangguk.
Beberapa minit kemudian sampailah dia di perkarangan rumah Umairah.Rasa rindu tiba-tiba datang menyerbu setelah sekian lama tidak bersua muka."Assalamualaikum.. Irah oooo irah..aku ni intan"Intan memanggil Umairah dengan bersungguh-sungguh.Akhirnya salamnya disambut oleh Makcik Mina"waalaikumsalam..anak ini siapa ye..Kenal Irah ke?"tanya Makcik Mina pelik. Intan tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalam."makcik dah lupa ke.. ni intan laa cucu Opah Indah dan Atuk Jamal..Kawan Intan waktu kecil dulu.."ujar intan sambil matanya melilau mencari kelibat Umairah.Lama Makcik Mina memandangnya mungkin sedang mengingatkan kembali"ouhhh intan cucu Opah indah..Ya allah dah besar panjang kamu ye..ada dalam 8tahun tak jumpa kamu haa.. makin cantik pula dah besar ni"Puji Makcik Mina seraya menarik lengan intan untuk masuk kedalam rumah."eh takde laa makcik..saya sama je macam dulu..Irah mana makcik taknak jumpa saya ke?dah la rindu dia ni"tanya intan lagi sambil menjenguk kebiliknya."Intan duduklah dulu ye.makcik pergi buatkan air minum dulu ye"makcik mina bergerak menuju ke dapur"tak payah susahlah makcik.. intan dah minum petang dengan atuk dan opah tadi"tolak lembut Intan.tapi Makcik mina hanya senyum dan berlalu untuk kedapur.Kemudian Intan bangun berjalan sekeliling rumah sambil melihat gambar-gambar yang bergantung didinding dan rak-rak meja.Ada gambar Umairah dan dirinya waktu kecil dan waktu sekolah menengah tapi gambar zaman remaja Umairah tiada.'maybe Irah simpan dalam bilik kot gambar-gambar lain..dah besar kan.. hehehehehe'bisik hati intan sedapkan hatinya sendiri."Intan jemputlah minum..air biasa je intan..duk kampung biasa laa"pelawaan Makcik Mina mengejutkan Intan dari lamunan kemudian melangkah menuju Makcik Mina"makcik.. Irah mana ye?dia kerja ke ?dia pulang pukul berapa?intan rindu sangat dia ni..esok intan nak balik KL dah"tanpa diduga ada airmata mengalir dipipi Makcik Mina"kenapa makcik..intan tersilap cakap ke?"sekali lagi ditanya agak serba salah.Makcik Mina menggelengkan kepalanya."Intan rindukan Irah..makcik sepuluh kali ganda lagi rindukan dia"ucap Makcik Mina sayu."Apa maksud makcik?"tanya intan kurang mengerti"Irah.. irah dah takde intan..dia kemalangan waktu dia berusia 17tahun.waktu tu dia baru je dapat lesen kenderaan dan dia juga ada cakap yang dia nak jumpa intan diKuala Lumpur bawa motor yang dihadiahkan Pak Tam sebab keputusan SPM dia sangat membanggakan kami..Dia kemalangan dengan motor tu jugak lah.. Lori kayu balak langgar dia dari arah belakang dan dia meninggal ditempat kejadian."teresak-esak Makcik Mina menceritan kisah sebenar yang terjadi kepada Umairah.'Ya Allah..kawan jenis apa aku ni??sampaikan kau meninggal pun aku taktahu irah.kau pulak selalu berusaha untuk jumpa aku sedangkan aku sibuk melayan jantan..Ya Allah..ampunkan aku..Irah maafkan aku..aku betul-betul taktahu soal ni..aku rindu kau irah'Jerit suara hati Intan.Intan meraup wajahnya yang sudah basah dengan airmata."Makcik..boleh intan nak tengok dimana kubur irah..Intan betul-betul rindukan Irah.."Pinta Intan seakan merayu."marilah ..makcik tunjukkan."Makcik mina bangun dan masuk kebilik Arwah Umairah.Lama dia didalam dan kemudian kembali bersama selendang putih yang dahulunya sering dipakai Umairah lalu dihulurkan kearah Intan"Intan pakailah selendang ini dan simpanlah buat kenang-kenangan"intan menyambut lalu mencium lama sebelum kemudiannya disarungkan kekepalanya.Sesampainya di tanah perkuburan dimana Umairah dimakamkan makcik Mina menunjukkan dimana pusaranya.Perlahan-lahan intan berjalan dan mengelus-elus batu nisan didepannya. airmatanya tidak dapat ditahan lagi.Intan menangis sambil sedekahkan alfatihah dan bacaan yasin sebelum akhirnya meninggalkan tanah perkuburan itu dengan rasa berat hati.
Setelah menghantar Makcik Mina kerumahnya,Intan pulang kerumah Opah dan Atuknya.Sempat juga Intan meminta beberapa keping fotonya bersama Arwah.Dia ingin abadikan buat tatapan tatkala rindu sahabatnya itu.Melihat kereta Intan sampai dirumah,Opah Indah keluar dari rumah"intan kemana saja seharian tak nampak..Opah ingatkan kamu balik tak bagitahu"intan berlari mendapatkan Opahnya lalu memeluk sambil menangis semahunya"kenapa Opah tak bagitahu intan soal Irah.. kenapa harini baru harini Intan dapat tahu kalau Irah dah takde"Opahnya menggosok perlahan belakang intan kemudian menolak perlahan bahu intan supaya intan memandangnya."Bukan Opah taknak bagitahu..Opah berapa kali telefon kamu masa tu tapi kak salmah selalu yang jawab cakap kamu takde kamu sibuk kesitu kesini"Intan menutup muka dengan kedua belah tangannya.Intan hanya mendiamkan diri kemudian ditarik lengannya oleh Opah untuk masuk kerumah kerana hari sudah senja.Intan mohon diri untuk masuk kebilik. Dia ingin mengemas pakaian kerana awal pagi esok dia akan bertolak pulang keKuala Lumpur."Irah..sampai hati kau tinggalkan aku..kau tahu tak aku rindu sangat dekat kau..aku rindu waktu kita sama-sama pusing kampung dengan basikal..aku rindu kau usik-usik aku macam dulu..maafkan aku Irah..Aku tak layak dipanggil sahabat..aku lupa kau waktu aku di KL sedangkan kau beria-ria nak jumpa aku sampailah nafas kau yang terakhir."meraung Intan sendirian sambil menatap foto-foto ditangannya.Malam itu intan tidur ditemani airmata yang berjuraian.
Keesokannya,Awal pagi lagi Intan bangun menyiapkan sarapan pagi selepas solat subuh dan bersiap untuk pulang.Berat hatinya untuk meninggalkan kampung.Dia begitu selesa dikampung yang sangat tenang tidak seperti di bandar yang sibuk dan bising dengan bunyi kenderaan."kamu nak bertolak pukul berapa intan?"teguran Atuk mematikan lamunannya."dalam Pukul 9 intan gerak lah..awal sikit bertolak sebab biasa hari jumaat jalan sibuk takut nanti lewat sampai rumah"jawab intan kemudian menyuapkan kuih karipap kemulutnya."nanti dah balik jangan lupa kami disini pula..sering-sering laa pulang kekampung.Atuk dan Opah disini sangat mengalukan kedatangan cucu-cucu opah kami"hiba suara Opah.Intan tahu pasti berat hati mereka untuk membiarkan intan pulang."Baik Opah .. insyaallah nanti ada masa intan balik tapi mungkin tak seorang.. dengan suami intan mungkin.. hehehehe"intan tersengih memandang Atuk dan Opahnya yang sepertinya bersahaja."Aminn.. kami doakan cucu kami dipermudahkan urusan dan dipertemukan jodoh yang baik.."ucap Opah.Selesai menjamu selera dan membersihkan pinggan mangkuk,intan meminta izin untuk pamit pulang kerumahnya.Lama mereka berpeluk cium kerana mereka sudah merasa rindu walaupun intan belum lagi bertolak.Intan melambai-lambai kearah Atuk dan Opahnya kemudian mula bergerak .Saat dia melalui tanah perkuburan kampung musai,sempat dia berbisik "selamat tinggal sahabat dunia akhiratku..maafkan aku terlambat mengetahui segalanya..ada masa nanti aku datang jenguk kau..assalamualaikum". Kemudian Intan menekan pedal minyak dan meninggalkan perkampungan morten itu.