bc

HATI YANG TERSISA

book_age16+
0
FOLLOW
1K
READ
family
fated
drama
tragedy
mystery
mythology
like
intro-logo
Blurb

Sejak kecil, Aurora hanya mengenal satu perkara—

luka.

Ayah meninggal ketika dia berumur dua tahun.

Kakaknya menghilang tanpa jejak.

Dan ayah tirinya membenci kewujudannya.

Ketika hidup di rumah sendiri pun menjadi neraka, Aurora memilih untuk pergi.

Namun dunia luar jauh lebih gelap daripada yang dia sangka.

Dia dijadikan barang dagangan, dijual dan dibeli, dipaksa hidup dalam bayang yang dia tidak pernah minta.

Hingga satu malam…

dia bertemu Reyhan—lelaki yang melihat dirinya sebagai manusia, bukan dosa.

Tetapi cinta mereka menjadi kesalahan besar di mata keluarga Reyhan.

Masa lalu Aurora terlalu kotor bagi mereka.

Sedangkan bagi Reyhan…

Aurora satu-satunya cahaya yang dia mahu pertahankan.

“Selagi awak tak lepaskan saya… saya takkan lepaskan awak.”

Namun mampukah cinta mereka melawan dunia…

dan masa lalu yang masih mengejarnya?

chap-preview
Free preview
sipnosis
Sejak kecil, hidup Aurora bukan seperti kanak-kanak lain. Rumah yang sepatutnya menjadi tempat berlindung berubah menjadi penjara yang memenatkan. Ayah kandungnya meninggal ketika dia baru belajar berjalan. Kakaknya, satu-satunya tempat dia bergantung, menghilang tanpa tinggalkan jejak. Dan ayah tirinya… lelaki yang sepatutnya menjaga, sebaliknya memandang Aurora seperti beban yang tidak pernah dia minta. Besar dengan cercaan, bentakan, dan sikap dingin membuatkan Aurora belajar satu perkara sejak usia kecil— bahawa dia tidak pernah diinginkan. Ketika remaja lain bergelak tawa dengan kawan-kawan, Aurora hanya mengenal kerja rumah, marah, dan sepi. Dunia di luar rumah menjadi tempat dia melepaskan nafas. Tetapi dunia itu juga akhirnya meragut kebebasan yang dia impikan. Satu keputusan salah, satu ajakan yang dia sangka selamat… membawa hidupnya jauh lebih gelap daripada apa yang dia lalui di rumah. Dia dijadikan barang. Dijual. Diperdagangkan. Dan pada setiap malam dia berdoa supaya Tuhan sekurang-kurangnya mengizinkan dia bertahan sampai esok. Namun takdir punya cara yang pelik. Pada saat Aurora benar-benar mahu menyerah… dia bertemu seseorang. Reyhan. Lelaki yang muncul dalam hidupnya bukan sebagai penyelamat sempurna, tetapi sebagai manusia yang melihat dirinya sebagai manusia, bukan dosa. Reyhan tidak bertanya tentang luka di hatinya, tidak memaksa dia membuka cerita yang dia sendiri tidak mampu sebut. Lelaki itu hanya hadir — sebagai tangan yang menghulurkan bantuan pada saat dia hampir tenggelam. Keberadaan Reyhan membuatkan Aurora merasakan sesuatu yang dia tidak pernah berani harapkan: ketenangan. Tetapi dunia tidak suka melihat gadis yang pernah jatuh diberi peluang kedua. Terutamanya apabila lelaki yang bersamanya berasal daripada keluarga ternama yang menjaga maruah seperti menjaga nyawa. Keluarga Reyhan menolak hubungan itu habis-habisan. Bagi mereka, Aurora tidak layak menyentuh hidup anak lelaki mereka. Gelap masa lalunya menjadi alasan untuk memutuskan cinta yang baru hendak bertunas. Namun Reyhan bukan lelaki yang mudah tunduk. Bagi dia, Aurora bukan masa lalunya… Aurora adalah harapannya. “Saya tak peduli apa orang kata,” Reyhan pernah berkata sambil memegang tangan Aurora, “Selagi awak tak lepaskan saya, saya takkan lepaskan awak.” Tetapi hidup tidak pernah semudah itu. Masa lalu Aurora kembali menghantui, memaksa dia mempertimbangkan keputusan yang paling dia takuti — meninggalkan Reyhan demi melindunginya. Hidupnya kini tidak hanya tentang dirinya sendiri. Dia tahu, mencintai Reyhan bererti menariknya ke dalam perang yang dia sendiri tidak mampu menang. Di sisi lain, Reyhan semakin terhimpit antara keluarganya dan wanita yang dia cintai. Semakin dia berusaha mempertahankan cinta itu, semakin besar tekanan yang datang. Rahsia masa lalu Aurora mulai terbongkar satu-persatu, dan setiap helai kebenaran membawa luka baru yang tidak mudah ditelan. Namun cinta, walau rapuh, tetap mencari ruang untuk hidup. Aurora mula belajar menerima dirinya. Dia mula percaya bahawa dia tidak sepatutnya dihukum sampai mati atas sejarah yang tidak pernah dia pilih. Dengan Reyhan di sisi, dia mula membina kekuatan yang dia hilang sejak kecil. Tetapi kisah cinta mereka bukan kisah yang mudah. Ia kisah dua jiwa yang datang dari dunia berbeza, berusaha mencari tempat untuk bersama walaupun dunia cuba memisahkan mereka. Ia kisah tentang luka, ketabahan, pengorbanan… dan keberanian untuk memilih bahagia walaupun seluruh dunia menentang. Dan di tengah semua itu, Aurora mula bertanya pada dirinya sendiri: “Adakah aku layak dicintai?” Sedangkan bagi Reyhan, jawapannya sudah jelas sejak awal: “Ya. Dan saya akan buktikan.” Ini bukan kisah cinta dongeng. Ini kisah cinta dua insan yang ditulis dengan air mata, doa, dan kekuatan yang lahir dari hati yang pernah hancur… tetapi masih ingin mencintai.

editor-pick
Dreame-Editor's pick

bc

The Rejected Mate

read
1.6M
bc

He's an Alpha: She doesn't Care

read
413.8K
bc

Holiday Hockey Tale: The Icebreaker's Impasse

read
720.0K
bc

Claimed by the Biker Giant

read
507.6K
bc

Just One Kiss, before divorcing me

read
2.3M
bc

Fake Dating My Ex's Hockey Star Brother

read
163.4K
bc

HIDING MY BOSS' HEIRS | SPG

read
1.5M

Scan code to download app

download_iosApp Store
google icon
Google Play
Facebook