Bab 1

247 Words
Hujan malam itu turun bagai meratapi takdir seorang anak kecil bernama Aurora. Di dalam rumah kayu yang separuh usang itu, tubuh kecilnya yang baru berusia dua tahun duduk terpinga-pinga di sisi jenazah ayahnya. Tangannya yang halus memegang jari ayahnya yang sudah tidak lagi hangat. “Papa… papa tido?” Suara kecil itu tenggelam dalam esakan ibunya, Mariam. Alina, kakaknya yang berumur tujuh tahun, berdiri di penjuru bilik sambil menggigit bibir, cuba menahan tangis. Tetapi hatinya pecah melihat tubuh ayah yang kaku—lelaki yang selalu memeluknya sebelum tidur, yang selalu dukung dia keliling kampung. “Hidup kita dah tak sama lepas ni…” bisik Alina dalam hati kecilnya. Ketika lampu rumah dipadam, hanya cahaya pelita yang menerangi wajah Aurora. Wajah yang masih polos, tidak mengerti bahawa malam itu… dunia sedang merampas kebahagiaannya satu-persatu. Calon Suami Ibu Dua tahun berlalu. Mariam yang selalu kemurungan akhirnya mula membuka hati pada seorang pemuda kampung bernama Rahim. Dia sering datang membantu membetulkan atap bocor, membawa beras, memberikan lauk. Di depan Mariam, Rahim tampak penyayang, penyabar, selalu tersenyum manis. Tetapi di balik senyum itu, ada sesuatu yang dingin di matanya—sesuatu yang hanya disedari oleh Alina. “Ibu… Alina tak suka dia.” “Kenapa kamu selalu menolak, Alina? Dia baik… dia tolong kita.” “Alina rasa tak sedap hati.” Namun Mariam tidak dengar. Dia sudah lama sunyi. Sudah lama rindu disayangi. Aurora pula, yang kini berumur empat tahun, hanya memerhati dari belakang kaki ibunya tanpa memahami pergaduhan itu.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD