Bab 2

203 Words
Kakak Menghilang Hari pertunangan Mariam dan Rahim berlangsung sederhana. Tetapi malam itu, Alina hilang. Dia pergi dengan beg sekolahnya, tanpa pesan, tanpa nota—hanya meninggalkan angin malam dan pintu yang terbuang terbuka. “A… Alina?” Mariam menjerit, namun suara itu disambut sunyi. Aurora berdiri di tangga, memegang boneka lusuh pemberian kakaknya. Matanya bulat, bingung, tidak tahu bahawa kakak yang selama ini jadi pelindung… telah pergi meninggalkannya. Dan sejak malam itu, hati Aurora mula kehilangan apa yang paling dia cinta—keluarga. Lelaki Berwajah Dua Rahim berpura-pura menjadi ayah yang baik di depan Mariam. Tetapi belakang isteri… “Budak ni lambat! Kau pekak ke?!” Aurora yang berusia lima tahun hanya mampu menangis ketika disergah, sementara ibunya tidak ada di rumah. Rahim benci Aurora tanpa sebab yang jelas. Mungkin kerana wajah Aurora mirip ayah kandungnya. Mungkin kerana Aurora membuat dia merasa tidak memiliki Mariam sepenuhnya. Atau mungkin… kerana hatinya memang busuk sejak awal. Ibu Yang Tidak Percaya Setiap kali Aurora cuba memberitahu: “Mak… ayah tiri puk—” Belum sempat habis, Mariam memotong. “Aurora! Jangan kata yang bukan-bukan! Dia sayang kamu!” Aurora menunduk, tak tahu bagaimana hendak menjelaskan kebenaran. Rahim hanya tersenyum kecil di belakang Mariam—senyuman kemenangan.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD