Inas mencampakkan handphone nya di atas katil, lalu mengambil seluar separas lutut di dalam almari. Tanpa mengenakan t-shirt, Inas merebahkan tubuhnya di atas katil sambil membuka i********: miliknya. Tubuhnya tidak terlalu berotot kerana dia bukanlah seorang yang rajin untuk bersenam berat. Namun dia tidak pula membiarkan lemak menapak di perut ratanya.
Matanya kini tertumpu pada gambar teman wanitanya. Natasya. Gadis cantik berusia 26 yang dikenalinya semasa dia menemani uminya ke pameran lukisan. Gadis berambut ikal berwarna perang itu berjaya menarik perhatiannya, ditambah lagi dengan lekuk tubuh yang agak seksi di matanya. Hubungan mereka berlangsung selama 2 tahun, namun sebulan yang lalu gadis itu ingin menamatkan hubungan kerana tidak mahu menuruti cara kehidupan dan pemikiran kolot keluarga Inas. Menurut Natasya, keluarga Inas terlalu menjaga adab pergaulan sehingga dia merasakan Inas tidak tertarik kepadanya.
“Sayang please… I nak dengan you malam ni.” Rayu Natasha manja sambil tangannya mengusap lembut pipi Inas.
“No sayang, I tak boleh buat macam tu sekarang. I sayang you sangat-sangat.” Jelas Inas sambil mengusap lembut bahu Natasya.
Dia juga lelaki normal yang berkeinginan. d**a seksi Natasya sering membuatkan dirinya tersiksa kerana menginginkan tubuh gadis itu.
“Dah 2 tahun kita couple, you tak pernah nak sentuh I. You jijik dengan I atau you memang tak sayang I?” Tanya Natasya merajuk, menjauhkan tubuhnya dari sisi Inas.
“I love you so much baby. But we can’t do that! Sebab tu I ajak you nikah untuk menghalalkan hubungan kita.” Pujuk Inas lembut sambil mengelus tangan kecil gadis itu. Dia sangat tahu apa yang diinginkan oleh kekasihnya itu, namun dia masih mampu berfikiran waras. Uminya telah mendidik mereka dengan tegas tentang batas pergaulan.
“I masih muda Inas.” Ucap Natasya kesal.
“Sebab tu I tak nak sentuh you sekarang, you masih muda dan I tak nak you rosak sebelum kita menikah. Kita nikah okay.” Pujuk Inas lembut sambil menatap wajah Natasya berharap gadis itu bersetuju dengan lamarannya.
“I belum bersedia. I tak nak terikat dengan you sepanjang masa. I masih nak hidup bebas tanpa perlu jaga anak atau jaga mertua. Hell no!” Luah Natasya keras lalu berdiri membetulkan pakaiannya.
“Let’s break up!” Ucap Natasya lalu membuka pintu kereta, meninggalkan Inas yang masih bingung.
Inas menarik dan menghembus nafas kasar melihat gadis itu pergi dan menghempaskan pintu keretanya dengan kuat.
Inas berganjak turun dari katil lalu turun ke tingkat bawah untuk mengambil air minum. Suasana rumah yang sunyi membuatkan Inas berfikir bagaimana uminya boleh tinggal di rumah besar tersebut hanya bersama abinya dan pembantu rumah mereka.
Mungkin kerana uminya sering menghabiskan masa dengan melukis membuatkan hidupnya tidak kesunyian. Fikir Inas sambil membelek beberapa keping lukisan milik uminya yang masih belum siap sepenuhnya.
Inas duduk di counter bar dapur sambil meneguk lemonade yang dijumpainya di peti sejuk. ‘Hmm..sedap.’
Tok tok tok!
“Assalamualaikum”
Inas mengerutkan keningnya, jam di dinding baru menunjukkan pukul 7:30 malam. Laju!
“Walaikumsalam, woiii… Sejak bila kau pandai bagi sal..” Kata-kata Inas terpotong melihat kehadiran 5 orang lelaki berkopiah di hadapan pintu rumah uminya.
Inas menelan liur kasar, keningnya berkerut lalu bertanya dengan ragu-ragu.
“Ada apa encik?”
“Kami dapat aduan bahawa encik sedang bersama dengan seorang wanita yang bukan ahli keluarga di dalam rumah ni.”
“Eh… Encik dah salah faham ni. Ini rumah umi dan abi saya. Saya sendiri dalam rumah ni, umi dan abi outstation, Kak Esah pembantu rumah ni pun dah balik kampung sebab ada majlis.” Terang Inas sopan.
“Boleh kami masuk untuk buat siasatan?” Tanya salah seorang lelaki tersebut.
Inas tersenyum lalu mengangguk. “Saya naik tukar baju sekejap.” Ucap Inas memandangkan dia hanya mengenakan seluar separas lutut tanpa baju.
*
Alea membuka matanya perlahan menatap pemandangan yang terasa asing. ‘Ah… Lupa, rumah Puan Saodah.’ Fikirnya. Alea menepuk dahinya kuat melihat jam sudah menunjukkan pukul 7:30 malam. ‘Berapa lama aku tidur!’ Fikirnya lagi lalu bergegas duduk di sudut katil, menutup matanya seketika untuk menghilangkan rasa pening.
Selepas memperbetulkan pakaiannya, Alea membuka pintu untuk menyambung kerja-kerja membersihkan ruang dapur, perutnya juga sudah mula berkeroncong minta diisi.
“Aaaaaaaaaa…” Teriak Alea melihat beberapa orang lelaki berada di hadapan pintu rumah Puan Saodah.
Kesemua lelaki tersebut juga terkejut mendengar suara teriakan Alea.
“Ka… Kamu siapa? Tanya Alea gugup kerana takut. “Tolong keluar dari rumah ini!” Kata Alea dengan nada tegas. Mujur saja dia masih mengenakan tudung. Dia kembali mendekati pintu sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya ada yang cuba menghampirinya.
“Kamu siapa? Apa kamu buat di sini?” Terdengar suara keras dari arah tangga.
Semua menoleh ke arah sumber suara tersebut, termasuk Alea.
“Sa… Saya pembantu rumah di sini. Saya menggantikan Kak Esah 2 hari ni.” Jawab Alea gugup.
Inas memicit dahinya, tidak tahu apa yang harus dikatakan. Dia menoleh ke arah 5 lelaki berkopiah yang berdiri di hadapan pintu.
“Saya rasa encik semua dah salah faham. Dia hanya pembantu rumah di sini.” Ucap Inas tenang.
“Kami tidak yakin jika gadis ini adalah pembantu rumah. Seperti aduan yang kami terima, encik berdua-duaan dengan gadis ini di dalam rumah. Kami terpaksa membawa kamu berdua ke balai polis untuk siasatan lanjut.” Terang lelaki itu.
“Apa!!!” Teriak Alea dan Inas serentak lalu saling menatap.
“Encik dah salah faham, saya tak kenal dia!” Bentak Alea keras.
Inas turut cemas, dia tidak mahu mencemarkan nama baik abinya sekiranya berita tentang dia dibawa ke balai polis akibat berdua-duaan dengan gadis menjadi isu yang boleh menjatuhkan perusahaan ayahnya. Dia meraup wajahnya kesal.
“Bro, kenapa ramai orang di rumah umi?” Suara pemuda yang berdiri di luar rumah mengejutkan semua yang ada.
Inas menarik nafas panjang. “Jan, kau tolong jelaskan dengan mereka, aku tak kenal b***k perempuan tu!”
Hafizan melirik ke arah gadis yang dimaksudkan oleh sepupunya itu. ‘Rasa macam pernah tengok b***k ni, tapi di mana?’ Fikirnya.
“Relax Inas. Kau duduk tenangkan diri, biar aku yang urus masalah ni.” Arah Hafizan sambil menepuk bahu Inas.
Inas mengangguk lalu melangkah longlai menuju ke sofa, fikirannya tidak tenang memikirkan dirinya perlu ke balai polis untuk disiasat kerana berdua-duaan dengan gadis yang tidak dikenalinya. Abi dan uminya pasti kecewa jika mengetahui perkara tersebut.
“Kau pun duduk dulu.” Arah Hafizan kepada Alea.
Alea duduk di kerusi berhampiran tingkap sambil memerhatikan pemuda yang baru muncul tadi berbincang dengan 5 orang lelaki berkopiah. Sesekali mereka mengangguk, sesekali menggeleng. Alea semakin cemas melihat kelakuan mereka. Dia tunduk sambil menggenggam jari-jemarinya kuat. ‘Ibu, tolong Lea.’ Lirihnya sayu.
Memikirkan dirinya yang perlu menghadapi situasi seperti ini membuatkan dia kesal dengan takdirnya. Dia penat menghadapi ujian-ujian yang tidak berpenghujung.
“What!!! No… Aku tak buat apa-apa pun dengan b***k tu!”