Penculikan Aku

2332 Words
         Jam di telefonku berbunyi menandakan waktunya aku perlu bangun, aku mengeliat malas dan menarik selimutku untuk menyambung tidurku. Tapi terasa seperti seseorang berada di depan wajah ku, aku membuka mata ku dan ................ "Arghhhhh............. to....." satu telapak tangan menutup mulutku. Aku berusaha keras, bergelut, meronta-ronta  untuk melepaskan diri.   "Ada,  buka mata dan lihat siapa di depan mu......."      Aku patuh, membuka mata ku dan memandang ke arah sosok tubuh yang menutup mulut ku.  Mata ku membulat melihat orang dihadapanku. Dia melepaskan pegangan tangannya dari mulutku. "Bryan............" aku menggapai tangan dan mengigit tangan nya tanda protes, kemudian aku meloncat dari katil dan berlari masuk ke bilik air untuk menyucikan badan ku. Aku terdengar kekehan suara ketawa Bryan di belakang ku.                                                                     ==========================         Di meja makan, semua orang fokus  dengan makanan masing-masing termasuk aku. Sambil makan sambil otakku ligat berfikir, bagaimana Bryan dapat masuk? Pintu telah di kunci, balkoni ? Apa yang dibuatnya di dalam kamar ku, dia mengapakan aku? Tidak mungkin.  Wajahku menunjukkan rasa tidak puas hati, kening ku berkerut dan menarik perhatian orang lain di sekelilingku. "Selepas mengintai Abang long dan Qistiena semalam, adakah Ada teringin hendak berkahwin segera dengan Bryan?" Abang long ku memecah kesunyian sambil ketawa kecil. Aku memuncungkan mulutku tanda protes. Namun semua orang mengetawakan aku termasuk Bryan. "Saya akan menjaga Ada dengan baik dan tidak ada orang yang  boleh menyakiti cinta hatiku" ucap Bryan sambil memandang ke arah ku. "Kesian la kat orang ni, tiada pasangan lagi........" ucap abang ngah ku.  Kami semua pun ketawa bersamaan.         Kami menghabiskan makanan kami dengan harmonis sekali.  Dipenuhi dengan ketawa riang, seperti tiada kesusahan yang berlaku di dalam keluarga kami. Aku pun terlupa dengan apa yang sedang melanda, lupa kepada kehilangan mama.         Gelak ketawa berubah dari meja makan ke ruang tamu. Kami bersantai menonton television. Kebetulan di kaca television sedang mengiklan bahawa waris kepada jasad yang ditemui dicari. Aku menjadi sedih, teringatkan mama. Apa yang berlaku kepada mama. Mama dah makan, mama dah mandi, mama sihat....? Pelbagai persoalanan menerpa kepada ku menyebabkan aku sedih hingga menitiskan air mata. "Tuan... tuan...." seorang lelaki berbaju kemeja putih berkaca mata hitam berlari ke dalam dengan termengah-mengah. Serentak semua bangun berdiri dan memandang ke arah nya. "Semua perempuan masuk ke bilik kerja, sekarang. Yang lain segera bergerak" arah abang long. Aku tanpa berlengah lagi menggenggam tangan Qistiena dan kami berdua berlari ke atas menuju ke bilik kerja. Di dalam bilik kerja terdapat ruang darurat yang di sediakan khas untuk melarikan diri atau bersembunyi. Tapi aku tidak bercadang hendak mendedahkan hal ini kepada Qistiena kerana aku masih curiga kepada Bryan dan Qistiena.         Aku dan Qistiena tercegat memandang layar television cctv yang menunjukkan apa yang berlaku sekarang di sekitar rumah yang kami duduki. Aku baru  terperasan yang rumah kami agak besar, ada kolam renang, ada tempat bercucuk tanam sayuran dan tempat peliharaan ikan dan ayam, ada taman ada sebuah pondok kecil di tepi bukit yang tidak pernah aku tahu selama hari ini. Aku tidak tahu kedudukan semua itu, disamping rumah atau di belakang rumah yang aku pasti hanyalah di pintu pagar depan. Padan muka aku kerana selama ini malas berjalan di sekitar rumah ini.          Aku melihat segerombolan lelaki berpakaian kemeja putih dan berkaca mata hitam seperti di dalam movie 'Man in Black' cuma tiada blazer sahaja. Mereka di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan bergegas ke posisi yang di tetapkan. Sepertinya mereka bersedia untuk berperang. Aku mula runsing, tinggal aku dengan Qistiena sahaja, di saat-saat genting Qistiena diserang penyakitnya bagaimana? Fikiran ku menjadi kacau dengan masalah ini. "Ada, respon ada" satu suara keluar dari walkie talkie di atas meja. Aku bergegasmendapatkan walkie talkie itu. "Ya, Ada dan Qistiena okay-okay saja" balas ku dan Qistiena di samping ku menganggukkan wajah nya seperti di walkie takie ada kamera dan dapat di lihat oleh orang di hujung sana. Kalau bukan kerana keadaan yang genting sekarang terasa ingin ketawa  tergolek-golek dengan kelakuan Qistiena, tapi aku tahan. "Buka laci meja, ambilkan alat pendengaran untuk Ada dan Qistiena. Bantu memaklumi kemasukan orang asing kepada kami. Ada ubahkan pasu bunga di atas meja, letakkan telapak tangan ada di atas meja. Gunakan kepakaran komputer Ada untuk menyekat kemasukan musuh" arah suara dari sana. "Baik" ucapa aku sepatah dan mematuhi  arahan. Aku membuka laci meja mendapati terdapat dua alat pendengaran, Aku serahkan kepada Qistiena satu dan membantu dia mengenakannya dan aku memakaikan yang satu lagi kepada ku.          Kami mengangkat pasu bunga di atas meja tersebut dah meletakan ia di bawah. Aku meletakkan telapak tangan ku di tengah-tengah meja, telapak tangan ku di scan dengan cahaya biru. "Akses diterima,  selamat datang cik muda tunggal, saya Alia akan membantu cik muda tunggal menguruskan pencerobohan dan darurat di rumah tangga ini" satu suara bergema di dalam bilik. "Alia, Apakah situasi sempadan rumah masih selamat atau telah di cerobohi?" soal ku kepada pelayan komputer. "Sisi belakang rumah tangga sudah dicerobohi oleh para ninja dengan bersenjatakan kebolehan ninja yang tinggi. Di lain-lain bahagian, cubaan menceroboh juga sedang dilakukan. Dicadangkan menggunakan Dome bagi menyelamatkan keadaan. Tunggu arahan Cik Muda Tunggal" terang pelayan komputer "Ada, arahkan penggunaan Dome bagi memudahkan kita menangani masalah ini" arah suara dari alat pendengaran. "Alia, Aktifkan penggunaan Dome" arah ku kepada pelayan komputer tersebut. "Penggunaan Dome di aktifkan dalam masa lima saat" "Lima"  "Empat" "Tiga" "Dua" "Satu" "Dome telah diaktifkan, tiada jalan masuk atau keluar dari kawasan rumah yang berukuran lima ratus ribu kaki persegi. Tiada peralatan yang dapat menembusi Dome. Udara yang terkandung di dalam Dome bertahan selama satu tahun di dalam suasana aman, jika berlaku kebakaran atau sebarang pencemaran udara akan memendekkan jangka guna oksigen. Dunia luar tidak dapat berhubung dengan dalaman Dome dan begitu jua sebaliknya" terang pelayan komputer. "Baik, terima kasih" ucap ku ringkas walaupun di dalam hati merasa pelayan komputer ini sangatlah menyebalkan. Banyak berleter. "Alia, pancarkan kedudukan musuh kepada Tuan muda pertama dan tuan muda kedua"  arah ku kepada pelayan komputer.         Mata ku dan Qistiena memandang ke arah layar television cctv,  Pelayan komputer memancarkan kedudukan rumah kepada kedua abang ku dan juga kedudukan musuh yang menerombos ke arah belakang rumah. Walaupun musuh memasuki bahagian belakang rumah dengan kepakaran ninja, di posisi lain masih juga dikekalkan penjaga. Detak hatiku mengatakan semua ini perangkap, sebenarnya dimana musuh yang sebetulnya.  "Rasanya ada yang tidak kena dengan serangan ini, terasa seperti serangan ini untuk mengabui kehendak mereka yang sebenarnya dan kedudukan musuh yang nyata" ungkap ku menyebabkan abang-abangku dan Bryan berpandangan sesama sendiri. Kemudian mereka bergegas masuk ke dalam rumah. "Alia, pengambil alihan arahan oleh tuan muda bongsu" abang ngah ku merampas kuasa. Dia mengambil alih arahan kepada pelayan komputer. "Kamu berdua masuk ke kamar masing-masing, kunci pintu dan tingkap, jangan buka sebarangan" arah abang long ku kepada aku dan Qistiena. "Rasanya lebih baik kami berada bersama di sini, rasa lebih selamat" bantah aku. " Idea yang bernas" sokong Bryan "Alia, tunjukkan kedudukan musuh secara pemancaran demensi"  arah abang ngah ku kepada pelayan komputer. Saya objek berbentuk rumah dan kawasan sekitar. Terdapat bentuk manusia yang berwarna biru dan merah. Biru melambangkan orang-orang kami dan yang merah adalah musuh. "Alia, dapatkan jasad yang di luar suhu normal manusia" arah abang ngah ku lagi. Muncul dua lembaga yang samar-samar di dalam rumah seolah menuju ke ruanggan kamar kerja dimana kami berada. Aku melopong, terkejut.  "Alia, hapuskan pelindung mereka supaya kewujudan mereka dapat di kesan" arah abang ngah ku lagi "Pengaktifan air memadam kebakaran bagi menurunkan suhu badan ke peringkat yang lebih rendah, namun ia tidak membantu mewujudkan mereka kepada orang sekitar" terang pelayan komputer "Bersedia untuk bertarung, aktifkan pancaindera ke enam masing-masing" abang long memberikan arahan kepada abang ngah dan Bryan. Aku termanggu, mereka sungguh tidak dapat dikesan. Itulah alasan kenapa sehingga sekarang kedudukan mama tidak dapat diketahui. "Bryan, cover jika aku tidak dapat mengatasi mereka, masukkan mereka berdua ke dalam ruangan bersembunyi, jika keadaan lebih darurat kamu boleh keluar ikut laluan rahsia" ungkap abang long ku kepada Bryan dan terus bergerak keluar dari pintu.         Abang long membuat balik kuang dari tingkat atas terus mendarat berhadapan dengan kedua lembaga tersebut. di lantai bawah. Terdampak ketampanan abang long ku dengan gaya kung funya. Tanpa berlengah, lembaga itu menyerang abang long ku, tetapi abang long ku tenang berdiri di situ sambil memejamkan matanya. Dua serangan serentak bagaimana abang long ku menghadapinya.  Selebut sutera selaju angin, abang long ku menghindar dari serangan serentak itu dan bergerak ke depan menyebabkan penyerang tersebut hilang keseimbangan badan. Abang long ku menghulurkan kedua tangannya menarik ke dua lembaga tersebut dan melambung mereka ke belakang ke arah pintu masuh. Kedua lembaga itu mendarat di daun pintu dan menjadikan pintu sebagai papan lonjakan untuk mereka ke tingat atas. Abang long menyedari gerakan itu melonjakkan badannya dan menggapai kaki kedua lembaga itu, satu kaki lembaga satu di tangan kanan dan satu lagi kaki lembaga kedua di tangan kiri. Kedua lembaga itu di hempas ke lantai. Kedua lembaga itu segera bangun dan memberikan serangan balas serentak ke arah abang long ku, tetapi dengan mudah di hindari olehnya. Seolah-olah mereka tidak bersungguh-sungguh di dalam pertarungan ini, sekadar melengah-lengahkan masa. "Abang ngah, ada sesuatu yang tidak kena. Bagaimana suasana di belakang rumah sekarang, " ucap ku berterus terang kerana kami lebih tertumpu kepada pertarungan abang long. "Alia, temukan lagi suhu badan yang seperti tadi di sekitar kediaman" arah abang ngah ku kepada pelayan komputer dan mata kami hampir melompat keluar bila dinampakkan beberapa lagi lembaga seperti dua orang tadi memasuki kekawasan rumah dari pintu depan. Mereka seolah-olah tidak menjadikan Dome ini sebagai satu permasalahan untuk mereka tembus. Manusia atau zombie mereka ini. "Ada dan Qistiena, masuk ke tempat persembunyian sekarang" arah abang ngah.  Bryan bergegas menarik tangan aku dengan tangan kanannya dan Qistiena di tangan kirinya. Kami bergegas ke rak buku,  Bryan meletakkan telapak tangannya di bingkai gambar dan telapak tangannya di scan dengan cahaya merah susu. Sejak bila Bryan juga terguna pakai di dalam sistem komputer rumah ini.         Tidak sempat aku mendapat jawapan dari persoalanan itu, aku dan Qistiena di dorong masuk ke sebalik rak yang terbuka. Kami berdua bergandingan tangan kerisauan di sebalik rak buku. Cahaya samar-samar dari luar menerombos masuk menyirami kami berdua. Kami berdua mengintai di sebalik rak untuk melihat status pencerobohan itu.          Aku dan Qistiena melihat bagaimana abang long ku dan Bryan direbahkan oleh segerombolan manusia yang bersuhu luar biasa ini yang bisa masuk ke Dome keselamatan dengan mudah. Abang Ngah dan kesemua pengawal dengan bersungguh melindungi kami berdua. Aku melihat dengan mata ku sendiri berapa ramai pengawal yang rebah di dalam melindungi kami. Bagaimana keselamatan kami dengan mudah dicerobohi oleh orang-orang ini.         Abang ngah ku telah menalihkan mode pelayan komputer kepada mode darurat di mana Alia mengambil alih keselamatan kediaman dan sekitarnya di bawah Dome. Abang ngah bergegas turun tangan membantu Abang long dan Bryan melawan mereka ini. Aku sedih kerana tidak dapat membantu. Air mata Qistiena tidak dapat ku nyatakan lagi, membasahi bajunya tetapi tidak bersuara. Mungkin risau didengari oleh orang luar. Aku juga menitiskan air mata.         Tetiba Qistiena bangun berdiri, mukanya berubah dingin dan dia seolah tekad. Mata coklatnya tiba-tiba bertukar merah, rambut dan pakaiannya beralun seperti ditiup angin. Aku menjadi seram dan ketakutan yang amat sangat. Tapi itu tidak lama, Qistiena hilang dari pandangan mata ku. Aku hampir menjerit kuat. Jantung ku seolah ingin melompat keluar dari dadaku, hantu kah selama ini bersama dengan aku.         Alia masih lagi memancarkan situasi rumah dan keadaannya di tengah-tengah ruangan tengah bilik kerja walaupun ia telah mengambil alih kawalan sepenuhnya. Seolah-olah supaya aku dapat melihat apa yang berlaku dan belajar menjadi dewasa. Dada dan kepala ku sangat sakit, adakah ini sakarat. Di dalam keadaan separa sedar, aku melihat Alia di mana-mana di sekitar rumah. Aku mengalami halusinasi yang teruk di dalam keadaan menuju mati. Aku melihat Qistiena seolah-olah Storm di dalam filem X-men, tangannya bergerak di awang-awangan dan para musuh tersekat tidak dapat bergerak dan bergelimpangan tidak bergerak di lantai.          Dalam masa yang lama aku tidak dapat menghadam apa sebenarnya yang berlaku. Aku merasa seperti berkhayal kerana aku akan mati tidak lama lagi dan otak aku menerima kejutan akibat hal itu. Keadaan diluar menjadi tenang, pengawal yang masih tersisa mengikat kesemua penceroboh dan dikumpulkan di suatu tempat sepertinya di ruangan bawah tanah.          Keadaan menjadi tenang, abang-abangku dan Bryan berkumpul kembali di dalam bilik kerja semula. Qistiena di kendong oleh abang long ku dan meletakkannya di atas sofa. Mukanya pucat dan matanya terpejam, ada air mata menitis dari bibir matanya. Aku tersentuh melihatnya dari sebalik rak.         Tidak, mereka melupakan aku di dalam bilik  persembunyian ini. Bagaimana aku hendak keluar dari sini, sangat menyedihkan menjadi orang yang tiada dalam ingatan orang lain. Mengapa mereka mengabaikan aku di sebalik rak yang gelap ini.  "Kamu semua melupakan Ada di sebalik rak" kataku sayu. Aku terlupa aku memakai alat pendengaran yang besambungan dengan mereka di luar.  "Suasana masih belum selamat, masih ada aura yang sangat kuat tapi tidak terlihat dan tidak dapat di kesan oleh kami" terang Bryan seolah-olah memujuk ku. Meraka tidak berani memandang ke arah ku, mungkin risau sesuatu yang tidak disenangi berlaku ke atas aku. "Alia, kesan gerakan atau suhu badan yang berlainan dari kami" arah abang ngahku "Tidak dapat mengesan gerakan ataupun suhu selain dari suhu badan biasa" balas pelayan komputer         Walaupun pelayan komputer menyatakan tiada gerakan atau suhu tidak normal di temui, mereka tetap mengabaikan aku yang keseorangan dan kegelapan di sini. Perut ku bergendang riang menandakan aku sudah lapar. Jam di diniding luar tempat persembunyian ku menunjukkan jam dua petang. Sangat sesuai jika aku sangat lapar saat ini.          Mukin kerana kasihan kepada aku, abang long mengeluarkan aku  dari sana. Kemudian pelayan menghantar  makanan kepada kami. Aku makan dengan lahap kerana lapar yang amat sangat. Abang long menyuap Qistiena makan kerana dia menghabiskan tenaganya menyelamatkan kami semua seisi rumah. Aku sendawa sangat kuat kerana kekenyangan. Mereka memandang jijik kepada aku.          Aku tersenyum puas kerana telah kenyang dan membuatkan ahli keluargaku yang lain merasa jijik dengan kelakuan  ku. Abang ngah ku tersenyum ke arah Bryan manakala Bryan menepuk dahinya dengan kelakuan ku. Tiba-tiba aku seperti di salubungi oleh kain hitam pekat dan serentak dengan itu aku terdengar suara jeritan abang long, abang ngah dan Bryan memanggil nama ku. Kemudian aku pengsan.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD