Aku tersenyum puas kerana telah kenyang dan membuatkan ahli keluargaku yang lain merasa jijik dengan kelakuan ku. Abang ngah ku tersenyum ke arah Bryan manakala Bryan menepuk dahinya dengan kelakuan ku. Tiba-tiba aku seperti di salubungi oleh kain hitam pekat dan serentak dengan itu aku terdengar suara jeritan abang long, abang ngah dan Bryan memanggil nama ku. Kemudian aku pengsan.
=====================
Aku tersedar dari pengsan, terasa kepala aku sangat sakit dan suasana sekeliling berpusing.Aku cuba bangun dari tempat perbaringan ku. Tetapi tenagaku terlelalu lemah, aku tidak mampu walaupun untuk bangun. Suaraku pun tidak mampu aku lontar keluar. Aku benar-benar tiada tenaga, aku tetap juga berusaha mendapatkan secawan air yang ditempatkan di meja bersebelahan tempat perbaringanku. Namun hampa, cawan jatuh ke lantai dan pecah, air bertaburan. Aku juga hampir terdorong jatuh dari tempat perbaringan ku.
"Pangggg!"
"Sudah terbangun, kamu sangat lemah sepertinya tidak sama seperti abang-abang kamu" nada suaranya seperti mengejek ku.
Aku tidak berdaya, aku terlalu lemah jadi aku memilih untuk mendiamkan diriku. Walaupun lidahnya tajam, tapi dia seorangnyang baik. Dia memapah aku, membantu aku menegakkan badan di tempat perbaringan serta memberikan aku minuman dan menyuapkan aku bubur nasi. Walaupun sudah agak sejuk, aku yang hampir kebuluran terus makan dengan lahap. Setelah siap, dia membaringkan aku semula di tempat perbaringan.
"Kamu berehat di sini selama dua hari, selepas itu kamu akan seperti mereka yang lain di sini" terang wanita itu kepada aku.
Kamu akan seperti mereka yang lain di sini, kata-kata itu seperti bergema di dalam fikiranku, apa maksud wanita itu. Tempat apakah ini. Siksaan apakah yang akan aku alami selepas ini. Namun aku sangat letih dan terlena sangat nyenak.
==================================
Dengan cepatnya dua hari sudah pun berlalu. Keadaan diriku telah pulih dengan baik. Namun aku sedikit tertekan kerana jauh dari ahli keluarga ku. Hari ini adalah hari di mana aku di bawa keluar dari kamar penempatan ku selama ini. Aku diberikan sepersalinan pakaian sebelum di bawa keluar dari kamar.
Aku mengikut wanita itu, melalui satu laluan di dalam bangunan di mana bilik-bilik sangat banyak di kiri dan kanan laluan itu. Adakah ini sindiket pemerdangan manusia. Tetapi kenapa aku yang dipilih. Aku tidak bermusuhan dengan sesiapa.
" Ini kamar baru kamu, seelokknya kamu masuk dan salin pakaian kamu, aku tunggu di luar" arah wanita itu.
Aku pun melangkah masuh ke dalam kamar itu. Di dalamnya ditempatkan sebuah katil,kipas berdiri, almari plastik dan bilik air. Agak selesa tetapi lebih kecil berbanding bilikku yang sedia ada di rumah. Aku tidak mahu melengahkan waktu, terus menggantikan pakaian yang diberi oleh wanita itu. Aku menggantungkan baju yang telah aku pakai di dalam almari. Kemudian bergegas keluar.
"Ikut aku ke ruangan latihan sekarang. Harus bangun jam lima pagi, jika lewat akan di denda tidak boleh makan sarapan. Sarapan jam tujuh pagi selepas aktiviti pemanasan badan dilaksanakan. Jam lapan pagi latihan mempertahanakan diri di laksanakan. Jam dua belas tengahhari makan tengahari di hidangkan, jam dua petang, latihan menembak di adakan. Tujuh petang, mandi dan berehat. Makan malam jam lapan malam. Jam sembilan malam akan menjalani latihan ilmu dalaman atau ninja. Kamu faham?" tanya wanita itu"
"............." Aku masih lagi tebengong-bengong dengan penerangan yang diberikan oleh wanita itu. Sangat padat dan boleh menyebabkan aku letih teruk. Bagaimana aku akan mendapatkan semula tenagaku jika tidak berehat dengan baik.
Aku tetap meneruskan langkahku mengikuti wanita itu ke satu ruangan. Di dalamnya sangat ramai orang membuat latihan ilmu mempertahankan diri. Aku diserahkan kepada seorang lelaki separuh baya. Dia kelihatannya seperti ketua mereka di sini, sangat dihormati oleh wanita itu.
"Panggil aku pak cik Albert, aku sendiri yang akan melatih kamu kerana kondisi badan mu tidak setanding dengan orang lain. Apa yang kamu akan pelajari juga tidak akan sama dengan mereka kerana dalam tempoh dua tahun kamu akan menjadi bom jangka" kata lelaki itu.
"Bom jangka?" aku bertanya kembali
"Ya, kamu akan terlahir sebagai bom jagka, kamu sudah melihat kekuatan kami pada hari kamu di culik. Kami boleh menerombos kesemua kesemua tempat tanpa sebarang alasan" kata Pak cik Albert dengan sombongnya
"Aku akan cuba memendekkan masa" ucapku dengan bongkak. Aku berjanji kepada diriku yang aku akan berusaha memendekkan masa. Aku risau dengan ahli keluarga ku dan juga Brayn. Apa yang berlaku kepada mereka. Adakah mereka merisaukan aku atau dalam tempoh itu Bryan akan menganggap aku telah mati dan mencari pengganti.
"Aku pegangan kata-kata mu pada hari ini anak muda" ucap Pak cik Albert mencabar ku.
"Baik " balasku pantas supaya pak cik Albert cepat menurunkan ilmunya kepada ku.
Maka bermulalah kelas pelajaranku denga Pak cik Albert. Setiap hari tenaga aku di kerah dengan sangat maksimum. Aku setiap hari kelelahan yang amat. Tidak cukut rehat, tidak cukup rehat. Seluruh tubuhku membengkak dan ada sahaja luka atau lebam-lebam yang aku alami setiap hari. Aku sangat tersiksa, terasa ingin lari dari sini tapi aku kuatkan semangat dan mentaati sumpah ku di hari pertama aku di sini. Terasa aku seperti Zombie, hidpu hanya sekadar hidup. Aku pun seperti tidak lagi mengenali diriku yang sebenarnya, tiada lagi Ada top model yang sangat cantik dan mempeseona. Tubuh badanku kini sudah ada ketak seperti ahli bina badan, penuh dengan luka dan lebam. Sangat sakit tetapi aku seperti telah imun kepada kesakitan yang aku alami selama hampir satu tahun setengah di sini. Aku sudah hampir sakarat, tiada daya lagi. Namun aku harus bertahan.
"Pada hari ini, telah sempurna segala ilmu yang aku turunkan kepada kamu. Tetapi masa kamu masih tersisa setengah tahun. Aku akan menurunkan suatu ilmu yang tidak pernah aku turunkan kepada orang lain kerana tahap penguasaanmu dan ketahananmu sangat tinggi walaupun badan kamu sangat lemah. Kelemahan kamu adalah kekuatan kamu. Akku sangat bangga" ucap Pak cik Albert sambil tersenyum kepada aku. Aku tidak tahu bagaimana bereaksi kerana ini kali pertama aku melihat Pak Cik Albert tersenyum.
"Terima kasih di atas tunjuk ajar kepada aku selama ini" ucapku sambil menundukkan kepala ku. Perasaan ku bercampur aduk, gembira kerana akhirnya aku akan keluar dari sini, tetapi agak sedih dengan perpisahan ini. Banyak ilmu yang aku pelajari di sini.
"Kamu bawa dia berjumpa Tok Betty, beritahu dia aku arahkan dia mengajar ilmu kecantikan, penyamran dan racun dengan penawar" ucap Pak cik Albert kepada wanita yang pertama kali menguruskan aku
"Terima kasih Pak Cik Albert di atas jagaan selama setahun setengah ini. Aku amat terhutang budi" jawab ku terharu. Pal Cik Albert tidak memalingkan mukanya ke arahku tetapi tangan memberikan isyarat untuk aku pergi. Mungkin dia sedih dengan perpisahan ini. Aku pun mengikuti wanita itu ke satu tempat.
"Kamu akan tinggal di sini selamat setengah tahun dan aku akan menjemput mu setelah itu. Aku harap kamu dapat bertahan dengan dengan Tok Betty" ucap wanita itu seteleah kami sampai di sebuah kawasan hutan buluh. Selepas melepasi hutan buluh, kami melalui satu kawasan yang agak gersang dan kemudiannya memasuki satu pintu kecil dengan gerbang dari bunga0bungaan, sungguh riasan seperti wanita. Terdapat pelbagai jenis tanaman di dalamnya, aku tertegun disitu. Snaganindah pemandangan di situ, ramai gadis cantik dan lelaki kacak.
Aku tersedar setelah lengan tanganku di cubit oelh wanita pengirisng ku. Segala apa yang aku lihat seprti hilang dan aku hanya melihat sebuah pondok dan sekelilingnya adalah tanaman dan haiwan peliharaan. Aroma baunya agak tidak menyenangkan.
"Aku di utus oleh Tok Abby untuk menghantar wanita ini berguru kepada Tok Betty" ucap wanita pengiring itu. Tetapi aku tidak melihat sesiapa di sana.
Pintu pondok terbuka dari dalam, keluar seorang wanita cantik dengan bertongkat, rambutnya panjang sehingga ke parang pinggang, hitam berkilat, kulitnya lembut seperti sutera, wajahnya sungguh indah, bulu mata yang lentik, hidung yang mancung, bibir munggil yang merah terlihat sangat indah dan teratur seperti adanya, aroma baunya sangat wangi dan menutupi ketidak nyaman bau sebelum ini. Mataku terbelalak dan mulut ku terbuka luas mengagumi wanita ini, aku seorang wanita juga amat kagum bagaimana dengan lelaki.
"Kamu budak ingusan, pandang apa kepada aku seperti itu, tidak pernah melihat orang?" marah wanita cantik itu kepada ku.
"Aaa.... sangat cantik dan berdarjat" kata ku tanpa sedar.
"Kamu sangat bermulut manis, pasti nyonya besar sangat suka kepada kamu" kata perempuan cantik itu lagi sambil tersenyum manis kepada aku
"Ikut aku...." wanita cantik itu bebalik badan dan bergerak menuju ke pintu pondok itu tadi. Di dalam pondok hanya ada sebuah tempat tidur dan tempat memasak. Keadaannya agak kemas dan teratur. Wanita cantik membuka pintu belakang pondok dan berjalan masuk. Di sini aku sangat terkejut, wajahnya berubah seratus peratus dari wanita cantik kepada wanita tua dan berkedut, seperti nenek kebayan. Dia tersenyum kepada ku, aku membalasnya dengan manis sedangkan di dalam diriku sangat terkejut dan ku kawal perasaan itu supaya tidak di pamerkan.
"Selamat datang ke daerah ku, Aku Beetterina, adakah orang tua itu menghantarmu kepada aku?" tanya satu suara yang entah dari mana datangnya.
"Aku diminta mengirimkan wanita ini kepada Tok Betty untuk di ajarkan ilmu-ilmu Tok Betty kepadanya" ucap wanita pengiring.
"Aku mahu dia dan kamu keduanya belajar dengan ku selama setengah tahun ini kerana kamu orang kepercayaan Tok Abby, aku mahukan seseorang yang di percayainya untuk menerima ilmu ku" kata suara itu lagi.
"Tap............"
"Aku akan uruskan Tok Abby, kamu jangan risau" kata suara itu tanpa memeberi ruang kepada wanita pengiring untuk membantah.
"Selamat tinggal......hahahahaha" ucap wanita cantik yang berubah menjadi tua tadi dan kemudian ketawa dengan sangat menyeramkan aku. Wanita pengiring amat dingin dan tidak bereaksi walaupun ketawa itu menaikkan bulu romaku. Kemudian, wanita tua itu menghilang dengan sekelip mata berganti dengan seorang lagi wanita cantik dan lebih cantik dari wanita tadi. Adakah ia pun sama seperti wanita cantik yang pertama tadi, aku mulai ragu-ragu.
"Ya, aku pun sama seperti dia, kami boleh merubah wajah seperti mana yang kami kehendaki tetapi dia telah melanggar aturan, kerana itu dia tidak dibolehkan kemana-mana. Begitu juga kepada kamu berdua jika tersalah langkah, akan kembali kepada ku dan menjadi hamba ku untuk selamanya" ucap wantita itu angkuh.
"Kami akan patuh" aku dan wanita pengiring berkata serentak.
"Kamu berdua orang kepercayaan Tok Abby, tetapi berlainan maksud. Kamu akan aku urusin mulai sekarang dan patuhlah" kata wanita cantik itu dan sekelip mata menghilang
Aku seorang yang agak penakut walaupun telah pelbagai ilmu yang diurunkan oleh Pak cik Albert kepada ku. Adakah mereka ini hantu atau zombie.
"Kamu berdua sila ikut arah ini' arah seorang anak kecil yang tiba-tiba muncul dari satu arah.
Kami berdua tiada pilihan dari mengikuti budak tersebut melalui denai-denai sehingga tiba ke satu kawasan air terjun yang cantik. Anak kecil itu menunjukkan kepada kami satu laluan di belakang air terjun itu dan menghilang. Aku merasakan semua orang di tempat ini gemar menghilangkan diri, tapi bagaimana. Aku tak sempat mencari jawapan telah di tarik tanganku oleh wanita pengiring ke laluan di belakang air terjun itu.
Setelah melalui laluan di belakang air terjun, kami menemui beberapa kolam air di dalamnya, airnya sangat jernih dan menenangkan. Pantulan cahaya matahari ke dalam air tersebut menjadikan suasananya terang dan nyaman. Sangat indah permandangan di belakang air terjun yang kami masuki. Sedang aku menikmati keindahan tersebut, wanita cantik yang kedua itu muncul di depan kami.
"Aku Betty, isteri kepada Tok Abby. Kamu berdua adalah orang kepercayaan suamiku dan dia mempercayakan kamu berdua untuk belajar ilmu ku. Tetapi maksud kamu berdua berbeza. Aku ingatkan kamu berdua untuk kedua kalinya agar tidak tersalah langkah, atau kamu berdua akan kembali ke sini untuk selama-lamanya" dengan angkuh Betty mengungkapkan kata-katanya.
Kami di arahkan oleh Betty untuk berendam di dalam kolam. Setiap seorang satu kolam dan kami perlu untuk datang berendam di siang hari selama seminggu. Makanan tengahhari akan dihantar orang kepada kami berdua dan kami boleh tanpa perlu keluar dari kolam.
Setelah seminggu tamat, aku dan wanita pengiring di bawa keluar dari balik air terjun tersebut dan di bawa ke sebuah rumah agam. Rumah agam itu sangat indah dan dipenuhi oleh pokok-pokok bunga. Kami berdua di bawa masuk ke dalam rumah agam tersebut dan diminta menunggu di ruang tamu. Aku masih terbegong-bengong dengan suasana itu tetapi wanita pengiring masih berwajah dingin.
"Kamu berdua telah kembali, selamat untuk kamu berdua" suatu suara lelaki yang ceria kedengaran dari satu arah. Kami berdua pun memandang ke arah datangnya suara itu.
"Pak cik Albert" teriak ku girang
"Di sini kami akan di anjar tentang akupuntur, racun dan penawar" terdengar satu suara di belakang pak cik Albert, suara yang agak familiar ku rasa.
"Terakhir kali kamu akan di ajar untuk merubah wajah mengikut kehendak kamu sebagaimana kamu hendak jagi" sambung suara itu lagi dan pemilik suara itu melangkah ke hadapan pak cik Albert.
"Mama" ucap ku lirih
"Maaf, aku bukan mama mu. Aku menyamar manjadi mamamu untuk menjaga kamu dan abang-abang kamu" kata wanita itu yang selama ini ku anggap sebagai mama.
"Mari aku bawa kamu berjumpa dengan mama kamu" katanya lagi. Aku masih tidak bergerak tetapi memandang ke arah Pak cik Albert. Pak cik Albert mengangguk kepada ku, lalu aku pun membontoti wanita itu ke satu kamar. Di dalamnya ada seorang wanita yang terbaring dan pelbagai alatan perubatan disambungkan kepadanya. Dan wanita itu adalah mama aku yang sebenar-benarnya.
"Tetapi kenapa kau menghilang selepas pertunjukan dan apa yang terjadi kepada Kak Ain?" tanya ku kepada mama palsu ku.
"Rahsia hampir terbongkar dan aku tidak punya pilihan terpaksa mengambil tindakan segera di bawah arahan Dato' aku memberikan amaran kepada mereka sebab itu Kak Ain tidak di bunuh" kata mama palsu kepada ku.
"Pastikan kamu habiskan masa yang berbaki untuk belajar apa yang masih tersisa di sini. Kamu akan dihantar pulang dengan kadar segera kerana ada kebocoran rahsia di sana. Bryan telah mendapat pembocor rahsia tersebut tetapi tidak mampu melakukan apa-apa kerana dia hadir sebagai kamu" kata mama palsu ku lagi.
"Mereka tahu aku di sini?" tanya aku kepada mama palsuku
"Mereka yang menghantar kamu ke sini, walaupun caranya agak pelik tetapi itulah cara terbaik untuk kami lakukan. Nantinya kamu akan kembali kepada mereka bukan sebagai kamu, tetapi sebagai seirang pelayan di rumah Bryan. Anastasia akan membantu kamu di sana, tapi kamu harus ingat dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Betty atau kamu akan kekal di sini bersama perempuan kejam itu...."
"Siapa yang kamu katakan kejam perempuan perampas?" tiba-tiba muncul Betty entah dari mana dan terus menampar muka mama palsu ku. Aku terkejut dan terundur ke belakang beberapa tapak. Adengan apakah ini?
"Kamu berdua, sudahlah, kita ada tetamu kan. Mari kesayanganku" pujuk pak cik Albert dan mengandeng tangan kedua-dua wanita itu keluar dari kamar mama ku yang benar-benar. Aku merenung mamaku, wajahnya amat cengkung dan tidak berisi. Aku menitiskan air mataku.
"Mari kita mulakan latihan" panggil wanita pengiring itu ataupun Anastasia. Aku pung keluar dari kamar itu dengan semangat yang berkobar-kobar dan rasa ingin tahu yang mendalam.
Setiap hati aku dengan patuh dan tekun mempelajari segala macam ilmu yang di ajar oleh Betty dan mama palsuku. Aku tidak mahu memebuang masaku walau sedikit pun. Aku ingin kembali dengan secepatnya kepangkuan keluargaku sebagai sebagai seorang pembantu rumah. Ya pembantu rumah.
Akhirnya, dalam tempoh empat bulan aku telah mampu menguasai segala ilmu yang di ajarkan oleh mereka berdua. Anastasia memberitahu aku yang Betty akan mengadakan satu keraian kecil-kecilan untuk kami kerana telah mendalami ilmu yang mereka ajari dalam masa yang amat singkat. Aku berasa sangat disayangi dan dihargai oleh mereka.
Aku dan Anastasia hadir ke perjamuan tersebut yang diadakan di luar rumah agam itu. Agak ramai orang yang dijemput hadir dan kebanyakannya aku tidak kenal. Oleh itu aku mengambil keputusan untuk duduk di satu penjuru dan makan makanan yang aku suka. Tak lama kemudian Anastasia membawakan aku segelas koktail. Aku mengucapkan terima kasih dan meminum segelas habis koktail itu dan dengan duniaku menjadi kelam.