Penemuan Jasad

1471 Words
        Aku merasa sangat bosan, lalu menyalakan television yang tergantung di dinding kamarku. Sambil bersandar di katil aku memandang kosong ke arah television sambil mendengar pembaca berita memaklumkan sekujur tubuh wanita tiada identiti ditemui. Keadaannya tidak dapat ditentukan samaada masih hidup atau telah meninggal. Setelah gambar sebuah wajah muncul di kaca televesion, aku menjadi cemas dan seperti ingin menjerit keluar, namun aku menahannya.         Aku berkejaran ke kamar kerja yang abang long dan Bryan tempati untuk berbincang.  Aku mengetuk dengan kuat, mereka bingung melihat ku setelah pintu di buka. Aku "Buka tv, buka tv.......... ada jasad ditemui....."          Kami bergegas membuka televesion, tetapi berita tersebut telah tamat. Kami melayari internet, melihat-lihat berita tentang penemuan jasad tersebut. Ternyata ada penemuan berlaku tetapi telah sedikit berubah pernyataan dari berita yang ku dengar tadi. Kami menemukan nama hospital yang menempatkan jasad tersebut. Namun status jasad itu tidak dinyatakan samada hidup atau mati. " Ada tinggal di sini, kami keluar periksa kesungguhan berita ini atau perangkap" kata abang long         Aku mengangguk tidak berdaya. Terasa ingin mengikut tetapi tidak mampu. Kenapa aku yang di lindungi di sini. Aku kehairanan. Apa sebenarnya yang berlaku. Aku menghantar mereka ke muka pintu dan menutupnya serta mengunci pintu tersebut. Setelah itu, aku ke kamar ku. Tidur. Apa lagi yang boleh aku buat.                                                 ==================================         Aku merasakan sesuatu bayangan hitam di depan muka ku. Terkejut dari tidur yang lena, aku tersentak  bangun  dan seolah-olah berlari tanpa henti, jantung berdegup kencang dan berpeluh. Sebuah wajah tersenyum ke arah ku. Wajah yang indah seperti lukisan itu. Menatapku polos. "Mari kita turun makan...................." ungkapnya sambil menghulur tangan kepada ku. Aku tersenyum ke arah Qistriena dan bangun menuju ke bilik air membersihkan diri. Kemudian aku turun ke bawah bersama-sama. Di dalam hatiku tertnya-tanya, adakah ini orang yang sama aku temui hari tu, berbeza tingkah lakunya.         Di meja makan, abang long, Bryan dan abang ngah ku sedang menunggu. Makanan sedang dihidangkan oleh pembantu rumah yang entah dari mana datangnya. Aku mengerutkan kening ku memandang beberapa pembantu rumah yang tiba-tiba ujud. "Harapkan adik, kami kebuluran semuanya...." sela abang long ku melihat gelagat ku memandang para pembantu rumah. "Abang ngah, tengok abang long nie..........." kata ku dengan manja sambil menyendarkan kepala ku ke bahu abang ngah ku. "Okay, okay, nanti abang ngah marah abang long ya.......... sekarang kita makan dulu" pujuk abang ngah ku sambil mengusap wajah ku. Abang long ku mencebir mulutnya ke arah kami dan Bryan serta Qistiena tersenyum memandang suasana yang harmoni ini.         Makanan yang terhidang sangat pelbagai, kami makan dengan penuh harmonis. Abang long di kepala meja, Qistiena di sebelah kanannya dan Bryan di sebelahnya Qistiena manakala abang ngah di sebelah kiri abang long dan berhadapan dengan Qistiena dan aku bersebelahan dengan abang ngah dan berhadapan dengan Bryan. Walaupun aturan itu membuatkan aku agak canggung kerana makan di depan orang yang aku suka, tapi kelaparan yang aku tanggung menyebabkan aku meneruskan aktiviti makan  sehingga aku sangatkenyang.         Suasanananya sangat harmoni sehingga kami semua melupakan sebentar permasalahan yang kami sedang alami pada detik ini.                                                         =============================         Selesai makan, ketiga orang lelaki tadi naik ke kamar kerja. Tersisa aku dan Qistiena di bawah. Kami berjalan menuju ke ruang tamu untuk menonton television.  Kami berdua membisu dan fokus kepada kaca television.  Kami mendesah sesama sendiri.  "Ada,  kamu hairan kenapa kakak stress seperti itu?" tanya Qistiena memecah kesunyian. Aku " ...... "         Kesunyian kembali mencengkamkami berdua, aku tak tahu hendak beriaksi seperti apa di depan Qistiena atau lebih tepat kakak ipar rahsia ku. Jika aku bersama Bryan, dia menjadi adik ipar aku pula, hmmm bagaimana ya.  Anak-anak mereka nantinya akan panggil aku bagaimana dan anak-anak aku pula bagaimana memanggil aku.  Abang long aku pula bagaimana berdepan dengan aku  jika aku berkahwin dengan Bryan. " Ada......"    Aku tersentak dari lamunan dan terpinga-pinga. Rupanya abang ngah ku memanggil,  memandang sekeliling aku keseorangan di situ, Qistiena entah ke mana.  " Apa yang di menungkan adik abang nie?" tanya abang ngah ku sambil tersenyum. " Entah lah abag ngah, banyak hal yang terjadi hingga tak tau yang mana perlu di fikirkan. Mama hilang, abang long rupanya dah kahwin, entah-entah abang ngah pun dah kahwin tapi Ada tak tahu..." ucap ku sedikit kesal kerana banyak hal di sembunyikan dari pengetahuna aku. " Besok akan hadir seorang pengamal seni mempertahankan diri dan seorang pelatih menembak. Mereka di bayar khas untuk melantik adik abang nie....." ungkap abang ngah sambil memicit hidung ku. "Hmmmm......, boleh bagi pilihan tak samada Ada nak ikuti atau tidak?"  aku cuba membantah "Sorry tiada pilihan, Ada perlu ikut sahaja" kata abang ngah ku sambil ketawa kecil dan meninggalkan aku sendirian di ruang tamu. "Ini tidak adil" kata ku sambil membaling bantal kecil ke arah abang ngah ku. Dia menyambut bantal itu dan membaling kepada ku kembali, masih saja ketawa kepada ku.         Malas melayan abang ngah ku, aku pun bergegas ke kamar ku di tingkat atas.  Tidur lebih baik dari melayan kedua abang ku. Aku melewati kamar abang long ku, terdengar seperti ada pertengkaran di dalam kamar. Aku jenis malas melayan masalah orang sekeliling, tapi aku cuma mendengar suara Qistiena sahaja. Langkah kaki ku terhenti di situ.  Penyakitnya datang lagi. Adakah kerana aku tidak melayan nya tadi, Qistiena menjadi tertekan dan menyangka aku tidak suka kepadanya. "Orang bujang jangan mengintip kamar orang yang dah berkahwin, tak baik. Elok tu cepat-cepatlah kahwin, jangan tunggu lama nanti di ambil orang " sela abang long ku sambil ketawa kecil. "Abang long, kak Qistiena kenapa?" tanya ku "Abaikan dia, dia sedang melayan stress. Abang ambilkan ubat untuk dia. Sudah, pergi tidur"  terang abang long ku dan mengarahkan aku ke kamar.         Aku malas melayan abang long ku terus melangkah ke kamar ku yang selang dua pintu dari kamar abang long ku. Untung saja tidak bersebelahan kamar, entah aku boleh tidur atau tidak jika kamar bsersebelahan. Aku terus membuka pintu kamar ku dan tanpa menoleh ke kiri atau kanan terus masuk.  Pintu kamarku terhalang dari di tutup. Aku terkejut bukan kepalang dan berpaling dengan pantas. Rupanya Bryan  yang menahan tangannya di pintu kamar dan menghalang pintu tertutup. " Seharian mengabaikan ku, adakah kerana telah bertunangan dengan Rizqie?" Soal Bryan menyebabkan aku ketawa lucu. Dia memandang ku kehairanan.  "Atas dasar apa kau kata Ada bertunangan dengan dia.." aku manggoda emosi Bryan, sambil ketawa dan menutup pintu kamar ku. Namun tak semudah itu, Bryan melangkah masuk dan meutup pintu serta mengunci. Muka Bryan memerah hingga ke telinga dan matanya seakan mengeluarkan aura kemarahan yang nyata. Aku mengawal emosi, walaupun jantung ku seperti hendak meledak, aku masih tersenyum ke arahnya. Aku meraih tangan Bryan dan bergandingan dengannya ke balkoni kamar ku.  "Kami ada kesepakatan di dalam hal ini,  dia memiliki pilihan hatinya sendiri. Ada dan dia hanya mengelabui mata mamanya Rizqie sahaja. Dia memang sering menggunakan nama Ada untuk dating dengan teman wanitanya" terang ku kepada Bryan sambil tersenyum. Mukanya yang menegang berubah menjadi lembut dan tersenyum kepada ku. "Ada, kamu ni sangat ke anak-anakan bila berdepan dengan abang ngah kamu, tetapi kenapa tidak dengan abang long kamu? " tanya Bryan lagi, aku malas melayan soalannya dan bersandar kepalaku di dadanya yang bidang. "Bryan, adakah kamu menyukai Ada dengan sesungguhnya?" tanya ku, Bryan tidak menjawab tetapi memeluk ku erat. Hening seketika suasana di balkoni. "Hubungan kita ini umpama bakar tidak berapi" tidak boleh di hidu oleh sesiapa pun kerana ramai masuh dalam selimut. (BAKAR TIDAK BERAPI = Cinta secara tidak dengan sebenarnya atau berdiam-diam ) (MUSUH DALAM SELIMUT = orang di sekeliling kita dan baik kepada kita tetapi di dalam diam membuat hal jahat kepada kita.) "Bagaimana jasad yang ditemui tadi?" tanya ku lagi "Orang dalam kita meminta kita tidak bertindak dahulu kerana itu adalah perangkap. Mereka telah menukar jasad sebenar dengan jasad seseorang" terang Bryan kepada ku. "Kasihan mama, entah di mana mama sekarang," ucap ku sedih. Walaupun mama bukan selalu bersama ku tetapi setiap pagi akan menelefonku,terasa kehilangan.          Bryan yang melihat aku kesedihan, mengucup dahi ku, perlahan turun ke pipiku dan ke mulutku. Aku kali pertama menghadapinya tidak tahu harus berbuat apa. Aku membiarkan Bryan yang mengajarku untuk bercium. Dia berhenti dan tersenyum memandang ku. "Ada, kau sangant suci, bercium saja pun kau tidak pernah lakukan" ucap Bryan kepada ku, bagi ku ini adahlah pujian kepada ku. "Aku sangat bahagia, kamu menjaga segalanya untuk diri ku, puteriku" Bryan mengusap kepalaku. Dia menggenggam tangan ku dan beriringan ke pintu  kamar. Bryan membuka kunci dan keluar. Sedetik dia berpaling ke arah ku dan mencium keningku. "Sweet dream my princess" ucapnya sambil tersenyum. Aku menganggukkan kepala ku dan tersenyum senang ke arah Bryan. Aku menutup pintu dan menguncinya dari dalam. Aku mencuci wajahku dan tidur dengan mimpi yang indah.                                                             ===========================         Jam di telefonku berbunyi menandakan waktunya aku perlu bangun, aku mengeliat malas dan menarik selimutku untuk menyambung tidurku. Tapi terasa seperti seseorang berada di depan wajah ku, aku membuka mata ku dan ................ "Arghhhhh............. to....." satu telapak tangan menutup mulutku. Aku berusaha keras, bergelut, meronta-ronta  untuk melepaskan diri.  
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD